Mantot menulis terus dari hatinya. Meski tanpa pedang yang tajam, karyanya masih mampu menikam dan meninggalkan luka yang dalam bagi mereka yang faham. Tidak perlu metafora meleret bila berkarya dan itulah Mantot, melayu yang menyumpah.
Revolusi imaginasi ideologi politik semunya bermula dari satu idea yang ditulis atas kertas dengan pen. Atau zaman sekarang, papan kekunci.
Otw dari Jengka, Pahang ke Machang, Kelantan, aku sempat mengkhatamkan buku CursingMalay karya Mantot.
Pernah jumpa penulisnya masa MABOPA Pesta Buku Akhir Tahun 2014 di KLCC baru ni.
Katanya hari tu buku ni ada 3 buah, boleh buat koleksi ni.
Buku ni bagus. Mantot bukan bercerita mengenai politik partisan, tapi mengenai politik realiti yang sedang bergelumang di Malaysia yang aman damai ni. Buku ni bukan cerita pasal politik sangat. Tapi banyak kutuk Melayu yang berideologi bangangisme dan bebalisme.
Aku tertarik dengan teori Mantot dalam Bab 35 - Apa Akan Jadi Kalau Kita Semua Tol Guna Wang RM100? Kelakar. Tapi logik. Aku boleh suggest kat kawan-kawan benda ni.
Apa yang boleh dikatakan tentang bangsa Melayu sekarang ini? Bangsa ini dulu terkenal dengan sikap toleransi dan hidup berharmoni dengan bangsa-bangsa lain. Bangsa ini dahulu popular dengan jati dirinya, khazanah ilmunya dan pelbagai lagi. Tetapi sekarang, bangsa ini semakin mundur. Pemikiran bangsa ini semakin kebelakang tidak kira dari segi politik atau agama, walhal bangsa bangsa lain sedang memecut untuk mengejar revolusi pemikiran. Kini tidak ada lagi yang boleh dibanggakan oleh bangsa ini, kecuali sifat rasisma dan fasist kampung sahaja. Buku ini menceritakan tentang beberapa masalah yang dihadapi oleh kaum Melayu masa kini, dan perkara perkara yang membuatkan kita masih digelar bangsa yang mundur
Bab 2: Yang di depan mata tu kan lagi sweet? Availability trumps muka jambu.
Bab 3: Lepas ni aku hantar troli balik ke tempat asalnya.
Bab 4: Aku yang masih duduk di bawah ketiak mak aku tak layak nak komen apa-apa.
Bab 5: Because they CAN.
Bab 6: Pakcik aku kena tipu beli ulam gila tua untuk kenduri sebab orang pasar tani suruh bayar lebih kalau nak pilih satu-satu. Jadi, dia kena beli seikat yang ada banyak ulam kau gigit sampai nak tergeliat rahang. Dekat Tesco relaks je boleh pilih, harga pun tak lari sangat. So, in Yahudi we trust!
Bab 7: Apa susah, duduk sajalah di Kelantan.
Bab 8: Ultra Kiasu mungkin?
Bab 9: Inilah Bolehland!
Bab 10: Selagi boleh buat duit, selagi tu tol akan wujud.
Bab 11: Aku baca dua-tiga kalilah juga.
Bab 12: "Agama tak suka cara politik kita"
Bab 13: Kenapa tak ada jawapan "keluar negara"? Yang ni paling famous.
Bab 14: Betul, aku pun tertanya-tanya mana hilang RM98 tu lagi.
Bab 15: Teringat aku tengok vlog mat salleh yang melawat KL tahun lepas. Dia kata dia tak pernah tengok shopping mall begitu banyak tertumpu dalam satu bandar. Hurm...
Bab 16: Mantot for President?
Bab 17: Cadangan yang bagus tapi most likely tidak akan dilaksanakan for obvious reasons.
Bab 18: Aku terhasut kakak aku, jadi dia nak diskaunkan pemberian bulanan dia.
Bab 19: Patut respawn satu karya khas untuk Jebat yang civilized.
Bab 20: Sebab kena brainwash setiap minggu?
Bab 21: Aku rasa selipar hilang sebab kita malas. Malas fikir penyelesaian, malas fikir cara agar selipar tidak dicuri dan malas serba-serbi.
Bab 22: Yang ni sungguh aku terasa.
Bab 23: Yang ni aku dah lama fikir. Bila tepi jalan, gerai, sedap. Masuk restoran ada jenama dan berair-cond aku masak lagi sedap. Dilema betul.
Bab 24: Bless everyone yang bantu the homeless people without expecting anything in return.
Bab 25: "Islam itu sempurna, Melayu tak!"
Bab 26: Biasalah, pengaruh kolonial tu tak habis lagi.
Bab 27: Semuanya bermula di rumah.
Bab 28: Syukurlah, jangan complain macam-macam. Kufur nikmat betul. [image error] Bab 29: Kerana seorang agong tanpa tengkolok.
