Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bumi: Sebuah Novel Politikal Sci-Fi

Rate this book
Apa berlaku bila Bumi dipijak milik alien?

Sebuah novel sci-fi politikal yang jarang ada di Malaysia. Mengisahkan tentang Pisarev dan kumpulan-kumpulan bawah tanahnya yang subversif juga tentang kehadiran alien yang semakin lama semakin membiak dan membuatkan warga Bumi berasa semak.

347 pages, Paperback

First published January 1, 2025

1 person is currently reading
4 people want to read

About the author

Benz Ali

21 books105 followers
penjual buku.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (20%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
2 (40%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (40%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Faiz • فائز.
370 reviews3 followers
August 17, 2025
DNF. Cerita ini mengambil latar suasana politik Malaysia—alien dalam cerita ialah makhluk (warga) asing. Sedari awal novel, telah dilambakkan bermacam-macam hal, watak dan peristiwa seputar politik Malaysia.

Pembinaan plot yang terlalu mengejut, melainkan pembaca benar-benar cakna dengan perkembangan politik serta pemikiran yang wujud. Pengunaan bahasa pula liar; mengingatkan saya kepada zaman-zaman buku indie seperti Fixi, Dubook dan Lejen Press. Kematian gelombang buku indie sebenarnya secara tidak langsung memberi gambaran bahawa penggunaan bahasa yang liar tidak berapa mendapat tempat dalam masyarakat kebanyakan, melainkan beberapa kelompok tertentu yang kecil sahaja.

Setelah memaksakan diri membaca lebih daripada 100 muka surat (saya sering beranggapan bahawa sesuatu buku hanya layak dinilai setelah 1/3 kandungan buku dijamah), saya masih tidak menemui apa-apa yang menarik dalam novel ini. Sangat rancu, memeningkan dan tidak enak untuk dibaca.

*Dibeli di Gerakbudaya dengan harga promosi RM10 sempena Bulan Kemerdekaan.
Profile Image for Hifzs Hidayah.
7 reviews
November 16, 2025
Bacaan bergenre fiksyen politik-sains (political sci-fi) merupakan sesuatu yang agak asing dan baharu bagi saya. Selama ini, saya lebih cenderung kepada bacaan bukan fiksyen; kata orang membaca bukan fiksyen menambah informasi, manakala fiksyen pula mengasah imaginasi. Maka saya menyahut cabaran ini setelah sekian lama meninggalkan dunia fiksyen.

Sebagai langkah berhati-hati, saya memilih Bumi, novel kedua karya Benz Ali, kerana saya percaya setiap gagasannya lazimnya mengandungi kelainan yang tidak klise serta sentiasa memprovokasi minda pembaca.

Tanggapan awal saya ketika menelusuri halaman pertamanya cukup mengujakan. Latar masa tahun 2998, konsep “Bumi baharu” di angkasa dan gabungan genre sains fiksyen dengan politik; kesemuanya pada mulanya terasa jauh daripada jangkauan imaginasi saya. Namun apa yang mengejutkan, dunia yang kelihatan begitu asing itu sebenarnya memantulkan realiti yang akrab. Banyak peristiwa, konflik dan isunya seakan-akan menggambarkan segala yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini.

Secara asasnya, novel ini berpusat pada konflik antara dua kelompok manusia: satu pihak pro-alien dan satu lagi menentang kewujudan alien. Alien di sini berfungsi sebagai metafora kepada golongan pendatang, identiti asing atau apa-apa yang dianggap “yang lain” dalam struktur masyarakat. Benz Ali memanfaatkan elemen fiksyen sebagai medium untuk menyampaikan kritikan sosial dan politik secara simbolik namun berlapis. Pada hemat saya, beliau mengangkat isu xenofobia dengan cara yang mendalam dan tuntas, merupakan suatu usaha yang masih jarang diberikan perhatian oleh penulis fiksyen tempatan. Novel ini berdiri sebagai antara sedikit karya yang berani menyingkap sisi tersebut secara sedar dan kritis.

