Hidup adalah pentas ujian. Ada kala kita berasa tidak kuat untuk menempuh liku-liku kehidupan, seolah-olah tiada tempat untuk berpaut. Apa pilihan yang kita ada? Berputus asa, atau mengisi kekosongan jiwa melalui mukjizat al-Quran?
MEMBURU JIWA TENANG adalah naskhah yang diimpikan oleh sesiapa yang sedang bergelut dengan pelbagai ujian. Buku ini menghimpunkan 30 pesanan al-Quran daripada 30 juzuk yang diterjemahkan secara ringkas dan padat dalam 30 ilustrasi infografik. Setiap pesanan menjadi panduan refleksi diri sekali gus menawarkan jawapan kepada segala persoalan yang membelenggu hati.
Buku ini dilengkapi dengan ruangan jurnal agar dapat dimanfaatkan secara praktikal. Bawalah buku ini ke mana-mana sahaja sebagai peneman setia pada saat semangat dan kekuatan diperlukan.
Sebuah naskhah yang memaparkan 30 pesanan al-Quran untuk refleksi diri yang dilakarkan dengan penuh infografik dan memudahkan pemahaman. Buku ini sungguh sesuai untuk pembaca pemula yang ingin mencari sebuah buku untuk yang bergelut dengan hidup yang penuh pancaroba.
Saya suka 30 nota refleksi yang terpapar dalam buku ini. Ada bahagiannya, membuatkan kita untuk berfikir sejenak dan berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik.
Bahagian Refleksi Jiwa memberi ruang kepada pembaca untuk membuat catatan berkenaan setiap bab yang telah kita baca. Hal ini menjadikan pembacaan buku ringkas ini bukan sekadar bahan bacaan ilmiah santai, tetapi juga membuka minda untuk lebih kritis dalam mempelajari sesuatu perkara.
Sungguh, buku ini memang sesuai untuk pembaca pemula yang ingin mendekati al-Quran. Setelah menghadam buku yang ringkas sebegini, molek kiranya untuk mengorak langkah mencari buku-buku agama yang lebih berat hendaknya. Semuanya bermula dengan satu buku sebegini.
Selepas setahun menyertai kelas fizikal untuk belajar tadabbur, akhirnya saya rasa sedikit yakin untuk cuba buat nota personal refleksi tadabbur. Tapi dalam masa yang sama saya perlukan juga buku untuk dijadikan panduan.
Dan saya jumpa buku ini ; Memburu Jiwa Tenang.
Semasa bookfest Karangkraf tempoh hari, saya berpeluang bersembang dengan penulis buku ini, Puan Kemn Azmaili. MashaAllah saya terkesima dengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut beliau.
Sangat tenang, lembut and very comforting! 🥰
I can relate to this book 💯
Nota refleksi beliau hasil dari kelas-kelas tadabbur yang beliau sertai, sangat bermakna dan dijadikan buku ubtuk memudahkan sesiapa yang baru nak mula belajar tadabbur.
Santai tapi penuh bermakna, infografik menarik. Saya paling suka part Kisah Ibu Nabi Musa AS tu. Now dah jadi one of my favourite story in Al-Quran.
Bagi yang belum bersedia nak baca buku tadabbur lain yang 'berat', yang penuh dengan tulisan, saya cadangkan kalian mula dengan buku ini.
InshaAllah mana tahu dengan permulaan itu, Allah akan jentik hati kita untuk sentiasa minat dan dalami ilmu tadabbur Al-Quran ❤️
Memburu Jiwa Tenang karya Kamn Azmaili mengetengahkan buku panduan untuk mencapai ketenangan jiwa dalam kehidupan moden yang serba mencabar. Penulis berkongsi pengalaman, refleksi diri dan nasihat yang mudah difahami sesuai untuk semua pembaca. Gaya bahasa yang santai tetapi menyentuh hati menjadikan buku ini inspirasi serta membantu pembaca menilai semula keutamaan hidup demi kebahagiaan yang lebih bermakna. Saya amat tertarik dengan buku ini kerana menggunakan konsep tadabbur, iaitu menghayati dan memahami ayat-ayat al-Quran secara mendalam dalam kehidupan seharian. Isinya menekankan refleksi diri antara hubungan dengan Allah dan cara menghadapi ujian hidup dengan sabar dan reda. Penulis mengaitkan ayat al-Quran dengan pengalaman dan situasi harian supaya pembaca lebih mudah mengamalkan nilai-nilai murni seperti syukur, tawakal dan muhasabah diri bagi mencapai ketenangan jiwa. Penggunaan grafik dalam penyampaian turut membantu dalam memudahkan pemahaman konsep tadabbur dan menjadikan isi lebih tersusun dan jelas. Saya dapat mengenalpasti point utama dengan cepat dan mudah. Susun atur sebegini juga menjadikan pembacaan lebih menarik dan tidak membosankan. Akhir kata, buku ini bukan sekadar bahan bacaan santai tetapi sebagai 'penyembuh' yang sangat relevan dengan realiti hari ini. Gabungan antara pendekatan tadabbur yang mendalam dan persembahan grafik yang menarik menjadikan buku ini panduan yang praktikal untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari sinar kedamaian hati dan ketenangan jiwa. Buku ini juga mengingatkan kita ketenangan yang sebenar tidak terletak pada ujian, tetapi pada kukuhnya hubungan kita dengan Allah.
