Jump to ratings and reviews
Rate this book

Troublemaker Couple

Rate this book
Bergelar ibu tunggal, bukan satu perkara yang membanggakan buat Seha. Demi anaknya, dia sentiasa pastikan kehidupan Nuh selesa. Namun kehidupannya tidak pernah tenang selepas kejadian lapan tahun yang lepas.

Di saat dia ingin mengubah nasibnya di tempat kerja baru, Seha bertemu kembali dengan masa silamnya. Lelaki yang pernah dia khianati.

"Dari dulu sampai sekarang kerja kau asyik nak menipu. Kau ingat aku nak percaya lepas apa yang kau buat dalam hidup aku dulu?" - Baim

"Umur dah tua bangka, masih lagi nak bersikap seperti budak. Kau jangan salah guna kuasa nak pecat aku." - Seha

Perjalanan Seha di tempat kerja baru sangat mencabar. Setiap hari dia terpaksa berhadapan dengan lelaki yang terlalu bencikan dirinya. Pantang berjumpa, ada saja perkara yang menyakitkan hati. Namun di saat Seha berhadapan dengan musibah, Baim yang datang menghulurkan bantuan.

"Doa kau dah termakbul. Memang hidup aku dah hancur sekarang." - Seha

"Aku tak pernah sekali pun doakan hidup kau jadi macam ni." - Baim

Baim tak pernah menduga kehidupan Seha begitu tragis. Dia tikir selama ini kehidupan wanita itu lebih baik darinya. Namun sebaliknya yang berlaku.

Muncul lelaki itu dalam hidup mereka kembali, buat Seha dan Baim tak mampu berdiam diri. Disebabkan lelaki yang sama juga, kehidupan Seha dan Baim musnah.

"Aku dah buat keputusan. Daripada aku kena paksa kahwin dengan jantan tak guna tu, aku lebih rela kahwin dengan kau." - Seha

Adakah keputusan berkahwin mampu mencipta bahagia sedangkan di antara mereka ada sejarah yang menyakitkan? Dan apakah yang berlaku dalam kehidupan mereka pada lapan tahun yang lepas?

411 pages, Paperback

Published June 1, 2025

21 people want to read

About the author

Mia Azwari

81 books373 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (32%)
4 stars
16 (51%)
3 stars
4 (12%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Diniy Qistina.
181 reviews5 followers
February 13, 2026
Masa awal-awal cerita ni, curious gak apa kena mengena dengan ilustrasi muka depan? Sebab kat cover depan nampak macam main characters tu masih budak-budak dan heroinnya free hair. Sedangkan dalam novel mereka berdua dah dewasa. Mungkin dalam lingkungan umur pertengahan 20-an macam tu. Heroin pun bertudung. Plus dia, Seha, merupakan seorang ibu tunggal. Rupa-rupanya antara Seha dan Baim ada kisah hitam semasa mereka sekolah menengah dulu. Lebih tepatnya masa mereka berada di tingkatan lima.

Seha telah perangkap dan fitnah Baim dulu hingga membuatkan masa depannya dan impian orang tuanya hancur. Disebabkan tak tahan menanggung malu dengan pihak sekolah dan masyarakat setempat, ibu bapa Baim ambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain demi menjaga kesihatan mental Baim. Masa tu Baim sampai depressed teruk akibat perbuatan Seha.

Lapan tahun kemudian, Seha bekerja di sebuah pasar raya di mana Baim yang jadi bosnya. Hah, apa lagi? Memang macam anjing dengan kucinglah mereka di tempat kerja. Hampir setiap hari jugaklah Baim asyik sindir Seha atas perbuatannya dahulu yang dah rosakkan masa depannya (zaman remaja dialah kiranya). Seha pulak memang dah terima balasan atas perbuatan dia dulu. Dia menjadi ibu tunggal kerana diceraikan oleh suaminya. Bukan setakat tu je, seluruh keluarga bekas suami dia layan dia seumpama bibik ketika dia masih bergelar isteri. Dalam 3 tahun macam tu kot Seha kena tortured dengan family suami dia. Lepas tu kena cerai masa dia baru mengandung 3 bulan macam tu. Dahlah keluarga bekas suami dia tu sampai sumbat ayah dia ke penjara atas alasan tak munasabah. Memang betul-betul hancur hidup Seha masa tu.

Lepas tu boleh agaklah, mereka dari enemy jadi to lover. Berkahwinlah Seha dengan Baim. Itupun tak mudah ibu bapa Baim nak terima Seha. Bukan kerana statusnya sebagai janda atau ibu tunggal tapi kerana kes aniaya terhadap Baim dulu. Ending dia of course lah yang jahat dan tak baik tu dapat balasannya. Setiap karakter ada pengakhiran masing-masing gitu.
Profile Image for Balqis.
7 reviews
July 2, 2025
Bukan male lead cliche yang kena jadi ceo dan kena ada harta ribu riban. Watak yang sangat realistik. Saya suka. Mula2 baca ingat tak berat, part hidup Seha tu dugaannya berat sungguh. Kesian Seha.

Maybe saya boleh usha novel Mia azwari yang lain because this is my first novel from her. Good job kak.
Profile Image for Booku Puspita.
47 reviews
September 5, 2025
First of all, jangan terpedaya dengan cover novel ni sebab kisahnya tak secomel tu. Illustration? Love dooh! Ada selit-selit lukisan comel kat setiap bab yang buat rasa nak senyum sorang-sorang.

