Jump to ratings and reviews
Rate this book

Love You Mr. Arrogant #2

Miss You Mr. Arrogant

Rate this book
ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki berlagak dan berhati dingin. Walauoun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka.

MARWAN NAKHAIE...lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Urham bimbang Zaara tertawan.

"Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?" - IRHAM
"Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda ister anak saudara dia sendiri?" - ZAARA
"Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak." - IRHAM

Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang Mr. Arrogant menjadi Mr. Gentleman. Ya, dia nekad!

"Bunga tadi awak yang hantar?" - ZAARA
"Of course." - IRHAM
"Awak mister arrogant, bukan mister gentleman." - ZAARA
"Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrrogant lagi." - IRHAM

ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada Mr. Arrogant!

523 pages, Paperback

First published January 1, 2015

44 people are currently reading
383 people want to read

About the author

Aliesha Kirana

10 books109 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
60 (30%)
4 stars
58 (29%)
3 stars
55 (28%)
2 stars
13 (6%)
1 star
9 (4%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
December 31, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Satu perkataan yang terlintas the entire time N baca buku ni adalah "Nice." Semuanya "Nice." It was a nice continuation from the first book; it was nice to see all the characters again; it was nice to see Zaara and Irham happy dalam perkahwinan dorang; the story was plotted nicely; etc. Semuanya "Nice" lar.

As a second book, pada N, it was okey sebab rasanya bukan mudah nak buat continuation cerita yang orang ramai suka. It could be a downfall kalau the sequel tu sucks. Well, luckily, MYMA tak sucks. It's not great, tapi at least ia tak sucks.

N tak tahu lar apa yang kurang but I wish there was more. Part 'deja vu' from the first novel tu memang N tak boleh nak terima. Sebab ia mengingatkan N yang Zaara ni tak sebijak mana, and Irham pulak harapkan ego jer tinggi tapi dia pun tak sebijak mana. Mungkin N kejam, tapi pada N, there's a line between being kind and being stupid. Sacrifing your own happiness for someone who doesn't deserve it is not kind. That's stupid.

And memandangkan N pernah tengok a few episodes drama first novel cerita ni, bila baca tu memang muka pelakon-pelakon tu akan terbayang. If you're a fan of them, maybe you'll love it. Tapi pada N yang suam-suam kuku ni, sebenarnya rasa agak terganggu.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
December 16, 2014
gila stresss MB nk ngabisskn cite ni

ingt nk bg 3 tp bila kenang permintaan zarra rse hello sanggup kn awk zarra so hermmm
pastu teringat plak permintaan si irham lg la rse makan hati..

actually kisah dorg ni simple bila baca dlm otak ni MB teringat itu teringat ini.. apa yg diingat biarlah diriku je yg tau..

bila irham nk jadi romantik ok sgt lain rsenya hahaha..
zarra still blur katak yg eeee

1 yg best friendship fiz n zarra mmg srnk sgt baca bila dorg berborak teringat tgk drama dia..
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
April 20, 2015
bagi aku novel ini agak menarik tapi tidak cukup teruja untuk aku membacanya.. oleh kerana pernah menonton drama prekuel novel ini,otak aku ni asyik terbayang Zara Zya dan Azlee Khairi je.. pada permulaan cerita aku agak tidak gemar dgn watak Zaara yang agak 'blur'.. tetapi aku tabik dgn ketabahan dia semasa Irham ditimpa kemalangan. itulah baru isteri mithali.. watak Marwan agak kurang digemari oleh aku kerana otak kolot aku ni tidak berapa nak menyukai dan terima yang seorang bapa saudara boleh jatuh cinta dengan isteri anak saudara sendiri dan anak saudaranya itu pulak boleh buat permintaan agar bapa saudaranya berkahwin dengan isterinya.. time ni mmg aku x suka dengan watak Irham.. tapi biasalah mesti happy ending jugak.. nampaknya Faisal dh dapat pengganti Zaara dan perangai meroyan Faizal tu dah jatuh ke tangan Sherry...
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
January 28, 2015
part best..Irham menjadi si romantik n mudah mengucapkan kata cinta...buat Zaara bahagia..