Bacaan ringan yang baik untuk orang awam. ilustrasi yang menarik untuk merangkumkan setiap chapter. Saya tertanya-tanya kenapa untuk setiap juzuk itu, ayat itu yang telah dipilih untuk dihuraikan. Untuk kandungan, saya faham dia ringkasan tadabbur, tapi mungkin boleh tambah huraian, kerana rasa seperti baca ulangan dari page summary. Dan mungkin juga kerana dia nota dari ceramah, ada huraian yang dikaitkan dengan perkara yang tidak disebut dalam ayat (e.g. chapter 21), jadi saya personally, rasa dia sedikit aneh di situ. Tapi mungkin dia kena dengan konteks ceramah yang didengar, atau tafsirnya lebih mendalam dan tidak dapat dikupas di sini (?) Mungkin ini hanya saya, tapi saya lebih prefer apabila page summary ilustrasi itu berada di hujung chapter. Saya nampak page notes.bykemn tu menarik. Saya harap akan ada penerbitan susulan.
Buku refleksi taddabur 30 Juzuk Al-Quran yang simple yang dilengkapkan dengan illustrasi berwarna-warni pada setiap helaian mukasurat. Buku yang boleh dihabiskan in one sitting. Sesuai untuk anak remaja dan mereka yang baru mula hendak belajar taddabur.
Mungkin setiap Juzuk dihadkan 4 - 5 mukasurat agar buku tidak terlalu tebal jadinya makanya taddabur dan refleksinya ringkas dan ada perkara yang tidak dapat dimasukkan rasanya.
Contohnya Juzuk 15 Surah Al-Kahfi dibicarakan tentang pemuda Ashabul Kahfi tetapi tiada taddabur tentang kisah Nabi Musa dan Khidir serta pemilik 2 kebun.
Buku tentang refleksi 30 Juzuk yang ringkas, mudah difahami dan sampai maksudnya.
Memburu Jiwa Tenang merupakan kompilasi nota penulis ketika mengikuti kelas tadabbur. Sebanyak 30 ayat Quran daripada 30 juzuk yang dikongsi dapat menarik pembaca tentang hikmah ujian yang berlaku dalam hidup.
Tiga sebab kalian perlu membaca buku ini: 1. Buku ni Insha-Allah dapat membantu kita kenal semula diri dan memahami tujuan hidup yang sebenar.
2. Gaya bahasa yang ditonjolkan sarat empati dan lembut seolah saat kita membaca umpama berbual dengan teman rapat.
3. Ada ruangan refleksi dan amalan yang boleh kita terus gunakan dalam kehidupan harian
Buku Memburu Jiwa Tenang buah tangan dari karya Kemn Azmaili ini membawa kita kepada 30 huraian pesanan ringkas yang diambil dan dikompilasikan daripada kelas tadabbur 30 juzuk Al-Quran yang penulis hadiri.
Saya suka buku ini kerana tulisan refleksi tadabburnya begitu menarik kerana terdapat ilustrasi dan infografik yang digabungkan bersama membuatkan pengalaman pembacaan menjadi lebih seronok dan sekaligus dapat menarik perhatian semua peringkat umur untuk mentaddabbur Al-Quran terutamanya untuk peringkat permulaan.
Diharapkan adanya karya-karya yang seperti ini lagi.
Buku ini sesuai untuk pemula yang bercadang untuk belajar tadabbur 30 Juzuk Al-Quran. Satu ayat dipilih untuk setiap juzuk. Jadi ada 30 ayat dipilih daripada keseluruhan Al-Quran. Nota yang cantik, ada ilustrasi bergambar, cuma huraiannya terlalu ringkas bagi saya. Sesuai untuk revision dan bacaan ringan, bukan untuk memahami lebih mendalam. Ada ruang kosong untuk dimanfaatkan refleksi pelajaran dan pelan tindakan kita.
Buku yang menarik untuk anak muda sekarang untuk lebih memahami ayat-ayat quran dalam konteks yang ringkas tapi padat Dan mudah untuk difahami. Menggunakan tone color yang pelbagai bagi menampakkan lagi keceriaan buku ini dan lebih menarik untuk dibaca.
Teringat pengalaman di PBAKL25 yang lalu. Kemn Azmaili adalah penulis pertama yang saya temui di reruai Karangkraf. Ketika tu saya janji pada beliau saya akan baca buku ni "nanti". So... hai penulis, saya dah habis baca 👋😊🩵
Saya suka: ✅ Nota menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. Sesuai untuk orang awam yang baru berjinak-jinak dengan tadabbur al-Quran. ✅ Cover dan susun atur teks & grafik yang simple dan cantik. Sambil baca, sambil saya teliti hasil seninya 🤭 ✅ Nota ringkas. Kita boleh baca sikit-sikit tanpa perlu fokus dalam masa yang lama. Mungkin sambil tunggu anak-anak bersiap, ketika berhenti di lampu merah, sebelum tidur, sementara tunggu masuk waktu solat dll.
🔹Saya perasan ada satu kalimah Bahasa Arab yang mungkin silap cetak. Atau saya yang kurang mahir? Nanti saya check semula (dan edit review ni jika perlu).