Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hush, Now

Rate this book
Kerana desakan jahat yang menghantui fikiram, Zari medaftar diri masuk ke wad psikiatri. Ditahan setidak-tidaknya selama 72 jam, Zari sedar dia tiada banyak masa untuk menyingkap rahsia hitam yang disembunyikan oleh Hospital Atma.

"Saya jumpa ... something ... dekat basement hospital ni."

Bertemu Kaz yang punya agenda tersendiri itu tiada dalam perancangan Zari. Jika Zari sedang mencari sepihan teka teki yang sekian lama menghantui, Kaz pula ingin menuntut jawapan tentang misteri di sebalik nama baik Atma.

"Saya perlu percaya ada seseorang di Atma yang boleh hentikan semua ni."

Rahsia hitam Atma ... adakah ia membunuh?

"Zari, apa impian awak?"

"A cure for mental illness. Satu ubat untuk semua penyakit. Supaya dalam hidup ni, tak ada sesiapa yang sengsara disebabkan penyakit mental."

358 pages, Paperback

First published May 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Ayumi Syafiqah

59 books51 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (7%)
4 stars
11 (84%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for SS.
563 reviews10 followers
August 1, 2025
Actual Rating: XX ✨

Ada apa di Hospital Atma? Rahsia apa yang tersimpan kemas di sana?
Siapakah yang mendaftar dirinya sendiri untuk masuk ke wad psikiatri dengan rela hati? Tidak lain tidak bukan. Zarilah orangnya.

Zari ada misi di Hospital Atma. Berbekalkan 72 jam yang dia ada di sana. Dia perlu dapatkan sesuatu sebagai bukti -- ada seseorang yang dikenali Zari hilang di sana tanpa jejak bertahun-tahun lamanya.
Bertemu dengan Doktor Kaz yang juga mempunyai misi yang sama -- pesakitnya hilang tanpa jejak. Mereka berdua bergabung untuk londehkan Hospital Atma. Apa yang berlaku seterusnya? Berjayakah mereka?

Kita suka karakter Zari. She so strong. Permulaan cerita yang menarik. Rasa macam kita pula ada dalam Hospital Atma tu. Dengan explanation yang baik dari penulis mengenai suasana hospital wad & tingkahlaku pesakit. Rasa lebih real. Kita suka watak Zari. She fighter. Dengan keadaan dia yang macamtu. Dia dah buktikan. Jangan pandang dia macam takda mata hokey.
And Zari kombo dengan Doktor Kaz pula. Memang macamni 🫶🏻

"Saya jumpa..something.. dekat basement hospital ni."
"Nampak macam bilik rawatan..tapi dia bukan macam bilik rawatan..." - Zari

Selain bergenre thriller. Ada diselitkan genre romance & horror sikit. Semuanya seimbang dan tidak berlebihan. Kita jelas dengan storyline. Kita tahu apa yang penulis cuba nak sampaikan. Bila individu menjadi tamak dan salahguna kuasa. Memang akan membahayakan ramai pihak. Yang tak bersalah mati katak macamtu saja.

Selepas Kambus. Saya memang menantikan karya dari penulis @ayumi.lawa . She memang berbakat menulis genre thriller. Personally, for those yang dah biasa baca karya Ayumi. Memang tak akan ada masalah dengan writing style beliau. So far so good. Mungkin she banyak tengok horror/thriller movie & tambah dengan pengalaman hidup. Maka Hush, Now menjadi satu naskah yang tidak mengecewakan.

It's not easy at all menulis isu mental health. Penulis memang kena banyak buat research. Dan saya percaya penulis buat sebab bukan semudah ABC nak letak penggunaan terma, nama ubat & rawatan. Korang akan belajar banyak benda dalam buku ni for sure.
26 reviews1 follower
June 3, 2026
tajuk: hush, now
penulis:ayumi
Rating: 4/5 . sebuah cerita misteri/thriller/psychology yang ringan

sinopsis: zari ni ada sakit mental sikit. Dah lama dia hidap penyakit tu. jadi, dia decide untuk masukkan diri ke dalam hospital mental. Tanpa semua tahu, zari ada tujuan lain untuk masuk ke situ. Mengenai kehilangan seseorang.

Pendapat saya, buku ni tergolong dalam kategori malay book yang ada banyak dialog english yang agak cringe. Tapi ke-cringe-an tu dapat ditutup sedikit sebab plot cerita ni unik.