part x best..org baik terutama si heroin yg lemah ni suka merelakan sesuatu yg menyakitkan..grr..

tp apa2 pun nasib baik happy ending..Irham pun still tahan godaan..walaupun dah ada bini baru masa tu...
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
December 18, 2014
ngeeee... ohsem babe!!! baca nie mmg terbayang watak Irham (Azlee Khairi) ngan si Zaara (Zara Zya).. manis! sweet! comey! semuanya la!!! hahahaha...

suka segala konflik dalam nie.. hehehe...

Irham, awak mmg sangat comel!!!
Profile Image for Qayiem Razali.
889 reviews85 followers
March 22, 2020
[28-2020]

#MissYouMrArrogant #AlieshaKirana

Novel kesinambungan daripada novel Love You Mr Arrogant (LYMA). Sejujurnya saya terlupa bagaimana kisah novel pertama. Walau bagaimanapun, tidak terdapat kekeliruan jika pembaca membaca novel ini tanpa novel yang pertama kerana penulis tidak terlalu mengubah plot cerita. Hanya melalui pertambahan watak Marwan.

Plot cerita saya kira okay saja, cuma... watak Zaara ini agak benak ye. Tak faham betul dengan watak lurus macam ni. Senang-senang suruh lelaki kahwin lain semata kesian dengan kaum sejenis katanya. Irham pun sama juga. Dah sakit, ego tinggi tahap ketujuh. Apa-apapun, novel ini saya kira santai saja (kot). Tidak terlalu bermain dengan emosi.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews23 followers
May 28, 2017
Lepas baca novel pertama, terus tonton drama. Pelakon pula rasa macam tak sesuai dengan watak. Nak pula pelakon dilanda pelbagai gosip, lagi la rasa adesss gitu.

Tapi saya tak nak nilai novel ke-2 atau kesinambungan ni berdasarkan semua tu.

Dalam novel kali ni, Irham yang dah agak sweet masa penghujung novel pertama dulu, dah kembali ke sikap arrogant-nya, selalu menyakat dan membuli Zaara. Dan Zaara pun masih dengan kesabarannya yang tahap gaban tu. Pasangan ni dikurniakan cahayamata comel, Iman.

Pasangan kedua yang memang sweet ialah Hadry dan Iza/Fiz dengan anak mereka Adra. Hadry ialah sepupu Irham sebelah ayahnya, yang dulu pernah menaruh perasaan pada Zaara manakala Fiz pula ialah bekas rakan sekerja Zaara merangkap sahabat dunia akhirat.

Pasangan ketiga ialah Faisal dan Khadeeja. Faisal ialah salah satu watak antagonis dalam novel pertama. Tapi dalam novel ni dia dah insaf dan berubah ke arah yang lebih baik. Betullah janji Allah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Faisal dipertemukan dengan Khadeeja.

Sherry yang dulunya lari ke London kembali menuntut dendam. Kali ni bertemankan watak baru yang turut berdendam dengan Irham.

Kalau dipecahkan satu persatu, setiap babak dalam novel ni boleh dijumpai dalam drama Thai. Serius saya tak tipu. Baca saja, saya stop dan kata, eh macam drama Thai sekian sekian. Baca lagi, stop lagi, dan ayat sama keluar dari mulut.

Permulaan cerita bagus walaupun terganggu dengan sifat naif Zaara. Masuk pertengahan dah sedikit bosan. Pun masih tak puas hati dengan sifat naif Zaara tu. Dekat penghujung dah teruja, bukan sebab Irham dan Zaara pun tapi lebih ke arah Faisal dan Khadeeja. Sikit saja babak pasangan ketiga ni tapi lebih menarik dari babak pasangan utama.

