RENGKOH, seorang lelaki yang mampu bertukar menjadi harimau jadian sedang dalam misi untuk menculik scorang budak lelaki dari suku kaum orang asli. Dia berusaha melaksanakan arahan dari Rayi itu namun gagal apabila budak lelaki tersebut menyebut perkataan "ibu" dalam tidurnya. Hati Rengkoh tersentuh dan seakan-akan ada satu memori yang sedang tersembunyi di dalam dirinya. Kalimah ibu seolah-olah menghadirkan rasa yang sungguh tenang dan indah.
Kegagalan melaksanakan misi mudah tersebut telah mengheret Rengkoh ke dalam konflik dengan Kerajaan Balik Air. Dalam situasi getir dan konflik yang semakin kusut, ditakdirkan Rengkoh bertemu dengan Salim, seorang anak muda yang tinggal di kampung Neran Tunggal. Dengan bantuan Allamah al Hakim, ketua puak Rahbaniyyah, Rengkoh berusaha untuk keluar dari lingkaran sihir dan Kembali kepada fitrah. Sepanjang konflik antara Rengkoh dan Rayi, terungkailah satu persatu tentang dirinya. Apakah hubungan Rengkoh dengan kejatuhan Turki Uthmaniah? Apakah kailan Salim dengan peristiwa kejatuhan Melaka 1511?
Takluk... Hanya Dia Penakluk. Mengisahkan tentang sesuatu. Sesuatu yang mahu menakluk.
Rengkoh seorang manusia harimau jadian yang pada mulanya pengikut setia Rayi pemimpin ilmu hitam kerajaan Balik Air, mula berubah apabila hatinya dikurniakan hidayah. Dan dia dipertemukan dengan Salim yang membantunya kembali mengenal diri.
Sesungguhnya hidayah milik Allah dan keampunan boleh diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Ini adalah antara kata-kata yang SH suka dalam naskah ini. Pertanyaan Rengkoh tentang adakah dosanya akan diampuni sebenarnya sebuah soalan yang kita juga sering tanya kepada diri kita sendiri. Cuma kadangkala kita selalu merasakan dosa kita terlalu besar hingga tidak daya memohon keampunan walhal rahmatNya adalah lebih besar.
Jalan cerita SH rasa sangat menarik. Tambahan pula ada aksi pertarungan melibatkan bukan sahaja manusia tetapi juga kaum jin. Seolah-olah menunjukkan perbuatan mengalahkan kebatilan bukan sahaja untuk manusia tetapi semua yang beragama Islam.
Dalam naskah ini jelas menunjukkan liciknya tipu daya syaitan dalam usahanya menyesatkan manusia. Dan kejamnya Rayi yang mengambil anak kecil yang masih suci namun disematkan ajaran ilmu hitam demi mengasuh mereka menjadi tenteranya yang bersembunyi di kalangan manusia.
Cuma pengakhiran naskah ini meninggalkan tanda tanya adakah akan ada sambungannya. Kerana ia seolah-olah tergantung. Geram juga SH membaca pengakhiran kisah ini.
Pulang Senja
Kisah ini membawakan kisah hidup Kamal yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Ceritanya tentang memikat ayam namun hampir ditembak, kisahnya nakal di sekolah hingga dibuang asrama dan pelbagai lagi kisah.
Sebuah kisah yang penuh dengan emosi dan SH rasa boleh dikaitkan dengan kehidupan ramai orang. Di mana dia kecewa dek karenah birokrasi hingga gagal menyambung pelajaran ke luar negara. Walaupun ramai orang telah ditemui untuk meminta bantuan sebagai ikhtiar namun dia lupa untuk meminta bantuan dari Yang Maha Membantu. Dan dek kekesalannya, dia hampir lupa diri.
SH suka dengan watak ayah Kamal yang penuh dengan kata-kata pedas namun itulah tanda kasih sayangnya. Menegur dengan keras tetapi ada sebabnya. Nampak kasih sayangnya sebagai ayah walaupun tidak dizahirkan melalui perbuatan.
Walaupun Kamal digambarkan sebagai manusia yang bermasalah, namun tetap ada sisi baik dirinya. Hormatnya yang tinggi buat Ah Kaw yang menerimanya di kala dia rasa tersisih, sifat murah hatinya buat bawahannya hingga membuatkan mereka seronok bekerja di bawahnya dan rasa kasih sayang yang tak terhingga buat orang tuanya meskipun pernah membawa diri. Dan ini membuatkan SH rasa watak Kamal lebih nyata kerana bukanlah seorang yang terlalu sempurna. Ada celanya namun tetap ada baiknya.
Done after bbpa bulan kiv kan bku nie. So yeahhh lpas je hbiskan buku nie trus terfkir knapalah x baca smpai hbis dulu sbb kisah dia best sgt… I just love how the story goes. Smooth je jln cta dia. Cuma bila dh ke ending tue… Allah… cliffhangers ya kisah dia. So kna menunggu smbgn nya… heheh