A limited-edition book commissioned by (and launched at) the Big Bad Wolf Sale in Malaysia December 2014. 3,000 copies. Themes: night-time and reading time.
Lokman Hakim is the author of 23 novels, 11 novellas, three short story collections, two poetry collections, and a nonfiction book. He was shortlisted for the 2019 Commonwealth Short Story Prize, and in 2024, received the Anugerah Penulis Harapan Sarawak at the Anugerah Sastera Sarawak ke-11.
His works have earned numerous literary awards, including the Hadiah Sastera Selangor (2019, 2021, 2024), the Hadiah Sastera Penulis Sarawak (2019, 2020, 2022), and the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2019/2020, 2021/2022). His acclaimed short stories—“Tivi Rafah,” “Jam Menanggalkan Jarumnya Lalu Menghitung…,” “Selimut,” “Masjid,” “Tiga Cerita Tentang Bahasa,” and “Gergasi”—have each won major prizes in these national and state-level literary awards.
His novel Kosmonaut (DBP, 2021) was longlisted for the Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 (Novel Category), while his short story collection Pengap (Biblio, 2022) was shortlisted in the Short Story Collection Category for the same award cycle.
An active and prolific writer, Lokman continues to write short stories on weekly basis and had his short stories published in local literature magazines, newspaper and portal such as Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Cukaria, SelangorKini, Berita Harian and Mingguan Malaysia.
Terima kasih buat Cikgu Zara yang sanggup meredah lautan manusia di BBW untuk membeli kiriman buku ini, dan terima kasih buat Cik Nadia Jalal yang sudi mengeposnya ke Pulau Pinang. Jasa baik kalian akan saya kenang.
Baiklah. Untuk tidak membuat masa lagi, berikut merupakan ulasan pendek untuk setiap cerpen yang termuat di dalam antologi edisi terhad Malam ini.
Enjoice!
1. Revolusi! Revolusi! Revolusi! - Lokman Hakim Perlambangan 'makhluk Telletubbies' dan juga jelmaan manusia mirip Bruce Lee yang dimunculkan dalam cerpen ini menimbulkan tanda-tanya kerana ia tidak dikonkritkan dengan jelas. Makanya, perlambangan yang diwujudkan dalam cerpen ini tinggal sekadar suatu simbolisme yang kabur, dan boleh diinterpretasikan secara bebasnya oleh pembaca. Mungkin itu yang diinginkan oleh penulis. Mungkin juga penulis punya maksud tersendiri dengan menggunakan dua perlambangan ini namun pada pembacaan saya, ia hilang dan tidak dapat dihuraikan dengan baik. Entahlah.
2. Janji - Dayang Noor Kredibiliti dan kemampuan Kak Dayang memang tidak dapat disangkal dan ini sekali lagi dibuktikan dengan cerpen ringkas tentang 'janji' seorang sahabat yang diterjemahkan dengan baik sekali lewat elemen seram/mistik/supernatural yang digarap dengan urutan sekuens kejadian dan imbas kembali yang amat efisyen. Antara cerpen kegemaran saya dalam antologi ini.
3. Jemputan Makan Malam - Faizal Sulaiman Saya tidak boleh tidak daripada terpanggil untuk teringat akan plot cerita yang hampir serupa yang pernah saya baca (atau saya tonton? saya sudah lupa...) usai membaca cerpen nukilan Faizal Sulaiman ini. Apa-apapun, cerpen ini membuatkan kita berfikir sejenak akan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik pintu terkatup di sebuah rumah milik institusi keluarga yang dari luarannya (mungkin) tampak bahagia dan normal.
4. Lost - Muhammad Fatrim Percubaan yang baik. Namun seperti tajuknya, saya juga turut 'sesat' membaca cerpen ini dan acapkali terpaksa memicingkan sebelah mata dan mengabaikan beberapa struktur ayat yang kedengaran agak janggal dalam pembacaan saya.
