Hidup Tasneem dan Ariff sudah berakhir dengan frasa ‘dan mereka hidup bahagia selamanya.’
Namun, perjalanan menuju ke destinasi hingga wujudnya Ahmad Faris tak semudah kisah fairy-tales. Banyak ujian melanda. Berkali-kali hati teruji. Hampir sahaja kedua-duanya tersungkur. Tapi, bak kata Ariff Hakimi, kun fa ya kun. If it’s meant to be, then it’s meant to be.
BUKAN AWAK TAPI DIA
Mana mungkin Dian cintakan si pemilik suara serak-serak basah itu jika hatinya sudah jatuh pada Hadif, teman sekampungnya.
Mana mungkin Nadeem cintakan si tukang jahit yang mulut tak ada insuran itu jika dari awal lagi hatinya sudah ditakluk oleh Balqis, model terkenal.
Namun melalui satu program reality tv keduanya ditemukan. Misi kedua-duanya sama, ingin memasuki program itu semata-mata ingin mendapat perhatian dari pilihan hati masing-masing yang endah tak endah saja kepada mereka. Tetapi, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.
Mampukah Nadeem dan Dian miliki apa yang mereka inginkan? Mampukah hubungan keruh Dian dan Nadeem dijernihkan?
Kesinambungan kisah Tasneem dan Ariff Hakimi (Ariff) di dalam Yang Luar Biasa.
Kalau dalam Dear Cinta kita dihidangkan dengan penamat kisah mereka yang manis dan membahagiakan, hakikatnya, laluan untuk mereka berdua mengecap happily ever after itu penuh ranjau dan likunya.
Masing-masing punya kisah silam yang memeritkan. Dan bila kepercayaan dan keyakinan terhadap hubungan mula goyah, bagaimana mereka berusaha untuk mempertahankannya?
Komen saya: 1. Suka kelainan yang ditampilkan. Kalau biasanya sekuel sesebuah kisah akan menampilkan konflik yg melanda selepas perkahwinan, kisah ini pula membawa kita ikuti liku-liku perjalanan kisah Ariff-Tasneem sebelum mereka berkahwin.
2.Geram juga dengan sikap Tasneem tapi bila terkenangkan apa yang pernah dilaluinya, tak mustahil rasa insecurities tu ada dalam hubungan mereka. Dan sekiranya Ariff berterus terang dari awal, mungkin Tasneem tak akan bersikap kebudakan seperti itu.
3. Mujur ini cuma mini novela. Kalau novel, mungkin kisahnya akan jadi penuh sinetron. :P
4. Nampaknya Cik Penulis sudah pandai mengimbangkan rasa masam-manis-payau dalam karyanya. :) Tahniah Farah. Menanti September pula. Moga ilham mencurah-curah untuk menyudahkan kisah seterusnya. :)
Bukan Awak Tapi Dia - Anna Lee (3.5*)
Demi untuk mendapatkan perhatian Hadif, Dian Rania (Dian) akur dengan rancangan teman-teman rapatnya untuk menyertai suatu rancangan realiti tv, Mencari Dia. Rancangan realiti tv itu sebenarnya adalah untuk mencari teman hidup Nadeem, seorang penyanyi dan komposer yang sedang berusaha untuk membina kembali namanya. Dalam masa yang sama Nadeem juga sedang berusaha untuk menarik perhatian Balqis, seorang model yang sedang menempa nama.
Kalau peserta lain semuanya berusaha untuk memenangi perhatian Nadeem, Dian pula cuma jadi dirinya sendiri. Dia bukannya peminat Nadeem. Malah Dian sendiri mengakuinya semasa rakaman episod pertama rancangan itu. Tercabar dengan kenyataan Dian, Nadeem berusaha untuk menyingkirkan Dian dari rancangan itu. Namun, hakikatnya Dian tetap meraih sokongan dan terus kekal dalam rancangan realiti itu.
Dapatkah mereka menggapai impian mereka atau mereka harus akur dengan percaturan takdir yang telah tertulis buat mereka?