Bab 30: Racism tu masih menebal dalam diri masyarakat Malaysia, sebab kita tak pernah betul-betul bersatu. Sekolah pun mula asing-asing, tu tak termasuk tempat tinggal lagi. Stereotaip dulu masih boleh digunakan sampai sekarang sebab kita tak bebas lagi dari pengaruh penjajahan dulu.
Bab 31: Money is the root of evil?
Bab 32: Hujah tanpa kritikan berasas tu selalu dilakukan macai BN & PKR.
Bab 33: Jauhi Riba! Tapi aku masih membayar pinjaman PTPTN.
Bab 34: Meleis dan sindrom Hang Tuah berpisah tiada.
Bab 35: Pakat-pakatlah semua bawa 100 untuk bayar tol nanti. Campak Touch n Go dan SmartTag jauh-jauh.
Buku ini lebih sedap diterbitkan dan dibaca semasa musim pilihanraya tahun 2013. Masa itu semangat patriotik berkobar-kobar, nafsu mahu berbicara hal parti dan negara membuak-buak di dada.
Jadi, bila sudah hampir dua tahun berlalu semangat itu sedikit pudar. Sebab, dalam tempoh dua tahun itu, kes-kes yang muncul lebih menyakitkan hati dan lebih sensasi.
Cerita Mantot masih relevan, seperti tajuknya secara literal "menyumpah melayu". Hal-hal klise orang Melayu hari ini. Pemikiran, perbuatan orang Melayu. Ada yang saya setuju, ada yang tidak kerana Mantot menulis secara generalisasi.
Saya suka dengan bab 33, yang menyentuh isu ekonomi domestik orang Melayu. Penjelasan Mantot mudah, dan sedikit menyedarkan. Bacalah sendiri untuk tahu.
Bab 35, saya kira semakin hari semakin tidak relevan. Isu tol dan "cara" untuk menyusahkan makhluk pencekik darah ini. Semakin hari, semakin banyak tol yang beralih arah kepada penggunaan kad T&G, jadi di mana mahu kau aplikasikan kaedah ini? Pengguna tol yang paling tinggi hanya di kawasan bandar.
Bab 36, stigma Melayu kepada Cina. Daripada tujuh, mungkin satu yang benar (bagi saya). Itupun saya ragu-ragu, kerana stigma ini mungkin benar keseluruhannya bagi mereka yang tidak bersahabat dengan bangsa lain.
Buku ini sudah selesai baca. Jujurnya aku tidak pernah pun baca blog Cursing Malay maka sebab itu aku beli. ia menyentuh hampir semua isu-isu kehidupan seharian yang selalu buat kau rasa geram tetapi malas mahu fikir dan ambil tahu.
Semua tulisan dari blog beliau. Dan sampai sekarang beliau masih menulis. dan mengupas isu-isu semasa mengikut kefahaman beliau.
Bacaan yg sangat ringan utk semua lapisan masyarakat memahaminya. Ayat2nya sangat straight forward dan tkde berkias langsung😂😭. Buku ni adalah luahan, kritikan dan cadangan penulis terhadap sistem politik yg berlaku pada negara kita pada masa kini. Banyak sindiran dikeluarkan si penulis yg bersifat sgt pedas dan mendalam kepada sang pemerintah negara. Bahasa larasnya agak kasar dan bagi pencinta buku2 motivasi/agama yg mana penulisannya sgt lembut... Buku ini adalah bukan utk anda. Tidak digalakkan membacanya 😅.
Anyhow, jika dikatakan sebuah buku... pasti ada ilmu dan maklumat yg baik utk disampaikan kepada para pembaca. Dalam buku ini, penulis tidak jemu memberikan tamparan kesedaran , mesej dan nasihat kepada masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian di bwh pemerintahan politik yg kejam. Setiap orang ada peranannya masing2 dalam menjadikan Malaysia negara yg maju. Bukan sahaja kerajaan, tetapi juga pembangkang dan rakyat.
Baca buku ni dlm menunggu kawan register utk kelas post-graduate beliau. Lepak di Perpustakaan dan ternampak buku ni di ruangan yg aku rasa tak sepatutnya buku ni berada.
Apa yg aku boleh aku simpulkan drpd speed reading selama 30 minit - sbb feeling dia mcm baca blog - buku ni merupakan kompilasi topik-topik perbualan belia zaman sekarang, mcm aku sendiri sbg contoh.
Aku bersetuju dgn kebanyakan pendapat penulis, walaupun cara penyampaian dia aku tak setuju personally.
Points mostly for the good intention of the writer in educating the society.
Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku baca buku "indie." Aku pun tak tahu apa genre "indie" ni sebenarnya.
Mantot berbicara dari hati. Sebab itu ia sampai ke hati pembaca.
Isu isu yang dikemukakan memang saban hari berlegar dalam kepala kita. Cuma kita merasakan tak ada kepentingan berbicara tentang isu isu ini. Mantot membuktikan kita sebenarnya silap. Sebab kita tak endah, isu jadi polemik, polemik jadi barah.
Mantot juga mengajak kita jujur yang kita memang sebenarnya rasis. Walaupun kita menuduh bangsa lain yang rasis. Kita double standard dengan omputeh, tapi dengan pekerja asing dari negara ketiga dunia ke 3, kita layan mereka dengan tidak baik, seolah mereka orang hina.
Banyak pula nak kupas. Tapi cukuplah. Sudah jauh pagi. Kesimpulannya, inilah buku yang kita nantikan selama ini untuk jernihkan semula pemikiran dan tanggapan kita terhadap isu politik, sosial dan keragaman ras dan agama di Malaysia ini.
Buku ini patut menjadi buku wajib dibaca oleh golongan Ultras Melayu. Isu-isu yang dibangkitkan memang apa yang terbuku di hati rakyat marhaen seperti saya. Semakin hari hidup semakin ditekan, beli nasi campur pun ada yang dikenakan GST! Baru hidup bujang gaji pertengahan, sudah stress, tidak tahu bagaimana hidup orang yang berkeluarga gaji bawah RM2000.
Penulisan oleh Mantot yang santai dan mudah difahami oleh semua orang,kalau tak faham tu mungkin golongan orang-orang yang mempunyai CGPA 3.85 ketika di universiti.
Insya-Allah, inilah dia kitab yang kebanyakan Melayu patut beli dan simpan sampai mati selepas Al-Quran dan Hadis. Kenapa kebanyakan Melayu? Sebab yang malas berfikir tak akan baca buku ni walaupun harapan aku semua orang baca dan hadam isinya.
Bukannya apa, banyak isu yang jarang orang sentuh ada dalam buku ni. Maka, semoga dengan membaca buku ini lahir Melayu yang lebih rajin berfikir, tak mudah menghakimi terutamanya orang Cina termasuk menjadi masyarakat Malaysia yang lebih rasional.
Ada juga orang yang fikir benda yang sama macam aku fikir.
Mungkin, buku ni patut dihadiahkan kepada setiap ahli politik Malaysia, tak kira ahli politik kerajaan ataupun pembangkang.
Bak kata bro Mantot; kita orang Islam, Melayu nombor dua.
Kita hidup atas dasar nak perlindungan semata-mata, makan semua nak kena suap. Tidak ada usaha sendiri; marah orang lain yang berusaha apabila dapat hasil.
This book by Mantot notes on the issues which some time angers us but somehow we're too lazy to talk about do not care to discuss it with others. It will opens your mind into realizing the truth around you which are sometimes dikaburi dengan tembok besar yang cuba diwujudkan oleh sesetengah pihak. I'll definitely recommend others to read this book! Such revolutionized way of thinking presented with easy way of understanding & digesting.
Pemikiran yang memberontak, dan diluahkan dengan cara yang mudah difahami. Penuh dengan kritikan-kiritikan pada level yang sangat berkait rapat dengan rakyat marhaen.
Penulis tampak optimis yang kerajaan memerintah mampu ditukar, dan tidak pernah gagal untuk menyatakan impiannya itu hampir di setiap bab tulisannya.
Habis je ko baca, otak ko segar semacam sebab benda yg dia tulis adalah benda yg tidak pernah dihadam oleh otak kau sebelum ni jika kau adalah seorang yg malas membaca dan banyak menonton rancangan Tv tempatan, macam aku... Edit sikit, bab RM100 ngan Tol tu genius..
Setiap yang diperkatakan membuka ruang minda golongan seperti saya. Seringkali dikaburi dengan tembok besar yang cuba diwujudkan oleh sesetengah pihak. Terima kasih untuk sobat saya yang memperkenalkan genre ini!
Lepas baca buku ni, aku pun rasa nak menyumpah. Banyak kebenaran tulisan2 si Mantot ni. Idea dia bagi duit besar kat tol tu patut dicuba hahaha. Bagus buku ni. Bacalah dan ayuh berganding bahu menuju Malaysia yang lebih demokrasi, adil, bersih dan aman sentosa.
Rasa macam lepas kena brainwashed lepas baca setiap 'sumpahan' Mantot. Tahap sarcasm sangat tinggi hingga aku rasa macam Mantot betul2 menyokong sesuatu.
Zaman tu Mantot anti kerajaan, dan Kelantan adalah tempat sesuai membaca buku ini. Perenggan akhie aku baca depan Banglo besar oagar macam istina depan ada orang jual dodol.
Buku tu kelakar zaman tu.
Sekarang Mantot dah sokong Najib, menjadikan buku ini dua kali ganda lebih kelakar.
Aku tulis ni sambil ketawa.
Mantot pun boleh berubah, apalah sangat parti PAS.