Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mrs. Isaac: Cinta yang Tak Biasa

Rate this book
Bila cinta tumbuh dari keterdesakan. Bila perhatian menjadi ketagihan.

Maka yang tersisa hanyalah dua jiwa yang berpaut pada bayangan.

Afifa tak suka bola sepak, tapi Afifa suka pemain bola sepak. Isaac Louis Bergmann namanya. Dari hari pertama dia tengok Isaac beraksi, dia isytihar dirinya peminat nombor satu. Nama pun sudah seksi, apatah lagi rupanya. Auch!

Tertangkap Isaac bersama dengan wanita lain, pertemuan pertama Afifa dengan idolanya sangatlah tak indah.

"Sampai hati Abang Zek curang dengan Pipa!" - AFIFA RAIHANAH

"Bila masanya aku bercinta dengan kau?" - ISAAC LOUIS

Memanglah tak bercinta, tapi Abang Zek milik Pipa sorang tahu tak?

Rancangan Isaac, tunang, kahwin dan lari dari dunia bola sepak. Namun, kehadiran gadis yang asyik memandangnya dari tepi padang itu membuatkan rancangannya kucar-kacir.

Baginya, Afifa Raihanah hanyalah seorang gadis dari Malaysia yang menyorok di dalam lokar pada pertemuan pertama. Gila!

Tapi, siapa sangka, cinta gila-gila tu yang paling jujur? Hati Isaac terlanjur ditawan.

“Afifa, kau memang tak biasa”- ISAAC LOUIS

Dalam mata Afifa, Isaac adalah cinta yang harus dipegang erat.

Dari mata Afifa, Isaac temui cermin kepada jiwanya sendiri.

Namun mampukah dua jiwa yang tidak sembuh saling menyembuhkan?

Adakah mereka benar-benar saling mencintai atau hanya saling menjadi pelarian luka masing-masing?

Kata orang, - "You're obsessed!"

Tapi kata mereka, "I'm not obsessed."

Cuma cinta mereka, cinta yang tak biasa.

“Pegang terlalu erat, dan kau akan hancurkan apa yang kau sayang.”

500 pages, Paperback

First published August 1, 2025

15 people want to read

About the author

Fatiha Huda

4 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (13%)
4 stars
3 (13%)
3 stars
11 (50%)
2 stars
4 (18%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Diniy Qistina.
177 reviews5 followers
December 16, 2025
Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. 😮‍💨
Jujur cakap, dari awal cerita sampai ¾ cerita my thought is, “Cerita apa aku baca ni?” 🥲😭
Okay ni pendapat jujur saya. Sorry jika ia agak terlebih jujur sangat.

Saya sangat tak suka whole personality Afifa Raihanah atau lebih mesra dengan Pipa. Dia bukan sekadar minat sahaja tau dengan Isaac Louis Bergmann, pemain bola sepak terkenal Jerman yang based in Liverpool yang ada lebih daripada 300+M followers di Instagram, tapi dia dah sampai tahap obsesif. Macam sasaeng pun ada. Sasaeng tu apa? Sasaeng tu is like a stalker fan, or someone who is so obsessed with an idol or a person that they cross the line and are actually dangerous or harmful to them. Hah, gitulah perumpamaannya.

Pipa tu dah minat dengan Isaac sejak dia berusia 16 tahun sehinggalah sekarang dia dah berusia 22 tahun. Dia sanggup belajar pandai-pandai dalam akademik dan perform main bola tampar supaya dia boleh masuk universiti sukan(?) kat Liverpool. Kononnya kalau dia boleh sambung belajar kat sana lebih mudahlah dia dapat jumpa Abang Zek (Isaac) dia tu since Isaac based in Liverpool.

Orang sekeliling Pipa macam kawan-kawan, housemates, lecturers, coach, family (abangnya) pun tahu dan sangat supportive dengan minat Pipa terhadap Isaac.

Dari hubungan fans-idol sampailah ke fake boyfriend-girlfriend sampai pulak ke real boyfriend-girlfriend, memang makin menjadi-jadi perangai gedik dan gatal Pipa ni. Sorrylah, sis is cannot ya dengan perangai Pipa. Kesabaran sis betul-betul teruji ketika membacanya. 😮‍💨

Pastu Isaac tu pun ku ingat dia tu normal lah. Rupanya... Hhhmmm... 2x5 sahaja. Pipa tu hanya disebabkan cinta, semuanya dia nak langgar. Sampai lupa dia tu Muslim, Isaac tu non-Muslim. Sejak rasmi jadi girlfriend Isaac memang tak dapat nak dibendung dah dia punya gatal tu. Sampaikan abang kandung Pipa datang mengejut ke Liverpool demi nak selamatkan Pipa yang dah semakin hanyut dengan cinta Abang Zek dia tu.