*Contoh: m/s. 36: 'Saiz underwear aku sendiri pun kadang-kadang aku confuse' - ini kelakar campur mengelirukan. Pertamanya, ia langsung memberikan gambaran bahawa sama ada watak Rayqal ini masih kecil benar ataupun dia seorang yang pessimis. Kedua, secara logiknya kalaulah dia sudah berusia awal 20a-an, semestinya dia sudah sedia maklum akan saiz seluar dalamnya, dan tidak mempunyai masalah dalam hal tersebut. Lainlah kalau dia ceritakan tentang saiz kasut atau baju yang sememangnya berbeza-beza mengikut jenama dan ukuran antarabangsa. Entahlah. Mungkin saya terlalu over-analyze ayat ini.
*Contoh: m/s. 39: 'Saya ambil buku untuk 3 hari yang sepatutnya saya datang sini.' - ini benar-benar mengelirukan kerana susun-galur masa yang dipersembahkan di awal cerita tidak selari dengan ayat tersebut. Betulkan saya jika saya tersalah, dan tolonglah perjelaskan maksud ayat di atas.
5. Ah, Sudah! - Syahmi Hafizuddin Ini cerpen yang bagus. Cumanya saya tidak berkenan dengan penyudahnya. Rasanya lebih kemas jika penulis tamatkan saja ketika Azam memberitahu rakan-rakannya yang dia telah mengulangkaji bersungguh-sungguh pada malam sebelumnya, dan kemudian menoleh ke arah cikgunya dan mengingatkan beliau akan kata-katanya di awal cerita, dan bukannya terus menjadi ala-ala babak seram-sejuk hendak mengepung cikgunya untuk mengerat jarinya itu. Apa-apapun, sekadar pendapat saya. Tidak lebih dari itu.
6. Hubungan Berhipotesis - Syaihan Syafiq Kelakarnya cerpen ini diilhamkan setelah saya menonton salah-satu daripada episod drama sitkom Friends. Saya membayangkan bagaimanakah reaksi kedua-dua individu yang bermula sebagai sahabat, merapat, dan seterusnya salah seorang daripadanya mulai mahu hubungan itu secara hipotesisnya berkembang menjadi lebih dari sekadar sahabat. Makanya, terlahirlah cerpen ini. Saya akur, cerpen ini masih mentah dan juga ada banyak celanya daripada indahnya. =)
7. Kebayan - Neesa Jamal Premis cerita yang baik. Gabungan fusion elemen mistik dan modernisme dalam cerpen ini menjadi, dan terkadang menzahirkan bait-bait ayat dan situasi yang melucukan. Namun saya rasa penyudahnya agak tergantung dan ditulis secara buru-buru (mungkin kerana penulis menyedari yang dia sudah melangkaui jumlah patah perkataan maksimum?)
8. Magis - John Norafizan Saya tidak pernah bertemu dengan penulis. Saya cuma mengenali beliau lewat kemenangan saya atas pertandingan novel Hilang yang kebetulan dihakimi oleh beliau dan saya bernasib baik untuk menang. Cerpen tersebut boleh dibaca di sini.
Usai membaca Magis, saya terpanggil untuk berhenti membaca cerpen yang selebihnya dan terus meng-Google apakah senarai tulisan sang penulis yang lain. Ini adalah kerana saya sudah jatuh suka dengan naratif dan susunan ayat yang digunakan dalam cerpen ini. Dibaca berulang-kali tidak puas, saya harus baca tulisan beliau yang selebihnya.
Magisnya cerpen ini adalah ia bijak menggabungkan elemen fantasy-realisme dalam susunan ayat yang kemas dan minimum tetapi efektik. Salah-satu daripada cerpen kegemaran saya dalam himpunan antologi ini.