1. pacing & overall tentang progress plot

-Saya suka pada permulaan cerita kita dah dibawa ke watak utama, zari, volunteer untuk warded kan dirinya ke dalam hospital. Dan sampai ke pertengahan cerita apabila dia jumpa dengan doktor kazi, dan juga bila zari terjumpa dengan ruang bawah tanah yang sepatutnya tak patut dia nampak. Jalan cerita dia straight je. Takde filler lebih2.

-Ada juga diselitkan dengan watak-watak sampingan seperti pesakit-pesakit lain dekat hospital dan juga keluarga zari. Semua serves its purpose

-Cerita ni slow ke tak? Overall dia okay je. Cuma kena pejam mata bab zari dapat kucing dan the sudden relationship bloom of zari dan doktor kazi.
2. cliche ke tak
-vibes and ambience: Vibes nya okay. Saya suka cara pengolahan penulis describe suasana dekat hospital mental. Dan juga dinamik setiap pesakit dan apa yang dilalui mereka kat sana. Rutin harian, deskripsi ubat dan apa fungsinya. Semua ditulis dengan baik tanpa nampak bosan.

-Dan bila mana cerita dah masuk ke tengah, dia punya vibes dah makin gelap. Somehow saya dapat feel suasana kelam seperti yang digambarkan di kulit hadapan buku.

Clicheness: overall kalau bercakap pasal plot utama buku ni, i can say dia tak cliche. Saya pun tak sangka dark juga buku ni. Dan mukasurat demi mukasurat buat saya khusyuk membaca sebab nak tahu apa sebenarnya yang terjadi dekat ruang bawah tanah tu.

-Teka-teki yang penulis bawa, dari soal siasat dekat pekerja-pekerja hospital tu, penemuan dokumen-dokumen rahsia, semuanya rasa macam cukup. Tak rasa panjang sangat teka teki untuk sampai ke jawapan misteri utama buku ni.

-Cuma bila dah sampai ke klimaks, pada pendapat saya the root of the problem is a bit cliche. Buat kejahatan demi duit. Tapi takpe i take that as a light reading. So for a book yang bergenrekan misteri yang ringan je dan tak pecah kepala, buku ni okay
Tapi satu jela, hubungan doktor kazi dan zari nak ke arah berbunga-bunga tu nampak macam sangat tiba-tiba. Bila saya sampai ke bahagian ketiga, baca2 description pasal bahagian 3 tu rasa macam … ermm.. Okay

-Kita pejam mata lah ye pasal clark kent tu.

-Dan juga scene zari bela kucing. Mungkin pendapat saya, masa scene awal2 je boleh describe sebab saya faham tujuan watak kucing zari tu sebagai penawar lah gitu untuk dirinya yang murung. Tapi bila makin kerap ada scene panjang but the context is just zari bermanja2 dengan kucing dia tu bagi saya macam filler sikit. So kita skim2 je

3. adakah watak-watak yang ada dapat saya menjiwai?
-nama watak: okay

-adakah watak ditulis dengan okay:
Saya suka yang sebenarnya tujuan zari masukkan dirinya dalam hospital atma. Macam i didnt expect that it involves a mystery of disappearance of someone that acts like a hook to move the story

-Watak-watak lain macam seluruh keluarga zari juga turut digarap dengan baik. Takde dialog cringe, dan saya dapat rasa yang theyre family based on how they talk. Dan juga watak ahli keluarga tiri Kazi, dan warga-warga hospital atma.

4. dari segi dialog/ cringe ke tak
Bab mengayat/flirting je cringe. Tapi kalau dialog yang menggerakkan plot, bagi saya okay


5. kesimpulannya
-buku ni sesuai untuk: untuk siapa yang nak genre yang perah otak tapi bukan level extreme
- dnf or not: Saya berjaya habiskan dan tak dnf
bonus point:
-Saya sangat suka yang setiap misteri dalam plot ni tak dimention secara tiba-tiba. Macam contoh watak Norain Mahmud, she was mentioned first in a scene of a conversation between Dr Kazi dan makcik kantin. Dan norain juga ada scene flashback! Kita suka. Dan begitu juga makcik zari dan juga pesakit Kazi dahulu
-Dan saya rasa plot twist utama siapa Irati tu digarap dengan bagus. Sebab segala tekaan salah ye. Kita suka bila teka2 ni jawapannya salah dan bila dibawa ke penerangan siapa sebenarnya Irati tu juga agak sedih.