Sesungguhnya kisah cinta mereka ni bukanlah Cinta Yang Tak Biasa tapi sebenarnya Cinta Yang Tak Normal ataupun lebih kasarnya Cinta Yang Bodoh! Demi cinta habis lupa segalanya. Maruah? Apa tu? Agama Islam? Pipa hanya nampak Abang Zek dia je. 🤡

Lesson learned yang saya dapat dari cerita ini ialah berpada-padalah dalam meminati seseorang tu. Tak kiralah atlet sukan ke, artis ke, crush ke, siapa ke, tapi berpada-padalah. Ingat Tuhan! Ingat Allah! Ingat agama Islam. Teguran untuk diri sendiri jugak ni. Sumpah seram dengan obsesi Pipa ni! Isaac pun sama! Sama-sama pasangan gila obsesif. 😵‍💫
Profile Image for Chicken.
40 reviews1 follower
September 24, 2025
Story? Plot? ⭐ ⭐
Hmm... bolehla... conflict so so, mostly just about FL being so obsessed with ML... wait... i don't even know which one is the plot in this book.

Writing? ⭐⭐⭐
Well, kinda acceptable i guess? Author's writing can be fix and improve tho.

I don't know... Byk mistake dlm buku ni mcm ejaan nma ade yg slah, ade simbol x letak, ade perkataan yg salah letak dlm ayat, dll. hmm...

Characters? ⭐⭐
Isaac?
-Seems so so for me gitu. Bolehla...
-Dingin dgn fans, dgn teammate dia sendiri (sbb dia baru masuk dlm team tu so xbrapa nk tau nk approach diorg cmna & dia ingt teammates dia xbrapa suka dia)
-Pertunangan dia dgn Ilse it's like... marriage in convenience.
-Mula2 dia annoy dgn perangai si Pipa, tp lma2 okay.
-Plot twist skit Isaac sebenarnya --------- well, their meetings aren't coincidence at all! why? sory no spoil.

Pipa?
-One word for her. TOO OBSESSED to her favorite player aka Isaac!

Ilse, and other side characters have their own personalities. so sometimes i have this love and hate feelings towards them. But of course, I still hate Ilse since she's not that good person.

---

❌Cringe moment for me:
Si Pipa xsengaja nyorok dlm loker (pdahal dia xrsa x bersalah sbb dia mmg nk jumpa idola dia), gedik, stalk sosmed dia smpai nk tau tmpt mna dia joging, beli jenis perfum yg sama dgn laki tu, beria sungguh nk masuk sama kelab, siap letak gmbar besar dlm beg dia. mcm... sasaeng dh aku tgk. Aku ni risau tgk perangai dia ni smpai gitu.

Aku tgk perangai dia... baca scene dia pon... mmm... aduhh... gitu pulak dia... Cringe...

Nak continue baca pon mood skjp on, skjp off sbb perangai dia ni. X pasal2 aku dpt habiskn dlm msa 5-6 hari.

Story mmg ok, santai. tp kn perangai Pipa yg annoyingly obsessed dgn Isaac tu je aku susah nk continue baca. (tp nk xnk paksakan otak ni smbung baca balik)

Berbelas... umm... berpuluh chapter jgk la hadap perangai dia ni.

belum apa2 lg dh cop
"Isaac is mine!"
"Sampai hati curang, Abang Zek!"

I was like... uhh... hello? he's not your boyfriend or husband at all duh? Why would she react like that? Overreacting si Pipa ni. 😅

Yeah... sorry to say but i really don't like this FL. Kinda annoying and at the same time, it's giving me second hand embarrassment because of her behavior.

Pipa yg mengedik, suka pegang Isaac sna sni mcm... xde batas...

After that, a bit okay. Ade conflict skit dgn si Ilse. Conflict dgn ahli keluarga diorg, conflict dgn teammates.

Pastu hubungan Isaac dgn teammates, Isaac dgn Pipa ade perkembangan, dh semakin ok wlaupun diorg firstly bercadang nk fake relationship atas sebab tertentu.

Perasaan Pipa kt Isaac sebenarnya obses or betul2 suka?

Ade la org tu hampir2 buat perkara yg boleh mengadaikan maruah dirinya.

Diorg yg terpisah ats sebab2 tertentu.