9. Sesudah Subuh - Mohd. Azmen Ringkas tetapi tertib dan menarik. Saya suka bagaimana penulis bijak bermain dengan kata-kata. Tidak puas membaca Sesudah Subuh ini kerana ia bagaikan suatu introduksi (bab pertama) dalam suatu novel yang (mungkin) menarik untuk dibaca.
10. Misi Mustahil - Azura Mustafa Kelakar. Tetapi Naratif cerita agak berterabur. Kalau diperkemaskan rasanya boleh lebih baik. Saya suka langgam bahasa yang digunakan oleh penulis yang bersifat santai dan bersahaja.
11. Pondan Di Pandan Indah - Nami Cob Nobbler Seperti tajuknya, ini cuplikan kisah seorang pondan di Pandan Indah. Tiada apa yang istimewa. Biasa-biasa saja.
12. Malam Yang Merangkak - Azrin Fauzi Karya metafiksyen yang bagus! Saya sampai berhenti membaca dan harus meng-Google apakah maksud di sebalik perkataan Rückenfigur yang disebut pada halaman 109 cerpen ini.
13. Kekasih Bibliophile - Shafaza Zara Syed Yusof Tiada apa yang perlu diulas melainkan menyarankan agar penulis segera meluangkan masa untuk melebarkan sayap penulisannya kepada novel pula. Saya suka cerpen ini. Tanpa membaca siapa penulisnya sudah boleh teka nama penulis berdasarkan konstruksi cerpen ini yang dipisah-pisah oleh sub-bab kecil, suatu teknik naratif yang kini sudah menjadi trademark penulis.
14. Kelab Malam - Mim Jamil Teknik 'menipu' pembaca atau dalam erti kata lain menggunakan unreliable narrator dalam cerpen ini menjadi. Saya suka!
15. Chempaka - Julie Anne Nuansa seram yang cuba dipersembahkan oleh penulis membengkak dengan baik sekali. Rasanya ini ampuh sekali kalau diperkembangkan menjadi sebuah novel kerana saya ingin benar tahu apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku ke atas Chempaka dan Ruthlan (amboi, nama bukan main lagi klasik!).
16. Gelap - Saat Omar Sebenarnya saya kurang pasti apakah penulis menggunakan teknik stream of consciousness atau monolog dalaman di dalam cerpen ini kerana menurut pengamatan saya, ia mirip seperti salah satu daripada teknik naratif sebegitu. Harap penulis dapat perjelaskan hal ini. Apa-apapun, saya suka cerpen ini. Banyak kupasan yang boleh dibuat hanya dengan bersandarkan penelitian ke atas perkataan yang disusun menjadi frasa dan seterusnya menjadi ayat yang membawa pelbagai maksud (berdasarkan pembacaan yang berlainan).
17. 10:15 - Inawza Yusof Kecewa. Premis yang sudah cukup bagus tetapi dibagunkan seperti agak terburu-buru dan tidak berhati-hati. Naratif agak berterabur. Walaubagaimana pun, saya yakin kalau cerpen ini diberi ruang yang sepatutnya dan dikembangkan dengan baik dalam bentuk novela atau novel, ia mungkin boleh jadi lebih baik. Ini adalah kerana watak-watak yang terkandung di dalamnya agak mendatar dan tidak berkembang dengan baik di sepanjang cerita. Namun begitu, ya... ada bahagian-bahagian tertentu yang agak meremangkan. Syabas buat penulis!
18. Ya - Shaz Johar Kemas. Ada sikit sipi-sipi kesamaan seperti cerpen saya, 'E-mel Dari Seberang'. Saya suka.
---
** nota untuk editor: 'samada', 'macamana' dan beberapa lagi perkataan Bahasa Melayu dieja dengan salah. tidak sukar untuk membuat rujukan di Google atau di http://prpm.dbp.gov.my/ kalau tidak pasti.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Memang ada rasa sangat win bila dapat baca buku edisi terhad ni. Haha. Terima kasih kepada tuan punya buku. :)
Antologi cerpen edisi terhad terbitan Fixi ini adalah sempena BBW. Kebanyakan kisah-kisah pendek yang disajikan berkisar dan berpaksikan tentang waktu MALAM dan selitan tentang pesta buku BBW.