Rasanya kalau penulis tulis tentang Hadry dan Fiz atau Faisal dan Khadeeja pun lagi bagus. Entah kenapa saya rasa kejayaan novel ni, bagi sayalah, ialah pada Faisal dan Khadeeja.
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
January 30, 2015
Awesome. cuma tu biasalah kebanyakan penulis tak boleh nak elak dari buat cerita yang klise.
Profile Image for Juju  Jai.
34 reviews2 followers
April 3, 2015
Best jugak. Tak sabar nak tgk drama with original casts
1 review
August 9, 2023
Tahniah pada penulis sebab berjaya menulis sambungan novel lyma!

Spoiler alert!

Sebahagian dari cerita ini ada yang saya suka , ada juga tidak. Bagi saya ada beberapa bahagian yang hampir sama/persamaan dengan novel lepas. Contoh , zara dan irham pergi honeymoon cumanya di lokasi berbeza. Sebelum myma , datin mariam pernah lumpuh dan perkara yang sama terjadi cumanya kali ini terkena pada irham. Kemudian Zaara dan Irham berpisah sementara pada waktu Zaara mengandung , dan kandungan itu dirahsiakan agar irham tak risau/tahu Paling tak nak jadi , bila sherry muncul dan tagih kasih irham sekali lagi. Tapi dengan motif yg berbezalah kali ini. Saya agak kurang berpuas hati bila sherry akhirnya berjaya menjadikan irham sebagai suami. Macam segala pengorbanan dan usaha Irham untuk loloskan diri daripada tidak beristerikan Sherry pada novel lepas hanyalah sia - sia.
Tapi sekiranya watak sherry tak mendatangkan konflik mungkin novel ini kurang drama. Kemunculan dia menambah perasa lagi. Meletakkan plot perubahan karakter irham adalah suatu tarikan yang bijak. Seorang yang angkuh sudah jadi romantik. Tetapi tidak pada Zaara yang masih reda menerima hakikat. Novel sebelum ini sekurangnya watak dia ada ditonjolkan jugak keberaniannya dalam pertahankan diri walau tak banyak. Contoh , sewaktu Irham menghantar pesanan SMS pada ibu Zaara sebagai ugutan. Zara membuat serangan di pejabat Irham dengan meningking Irham meski dia tahu pada akhirnya dia tetap tak mampu bayar hutang tersebut. Yalah,hendak pertahankan maruah diri. Kedua, pada waktu Sherry menyerang Zara di rumah mentuanya. Zaara tidak mendiamkan diri malah dia melawan kata2 Sherry. Hingga Sherry geram dan tak menahan sabar lalu melepaskan tamparan pada pipi Zaara. Sekali lagi Zaara tidak berdiam . Dia turut membalas tamparan itu. Terakhir , Datin Mariam memaksa Zaara tinggalkan Irham. Zaara terus menggugut Datin Mariam untuk segera sihat dan boleh berjalan seperti sediakala agar dia dapat berambus dengan lebih cepat. Tpi dalam masa tempoh pemulihan kesihatan mentuanya, dia ada buat permintaan. Sepanjang tempoh itu , mentuanya perlu melayan dia baik dan menerima dia seadanya depan semua orang. Zaara tetap pastikan dia terima kasih dari ibu mentua walau dia tahu itu cuma lakonan palsu saja. Perit yer tak dapat kasih mesra ibu mentua. Saya harapakan karater Zaara ada sudut perkembangan dari situ untuk novel ini. Anyway, konsep cerita yang santai tapi penuh emosi masih diterapkan dalam novel myma. Suka...suka.