Ade part sedih jgk la kt chapter blakang, kesian... dhla hubungan keluarga ada masalah, si adik buat hal pulak, nasib dpt dielakkan 🥹

Aishh... shibal! Sape je x kecewa dgn perbuatan dia tu? X fikir kesan buruk langsung! Menyusahkan org! Dh knapa nk serahkn maruah diri mcm tu je kt dia? Mintak belajar jauh2 tapi last2 skip class byk kali & menggatal nk tgk idola dia je. (harap jgn ade yg terikut perangai si FL ni ye)

Isaac yg berubah nk tukar agama ats sebab2 tertentu.

Pipa n Isaac sma2 kne berjumpa dgn psikiatri. sebab? sory xdpt spoil sgt kandungan buku. 😅

Pengajaran...? Hmm... entahlah. Macam ada, macam takde.

---

⭕For the cover design, i can give 3.8 ⭐ for it. It looks nice, really. As long as it doesn't have real people face whatsoever.

---

My thoughts about her?

There’s a big difference between admiration and obsession, something she might need to revisit from her own textbooks.

---

Sape suka bacaan santai, cringe, FL yg terlampau obsessed dgn si ML ni smpai mengelamun sendiri, angau, sempat bayangkan scene dunia Wattpad nya sendiri, boleh baca la yg ni.

Tbh for me... I don't like this. 😅 Sorry.
Profile Image for Cik.
212 reviews5 followers
June 22, 2025
Agak tak logik sebenarnya cerita ni tapi layan jelah ye haha.
Kalau korang nak baca cerita yang comel dan tak sakit kepala boleh la baca cerita Pipa and Abang Zek ni.Sedih tu ada lah sikit.
Profile Image for Mslvoe.
2,113 reviews204 followers
June 22, 2025
Cringe gak mula². Pipa yang suka giler @ obses dengan Isaac @ abang zek

Kisah pemain bola sepak yang terkenal vs pemain bola tampar universiti

Kawan² Pipa termasuk coach pun tahu Pipa super duper like abang zek. Abang Zek ni vitamin untuk Pipa. If tiada vitamin, hidup Pipa gloomy.

Tak sangkalah Pipa dapat kerja dalam cafe tempat abang zek training... proposal untuk assignment U pun approved. Bersemangatlah Pipa.

Incident cari barang kat tong sampah mendekatkan diaorang. Started from there, they become close and officially boyfriend-girlfriend.

Nanti abang Pipa tiba² muncul & bawa balik Pipa ke Malaysia. Ada plot twist tau. Ingatkan pasal Pipa je.. rupa²nya Isaac pun sama.

Happy ending for them. tamat sudah 😊
Profile Image for chelsannereads.
188 reviews5 followers
October 1, 2025
Rating: 4.5/5🌟
Trope: ML footballer ⚽ x FL Volleyball 🏐/crazy FL x crazy ML/ too obsessed with each other/ fans to lovers/ found family/home etc...

First of all thank you so much @fajarpakeer for this review copy!

Karya ini mengisahkan tentang Afifa a.k.a Pipa yang tak suka bola sepak tapi suka tengok pemain bola sepak kegemaran dia iaitu Isaac Louis Bergmann. Dari hari pertama dia tengok Isaac dia dah isytihar dirinya sebagai peminat nombor satu Isaac. Sampai sanggup belajar dekat university yang berdekatan dengan Isaac latihan. Siapa sangka usaha dia nak berjumpa dengan Isaac akhirnya berhasil. Tapi bila jumpa tertangkap pula Isaac dengan perempuan lain..

My thoughts 💭 (my opinion not yours)

Tak sangka yang aku akan suka sangat dengan buku ni! Sebab tengok review orang mixed feeling about this book. Ada yang suka, ada yang tak suka. Tapi aku ambil keputusan untuk cuba baca buku ni and judge sendiri. End up I'm loving this so much! Mungkin cerita begini memang jiwa aku.🤭

Dalam buku ni, aku suka watak Pipa. Dia memang tak malu nak luah perasaan dekat 'Abang Zek' dia. And then boleh nampaklah yang Pipa ni type girl yang memang fangirling habis habisan. She's so chaotic too and i love that about her.🤭 Kalau Isaac pula tak payah cakap lah. Gurl! He's Germany and ofc he's hot and handsome AF! No doubt yang western guy memang goodlooking and exactly my type.🙈 Aside from that, aku rasa semua watak dalam buku ni function, masing² main peranan dan watak masing².

Aku suka writing style author yang santai and tak bermadah pujangga sangat. Plot buku ni pun nice! i love it when they obsessed with each other! Means no orang ketiga allowed to enter their life! Dorang memang pegang each other ketat² punya.