Sedikit catatan dan komen ringkas untuk mengingatkan saya apa yang telah dibaca:-
Revolusi! Revolusi! Revolusi! - Lokman Hakim Lepas ni bila rasa gatal tangan nak tambah stok buku je mesti teringat teletubbies. Terima kasih atas peringatan wahai tuan penulis. LOL.
Janji - Dayang Noor Bila janji yang ditabur menuntut untuk dilunaskan, memang boleh bikin trauma macam Kartini juga. Phew.. Sila shopping buku secara berhemah mulai sekarang. :P
Jemputan Makan Malam - Faizal Sulaiman Niat untuk berkenalan dengan jiran baru bawa padah bila jiran mereka rupanya psiko! Ngeri!
Lost - Muhammad Fatrim Erk, betullah kata orang, orang tamak selalu rugi. Tak pasal terperangkap. *Kena setepek lagi atas kepala. Dush!*
Ah, Sudah! - Syahmi Hafizuddin Cerita budak-budak nakal yang pecah masuk bilik guru waktu malam sebab nak curi skema jawapan peperiksaan.
Hubungan Berhipotesis - Syaihan Syafiq Terkedu bila sampai ke pengakhir cerita. Ingatkan hubungan normal, naluri songsang rupanya.
Kebayan - Neesa Jamal Permulaan memang rasa menarik tapi bawa ke penghujung buat saya rasa macam tengah menonton cerita kartun. Lebih-lebih lagi bila ayat terakhirnya berbunyi, "mereka dikurniakan anak yang comel - comel. " *facepalm*
Magis - John Norafizan Setuju dengan pendapat penulis. Memang adakalanya sesebuah buku yang dibaca boleh jadi remedi atau penyelesai kebuntuan yang menimpa.
Sesudah Subuh - Mohd Azmen Mungkinkah akan ada kesinambungan kisah mereka seusai subuh menjelma?
Misi Mustahil - Azura Mustafa Cabaran untuk selebriti media sosial mencari teh halia di restoran Cina. Benda yang mustahil kadang-kadang boleh jadi nyata kalau kena gayanya. Ye tak?
Pondan Di Pandan Indah - Nami Cob Nobbler Errr, yang ni no comment. :-/
Malam Yang Merangkak - Azrin Fauzi Macam real pulak bila watak imaginasi penulis boleh dizahirkan secara nyata. Tapi dari sudut yang lain macam ngeri pulak ye?
Kekasih Bibliophile - Shafaza Zara Syed Yusof Suka cerpen ni. Mungkin sebab gaya bahasa dan susunan ceritanya yang teratur. Harap dapat baca karya penulis yang lain. Dan saya sangat berharap bakal pasangan saya nanti juga seperti Luth, yang memahami kegilaan Lana terhadap buku. Minus part serigala tu la. :P
Kelab Malam - Mim Jamil Kesatuan Kelab Malam? Sungguh advance pemikiran anak-anak sekarang..
Chempaka - Julie Anne Bayangkan bila mimpi jadi nyata. Mimpi ngeri pulak. Huish!
Gelap - Saat Omar Kegelapan itu begitu menginsafkan dan aku kagum dengan kebesaran Tuhan yang menciptanya. Pandangan itu sangat mengujakan. Dalam masa yang singkat itu aku akur, tiada yang lebih hebat dan besar dari ruang yang kosong itu. - m/s 153
10:15 - Inawza Yusof Speechless. Fuh. Kena cari Suspek juga suatu masa nanti.
Ya - Shaz Johar La, macam tu je ke? Punyalah susah payah kawan tu bimbang mesej tak sampai. Akhirnya jawapannya cuma itu je? Haish..