Ini buku pertama saya baca dari penulis and im looking forward for more books from her

Profile Image for everyday_auni.reads .
13 reviews
July 19, 2026
This is one of the most honest book about mental health that I’ve ever read. No sugarcoating, no romanticising, just… telling it as it is.

The emotions here are written in such a raw manner, that I was able to fully immerse myself into the story within a few pages. Setiap duka, luka, sesak dan perit yg dilalui oleh wataknya, meresap ke dlm jiwa dan membuatkan hati saya turut rengsa.

I cannot believe that I’m only discovering Ayumi now, because what a gifted writer she is. I’ve been missing out on PURE GOLD.


This story belongs to Zari. Seorang gadis yg diduga dgn penyakit migrain kronik dan Major Depressive Disorder (MDD). Bertahun-tahun bertahan dgn masalah kesihatan fizikal dan mental, Zari akhirnya mendaftarkan diri ke wad psikiatri di hospital. Namun, tujuannya lebih drpd sekadar mendapatkan rawatan. Ada rahsia yg perlu dibongkar, rahsia hitam yg telah bertahun-tahun disembunyikan oleh pihak hospital.

Cerita ini sememangnya berfokuskan ttg kehidupan Zari sebagai seorang yg berjuang melawan penyakit kronik dan juga penyakit mental. Tak terkira brp byk ilmu yg saya pelajari, ttg cabaran melawan penyakit ini.

Penyakit migrain kronik ini acap kali dipandang remeh. Dianggap yg itu hanyalah sakit migrain biasa. But the truth is, migrain can be so severe that it debilitates someone. Even the smallest things; a loud noise, a strong smell, a flashing light- can be a trigger and worsens the attacks. And when you’re sick, it is so easy to fall into the depths of depression.

There are so many good points raised in the book. About how frustrating it is to not know the reason for your illness, despite doing everything that you can.

Alangkah sakitnya bila doktor yg diharapkan dapat membantu, malah meremehkan dan mengabaikan kerisauan pesakit. Alangkah sedihnya bila tak mampu menjalankan aktiviti yg org lain mampu lakukan dgn mudah. Rasa ketinggalan, rasa tak bergunanya diri ini.

The struggles of dealing with depression is written extensively in here. Rasa bersalah kpd org sekeliling, rasa helpless, rasa lemah, rasa penat utk sekadar hidup dan bertahan. Rasa tak mampu utk membayangkan hari esok. Rasa tak layak utk bahagia.

Each struggle is written in such a way that even someone who has never felt that way or been in that situation, can still understand and feel the emotions.

Saya juga sgt suka dgn gaya penulisan dalam buku ni. Sangat mudah diikuti dan difahami. Buatkan saya engaged dgn setiap perkataan yg ditulis.

Hubungan kekeluargaan dlm buku ini juga sgt heartwarming dan realistik. Familial support is so important for someone struggling with mental illness.

Also, the romance in this book is so cute! Actually, kalau diikutkan pacing, sbnrnya kisah cintanya bermula agak tiba-tiba. Tapi sbb penulis pandai mengaturkan perjalanan cinta Zari dan Kaz, tiada rasa kejanggalan dan pembaca dpt enjoy kemanisan antara mereka berdua.


What I (personally) think can be improved:

I feel that the thriller aspect of this book is very much lacking. Plot ttg rahsia Hospital Atma is quite predictable. And there is no particular scene where I really feel the thrill of discovering the secret. Because there simply is no ups and downs.

Everything was very smooth and straightforward, to the point that things just felt too easy. No struggle at all. Acces ke dlm basement senang, nak dapat kunci senang, nak cari rekod senang.

Bahkan the resolution of the conflict pun senang jugak. Conveniently, yg jahat berubah fikiran. Ex-employee pharmaceutical company dgn mudahnya beritahu all these confidential info to a stranger. Despite what happened in the past, Kazi still choose to go to the higher-ups which is frankly sgt tak bijak. And he got away, which I still feel doesn’t make much sense. Even if the evil plan is successful, it’s still illegal and Kazi can still report it. Which he should’ve done in the first place.

Also, since the main conflict is discovering the secret that the hospital is hiding, I would say that the plot progression is slow. Nothing exciting, nothing much happens during the first half of the book. It mostly focuses on Zari’s struggles, which I do understand, because mental health is a central theme here. But as a result, thriller part tu kurang sampai.

I also feel that some parts about the struggles with mental health do appear rather repetitive. And Zari, who has a lot of tears may irritate some readers.


