Semuanya bermula daripada sebotol air. Air yang kelihatan biasa, tapi membawa bencana luar biasa. Air yang mencipta makhluk pemusnah….
Makhluk itu kini digelar Dinoman.
Hanim baru pulang dari bercuti, tapi dunia yang menyambutnya bukan lagi dunia yang dikenali. Bandar-bandar musnah, manusia hilang, dan makhluk raksasa berkeliaran. Dunia kini milik Dinoman.
Dalam dunia yang kucar-kacir ini, anda akan menentukan ke mana arah Hanim. Setiap pilihan membuka cabang yang berbeza. Setiap langkah membawa akibat.
Adakah anda akan membawa Hanim kepada keselamatan atau ke arah kehancuran?
Ini merupakan sekuel daripada cerpen Ais di Cereka. Tapi okay saja if kalian nak baca Hanim terus. Rasanya tak terganggu. Hanim bukan buku game pertama dari Cereka yang saya baca. Tak ada tips untuk kalian main buku game ni. Pilihan semua terletak atas kalian. Nak tentukan nasib karakter dan arah tuju jalan cerita. Kalau gagal -- sila cuba lagi. Itu saja hshs
Sinopsis Ringkas: Ada satu air bernama Sberg. Air inilah punca terciptanya huru hara. Siapa yang minum akan bertukar menjadi raksasa yang digelar sebagai Dinoma. Hanim-- dia baru sahaja pulang dari bercuti dengan keluarganya. Ada satu kejadian terjadi mengakibatkan dia harus bertindak. Dia tidak pernah menyangka detik itu adalah permulaan dia harus mengaktifkan mode survival demi anak-anak tersayang. Apa yang terjadi seterusnya?
Yang mana ada darah pendekar. Kalau baca buku ni mesti sentiasa akan memilih pilihan yang kerjanya nak memberontak saja untuk Hanim. Sebab bila kita letakkan perasaan amarah di tempat pertama. Kita tak akan dapat fikir secara baik (clue). Tapi dalam masa yang sama. Saya pada awalnya meletakkan diri saya di tempat Hanim sebagai seorang ibu yang ingin berjuang. Jadi pilihan saya banyak ke arah pendekar hshs
Level sabar nak main game ni kena tinggi. Sebab anytime kamu boleh MATI. So kena start balik sampai jumpa penamat yang sebenar. Saya mula nampak sinar berpihak pada saya bila Hanim (4004) ada di Kem Perlindungan. Disana game ni makin intense. hshs dan this time around banyak karakter yang menarik muncul.
Saya percaya cerita Hanim ni kalau bukan dalam bentuk buku game sekalipun. Masih ada potensi yang sangat besar dan luas untuk dipanjangkan lagi storylinenya. Saya sangat tertarik dengan Dinoman. Well done penulis. Saya tahu bukan senang nak buat buku ni. Kalau tak pecah otak mesti pecah kepala hshs. Anda power. Saya tak puas sebenarnya. Nak tahu banyak lagi. Ergh
Membaca naskhah Hanim ni mengingatkan saya zaman sekolah dulu, masa obses baca Goosebumps—yang kita boleh pilih apa tindakan untuk watak tu.
Novel ni pun konsep dia lebih kurang sama. Semuanya bermula daripada sebotol air, dan dari situlah tercetusnya Dinoman (yang saya asyik salah baca jadi “Dominan” 😂), makhluk perosak yang mengubah segalanya.
Hanim bersama suami dan dua orang anaknya, Naila (ehem nama saya! 😆) dan Kasih, baru sahaja pulang dari bercuti.
Tapi kepulangan mereka… disambut dengan dunia yang dah kucar-kacir.
Serious weh—baru mula baca dah M4TI 😭 Tak sampai separuh pun 😂
Saya mula semula. Kali ni berjaya sampai ke bahagian Hanim bertemu dengan Dizzy, Amran dan Alia dekat Kem Perlindungan.
Dah mula rasa happy dah masa tu, ingatkan kali ni berjaya bawa Hanim bersatu semula dengan keluarga dia.