3.25*untuk naskah ini. Harap yang belum ada memilikinya sila jeles... Hihi *gelak jahat!...
Di dalam naskah ini, ada beberapa buah cerpen yang pada aku sangat menghiburkan. Ada juga yang hanya biasa-biasa sahaja seperti kau mengharapkan Char Kuew Teow yang selalu diperkatakan orang ramai sangat sedap rasanya namun apabila kau menjamahnya tidak ada beza pun dengan Char Kuew Teow di restoran lain. Macam itulah perbandingannya. Tapi ada juga yang mungkin cukup sekali sahaja aku menghadamnya. Biarlah bait-bait kata itu terus tersusun kemas pada lembaran kertas.
Aku tergelak baca cerpen Kebayan dan Pondan di Pandan Indah. Mungkin aku mudah terhibur kot!
Aku suka cerpen 10:15, Sesudah Subuh dan Magis.
Kawan aku tanya, "Berbaloi ke kau ke BBW tengah malam buta hanya kerana buku ni? Siap datang seawal mungkin dan balik lewat?"
Jawapan aku, kalau sekadar untuk simpanan peribadi ianya memang sangat berbaloi sebab ia takkan lagi kau temui di mana-mana melainkan pada pasaran gelap yang menawarkan lima kali ganda dari harga yang asal. Dan tandatangan penulis yang ada di dalam itu memang sangat sweet! Tapi andai buku ini masih boleh ditemui di pasaran buku, mungkin aku rasa lebih baik aku luangkan masa di rumah pada waktu malam itu dengan membaca novel yang masih belum habis dibaca hehe...
Apa-apa pun, tahniah buat semua penulis.. Moga terus sukses! yeah...
#Revolusi. Lokman Hakim. Sebab cerpen pertama, saya fokus. Teletubies. Bunyi macam lucu. Sekurang2 saya sengih lepas baca #Janji. Dayang Noor. Saya kelaskan DN ni ialah penulis wajib antologi Fixi. #Jemputan makan malam. Faizal Sulaiman. Wow! Gerun kut. Dan saya sentiasa suka cerita pendek dan kontot penulis ini. Novel ja belum sempat nak baca. Ok. Harapnya Myra (mohon baca Janji) tak cari saya. #Lost. Muhammad Fatrim. Aura seram sebab ada nama Dahlia? :-D #Magis. John Norafizan. Saya tulis sekali lagi di ruang ni. Harapan saya agar saudara John akan terus menulis. Ini cerpen yang paling saya suka di dalam Malam. #Malam yang merangkak. Azrin Fauzi. Gaya ceritanya seperti sama di dalam Fobia. Dan lepas baca, saya senyum sendiri. #Kekasih Bibliophile. Lord Zara. Entah bila saya tak tahu, tak sedar, yang penulis ni dah jadi penulis kegemaran saya. Yang pasti Lord Zara antara sebab saya nak baca Malam selain cerita Magis. 10:15. Inawza Yusof. Ok. Saya perlu mula membaca Suspek.
Dan rasa macam tak cukup korum bila Nadia Khan dan Hasrul Rizwan tak sumbangkan cerita. Ok. Nadia Khan saja. Mentanglah Hasrul Rizwan tu ada Jahanam kan sebagai cerita baru kan?
Saya beli kerana ada nama Azrin Fauzi, Inawza Yusof dan Syaihan Syafiq (juga kerana ia edisi terhad).
Cerpen daripada Azrin seakan sajak yang sedang menyamar dalam bentuk baris-baris cerita pendek. Tulisan Inawza mengingatkan saya kepada novel beliau-- ia dalam genre yang saya gemari jadi terima kasih untuk kisah pendek yang memuaskan hati membaca saya. Tulisan Syaihan Syafiq-- saya suka ayat pertama cerpen anda, dan anda juga sentiasa bagus menyusun jalan cerita dan ayat sehingga saya selalu merasa anda berada di hadapan saya dan kita sedang berbual.