Menurut saya novel lyma lebih baik. Mana tahu apabila novel ini divisualkan mungkin kejadiannya lebih menarik. Ada saja karya yg penulisannya kurang tapi visualnya baik sekali.Tpi bergantunglah pada citarasa masing2. Saya tahu sudah 10 tahun novel pertama diterbitkan menjadi drama dan agak mustahil jika novel ini juga bakal diadaptasi ke drama nanti.Sekiranya tetap jadi kenyataan , saya harapkan berlakunya penambahan yang mewarnakan dan mencantikan lagi cerita ini. Harapnya komen saya dapat menjadi pembakar semangat buat penulis untuk terus berkarya dengan lebih hebat selepas ini. Maaf juga jika komen saya sedikit kasar.
229 reviews15 followers
April 24, 2020
Secara umummya, ia adalah sambungan yang baik. It good to meet the characters again. Its just what happen at the end just mehh for me. After all the emotional roller coaster I wanted something that saya boleh cakap, padan muka.
Overall, it was a good read and a good second book.
Profile Image for Perrahin Nur.
45 reviews
October 23, 2023
What to hate when it come to Ilham?!
Mr Gentleman pon i love,Mr Arrogant lagi kte suka!
Apa pon after kwen better simpan2 la arrogant tu ye..
Awal2 kwen dulu boleh laa ..dh ada anak tu bwk2 la gentlemen kat isteri ye hihi
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
March 17, 2015
Ada pahit, ada manis. Tapi mengapa yang baik saja senang ditindas dan terpedaya. Lebih suka nashkah yang pertama walaupun ada pengajaran yang lebih dalam nashkah ini.
Zaara dan Irham semakin hari semakin bahagia, lebih-lebih lagi bila Zaara disahkan mengandung lagi. Tetapi kebahagian mereka diuji dengan kehadiran Marwan, iaitu paksu Irham, dan Sherry. Sherry telah menipu dan mempengaruhi Irham sekeluarga. Konon-kononnya dia sedang sakit kanser dan hanya menunggu mati. Permintaan terakhirnya adalah untuk hidup bersama Irham. Zaara memaksa Irham untuk menerima Sherry. Irham berkahwin juga dengan Sherry. Suatu malam, Irham meninggalkan rumah dalam perasaan marah dan dia kemalangan. Irham koma. Bila sedar, dia dapati dirinya lumpuh. Sherry menghasut Irham supaya melepaskan Zaara. Irham terpengaruh lalu menghalau Zaara dan hampir melafazkan cerai. Namun Zaara cepat-cepat menghalang suaminya dari terlepas kata dan pergi dari rumah itu. Pada malam itu juga Sherry telah berterus-terang kepada Irham bahawa semua itu adalah muslihatnya untuk balas dendam pada Irham dan Zaara. Lalu dia pun pergi meninggalkan Irham. Irham tidak mahu Zaara tahu akan keadaan dirinya yang keseorangan. Lalu dia menyuruh pembantu rumah berbohong pada Zaara bilamasa Zaara menelifon. Irham menelifon Marwan dan menyuruh dia untuk menjaga Zaara bila dia sudah menceraikan Zaara nanti. Marwan rasa serba-salah. Dia sedar bahawa Zaara dan Irham sangat mencintai. Dia memberitahu Zaara tentang permintaan Irham dan niat disebalik tindak-tanduk Irham. Zaara rasa gembira kerana dia akhirnya tahu bahawa suaminya masih mencintai dirinya dan tindak-tanduknya selama ini adalah kerana rasa sayangnya terhadap Zaara. (Part ini yang kurang faham: Sayang tapi suruh pergi. Lagi parah, suruh kahwin dengan orang lain.) Zaara kembali kepada Irham. Sherry berjumpa dengan Puan Sri Maryam dan menyatakan bahawa Marwan juga telah bersekongkol dengan dirinya untuk memisahkan Irham dan Zaara. Selepas itu, dia bersemuka dengan Irham dan Zaara. Irham melafazkan cerai talak 3 pada Sherry. Sherry terasa sangat marah dan mahu menembak Irham. Marwan menghalang tetapi dia cedera parah. Akhirnya, Marwan meninggal dunia di pangkuan Irham dan Sherry di tahan polis.
Profile Image for yyyasmin.
134 reviews19 followers
September 9, 2016
Aku paling benci baca novel yang heroin dia bodoh. Ye tahu ini naskhah fiksyen, tapi sangat lah tak masuk akal perangai Zaara dalam novel ni. Logik ke ada orang sebaik/sebodoh ni. SIap paksa laki kau kahwin dengan musuh ketat. Adoi. Sangat la tak logikkkk. Tu la ko, dah elok2 laki kaya, gatal jugak nak balik kerja. Dok diam2 jaga anak kat rumah dah la. Panas lak hati akuuuu. Lepas tu it's like a rehash of the first novel je. Irham sakit, lumpuh, Zaara tolong jagakan HMM WHERE HAVE I READ THAT BEFORE? Oh yaa. Bukan ke mak dia sakit masa novel first? And bukan ke hampir kahwin dengan Sherry jugak. Haha. Ok dah kelaut pulak review ni.
Profile Image for Squall.
43 reviews16 followers
December 27, 2014
yup yup n yup! cite ni bg aku mmg best! xkesah la ape org nk kate..hehe! Memang bila baca novel ni kita terbayang watak2 tu sumer.. n penulis ade buat kesinambungan dengan drama raya novel ni..psl mamat psiko tuh dtg nk bg kad raya tuh! hahahaha