Seha pernah khianat Baim masa zaman sekolah, dan hidup dia memang kena kifarah. Kahwin dengan crush kaya zaman sekolah, Ridwan, tapi rumahtangga langsung tak bahagia. Jadi ibu tunggal, struggle besarkan anak, dan masa tu takdir temukan dia balik dengan Baim… yang lagi perit, jadi pengurus dia dekat pasar raya tempat Seha kerja!

Baim ni pada mulanya penuh dendam lama, suka sakitkan hati Seha dengan gaduh mulut & buli kat tempat kerja. Tapi setiap kali Seha dalam masalah, dia yang jadi hero. Dari situlah chemistry diorang makin terserlah. Lepas kahwin, memang nampak jelas Baim ni husband & father material…penyayang, bertanggungjawab. Dia jugak jadi sebab Seha berubah jadi versi terbaik diri dia.

Yang best, cerita ni tak klise langsung. Cukup rencah. Ada sakit hati, ada sweet, ada pengajaran. Nama watak pun best, senang ingat & serasi dengan jalan cerita. Paling puas hati, Ridwan akhirnya dapat balasan setimpal.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
June 25, 2025
dendam. bahaya kalau terus dipendam dalam dada. segala perkara sebenarnya akan menjadi sangat payah.

itu yang berlaku pada seha dan baim. ada dendam pada diri masing-masing dalam perihal yang beebeza. daim memang sangat sakit hati apabila tahu penganiayaan yang berlaku terhadap dirinya ketika di sekolah. tambah si pelakunya, seha. sudahlah hubungan mereka memang tidak baik.

dan mungkin benar, seha menerima natijahnya. perkahwinan dia dengan ridwa tak bertahan. dia tak dapat meneruskan pelajaran selepas berkahwin dengan ridwa tambah memburukkan keadaan, tak diakui sebagai menantu.

here and there, baim dan seha bertemu kembali dalam keadaan diri masing-masing yang sangat berbeza. memang baim buli seha sungguh-sungguh. tapi kemudian selepas tahu apa sebenarnya perkara yang berlaku waktu lampau dan keadaan kehidupan seha yang sebenar, hati daim mula ada simpati.

sedap perjalanan kisah ini. walaupun bermula di zaman sekolah, perkembangan cerita memang sedap. akak baca pun rasanya tak sampai 3 jam. sebab tarikan untuk terus baca sebab nak tahu apa seterusnya yang berlaku tu memang kuat. penulis ini memang bijak dalam memporak perandakan emosi pembaca.

keseluruhan sebuah kisah kehidupan yang sangat sedap untuk dibaca. banyak pengajaran yang ada di dalamnya.

hidup ini ada takdirnya. tapi manusia takkan pernah tahu. usaha sahaja supaya teruas ke arah kebaikan.
Profile Image for Aira Zira.
119 reviews3 followers
September 26, 2025
Patutlah kulit buku comel sangat, sebab budak berdua ni memang comel tapi macam anjing dgn kucing! Haaa. Dari sekolah ada je benda nak telagah. Mulut masing-masing boleh tahan pedas. Tapi itu lah, duk bercakaran sampai ada yg kena aniaya. Kesian pula kenang nasib dianiaya saat melakar kejayaan.

Keletah dua orang ni memang mengimbau betul zaman sekolah. Gaduh-gaduh pun ada masa sentap juga sampai leleh mata kena perli. Memang comel diorang ni tapi itulah, hanya masa yg tepat akan memberi takdir yg tak disangka.

Apa yg saya suka dalam buku ni, watak Baim dgn Seha nampak matang. Masing-masing pun ada perangai masing-masing. Dalam hidup Baim, dia cuma nak buktikan dia boleh berjaya walau pernah lalui peristiwa pahit. Seha pula cuma nak hidupnya lebih baik kerana dia bukan orang senang. Cuma caranya mungkin salah.

Itulah orang kata buat baik dibalas baik, buat jahat jgn sesekali. Orang teraniaya pula doanya mudah termakbul. Agak-agak apa yg menimpa mereka tu atas perbuatan lampau atau nasibnya begitu? Bestlah layan buku ni. Tersusun cantik je cerita. Tak sesak dada baca. Konflik pun ada. Selak-selak nak habis baca dah sbb pace laju.

Saya dah tahu, kalau nak hilang stress, baca je buku kak Mia. Tulisan sedap dan ringkas. Love sangat. Buku ni best. Taknak cakap banyak. Pergi je baca!
Profile Image for wardah.
38 reviews
September 21, 2025
tw: attempted sexual assault, attempted rape

banyak juga drama yang berlaku dalam buku ni dan banyak juga trigger warning yang patut diberitahu di muka hadapan/belakang buku secara teliti dan specific. sejujurnya, the book is not for me. it's too rushed with so many things happening around seha and baim's relationship; literally macam tengok drama tv3 yang kejap mak ayah dia tak restu nak kahwin lah, miscommunication antara pasangan lah, bertumbuk la, dll.

another thing i don't particularly like about the book is that the flashback alone takes around 129/411 pages when i believe it could be written way less or even through a simple conversation during the present time. that's what i personally think lah sebab i went into this book with quite high of expectations tapi sebab banyak sangat isu yang nak diulaskan dalam buku ni, flow dia pun jadi sangat rushed dan mampat. it doesn't mean i'm not going to try reading other books by the author, it just means that this book is not for me.

rating: 2.3/5 ⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
12 reviews
June 27, 2025
Tak tahulh nak cakap apa. Nak kata tak best, tapi best giler. Tak rugi beli n baca. Karya Mia Azwari tidak mengecewakan. Jalan cerita menarik. Dendam geram panas tapi si teruna masih jd penyelamat si bunga.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.