Tapi… ish malas nak cerita. Korang kena baca sendiri 😂 Kalau jumpa perkataan “Tahniah”, kita roger tepi lah ya 🙂↔️
Kalau korang jenis suka novel yang bagi kebebasan untuk tentukan jalan cerita sendiri, you guys should definitely give this a try!
Antara sebab kena baca: 1. Fast-paced — sejam pun boleh habis, especially kalau cepat M4TI 😆 2. Kalau buat pilihan selfish, memang cepatlah tamat 💀 3. IT WAS SO MUCH FUN!!! Rasa macam kita yang tentukan nasib watak 🤭 4. Respect pada penulis & penerbit—bukan senang nak susun pilihan A/B yang logik dan menarik!
Hanim sekeluarga yang baru pulang daripada percutian terpaksa berpatah balik meninggalkan kota. Ternyata malapetaka telah berlaku. Manusia bertukar menjadi makhluk begis yang dahagakan darah. Hanim terpaksa membuat keputusan sendiri apabila suaminya turut meninggalkan dia beserta dua anak mereka. Namun, setiap keputusan Hanim adalah berdasarkan pilihan pembaca.
Setiap pilihan kita akan menentukan kelansungan hidup Hanim dan juga anak-anaknya. SH mulakan dengan buat keputusan tanpa berfikir. Tapi nampaknya memang memberikan impak yang buruk. Awal-awal lagi Hanim sudah mati. Menemui penamatnya.
Kemudian, SH ulang kembali dengan membuat keputusan dengan pertimbangan yang SH rasa wajar. Namun masih juga beberapa kali menemui penamat. Yang paling tak seronoknya adalah apabila pilihan yang dibuat seolah-olah memberi sinar harapan buat Hanim tetapi tetap menuju ke penghujung yang sama. Tamat dan kena cuba lagi.
Rasanya macam susah sungguh hendak membuat keputusan yang membolehkan Hanim mendapat apa yang diinginkan iaitu kelansungan hidup juga keselamatan anak-anaknya. Setiap tindakan dan juga keputusan akan ada impak kepada pengakhiran Hanim. Samaada dia tidak selamat, selamat namun bersendirian, atau pun bahagia bersama keluarga. Namun, penamat yang SH rasa paling banyak adalah sebuah kematian.
Novel interaktif / buku permainan pertama yang saya baca. Tak sangka seronok juga ye membaca sambil bermain. Saya kalah terlalu awal pada mulanya. Saya cuba lagi nasib dan berjaya panjangkan sedikit permainan. Namun, saya tetap kalah. Tiada tanda kemenangan buat saya. Tak pandai main game survival nampaknya.
Saya nak ajak semua rakan pembaca untuk ada buku ni setiap seorang. Korang boleh habiskan buku ni tak sampai sejam pun! Sebab apa? Setiap bab tu tak panjang. Sangat mudah dan perlu berhati-hati buat pilihan. Rasa macam semua pilihan dia mengundang betul. Terpulang juga berapa kali nak cuba nasib.
Berkisah tentang virus yang merubah seseorang menjadi makhluk ganas melalui air. Bersisik dan membunuh siapa saja di depan mata. Siapa kena kokak, dia pun akan bertukar sama. Saya terus terbayang The Lizard dalam cerita Spiderman.
So, dari huru hara ni akan bawa kita bermain. Pilih sama ada nak bertindak agresif atau berdiam diri dan sebagainya. Semuanya di tangan pembaca. Saya memang kalau main permainan video pun, rasanya dah kecundang awal sebab takut. Nampak dalam buku pun tak bernasib baik.
Tapi ini memang satu pengalaman yang mengujakan! Serius seronok tau! Korang yang akan tentukan jalan ceritanya. Tolong masukkan buku ni dalam list PBAKL korang dan selamat bermain!
Hati berbolak balik nak start baca novel ni sebab emosi skeptikal dah datang plus rasa diri sisturr tak boleh menerima jenis gamebook ni. But everything has first time right, gigih la buka dengan dalam otak fikir mesti lama kan nak abis buku ni sebab sisturr ada isu ‘kalau tak selesai tak akan rilex’.