suke sbb penulis ceritakan ape jadi pada watak2 utama novel ni.. ape jadi pada mamat psiko, mcm mane dia merawat hati dan otak psiko dia.. konflik antara zara dan mr arrogant.. farizah dan suami..owh n minah jahat tuh!si sherry!mmg xinsaf bdk ni..hahaha!

kali ni cite die lebih padat xlonggar cm yg first. best!kalo jadi drama pon best!hehehe!ape yang pasti.. kejap aku suke gembira then sakit ati pastu nangis terharu then gembira balik!haha.. mcm2 emosi! berbaloi untuk aku baca.. xlepas novel tuh.. bagi aku..aku xrugi nk bc n beli..

so sape2 yg suke cite mr eregen.. xyah pk panjang.. beli aje.. xnyesal.. inshaAllah..
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
August 9, 2015
Sinambungan I love you, mr arrogant...memula tau dah kluar buku , teruja dan tersangat la tak sabar nak dptkan dan baca buku ni... cuma..

citer kali ni menarik juga la ..memula mmg senyum2 simpul baca perihal zaara n irham ..kmudian bila muncul Marwan hati jd benggang..sgt2 menyampah dgn marwan yg menyibuk tk kena gaya! blh plak jatuh cinta dgn isteri anak saudara sendiri..mmg menggong!

bila Irham ditimpa kemalangan dan lumpuh....yg ni pun jd menyampah! sbb blh pulak Irham suruh zaara kahwin dgn si marwan tu...adeh...hilang rasa suka kat irham...

keseluruhan? ok la citer ni dan blh dibaca hingga habis!..
Profile Image for Mohd Zuhri.
26 reviews6 followers
December 21, 2014
Novel ni best! Tahniah untuk Aliesha Kirana kerana cipta sequel ni. Jauh lebih bagus dari LYMA first. Cuma kena ada sabar yang tinggi baca buku ni. Penulis kata sequel ni dia nak bagi lain dari yang lain. Hope korang tak sakit hati. Apa2 pun saya enjoy baca sequel. Novel pertama LYMA biasa. Drama still best! Good luck semoga menciptakan karya lagi bermutu akan datang.
2 reviews
Read
May 19, 2015
best sgt2..cuma kesian watak pak su aka En Marwan ending macm tu
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
June 19, 2016
maybe what do i miss is zara zya as zara amira. i dont expect much because this is the type of book you dont have to think much and just enjoy reading it.

Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
April 30, 2017
#30-2017

Garapan kisah yang kemas. Cumanya ermm cliché. Kenapa la heroin dalam novel baik sangat sampai sanggup suruh suami sendiri kahwin lain? Dengan orang yg pernah buat jahat dekat kita pulak tu. Sungguhla tak faham.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Read
June 16, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.