Cerpen lain yang saya suka-- Kekasih Bibliophile daripada Shafaza, walaupun sebenarnya saya tak berapa gemar tulisan-tulisan yang gemar menyelitkan quotes daripada orang-orang terkenal tapi ketidakgemaran saya ini tak berapa mustahak sangat memandangkan i like how the story goes. Saya suka endingnya yang begitu sehingga saya menoleh ke arah penanda buku BBW dengan lambang serigala hitam di tengah dan tersenyum sendiri.
ps: barangkali buku keluaran FIXI yang paling saya suka cover hadapannya.
Saya tidak mahu menulis panjang tentang yang lain kecuali yang satu ini. Bukan satu-satunya yang berjaya mencuri hati saya tetapi yang pasti berada paling atas di antara semuanya. Bukan juga bermaksud yang lain kurang bagus atau tidak menarik sama sekali cuma yang ini sepertinya punya aura luar biasa mempesona. Lantun patah katanya ringkas sahaja. Namun seisi cerpen itu hadir sebagai suatu kewujudan yang mewah, separa klasik dan cukup berprestij.
Di awal cerita, saya ini cuma seorang penonton yang merenung tabir yang sedang menayangkan filem hitam putih. Apabila tiba di pertengahan, watak ceritanya mendorong saya menoleh ke sisi melihat kalau-kalau ada sesiapa lagi yang turut menonton bersama. Hingga ke ayat-ayat terakhir cerita, saya masih tetap merenung tepat ke hadapan. Bezanya kini saya melihat dari arah layar tayangan dan sedang bertentang mata dengan saya yang sedang menonton filem hitam putih itu. Azrin Fauzi, sentuhan anda sesungguhnya bertaraf 5 bintang kerana telah mempengaruhi saya untuk merangkak ke dalam Malam Yang Merangkak. Selamat Malam.
Itu je yang aku boleh fikir selepas aku habis baca buku ini. Satu-satunya sebab aku beria-ia nak dapatkan buku ini adalah disebabkan keluaran terhadnya. Kes yang sama dengan Cerpen 40 dulu. Tetapi, selepas membacanya, “OHMAIGAD kejadah apa yang aku beli ni?” Sekurang-kurangnya dalam Cerpen 40 ada jugalah beberapa cerpen certot kemetot yang aku suka. Yang ini langsung tak ada! Satu pun tak ada yang memberi kesan terhadap jiwa raga aku.
Rasanya inilah contoh jenama menjangkaui kualiti. Jual sampah pun ada orang nak beli.
Jadi, bagi aku buku ni kira okaylah kalau nak dijadikan sebagai koleksi dengan harapan untuk dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap pada masa hadapan nanti. Tetapi kalau sebagai bahan bacaan, kertas bungkusan nasi lemak 50 sen lagi menarik daripada seluruh buku ini.
Tetapi, hey, lihat sudut positifnya. Sekurang-kurangnya aku mungkin akan dapat untung bila jual buku ni sekurang-kurangnya RM50 meskipun aku beli dengan harga RM8 je.
Adatlah kalau namanya Antologi Cerpen, ada yang cukup perisa sedap dibaca, ada yang sedikit tawar. Ada cerpen yang tiba-tiba tamat bikin hati rasa tak puas. Dan ada dua tiga cerpen yang seakan sama jalan ceritanya. Mungkin tajuk edisi terhad ini sepatutnya BUKU sebab banyak kisah tentang buku? Secara peribadi, saya suka : Lost, Magis, Malam Yang Merangkak, Chempaka, 10.15.
1.Lambat aku membaca kali ini. 2. Ada beberapa cerpen yang menangkap dengan plot dan gaya mereka. 3. Ada cerpen yang menepati tema MALAM itu sendiri. 4. Ada cerpen yang menyelitkan BBW. 5. Ada cerpen yang buatkan anda mahu ia dijadikan novel. 6. Ada cerpen yang biarlah tinggal sebagai cerpen sahaja.
