Since i tak reti give a proper feedback i would say this book give such a thrill and the vibe of mankind’s future in an era overwhelmed by viruses. Penjelasan sci terms yang mudah difahami dan tidak membuatkan reader tertanya ii apa kaitan virus tersebut. Since i am a fan of anime, while read it reminds me attack on titan and kaijuu, seolah-olah i berada dalam dunia tersebut. Kris yang bersifat anti-hero reminds me Eren kena pulak ada pengikut dia🤣. I love their friendship. All the character in this novel mmg function habess 👏👏👏
Thank you and congrats author berjaya hasilkan buku bengenre sebegini bcs i am looking local novel macam ni and guess what novel begini tak banyak local yang terbitkan.
Okay, my very first time read this kind of story. Dystopian. Nak baca cerita macam ni kau kena duduk dengan tenang dan relax. Kena fokus. Once kau terkhayal 3 saat terus lost. Pastu kena baca balik. 😂😭
Pertemuan antara Kris dan Kein telah menghuru-harakan dunia yang sedia huru-hara dengan wabak CWD-Rabies yang jauh lebih dasyat dari COVID-19. CWD-Rabies ni sejenis wabak yang merebak di udara di mana semua hidupan karnivor (pemakan daging) akan tiba-tiba berubah menjadi makhluk yang menakutkan dan agresif. Nak dipendekkan cerita, Kris ni mastermind semua rancangan untuk huru-harakan dunia. Senang cerita Kris tu war planner. Walaupun umur dia tu masih mentah, jangan dibuat main dengan idea-idea gila dia. Dia memang tolak mentah-mentah dengan prinsip “Niat tak menghalalkan cara”. Jika ada banyak nyawa tidak bersalah yang perlu dikorbankan, dia akan korbankan. Asalkan misi dan idea dia berhasil. Kein dan “anak-anak buah” Kris pulak semua bagaikan lembu dicucuk hidung. Walaupun diorang semua tak faham sepenuhnya apa niat dan muslihat Kris, tapi diorang akan buat je apa yang Kris tanpa banyak soal walaupun nyawa diorang perlu jadi galang ganti. Semuanya dibuat atas dasar kepercayaan.
Throughout the story, memang dark habislah. Agak berat jugaklah ceritanya. Walaupun novel ni tak sampai 300 muka surat pun, tapi ambil masa dekat 5 jam jugak nak habis menelaah. 😭🤏🏼
Dia punya ending pulak, hhhmmm… Not the kind of ending yang saya akan suka. Tapi fair lah sebab ia lebih realistik. Tak bolehlah nak expect ending yang sebaliknya. Apa yang Kris buat tu semuanya gila-gila. Takkanlah semua nak tengok dan telan bulat-bulat je. 🥲
Mengisahkan masyarakat yang hidup tidak lagi normal apabila muncul satu virus iaitu Virus CWD-Rabies yang hanya diserang kepada binatang pemakan daging. Jadi lebih agresif dengan saiz yang lebih besar, digelar Karnivor.
Kris. Seorang anak yatim yang baru sahaja tinggal bersama seorang pasangan tua bersama anaknya, Kein. Kris & Kein selalu keluar untuk kaji tentang Karnivor. Sampai satu tahap mereka sendiri diserang oleh Karnivor, dari situlah permulaan mereka menyelamatkan ‘dunia’. ___ Buku ni gila! Permulaan cerita dia pun dah buatkan saya untuk terus baca dan nak tahu apa akan jadi? Mula-mula ingat diorang ni akan ada dekat satu tempat je so fikir hm mesti boring, but then bila diorang mula bergerak ke satu tempat dan mulakan misi; I was stunned sebab amazed dengan storyline yang lagi gila! The more you read the crazier jalan ceritanya.
Tbh for me, saya rasa buku ni ada vibe AOT. The beginning and the ending. The best part about this book is sepanjang baca rasa macam tengah tengok movie, dan rasa macam kita ada dekat tempat tu sebab penulisan yang detail di setiap scene.
Plot twist buku ni betul-betul mind blowing 🤯 Memang tak expect dengan kegilaan from ‘that’ character.
Saya suka dengan watak Kein masa awal, tapi disebabkan Kris punya otak tu macam mesin; i’m in love with his character! He’s a number 1 war planner 🙏🏼 Character development dia best!
Overall, I highly recommend this book untuk korang try especially the ones yang suka dystopian with insane plot.
Baca novel ni macam vibe anime Attack on Titans. Storyline yang menarik dengan kehadiran Karnivor. Unik sebab ada 5 jenis Karnivor yang berperingkat. Plot twist pasal L-Karnivor tu wow, saya ternganga sekejap.
Character development untuk main character sangat well written sehingga ke muka surat yang terakhir.
Kalau diikutkan saya nak bagi rating tinggi. Tapi gaya penulisan ni banyak mengganggu mood saya untuk membaca. Dari awal sampai ke sebelum masuknya pembunuhan beramai-ramai tu, gaya ayat penulis macam baca ayat yang sangat kaku macam penulis yang baru nak mula menulis di wattpad. Buku ni ada potensi tinggi tau sebab idea penulis ni tak pernah habis.
Bila masuk bab pembunuhan beramai-ramai itu, penulis berjaya mengolah ayat dengan sangat baik dan teliti. Baru seronok untuk dibaca walaupun ada beberapa perkataan yang bagi saya masih kaku. Saya masih cuba mengabaikannya.
Saya tidak membenci penulis, malah sangat meminati karya-karya penulis ini. Tapi gaya penulisannya sangat mengecewakan saya. Banyak perkataan yang digunakan berulang² dan tidak diceritakan dengan lebih mendalam.
Contoh 'menjerit kesakitan' dan 'terkejut besar' boleh diolah lagi dengan menggambarkan bagaimana perasaan sesuatu karakter pada ketika itu. Jika sekadar menggunakan dua perkataan itu berulang² kali, potong mood jugak saya nak baca.
Itu sahaja daripada sahaja. Terima kasih dengan karya yang masterpiece ini. Saya sangat enjoy membayangkan storyline dalam setiap bab dalam cerita ini🫶
Started this book with no expectation, just intrigued by the synopsis shared on shopee description. And oh i am pleasantly surprised by this.
The plot is engaging. The characters are well constructed and have their own clear roles to drive the plot. I’m an avid manga reader and with this novel, it feels like i’m reading one. Finished reading by two hours because i have lots of questions and i need answers (which was answered at the end, mostly). Also shout out for the “for the greater good” theme which was executed so nicely. My fear was for the author to make kris do all of this only to bail out at the end or make kris so conscious over his morality, but fortunately this never happened so yay. For
I do find some ??? in-verse fact points but it doesn’t really bother me too much since the plot keep unfolding nicely despite it and doesn’t really create paradoxes or anything.
Will try checking out this author other work in the future