Komen saya:
1. Rasa macam ada terperasan komen penulis kata yang cerita ni agak sweet overdose. Tapi rasanya macam takkk je. Hihi. (Ini untuk piawaian sayalah eh, orang lain mungkin rasa cerita ni terlebih manis. :))
2. Kisah ini buat saya teringat Ben 10 (Diari Mrs Ben - Yang Luar Biasa). Haha. Mungkin sebab cerita berkisar tentang dunia artis kot?
3. Rasanya ramai yang geram kat Nadeem kan, lepas insiden yang berlaku dengan Balqis tu? Tapi untuk saya, penulis berjaya buat saya kesian kat Nadeem dengan tunjukkan turning point dan perubahan positif Nadeem.
4. Sesekali seronok baca kisah sebegini sebenarnya. Kita dapat lihat sisi 'lain' dunia glamour ni. Apa yang kita nampak dalam rancangan realiti tv tu bukan realiti sebenarnya pun, kan? ;) Tahniah buat penulis. Moga diberikan kesempatan dan ilham untuk terus menulis. :)
heishhh.... tak pasal2 mata ku bengkak memalam buter....
i like both stories. both played with my emotion. in a way, this book to me is a good outlet for overwhelming emotions that I'm facing at the moment.
dear cinta 2 - i like both characters very much. puffy n mr trainer. i like how they faced their dilemma. i especially like: TASNEEM: i guess we're not meant to be after all, huh? ARIFF: i guess we are meant to be after all, huh?
bukan awak tp dia is a bit of deja vu in the beginning coz I've read similar story line but cant remember which book but the ending is nice. very very nice..
All in all, love this book n dats y the rating changed from 3* to 4* by the time I finished the review..... :D
Dear cinta 2.0 & Bukan awak tapi dia. Selain kisah cinta, yang ku nampak di sini adalah, betapa manusia ini perlukan kawan2 dalam hidup mereka (+me). Benar. Kawan yang baik akan bawa ke jalan yang lurus walau jauh merentas masa. Dan kawan yang buruk akan bawa ke jalan mati dengan gunakan jalan yang singkat. Tengs FarahJue. Sebab jadi orang yang bawa ku ke jalan lurus walau ia memakan masa. Tengs uol Y Y
Merembes jugak la baca kisah si Tas dengan Ariff ni.. :D . p/s: IKP sekarang dah mula banyak typo error... Mula-mula dulu susah nak jumpa typo error ni.. Sekarang ni awal-awal muka surat dah ada typo dah.. Harap lepas ni semakin elok la..
1. Dear Cinta 2 3.5 cerita mengenai hubungan Tasneem-Arif yang berliku2 sebelum dilanda badai. cerita ok, simple n sweet je... kadang2 rimas dengan sikap tasneem yang terlalu takut disakiti, tetapi lagi rimas dengan sikap arif yang kadang2 sweet, sabar tapi baran... apa pun, salah faham tu memang adat, so penting nya jujur dalam perhubungan.. berkata benarlah walaupun pahit...
overall ok je cerita ni, tapi.. ermm... just sekadar ok n santai je kot... itu yang saya rasa usai pembacaan.
ps - arisa tu sapa? ada dalam next novel farah hussain ke? ermmm
2. Bukan Awak Tapi Dia 4.5* best lak layan cite nie... suka dengan konflik yang ditimbulkan (part kemalangan & hilang ingtan tu, cara dian ingat balik..). rasanya jarang saya suka dengan cerita komedi romantik macam ni... dunia artis yang digambarkan serba sederhana, penuh dengan permainan memang mengujakan!
apaun, tahniah untuk dua2 writes! saya puas hati dengan kompilasi LE kali ini!
Ni ialah sambungan kepada kisah cinta Tasneem dan Ariff dalam buku Yang Luar Biasa. Yang tu, aku pun belum baca. Tapi still boleh faham cerita ni. .
Untuk dapatkan kebahagiaan tu, bukannya mudah macam happy ending dalam sesebuah novel. Ada je lagi dugaan yang muncul. Dalam cerita ni, munculnya Nisha, kekasih lama Ariff. So, bagi aku sebenarnya, Tasneem dan Ariff sama-sama salah. Ariff rahsiakan Nisha daripada Tasneem sebab dia tak nak ingatkan dirinya semula tentang kisah silamnya. Tasneem pulak, mulalah rasa insecure, tambah-tambah, Nisha tu cun gila. Nasib baiklah, 2 ketul tu sama-sama sedar diri dan mengalah. .
