Setelah 26 tahun membawa diri ke kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum ini tidak mengetahui akan kelahiran tiga puteri kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya.
“For what? Kenapa kita nak jumpa dia? Kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” – NUR ALEYA.
“Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” – NUR ALISA.
“Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita.” –NUR ALINA.
Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun, kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri kedua Dato Syed Mohd Kadir, Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat milik Dato Syed Mohd Kadir akan diwarisi oleh Alina kerana Alina satu-satunya zuriat kandungnya yang ada.
Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci dan kini dicintainya sepenuh jiwa.
Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut yang tenang pasti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir tidak bersatu semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The Three Musketeers yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa.
Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah disakiti dan dilukai selepas 26 tahun?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Permulaan yang menarik tapi lama-kelamaan ia surut menjadi ‘okey’ sahaja. Pada awal cerita, N suka dengan kerenah Aleya, Alisa dan Alina; pasangan triplet yang mempunyai personaliti yang berbeza. But as the story progresses, Aleya dan Alisa menjadi semakin menyakitkan hati. Mungkin ramai yang akan berpendapat Aleya dan Alisa menceriakan dan menggamitkan suasana tapi pada N, mereka sebenarnya biadab. The only one yang ada hati perut is Alina kerana hanya dia yang tidak menambah kerumitan keadaan Munirah dan Kadir yang sememangnya sudah cukup rumit.
Cerita ini lebih menitikberatkan unsur kekeluargaan daripada cinta. Which is fantastic sebab bila cerita ni dah fokus kepada hubungan cinta tiga beradik tu, N terfikir cerita Tiga Abdul. Entah kenapa, tapi rasa macam cliche sangat. I would’ve liked it more had the sisters tak jatuh cinta dengan pasangan-pasangan yang ditetapkan; architect kahwin architect, lawyer kahwin lawyer, doktor kahwin doktor. Predictable! And agak melucukan apabila Aleya, Alisa dan Alina yang dilahirkan, bersekolah dan bekerja di London selama 25 tahun bercakap bahasa Inggeris dengan grammar tunggang-langgang. N harap in the future, penulis will make some effort untuk memastikan penggunaan bahasa Inggeris adalah tepat. Boleh minta sesiapa yang fasih untuk semak ayat-ayat adalah grammatically correct.
861 pages! Sungguh tebal hehe. The first 500++ pages pasal kekeluargaan then the rest baru pasal cinta-cinta.
Yang saya suka:-
1/ cerita mengenai triplets! Sesuatu yang baru dan interesting
2/ ceritanya banyak mengenai hal kekeluargaan but this part yang interesting
3/ like most karya azimah lily, she tries to make a happy ending for all the characters of the story
4/ I like kembar Aleya the most.the strongest character.
Yang saya tak berapa suka:-
1/ saya mudah confuse. The whole triplets thing is interesting tapi dia buat saya confuse.i had to read and reread some parts.even cik penulis pun ada confuse rasanya hehe but i forgot which page!
2/part cintanya so sikit! It was so sikit sampai I fikir mengapa seperti ditulis "rushing" sangat
3/penggunaan bahasa inggeris perlu diperbaiki lagi.especially when the triplets membesar di London for 25 years!! So agak annoying juga kalau ada some grammatical errors in their speech
4/I think writer also overuse the "memakai bag tangan/jam tangan bla..bla.." I think it's enough to say "mengambil beg tangan" instead of "mengambil beg tangan jenama LV"
Don't get me wrong.azimah lily adalah antara penulis yang saya mesti beli dia punya buku!
Bagi saya sebenarnya kisah ini menarik. Bagaimana tiga anak kembar seiras cuba memastikan ibunya tidak akan kembali lagi kepada si ayah, yang tidak pernah mereka jumpa. Namun, ada sahaja halangan yang muncul lebih-lebih lagi Kartika, si isteri kedua ayah mereka.
Cumanya, disebabkan terlalu banyak bab seperti berulang terutama bab melibatkan tiga kembar bersama hero masing-masing yang asyik bergaduh, membuatkan pembacaan kadang kala terganggu. Yang lain saya kira okay saja. Tahniah buat penulis.
jalan cerita nya best…menarik…mmg teruja nk tau setiap idea n planning aleya n alisa…..cumanya yg agak mengganggunya dlm cerita ni, adalah editing….rs nya editor perlu lebih teliti selepas ini….
Permulaan yang menarik tapi lepas tu turun ke tahap "alahai, cepatlah kamu habis baca yuni oit".
Aleya seorang yang tegas, Alisa seorang yang cakap lepas manakala Alina seorang yang lembut. Tahniah Munirah berjaya mendidik ketiga2 anaknya di kota besar London.
Kalau tak kerana acap kali dikatakan Munirah itu ibu mereka, mungkin aku fikir Munirah itu adik bongsu mereka. Kenapa? Sebab dia macam tak boleh buat decision. Anak2 yang lebih tegas. Berlembut pun ada batasnya, Munirah oit. Kamu boleh bersabar lagi dan tak marah apa2 pada Kartika even dia dah upah orang langgar kamu dan anak2 kamu. Oklah, untuk kamu, mungkin boleh berlembut tapi macam mana untuk anak2 kamu? WOW, murahnya harga anak2 kamu yek. Begitu hati seorang ibu?
