RABIATUL ADAWIYAH... Kerana kekhilafannya, dia dihalau oleh keluarga. Dibuang tanpa diberikan peluang untuk meminta keampunan dan menebus dosa semalam. Kerana kesilapannya juga, dia keseorangan selama lima tahun. Dia hilang cinta, dia hilang jejak keluarganya dan dia juga hilang permata hati. Dan sehingga kini mimpi ngeri itu sentiasa mengganggu lena tidurnya.
SYAKRI... Saat dia bakal bertunang, dia bertemu dengan si gadis misteri, gadis berniqab yang menyewa di sebelah rumah keluarganya. Dan saat hatinya mula terpaut, rahsia gadis tersebut menyingkap kisah semalam yang menusuk hati... Kisah yang membawa duka dalam keluarganya.
“Perlu ke nak menyamar?” - SYAKRI “Saya tak pernah menyamar!” - RABIATUL ADAWIYAH “Bangkai mana boleh ditutup dengan daun. Lambat laun baunya akan tetap ada...” – SYAKRI
Pada saat Rabiatul Adawiyah tertekan dengan masalah-masalah yang tiba-tiba hadir, dia bertemu dengan seseorang yang ingin menjadi pelindungnya. Seseorang yang tidak kesah dengan latar belakangnya. Seseorang yang sudi menghulur tangan ketika dia lemas dalam perasaannya.
“Sebenarnya, dengan bersaksikan Tok Taha dan mak dek serta kawan Rabiatul Adawiyah, dengan berbesar hati saya ingin menjadikan dia sebagai suri hidup saya. Dengan niat lillahitaala.” – AFIF HAIKAL
Cinta? Dia tidak percaya. Cinta hanya melekakan dirinya dan cinta juga membuatkan dia jauh dari keluarga. Kisah cinta semalam masih meninggalkan bekas dalam hatinya. Namun dia tiada pilihan lain. Saat dia mahu memulihkan keadaan yang keruh, siapa sangka keluarga kandungnya mengenakan syarat untuk membayar harga erti sebuah keluarga dan keampunan.
“Baiklah... Kalau itu kehendak kamu dan Allah dah gerakkan hati kamu datang ke sini, pak cik setuju. Tapi dengan satu syarat...” - ENCIK JALAL
Kerana lelaki hidupnya menjadi sengsara... Dan kerana lelaki juga dia mampu mengembalikan hubungan dengan keluarganya tetapi bersyarat. Mampukah dia menggapai kembali bahagianya?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
More people need to read this! Spread the love!~
Memang best from start to finish, especially when N rasa seperti berada di persimpangan, nak sokong hero mana dan cuba figure out siapa yang lebih layak untuk Rabiatul Adawiyah sebab kedua-dua hero ada kelebihan and charm masing-masing. Seorang gentleman yang teramat sangat, seorang lagi mulut macam puaka tapi hati sebenarnya baik.
Watak Awiyah memang N simpati dari awal hingga akhir. Kerana terlalu mengikut kata hati, Awiyah dibuang keluarga. Luluh hati si ayah apabila anak yang dibanggakan dan diharapkan sanggup menconteng arang pada muka mereka sekeluarga.
Setiap tragedi ada hikmahnya. Kerana kekhilafan lalu, Awiyah lebih berhati-hati dalam menjaga maruah diri. Dia tak akan membiarkan dirinya bergaul rapat dengan mana-mana lelaki. Dengan status dirinya yang kekurangan, siapa lar yang mahukan dirinya yang sudah kotor ini?
Daripada tiada, terus datang dua. Seorang dengan penuh keikhlasan, seorang lagi dengan agenda tersendiri. Malangnya, ayah Awiyah mempunyai rencana sendiri. Jika ingin kembali ke pangkuan keluarga, turuti syarat yang diberi.
Sebenarnya syarat yang diberikan oleh ayah Awiyah membuat N sakit hati teramat sangat sebab sangat tak adil! Separuh daripada diri N menjerit, “Jangan ikut!!! Kahwin lari jer!!” Tapi nanti lain pulak ceritanyer...
Novel Islamiah yang menitik-berat unsur kekeluargaan dan persahabatan diserikan lagi dengan unsur romantis sengal. Heh.
Awi dan Kar memang sahabat dunia akhirat. Mereka melalui masa silam hitam yang hampir sama. Perkenalan di pusat pemulihan berkekalan hingga diluar sehingga menjadi rakan serumah dan sekerja. Kar merupakan pemberi semangat dan penyelamat Awi. Tanpa Kar, mungkin Awi telah lama tewas.
Ayah Awi...tak sesuai rasanya watak bekas anggota KAGAT, Imam masjid dan akhlak mulia, menjatuhkan hukuman macam tu pada Awi. Awi berdosa, itu betul. Khilafnya seorang anak, bukankah kerana didikan yang diberikan mungkin masih belum cukup. Atau ada dosa silam ibu bapa yang dibalas Allah melalui si anak.