Bukan Awak Tapi Dia by Anna Lee. .
Love this story la. .
Honestly, aku akan sentiasa rasa biased ngan Anna Lee. hahaha..walaupun, rasa cam cliche, aku tetap positifkan diri, AL akan kasi gempak punya. hahaha .
Nadeem dan Dian berjumpa dalam satu reality show, Mencari Jodoh Untuk Nadeem. hahah. Dian join program tu kononnya nak bagi Hadif, crush dia kat kampung tu, sedar kewujudannya. Nadeem pulak bersetuju ngan program tu sebab katanya Balqis, crushnya, akan join program ni. Dan produser dah siap-siap letak Balqis sebagai juara dah pon. .
Lepas tu, sepanjang program tu, dorang sama-sama tak suka la. Dian tak suka lagu Nadeem. hahah. Nadeem pulak tak suka Dian yang dah canang kat public yang dia tak suka Nadeem. Sehinggalah akhirnya, dorang boleh jadi kawan dan setuju untuk realisasikan plan masing-masing. .
Tup tup, unexpectedly, Nadeem pilih Dian sebagai Juara dan isteri. Dorang kahwin. Dorang ni sebenarnya suka sama suka, tapi tak pernah cakap. Sehinggalah satu kejadian membuatkan Dian koma setahun. Dan jadilah Nadeem sebagai pencinta setia. Bila Dian dah sedar, Dian tak ingat Nadeem pulak. .
Cerita ni berjaya buatkan aku nangis bila part family members dah suruh Nadeem lepaskan Dian pergi ngan tenang. Tapi Nadeem masih berharap yang Dian akan bangun semula. Sedih 😭
First of all... Thank you kak farah kerana merealisasikan hajat saya! He he he... Sebab I liked Dear Cinta and was hoping that it was kena novelkan but Dear Cinta 2 was a great sequel dan satu ending yang sangat-sangat CANTIK
1/ I don't think anyone who's read Farah husain's book will ever be bored with it. This one is no exception. Memang membaca dengan hati yang berbunga-bunga!
2/ kenapa cerita cinta ni sweet sangat??
3/ I'm guessing this is also a hint that cerita mengenai Azwin Arisa dan Redza is in the making *kiraikirai*
Bukan awak tapi dia ***** ( 5 stars)
1/ wow! Actually the storyline is nothing new.saya pernah baca something like this but this one is much better than the one i've read
2/ i like that permulaan cerita tu all happy-happy then towards the end the mood changes. Macam ada sedikit sayu lah dengan jalan cerita hidup mereka berdua ni
3/ memang karya anna lee tak menghampakan!
4/ I was kind of hoping apa terjadi pada Balqis ya? Makes me tertanya-tanya juga
Penamat kisah mereka yang manis dan membahagiakan, hakikatnya, laluan untuk mereka berdua mengecap happily ever after..
Hakikatnya kita sbg manusia jangan berputus asa dalam mengecapi kebahagian walaupun kelukaan sentiasa kita akan hadapi selagi hidup~ceh wah!!! mcm ye!! ye!! jeee.. hahaha!!
Itulah yang penulis nak sampaikan sebenarnya...
#kena cari la jawapnya novel LIMITED EDITION: Yang Luar Biasa sebab nak tahu kisah permulaan Tasneem & Ariff.. (Kompom harga akan mahal) huhu!!
Bukan Awak Tapi Dia~Anna Lee
Rating: Tak Tahu nak bagi berapa laaaaa…. Sebab… sebab????? Ceritanya telah membuatkan saya nagis + ketawa gilo-gilo laaa…hahaha!! Jadi tak tahu nak bagi berapa bintang la… Klo ada 10 bintang rasanya macam tak cukup je… (Penulis please jangan kembang semangkuk ye!!!)
Memang Awesome!!! la babe..
Tak rugi, sebab nak kan perhatian sesorang sanggup korban apa sahaja, asalkan dapat…
Tapi ialah ketentuan Tuhan tiada siapa dapat menghalangnya, sebab DIA maha mengetahui mana yang lagi baik buat hambanya… ceh wah!!!~berceramah pulo aku.. Yang paling tak tahan bab alasan Dian nak kawin dengan Nadeem sebab cintakan rumah… hahaha!!!