Banyak cerpen yang biasa2 saja bagi aku. Mungkin sebab takde luc, hasrul rizwan dan nadia khan? Cerpen favorite dalam MALAM: - Magis - Sesudah Subuh (aku tunggu novel daripada azmen sebenarnya. Bila azmen? Bila? Hoho) - Malam yang merangkak (ini pun aku tunggu jugak novelnya) - Kekasih bibliophile (akak, saya pun tunggu novel daripada akak jugak, tahu? Heheh) - 10:15
Tamat membaca #Malam Antologi Cerpen. Ada cerpen yang rasa hendak dibaca kalau ianya dipanjangkan dan dijadikan sebuah novel, ada cerpen yang bila habis buku ini dibaca, telah terlupa.
lamanya buku ni akak semai dalam almari, rasanya dah sampai bertukar almari masih belum dibaca. tahun bila punya? ni terbitan tahun 2014, rasanya waktu tu mula BBW 24 jam. kisah yang ada pun berkisar tentang malam. ada 18 buah cerpen yang penulisnya memang sinonim dengan fixi.
banyak kisah. malam ni gelap. dalam gelap memang selalu dikisahkan benda misteri, mistik, dan tak terjangkau dek akal. macam kisah yang ada dalam buku ni juga. ada yang tak terjangkau dek akal, ada yang memang kisah keadaan malam. manusia dan malam, alam dan malam, misteri dan malam.. oppss... lupa.. ada juga kaitan dengan BBW dan buku-buku pelik yang ada. ehh.. mana korang tau, kot memang betul ada buku sedemikian. dalam berjuta buku yang diletak, mampu korang belek semua?
ada yang best, ada yang biasa dan ada yang buat akak rasa errkkk.. apa benda nih? haha!! tapi overall memang menarik. cover yang sangat sempoi, dan saiz buku yang senang nak kepit. apa lagi nak kata? malam... indah dalam sepi, suram dalam gelap....
I love the idea of this book but I don't see what makes it so special that it has to be limited edition.
Most of the stories here have the same things in them; books that come to life, asking why they're not being read (this is one creepy thought because I have like tons of unread books and I don't think I can justify why I haven't read them yet); the hazy line between reality and fiction - which remind me of Ridhwan Saidi's works.
One particular story is just ridiculous and I can't believe was included in this book. There's also one other story that I think a bit short and incomplete - like it was left hanging.
I think Hubungan Berhipotesis and Gelap are interesting because they show a different perspective or different narration - Gelap, especially- of the theme MALAM.
My favorites would be Ya by Shaz Johar - because I'm a fan. Lol - and also Sesudah Subuh by Mohd Azmen - somehow this story reminds me of After Dark.
If you're looking for a light, quick, twisted (some of it) read that includes books, books, BBW and things that happened during the night, this is a perfect read for you.
beriya aku Q pnjang nak mampos sbb nk dpt buku ngn signature pnulis. yg bbaloinya dapat jumpa penulis je la.. buku ni? ermmmmmmm pnjang smpai 8 harakat..
malaih aku nk komen pepanjang..aku listkn je cerpen aku betul2 suka kt dalam ni. cerpen pnyelamat aku pggil
Revolusi! Revolusi! Revolusi! - Lokman Hakim -apebende la yg ada dlm kepala ko? mcm mn ko boleh tpikir benda2 ridiculous camtue? aku xtau nk gelak or apa tp aku suka. keep it up! makasih sign buku aku
Kebayan - Neesa Jamal -apa kelakarnya dia ni..suka sbb lawak slamber badak tu je
Magis - John Norafizan -ya aku nmpak kemagisannya.TAHNIAH! aku suka dan makasih sign buku aku
10:15 - Inawza Yusof -ni sorang lg..aku suka cerpen dia.masa aku amik sign dia aku mcm xcaya dia blh tulis SUSPEK ngan cerpen ni hai penulis makasih sign buku aku
Aku rasa sejak KOPI masih belum ada antologi cerpen FIXI yang berada pada tahap 'sangat bagus'.