Watak utamanya pada mulanya kelihatan kurang menonjol. Mungkin kerana sifatnya memang bukan ‘hero’ tipikal, namun kedalaman karakternya mula terserlah menjelang penghujung cerita. Apa yang lebih mengikat perhatian saya ialah kepelbagaian watak lain yang digarap dengan teliti. Masing-masing bernafas melalui latar ideologi tersendiri, daripada konservatisme, sosialisme, anarkisme, aktivisme sehinggalah feminisme. Kerencaman ini menyediakan ruang yang kaya untuk pembacaan psikososial. Walau bagaimanapun, penilaian ke atas watak-watak ini masih bersifat awal kerana Bumi hanyalah jilid pertama daripada sebuah pentalogi; evolusi pemikiran para wataknya sudah tentu hanya akan terungkap sepenuhnya dalam jilid-jilid akan datang.

**Selingan info tambahan: Penulis pernah berkongsi bahawa salah satu nama watak dalam novel ini, Djamila Bouhired, dipilih dengan sengaja. Saya sendiri tidak pernah mengetahui latar sejarahnya sebelum ini; rupanya wanita tersebut merupakan seorang tokoh nasionalis Algeria yang menjadi simbol penentangan wanita Algeria dan perjuangan kemerdekaan negaranya. Menyedari hal ini, barulah saya memahami resonansi karakter pada watak wanita itu dalam novel. Pemilihan ini menunjukkan bahawa penulis bukanlah jenis yang semberono dalam menata karyanya; sebaliknya, setiap elemen disusun dengan teliti dan pastinya membuktikan kedalaman pengetahuan penulisnya.

Disebabkan Bumi sebahagian daripada pentalogi (sesuatu yang saya ketahui kemudian), saya pada awalnya berasa sedikit keliru. Mungkin kerana terlalu fokus mencari motif atau hala tuju jalan cerita. Namun apabila saya mula membaca dengan memposisikan diri sebagai pemerhati dari atas terhadap dunia novel ini, barulah saya menyedari bahawa ia lebih dekat kepada pengalaman dan perjalanan makna. Kita dibawa menyusuri dunia bersama para watak, menyerap lapisan-lapisan makna yang tersirat. Setelah saya melepaskan jangkaan awal, saya mula menikmati pengembaraan ini sebagai sebuah eksplorasi minda.

Antara aspek yang paling mencuri perhatian ialah gaya bahasa Benz Ali yang mencampurkan pelbagai istilah dan bahasa. Selain Bahasa Melayu dan Inggeris, terdapat juga terma Perancis seperti gendarme serta istilah Latin seperti sesterce. Campuran ini mewujudkan dunia yang eksotik dan kompleks, namun dalam pada masa yang sama tetap berpaut pada realiti. Saya kira penggunaan istilah asing ini disengajakan untuk mencetuskan sedikit rasa terasing (alienated) dalam kalangan pembaca, suatu teknik yang berkesan dalam genre seumpama ini.

Saya sendiri berulang-alik merujuk kamus demi memahami beberapa jargon yang digunakan, agar visualisasi saya terhadap dunia novel ini lebih padu. Lucunya, saya kemudian menyedari bahawa glosari yang lengkap tersedia di bahagian akhir buku.

Secara keseluruhan, Bumi ialah sebuah naskhah yang mengajak pembaca berfikir sambil berimaginasi. Ia bukan sekadar sebuah kisah sains fiksyen, tetapi juga sebuah sindiran sosial dan politik yang tajam dalam balutan futuristik. Bagi pembaca yang biasa dengan wacana politik atau teori sosial, novel ini akan terasa dekat; bagi yang kurang biasa, mungkin perlu sedikit usaha imaginasi. Namun dari sudut naratif, gagasannya tetap mudah digarap dan sangat berbaloi untuk dibaca.

Dengan pengalaman pertama meneroka genre fiksyen politik-sains melalui Bumi, saya semakin teruja untuk menjelajahi lebih banyak karya dalam genre ini pada masa hadapan.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.