Awal bab tu macam pengenalan untuk beritahu kepada pembaca apa situasi yang sedang berlaku dan kita ni sedang memegang watak mana satu. Kalau dalam dunia RPG, awal-awal tu mukadimah daripada NPC atau macam storyteller untuk kita grasp apa yang berlaku. Bila dah terjadi tu, bab satu [Permainan Bermula].. Nohhh nervous gila macam kita pulak dalam tu. Sebab dah tahu kau pilih salah, karakter ni akan terima azab nyer.
Buku novel ni dipanggil novel interaktif sebab pilihan ada di tangan pembaca. Novel ni habis dalam masa sehari ya ~ sehari!!!! Tak pernah la sehari (ikutkan separuh hari je) habis, mungkin sebab ia adalah pilihan jadi sisturr as pembaca tak belek semua muka surat pun, ikut je arahan dia. Pertama kali mati, sisturr dah buat buku tu terbang sebab unexpected gila pilihan tu boleh buat si Hanim ni mati. Arghhhh~~ geram. Nasib baiklah dah sampai checkpoint pertama, so kita trace dari situ je kesilapan. By the way, klu untuk karakter Hanim ni dah ada dekat cover buku… sebelum mula korang tenung la cover buku tu lama-lama tau.
Punya geram dengan kematian yang pertama, sisturr bertekad tak nak mati sampai 3 kali (usually dalam game bagi 3 hati je kan >_<). Setiap pilihan dibuat dengan kadar berjaga-jaga. Hanim’s life is on the stake right now! Lepas tu kematian kedua, selepas checkpoint ketiga. Ya Allah, geram nyer buat baik salah, self-defense salah, ignoring salah ~~~ anda nak Hanim jadi karakter bipolar ke (sebab sisturr dah rasa bipolar baca ni). Perjalanan Hanim selepas tu makin perlahan sebab sisturr dok timbang tara betul ke tak ni pilihan yang dibuat. Akhirnya perjalanan Hanim sampai ke checkpoint kelima, punya excited sebab dah nak habis. Sekali dapat pegakhiran yang tak membahagiakan. Dok mikirr kenapa ehhh ~~~ kesilapan pilhan adalah tidak peka akan masa. Masa kena selari dengan niat Hanim ya. At the end~~~ sisturr bahagia dapat pengakhiran yang bahagia. Semua puas, macam menang award.
Jadi novel ni adalah novel interaktif yang pertama, so boleh la cuba novel interaktif yang lain. Terima kasih cereka kerana menghasilkan karya ini walaupun untuk saya yang penakut mencuba yang baru ini adalah yang paduuu. Terima kasih juga sebab bagi buku free, tak rugi pilih buku ni.
Buku Hanim merupakan buku yang berkonsepkan GAME iaitu kita boleh memilih jalan cerita yang kita nak. Tapi, kalau salah pilih boleh dapat ending yang bukan kita nak 😂. Terlalu banyak pilihan yang diberi sampai kita asyik menemui penamat yang mengecewakan dan kena “mula semula” sampai kita jumpa penamat yang betul.
Hanim yang sedang berhadapan dengan dunia yang kucar-kacir memberanikan diri berlawan dengan makhluk raksasa demi mencari dan menyelamatkan anak-anaknya yang masih kecil. Secara jujurnya, ini merupakan buku game yang pertama saya baca. Sangat menarik yang diselitkan dengan unsur sedih dan pengorbanan. Bagi peminat buku aksi, survival dan buku game, saya sangat recommend buku ni.
So dah berapa kali saya salah pilih takdir hidup Hanim? - Adalah lebih 7 kali 😆
Baca dalam beberapa jam sahaja saya boleh dapat 3 ending. Rasa tak puas, baca semula lagi dan lagi untuk dapat ending yang lain. Fast-pacing. Baru aje satu page dah suruh buat pilihan. Pilihan pulak susah nak pilih mana satu. Setiap pilihan rasa macam crucial gila. Tahniah penulis dan penerbit. Cam gini 👍👍👍👍
Wow wow agak seronok baca buku game ni walaupun empat kali 'game over'. Buku ni nampak tebal tapi bila you lompat sana sini nipis je la kan. Cuma ending dia macam hmm