Memang tak boleh bla la… punya la nak cover line yang hakikat sebenarnya dah suka si Nadeem tue…
Karya Anda setakat ini tidak mengecewakan saya sbg pembaca… Walaupun terlewat mengenali karya anda. Tetapi jujur saya katakan tidak mengecewakan setakat ini…
Siapa nak release tension boleh baca buku ini…
“Dalam Senyuman ada kegembiraan, Dalam Kegembiraan ada Kekecewaan, Dalam Kekecewaan ada Tangisan, Dalam Tangisan ada Kebahagiaan..” Yang penting kun fa ya kun
~Banyak Typo error la: Penerbit Perlu Berhati-hati supaya berkara sebegini tidak berlaku sebab ia LIMITED EDITION tueeeee…
Kita dah tahu ending dia, Tasneem & Ariff bahagia bersama anaknya, Ahmad Faris. Tapi masa dalam YLB kita taktau macam mana perjalanan cerita.cinta mereka.
Memang agak mencabar perjalanan cinta mereka. Tasneem yg sangat berhati-hati kerana takmau kecewa lagi & kuat cemburu. Ariff pula takmau masa silam menganggu masa depan. Dia berahsia dan mula ke sikap lama yg kuat bekerja.
Bila Tasneem mula undur diri, Ariff kembali semula memujuk & pikat Tasneem. Pastu Tasneem pula memujuk. Rasa cute pulak.
Suka cerita ni. Sweettttt...
2) BUKAN AWAK TAPI DIA Cerita 2 2 ada kepentingan dalam rancangan mencari jodoh. Asalnya suka orang lain, lama-lama orang lain yang sangkut. Sangat sempoi Si Dian buat Nadeem selesa & Nadeem yg selama buat Dian mula jatuh cinta.
Bila dah bahagia, ada.ajelah ujian. Kesian Nadeem & Dian. Nadeem pun lemah sangat tau. Sakit hati. Lagi 1, lamaaa gila Si Dian koma. Baru Nadeem nak sedar.
Semuanya bermula sekali lagi. Best jugak cerita ni. Sweet Nadeem ni jaga Dian waktu koma & after.koma. So Balqis tu.... hishhhhh... cekik kang.
I LIKE SO MUCH! Good job kak Farah & kak Anna. Tunggu next novel dari akak berdua!
this is a limited edition story books comprises 2 author which is farah husain and anna lee. seriously these 2 author dah masuk dalam my favourite writers in which any books published akan dalam simpanan saya..ha..bukan senang nak jadi peberet author ku...hehehe..and sungguh la depa ni tak mengecewakan jiwa raga daku ni ...farah deliveres a continuation story between ariff n tasneem n..the message behind the story sangat bagus..yes..communication is very important in EVERY relationship. .
on the other hand..anna lee gives an entertaining story..yeah..a twist of cliché story yg mana kawin tanpa cinta tapi bagi ku paksa rela on the bride side..heheh.. tapi akhirnya sayang satu sama lain...yang membezakan this story dengan story kawin tanpa cinta or paksa lain...the beginning of the story between nadeem n dian..the plot is nicely written mcm cerita org putih the bachelor tu..heheh..loves it...n..seriously always be honest with ur partner. .and do not afraid of telling I LOVE YOU to those we love.. so there u have it..my long review on these 2 story...peace....
lama dah peram buku ni, sejak first keluar masa pesta buku masih lagi di PWTC (tahun ni pesta buku->pesta tudung, tetiba geram ni semua sebab Mira Filzah! dia jual tudung kan. haha)~~tetiba jadi gian pada penulisan sempoi Farah Husain n Anna Lee. Cuti-cuti habiskan ideakreatif...memang pengubat demam. Yela, laughter the best medicine kan.