Overall, this is a well-written book that honestly depicts the reality of dealing with mental illness. I would recommend this book to those who likes books that focus on this issue.

As a thriller though, I would only recommend it for those looking for a very light thriller.
Profile Image for araasyafii_.
45 reviews2 followers
February 27, 2026
Wow, this is honestly one of the most unique reads I’ve had in a while. Imagine almost the entire story taking place inside a psychiatric hospital. But Hospital Atma isn’t just a background setting. In fact, it becomes the heart of the story—filled with secrets, trauma, and long-buried painful truths. From the very beginning, my mind was already questioning, “What is this hospital really hiding?”

What makes it even better is how clearly you can feel the hospital’s atmosphere. The patients come with all kinds of personalities. Some emotionally touching, some unsettling, and yes… some downright creepy 👀 Even though the theme of mental health is heavy, the storytelling doesn’t feel overwhelming. Instead, it leans more toward mystery and curiosity, and I love how subtly everything unfolds.

Plot-wise? Fast-paced. Every chapter made me want to keep reading. The investigation scenes involving Zari and Dr. Kaz, especially when they sneak into the restricted area near the hospital basement, gave me a real adrenaline rush. The tension felt like watching a thriller scene, constantly thinking, “What if they get caught?” Yet at the same time, the curiosity to uncover the truth keeps pulling you forward.

I really love how strong Zari is. She’s a survivor. She’s been through so much, yet she still tries her best to stay alive and keep going. Some of her decisions may seem impulsive, but to me, they felt like the right choices at the right moments.

I also enjoyed the dynamic between Zari and Dr. Kaz. The ‘patient + psychiatrist’ combination surprisingly works 😜 Their relationship feels natural, with a light touch of romance. So don’t expect heavy romance here. Just enough to make you smile without overshadowing the main plot. Though… I do agree their relationship developed quite fast 😅

Beyond the thriller aspect, the story also includes elements of mystery and crime. When the truth is finally revealed, the anger and disappointment really hit, especially when it involves people in power who abuse their authority in the name of treatment and progress. Supposedly for the greater good, yet innocent lives end up paying the price.

I truly enjoyed this book. A gripping thriller with mystery, strong characters, and consistent pacing. If this book is still considered underrated, then honestly, I believe it deserves far more recognition ✨
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for wardah.
38 reviews
October 3, 2025
💉😷🏥💀🤯
tw: mental health issues, schizophrenia etc
genres: psycho thriller, mystery, crime, romance

My opinion:
Zari dan Kaz ni dua-dua karakter yang ada isu dan matlamat tersendiri di Hospital Atma; Zari daftarkan diri sendiri ke wad psikiatri atas isu mentalnya dan Kaz pulak salah seorang doktor psikiatri di Atma. Tapi ada something yang diaorang share berdua; untuk merungkai misteri dan rahsia hitam yang disorok oleh Atma.

For me, this book is complete with the mystery, appropriately enough romance and the touch on real-life issues. I’ve also grown to like Zari a lot throughout the book, memula rasa kesian tapi lama-lama sedar yang she’s been through SO much yet she tries her best to stay alive and survive her harsh workplace and life at her best. Walaupun mungkin sesetengah orang akan cakap Zari ni suka buat keputusan melulu tapi in my eyes, she’s made the best decision at the right timing; for her own benefits and putting herself first.

I enjoy:
- the mystery and on how they unravel it together.
- the descriptive language makes me feel like i’m there with them.
- the connection Zari shares with her fellow ward-mates.
- Kaz’s gentleness and understanding and willingness to learn more on Zari’s headache / migraine issues.

I don’t personally enjoy:
- The somewhat rushed romance plot between them, prefer them being platonic for a longer time.

Buku ni bukan buku pertama karya Ayumi dan juga bukan karya terakhir saya akan baca olehnya 😍✨thank you for writing this book!

rating: 4.2 / 5

wardah ꨄ
Profile Image for Mal.
37 reviews2 followers
July 19, 2026
Ceritanya menarik, berkisar Zari yg willingly masuk ke hospital mental, dan discovered something unusual happening in the hospital. Tak suka nama FL dengan ML, cam tak jelas gender nya Zari dan Kazi 😅 It is just me yg memang begini, I'm not blaming the Author. Pace laju, penulisan baik, tiada fillers berlebihan, tapi untuk saya still ada rasa tak cukup.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews