Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bagaimana Akhirnya Aku Bernikah

Rate this book
Himpunan kisah inspirasi daripada pelbagai jenis manusia yang mencari rahsia Tuhan yang paling manis, iaitu jodoh.

Ada perempuan baik yang patah hatinya, ada lelaki yang terkenang dosa silam, ada yang perlu menanggung keluarga, ada yang berasa wajahnya tidak cantik, ada yang sudah tidak percaya kepada cinta, dan segala macam perkara yang membuatkan jodoh itu terasa jauh daripada mereka.

Namun, rahsia Tuhan siapa yang tahu. Ia datang kepada siapa yang mencari dan kepada yang yakin bahawa pada ketika ini, pada saat ini, jodohnya berada di belahan dunia yang lain, tetapi Tuhan belum mempertemukan mereka, kerana mereka sedang diuji.

Manisnya berdua, tidak akan terasa sekiranya sebelum ini tidak diuji dengan pahitnya sepi.

218 pages, Paperback

First published January 1, 2014

1 person is currently reading
27 people want to read

About the author

Bahruddin Bekri

53 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (50%)
4 stars
12 (33%)
3 stars
4 (11%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Jamal Ismuni.
5 reviews
June 26, 2016
Aku belum bernikah. Tapi berhajat mahu bernikah. Dengan siapa, aku belum tahu. Belum ada calon. Mungkin jodoh aku juga sedang membaca buku ini.

Sebab aku baca buku ini, aku teringin hendak tahu bagaimana orang boleh bernikah. Aku tidak ada pengalaman ini. Jadi aku mahu tahu.

Ada perkara yang berbekas setelah aku baca buku ini. Bagaimana pula kehidupan "setelah aku bernikah". Adakah semanis sebelum aku bernikah atau sebaliknya.

Ah, aku terlalu memikirkan perkara yang tidak perlu. Terus kepada review buku ini. Buku ini bagus. Untuk yang belum bernikah atau yang sudah bernikah atau hendak bernikah lagi atau yang tidak mahu bernikah. Bacalah. Yang penting ceritanya tentang nikah.
Profile Image for Ismaliza.
37 reviews
October 24, 2019
Best..bacaan ringan yg menyebabkan kita terus membaca sehingga ke akhirnya.susah nak berhenti.
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
April 29, 2021
Bersyukurlah dengan sesiapa pon orang yang kita temui dalam hidup ni.

Yang baik menjadi sahabat.
Yang sebaliknya memberi pengajaran.
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
December 23, 2014
ok.seyesly ak mmg tertaril dengan cover buku ni. macam comel je kan. kawan ak dah lama beli. macam nak beli tapi tengah kering.so tahan je la kejap. tibe2 suatu hari rasa nak baca buku ni. konon nak baca sikit je la. sekali tup2 dah separuh.ok kene stop sbb malam pun kian larut dan aku mmg nak beli buku ni. jadi nak baca buku yang milik sendiri. memang best la. sebenarnya aku memang minat cerpen pon.cepat habis. tak banyak konflik.hehe. hidup ni memang nak senang je kan. ish3.
1 review
March 29, 2015
So far buku ni, kalau certain orang akan kata. Pasal nikah. Uish, memang tak kena lah dengan jiwa orang yg jenis tak fikir soal nikah ni. Awalnya, aku tak fikir pun buku ni. Lepas pi bookstorw cari and dapar. Nak baca hold dulu. Sebab soal kahwin nikah ni awal sangat. Last sekali tumbang baca jugak. Banyak watak dalam ni. Ni kalau tunjuk kat parents gua, comfirm kena soal nak kahwin dah ke. hahha. Btw, congrats Bahruddin Bekri.
Profile Image for thewayfarer11.
76 reviews17 followers
January 21, 2015
Bagi aku buku ini menarik kerana ia diceritakan melalui pelbagai sudut dan watak yang berbeza. Ada mengenai perempuan yang baik, ada mengenai lelaki yang patah hati, dan juga lelaki yang dibayangi kisah silamnya sendiri.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.