Dear Cinta 2 - Farah Husain Sequel kisah cinta Ariff dan Tasneem. Terdapat konflik dalam cerita ini hasil dari Tasneem yang masih lagi menggunakan Zack sebagai penanda aras perhubungannya. Ariff pula, walaupun sudah meletakkan Tasneem dihatinya, kerja yang dilakukan untuk membantu rakannya memakan diri sendiri. Banyak sesi pujuk-memujuk-dipujuk dalam cerita ini. Rakan baik Tasneem, Dayah yang brutal dan Ayu yang lebih gemar menasihati cara berkias menyerikan lagi cerita. Ada juga sesi bromance paksa-rela. I like
Bukan Awak Tapi Dia - Anna Lee Kisah reality tv mencari jodoh ala The Bachelor dimana Bachelor dalam cerita ini ialah Nadeem - penyanyi rock yang hendak dilonjakkkan populariti oleh pengurusnya. Dalam program itu juga turut dimasukkan Balqis, model pujaan Nadeem yang tidak dapat digoda tanpa wang dan tiket menjadi popular. Dian, tukang jahit kampung didaftar masuk kedalam program tersebut oleh rakan-rakannya. Pelan utamanya - mahu disingkirkan supaya popularitinya dimata Cikgu Hadif, jejaka pilihan hatinya mencanak naik. Namun, rancangan mereka berdua berubah pada akhir rancangan.
Best! As expected from FH. Walaupun cerita ala2 sinetron sikit sebab banyak sngt merajuk tapi sungguh kalau aku yg jadi Tasneem dah lama aku 'wachaa!!' ja si Ariff tu. 4.5* sebab tak puas lagi dgn kisah cinta Ariff-Tasneem. Cik writer bole sambung lg kot..
Bukan Dia Tapi Aku
ehmm.. aku tak berapa berkenan sngt dgn cerita ni. Entah la kenapa, rasa tak masuj dgn jiwa. Tapi cik writer rasanya suka buat cita retis2 ni sbb dlm LE Yang Luar Biasa pon cik writer tulis cerita ala2 mcm ni jgak.
Total 3.5* saja sbb bnyak sangat typo nya. Bnyk sngt manuskrip sampai kerja2 mengedit pon kurang ya??
Kesinambungan kisah Tasneem & Ariff. Hemmm.. paling mengujakan bila mana seorang Ariff berusaha utk buktikan cinta. paling annoying bila sang Tasneem yang masih x ada keyakinan diri. Sembuh dari luka lama x menjanjikan memori itu juga pergi berlalu. Tasneem jadi seorang yang lebih berhati-hati.
Pengajaran : Dun't judge the book by it's cover. apa yg kita nampak, tak semestinya betul.
Bukan Awak Tapi Dia - Anna Lee
Cerita yang lain dari yang lain. walaupun seakan-akan JODOH. tapi ada kelainan dalam cerita ni. Cuma, ML x boleh terima tau kalau lelaki curang. memanglah x sempat buat apa-apa. Kalau sempat? Anna, ML tengah marah ni...
2 - 2 cerita saya boleh baca. (hikhikhik memanglah boleh baca dari darjah satu lagi dah belajar A-B-C) Maksud saya, boleh hadam dan boleh terima.
Cerita santai yang boleh buat kita rasa 'feel good'. Tak ada konflik yang berat-berat (itu saya suka!) tapi tetap ada ups & down dalam hubungan antara kedua-dua hero & heroin.
Yang lain-lain... anda baca dan nilai sendirilah!
(kalau rajin saya buat list. Kalau tak ada tu... faham-fahamlah ya) :P
mula2 rasa mmg jatuh cinta la pada nadeem & ariff. TAPI!!!! Bila sampe part2 konflik, adoi.. terus sakit hati.. menyampah tau perangai 2 ekor tue.. sakit jiwa org yg membaca nak hadap perangai depa... ngan part2 catch wet tue.. both pun kena walau sorang ngan awek sorang ngan grup tapi still... nadeem la paling vongoks!!! ariff skit2 jer... hahahaha
Thumbs up for both writers. I suka kesinambungan Dear Cinta, something yang menampakkan sisi lain Tasneem dan juga Ariff. Sangat santai dan bagi I memang karya Farah Husain tak pernah mengecewakan from the 1st book yang I baca. Meanwhile, Anna Lee novel awak memang tak boleh buat I tidur becoz I rasa nak habiskan bacaan waktu tu jugak. I suka dgn bermacam2 rasa yang ada pada cerita tu.