I just know this is Royal Mersey book one in the series. Lepas ni cerita siapa pula? I'm looking forward to read the next book!🙈 Kalau korang tertanya² tentang ending, jangan risau. Ending dia happily ever after! Walaupun ada yang cakap cerita ni cringe tapi aku tak rasa cringe 🤣 aku tetap suka cerita ni! Pipa and Sak always in my heart 💙 one of my favorite book couple now! 👄 Highly Recommended for those people yang nak bacaan santai and suka trope² yang saya listkan di atas. This book is for you.

Thank you sebab baca sampai habis kiss you everyone! 💋
Profile Image for Bay.
267 reviews4 followers
September 5, 2025
Sekali hembus je baca cite ni 🫣 Mula-mula rasa Pipa ni childish sangat. Tapi understandable la sebab dia umur 22. Aku pun tak matang masa umur 22😝

Isaac ni agak unpredictable dia punya character🤭 Aku ingatkan lain rupanya lain. Bila lelaki merancang, haa jaga-jaga la si perempuan 🫢

Aku salute dgn Rafiq 🫡 Memang jadi father figure of the family. Lagi suka kalau dia end up dgn Nadrah. Anddddd lagi suka if ada closure pasal ayah mereka dan Jason, ayah Isaac.

Obssessed vs obsessed, dua-dua gila tapi nasib baik sempat diselamatkan. ☠️
Profile Image for Cutie_pie28.
424 reviews11 followers
July 6, 2025
Pipa suka kt Abang Zek (Isaac).. Pipa pemain bola tampar, Isaac pemain bola sepak.. dulu Pipa penah suka kt lelaki.. tp kebyk kn nye tolak.. alasan Pipa terlalu tinggi.. huhu

Dorg rapat selepas Pipa tlg Zek cari gelang dri mak Zek.. Abg Rafiq da rasa lain bile Pipa rapat ngn Zek.. die igt kn Pipa tu obses ngn Zek.. bile bwk balik M’sia, Pipa kemurungan.. nnt Zek dtg jumpa Pipa..

Zek teman Pipa pegi jumpe Dr Psy.. nnt Dr tu rasa both obsessed to each other.. sket² nnt terungkai…

Not soo much conflict buku nie.. santai aje..
Profile Image for Booku Puspita.
47 reviews
December 2, 2025
Pipa & Abang Zek ni atlet. Pipa ialah atlet bola tampar universiti, manakala Isaac pula pemain bola yang memang terkenal. Pipa dah minat gila dekat Isaac sejak umur 16 tahun. Sebab terlalu suka, dia sanggup belajar sungguh-sungguh semata-mata nak masuk universiti yang sama tempat dengan team Isaac buat latihan. Kira dari crush atlet terus upgrade jadi fake relationship.

Pipa ni memang tahap hardcore. Dia tahu pasal Isaac dari A sampai Z. Hari-hari cerita pasal Abang Zek dia tu sampai hampir semua orang yang kenal Pipa pun tahu dia obses dengan Isaac si pemain bola tu. Jujurnya, kita pun rasa kurang selesa dengan tahap obses Pipa. Dah macam sasaeng, seram pun ada.

Plot twist Isaac memang padu. Tak sangka langsung. Part paling kita suka ialah masa dia mula belajar tentang Islam. Mula-mula nampak macam dia nak masuk Islam sebab Pipa, tapi lama-lama, rasa cinta dia pada agama tu datang dengan sendiri. Cantik perjalanan dia…bukan dipaksa, tapi tumbuh dari kefahaman.

Kita tahu bukan mudah nak kekal istiqamah bila duduk di luar negara. Majoriti bukan Islam, suasana pun berbeza. Bila dikelilingi orang yang tak sama pegangan, iman memang mudah goyah. Nasib baik ada abang yang selalu cakna dan jaga Pipa. Kalau tak… mungkin ada benda yang akan buat Pipa menyesal seumur hidup.

Cuma ada satu benda yang agak turn off . Beberapa typo dan kesalahan perkataan dalam dialog. Harapnya kalau ada reprint nanti, perkara ni boleh diperbaiki. Sayang sebab jalan cerita dah best, tapi kesalahan kecil macam tu buat pembacaan terganggu.
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
August 23, 2025
Giving the stars just because it cures my reading slump after a soooooo long. A so so read but the writing was easy to read.

Now I'm on a buy spree all the books that I missed before.
Profile Image for popo siroyo.
18 reviews
October 24, 2025
2.5 ⭐️
the 18 years old me would like this book but cant say the same now

update :
nah i changed my mind. it should be 1.75⭐️ i never cringed so much until i read this book. please, whoever decides to write a quirky fmc this is not the way you interpret their character 😓
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.