Sampailah MALAM.
Sungguh, antologi ni, bagi aku sikit saja lagi mahu capai tahap KOPI.
Cuma bila terlalu banyak penulis menggunakan tema yang sama dalam antologi ini menjadikan ianya sedikit redundant. Asyik asyik cerita tentang seorang yang ke BBW dan ditimpa malang yang mistik.
Namun, cerpen yang bukan dalam kelompok itu nyata cerpen cerpen yang bagus.
Kelab Malam nyata kelakar. Magis nyata penuh keajaiban. Gelap penuh dgn falsafah.
Secara keseluruhan, aku suka antologi ini. Satu tara dengan KOPI, aku berani kata.
Antologi kali ini bertemakan nokturnal. Ada yang menghiburkan, ada yang tergantung, ada juga yang buat kau tak puas. Personal favorite aku Magis, Malam Yang Merangkak, Kekasih Bibliophile dan Ya.
kiranya antologi malam ini merupakan buku cerpen pertama yang aku baca.
-> 10:15 by Inawza Yusof: walaupun cerpen tapi sepanjang membaca macam harap sangat ceritanya dijadikan novel penuh. -> hubungan berhipotesis by syaihan syafiq: dapat juga aku rasakan perasaan remuknya hati watak tu. -> kekasih bibliophile by Shafaza Zara: macam boleh agak ending dia watak dia tu sebenarnya... -> sesudah subuh by mohd azmen: teringin nak tahu siapa laki dalam longkang, kenapa kena halau..semua semua lah yang tergantung dalam cerpen ni. -> chempaka by julie anne: chempaka mengandung ke yang last tu.. -> Jemputan makan makan by Faizal Sulaiman: masa membaca aku terbayangkan situasi tu dekat taman kebun bunga -> kelab malam by mim jamil: kelakar. macam tak sangka tengah baca surat untuk junior baru rupanya. -> Ah, Sudah by Syahmi Hafizuddin: ini pun kelakar. best.
Aku kalau bersedih, minda aku jadi tumpul. Kebayan paling fav. Dan cerita teh halia. Dan yang bibliophile, terfikir best jugak ada orang risaukan aku pergi bbw sorang-sorang walhal taksuka pun nak bawak orang sebab malas nanti orang ajak balik cepat. Yang lain, hmm ok je la. Mungkin aku dalam mood suka cerita kelakar dan merepek kot. Kira berbaloi jugak lah last minute plan untuk mendapatkan naskhah ini. Walau dari kegusaran hati pada ketika itu, dapat lengkapkan koleksi edisi terhad ni, more than enough. Alhamdulillah.
Yang aku suka:- 1) Janji - Dayang Noor 2) Jemputan Makan Malam - Faizal Sulaiman 3) Ah! Sudah - Syahmi Hafizzudin 4) Kekasih Bibliophile - Zara Syed 5) Chempaka - Julie Anne 6) Gelap - Saat Omar
Yang aku tak suka 1) Lost - Muhammad Fatrim 2) Pondan Di Pandan Indah - Nami
Semua cerpen dia merepek merepek. Ok tipu, tak semua la. Ada yang make sense. Tapi untuk bacaan santai, ok la. Tak sia sia jugak paksa adik aku berebut kat BBW beli buku ni hehe. Ok proceed to next book!
Tak menyesal pun tak memiliki buku ini. Biasa-biasa saja. Atas nama "EDISI TERHAD", buku ini laku keras di Big Bad Wolf. Cover cantik. Haha. Sebab tu orang kata; "don't judge a book by its cover".