Jalan ceritanya menarik. Diselangi hadis dan nasihat yang ada antaranya macam sedikit tak kena. Bukan hadis tak betul tapi cara disampaikan tu agak kaku. Patutnya diselitkan dalam perbualan atau monolog watak. Ini lebih ke arah monolog penulis. Memang novel ni third person tapi penulis bukan watak dalam novel ni. Tukang cerita saja.
Ala macam ustaz atau ustazah berceramah la. Ada yang bosan sampai boleh buat tertidur dan ada yang menarik sampai kalau boleh tak mau habis majlis. Maaf kata, untuk novel ni jatuh kategori bosan.
Muncul pula watak second hero yang saya rasa sebagai justifikasi untuk heroin kedua saja. Ya la, heroin kedua kan berpisah dengan hero sebab hero jatuh hati dengan heroin. Watak second hero dan heroin dalam novel ni tak macam dalam drama Korea la. Selalu kan majoriti sokong second hero atau heroin sebab sedih sangat cinta tak sampai. Yang ni macam tak perlu wujud. Maaf kata. Konflik hero dan heroin pun dah cukup sarat.
Bercerita tentang niqab ni. Pernah saya dan famili makan di sebuah restoran. Kebetulan di meja sebelah ada satu famili di mana si isteri berniqab. Bila suap makanan, dia angkat sikit kain tutup mulut. Bila berniqab makan kena tertib sebab kain tak boleh angkat tinggi. Entah suami tu fed-up ke apa ke, dengar dia suruh isteri dia buka niqab tu. Haa suami turunkan arahan tu. Dan niqab ni dalam Islam tak wajib. Maka suka ke tak, isteri tu buka la niqab dia. Pakat satu restoran toleh. Nak tengok kot muka isteri tu macam mana. Kot macam heroin Ayat-Ayat Cinta kan. Sedangkan masa dia berniqab tadi sapa pun tak peduli.
Kenapa saya bangkitkan isu ni? Sebab dalam novel ni niqab ni seolah-olah pelik sedangkan orang dah tak hairan dah. Malahan tak semestinya kena all black. Warna tanah brown pun boleh. Malahan ramai yang berani campur adukkan warna tanah tu ikut tona. Coklat muda la coklat tua la. Dalam Islam, wanita digalakkan berpakaian warna gelap atau senang cerita warna tanah. Tapi nak pakai biru gelap boleh, hijau gelap boleh sebab masih lagi tempias tanah.
Dah terkeluar tajuk pula. Satu lagi nak kongsi cerita. Nak tau baca. Tak nak sudah. Kat pekan saya duduk ni ada adik berniqab jual nasi lemak. Tak ramai pelanggan bukan sebab dia berniqab. Sebab sambal tak sedap. Bukan salah dia. Dia tukang jual ja. Tukang masak orang lain. Anyway, raya haji kan ke tak ramai berniaga. Tapi dia buka stall macam biasa start raya kedua. Saya pun beli. Bila tanya harga, dia jawab, saya tak dengar. Bahana kerja kat tempat bising, pendengaran pun k.o. Tambahan pula adik tu cakap slow dan ditutup kain so makin slow la kat telinga saya ni. Last kali dia selak sikit kain dekatkan mulut ke telinga saya. Dah macam kongsi rahsia dah berbisik bagai.
Ada banyak persoalan timbul selepas baca novel ini. Maybe sebab tak fokus baca kot.
1. Tak faham kenapa ayah Awiyah buat syarat macam tu. Dia cakap dia ada reason dia sendiri tapi tak tercapai otak yuni reason itu.
2. Kenapa Afif setuju syarat itu? Dia macam redha je segala. Siap...wow kahwin dengan ayu. Dia ni memang ikut cakap orang je ek untuk kahwin dengan siapa?
3. Kenapa Syakir buat macam tu? Apa salahnya Awiyah? Mula2 ok faham kenapa dia even dah kahwin tapi jauhkan diri dari isterinya. Tapi sampai sanggup 'tipu' isteri sendiri part kahwin lain. Hmm...Nasib baik Awiyah lari dalam negara je. Buatnya dia tak balik2 PADAN MUKA!
4. Katanya Awiyah ni cucu kesayangan nenek dia. Masa hilang 5 tahun, cakap rindu gila tapi bila dah jumpa, kenapa macam tak nampak dia cuba rapat dengan nenek semula?
5. Apa fungsinya ayah awiyah sembunyikan tentang anak Awiyah tu? even selepas kahwin dengan Syakir still dirahsiakan.
aku beli novel ni sbb aku kenal ngan watak rabitah atau rabiatul adawiyah ni.rabitah ni muncul dalam "jangan pandang sebelah mata bro!" so dlm novel ni ade la terselit sket kesah mira maira dan alif haziq.hehe
rabitah ni pernah wat silap dulu..terlanjur dan melahirkan anak luar nikah.tp anaknya telah diberi pd org lain selepas dilahirkan.bukan atas kehendak dia.kesian.. dia mulakan hidup baru bersama kawan baik dia karmah. hidup dia mula dilanda ombak selepas kemunculan syakri.tapi jgn risau..wlpn rabitah terseksa secara emosi tp rabitah msh ade supporter dia iaitu karmah..besfren forever dia.hehehe! karmah mmg syg abis ngan rabitah.. n aku suke ngan karmah ni...setiakawan yg kuat! (kebanyakan novel suke wat kwn mkn kwn..helo! kami ni kawan2 yg baik jugak taw..!)
syakri ni mmg la sengal.. (aku mmg nk salahkan dia!)sbb dia la hidup rabitah jd kucar kacir..dia asyik tuduh rabitah yg mcm2.. owh man! tension gak ngan mamat ni.. suke kat rabitah tapi asyik nk konflik dalaman! huh!