Pantangnya lah hai bila baca kisah anak berkurang ajar dengan ibu bapanya. Cakap kasar pula tu. Even jahat mana pun ibu bapa kita, mereka still ibu bapa kita. Konon bersikap macam masa kat London tu, mereka tiada kaitan dengan bapa mereka. Hmm...belanja dari kecil sehingga boleh jadi orang tu, bukan bapanya yang tanggung? Makan di rumah besar tu selama sebulan tak kerja, siapa yang tanggung?
Tak tahulah realitinya tapi bukan ke ambil masa yang lama proses untuk jual beli saham? Sama juga proses jual beli hartanah. Tapi hmm... mula2 dikatakan anak2 ini semua berkerjaya tapi bila balik Malaysia, macam tak ada tanggungjawab pada kerja pula. Senang2 je cuti segala bagai. Gitu ke?
Yang si bapa pun satu. Selalu orang cakap cerai itu atas tangan suami. Tapi dari awal hingga tengah cerita, just ugut nak buat sesuatu pada Kartika even lepas isteri kedua cuba membunuh isteri pertama. Hmm...lepas tu boleh masih sanggup hidup bersama isteri curang even tahu pergerakkan isteri. Bukan ke itu kita namakan dayus?
Kisah mengenai anak kembar.. 3 orang dengan 3 karekternya yang berbeza.. Setelah 26 tahun, baru mereka berjumpa semula dengan abah mereka.. Kisah penyatuan sebuah keluarga yang agak unik dan menarik.. Ada lawak, sedih dan juga gembira.. #bukanduatapitiga #azimahlily #penulisan2u #kekeluargaan #cinta #lovenovel #novelcinta #bookstagram #hobisaya #bacaanogos2017 #bloggerbuku #bookreview #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Kisah 3 beradik kembar seiras...naskah yang boleh layan...best apabila penulis cuba memberikan kelainan cinta antara suami isteri yang sudah lama terpisah (23 tahun ku rasa)....Best bila si suami yang sudah tersilap langkah berusaha keras merebut hati si isteri..Best untuk memiliki 3 puteri yang berlainan karekter dan panjang akal...Namun padaku naskah ini boleh dipendekkan kerana pengulangan isi yang lebih kurang sama....Namun masih puas hati dan boleh layan..Tahniah 3.6*
bagi aku jalan cerita novel ni agak santai dan lebih berunsurkan komedi. walaupun ada watak jahat tapi bagi aku tidak cukup jahat untuk dipanggil penjahat, mungkin lebih sesuai sebagai 'bodoh sombong'.. overall agak terhibur tp agak penat jugak untuk menghabiskan hingga ke muka surat terakhir.. aku bkn jenis org yg sabar utk membaca buku yg tebal.. huhuhu...
Sebab dah lama tak baca novel cinta jadi ini novel pertama selepas beberapa tahun menamatkan zaman persekolahan (baca ni pun sebab nak sertai cabaran baca buku tebal. haha)
Sebenarnya dah lama tak layan novel cinta sejak akhir2 ni, lagi2 bila dah kenal penerbitan fixi, prologmed, iman piblication dan yang lain.
Apapun, novel ni best bagi saya. Lagi2 kisah cinta dia bukan sekadar antara laki dan perempuan yang baru nak mengenal diri dan bercinta tapi ia tertumpu kepada kisah cinta orang tua, cinta bapa pada anak dan kisah cinta anak2 mereka (macam biasa tapi yang ni memang best sangat. huhu)
Jalan cerita agak menarik cuma ucapan atau dialog kakak2 titi dan mak tiri dia macam sama jer tiap kali jumpa dan gaduh tapi akhir cerita dia best. Akhir kata, kalau betul2 mendalami novel ni, memang dapat faham sangat kebencian anak2 dia pada ayah dia dan luhurnya cinta ibu dia pada ayahnya.. Sebenarnya buku ni rating dia 'more than average' tapi sebab saya tak suka sangat genre macam ni jadi saya bagi 3 bintang jer. hihi
#BOOKSENDSCBT2019
P/s : Rupanya tahun ni dah baca novel cinta dari hlovate laaa. Lupa pula. huhu
Honestly, saya memang enjoy sangat baca novel ni. Mula² tu macam takut juga nak baca sebab risau storyline complicated ke apa. But lepas baca memang I really loved it! Storyline dia memang nice je and conflict pun tak terlalu rumit atau sesakkan kepala bila baca. Memang suka sgt dengan karya kak azimah. RECOMMENDED UNTUK YANG TAK BACA LAGI 👍
sy pun blh pengsan kalo tgk 3 kembar seiras depan mata..hahaha..bestt..kelakar ada,.sedih ada...kesengalan tengku iskandar tak dapat dinafikan..dr nazri jugak yg senyap jerr..sesuai ngan alina..doc jumpa doc,.lawyer ngan lawyer..walau si alisa ni,.kejap nk jd lawyer,.kejap nk bukak restoran..aliya dapat si iskandar..si sengal ngan si serius..
Wow..dah lama I tak baca buku dlm dalam masa dua hari and this book is made it. I suka walaupun tebal tapi the story tak meleret bahkan I rasa macam tak puas lah especially the part after their marriages. So much fun,fun and fun!!