Afif haikal mmg la sebaik-baik umat.. wlpn xckp inci..hahaha tp dia rasional, xcepat melatah..baik..hehe dia mmg suke sgt ngan rabitah n nk kawen ngan rabitah.. tapi....erk..xyah cite la eh..?hehehe!
novel ni mmg air mata sket.. tp msh sweet dlm cara tersendiri..byk pengajaran yg blh kita dpt dr novel ini. konflik xyah ckp la mmg serabut..serabut perasaan pembaca la..hahaha! tapi xrugi untuk dibaca!xyah pk panjang.. mmg cite xsweet overdose..tp msh ade aksi2 pujuk memujuk gurau senda yg maniiiiissss aje..hehehe
Unsangkarable... Kusangkakan cempedak, tp eh eh nangka.. Giler x sangka kebetulan2 dlm kisah ini... Paling x sangka syarat Tuan Jalal! Memang sakit hati dibuatnya! Ntah pape punya syarat. Ngek pun iyer gak... Sakit plak hati kita.
Beratnya beban yg ditanggung Rabiatul Adawiyah @ Rabitah... Adanya seorang sahabat adalah anugerah, terima kasih buat Kahmar... Kuat meniti ranjau hidup...berdepan dengan cacian kisah silamnya... Setitik noda menenggelamkan sejuta kebaikan yg ada...
Jalan cerita yg sarat tapi menarik...
Tapi agak pelik, title imam yg dihormati tidak mampu menolak contengan arang ke muka keluarga...anak di halau... Hidup bersendirian dgn niat kerana Allah taala...
Serangan emosi oleh Syakri... Childish sungguh... Memang buat menyampah... Muncul pula lelaki yg baik Afif Haikal yg membuka peluang kedua tentang menjaga maruah...dipinang dgn bersyarat...syarat tak masuk akal langsung!
Tak logik sungguh! Cerita dah lancar... Tiba2 pak Jalal ni bagi syarat tak masuk akal! Ape bendalah.... 😡😡 Nampak sgt nak menyelamatkan watak si Syakri ni ...nak menangkan amanat Dee... Padahal tak kene langsung perjalanan story ni... Kecewa sungguh!
Dan....aku pun stop terus baca bila selak muka surat hujung2 berpaut juga si wiyah ni pada Syakir... Haisshhh...!!
Maaflah....aku stop baca terus... Buat down emosi je... Aku nak bersorak dah bila Afif Haikal meminang Wiyah ni dgn baik... Serius kecewa nak mampus.
Terpengaruh beli buku ni sebab ada tengok someone bagitau, buku ni sedih. Kita suka buku sedih, so beli ja la.
Cerita ni fully tentang Rabiatul Adawiyah yang mana dia pernah buat satu kesilapan, yang menyebabkan dia dihalau keluar dari rumah oleh ayahnya. Buku ni juga banyak menceritakan tentang macam mana Rabiatul ni bersabar dan tabah hadap segala masalah dan cabaran yang datang dalam hidup dia.
Dengan hadirnya seorang lelaki bernama Afif, yang sangat serius nak ambil Rabiatul ni sebagai isterinya. Tapi, ada satu situasi yang menyebabkan bapak Rabiatul suruh Rabiatul berkahwin dengan Syakri (bekas tunang adik dia), dan Afif berkahwin dengan adik Rabiatul.
Cerita ni juga ada part geram dia. Sebab mak Syakri selalu menangkan anak dia (Deen) walaupun anak dia bersalah terhadap Rabiatul suatu ketika dahulu. Ya la, anak dia tu dekat depan dia, pijak semut pon tak mati.
For me, buku ni takdak konflik yang berat dan light saja penceritaan dia. Kesimpulannya, buku ni tak sedih. Yang sedih tu, kisah hidup Rabiatul.
Admin suggest you all baca novel ni. Novel ni bukan semata cerita mengenai cinta tapi tentang persahabatan. Permulaan novel ni pun buat admin teruja nak baca bab seterusnya. Kisah seorang gadis bernama Adawiyah dibuang keluarga kerana satu kesalahan yg dibuat disebabkan cinta. Dia terpaksa hidup sendirian selama lebih 5tahun dan ketika itu kawan rapatnya Karmah yg senasib dgnnya selalu ada dgn dia. Tetapi seorang jejaka dapat membuka pintu hati Adawiyah setelah sekian lama hatinya tertutup. Tapi saat si jejaka meminta restu keluarga Adawiyah, bapa Adawiyah tetapkan syarat utk mereka. Apakah yg berlaku seterusnya? Dapatkan segera buku di https://www.e-sentral.com/ :))