Kata orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita. “Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.” - Amsyar “Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja.” - Jannah
I’m Not A Monster “Aku...bunuh seseorang. Hari ini.” - Ryu “Kau tahu tak, Ryu? Kau yang berikan nyawa kepada aku.” - Maya Ryu, si pembunuh kejam, ketua Red Dragon. Maya, gadis misteri dengan rahsianya tersendiri. Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya, kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya?
Pria Persis Dia “Kenalin, Sofiyya. Pacar gue. Wanita paling cantik, paling keren, dan paling gue cinta semesta alam.” - Andrian “Mencintai itu jangan terlampau.” - Sofiyya Kata Andrian, dia mencintai Sofiyya. Kata Sofiyya, biarlah dia cuba mencintai. Tetapi benarkah bicara puitis Andrian itu datangnya dari hati atau sekadar mainan bibir semata-mata? Atau mungkinkah ada kisah di sebalik kemunculan jejaka tanah seberang itu?
1) DENDAM BERSULAM CINTA jannah dan amsyar berkahwin setelah dua tahun menyulam cinta. tapi rupanya amsyar ada tujuan dan agenda sendiri. agenda mahu memusnahkan kehidupan jannah sebagaimana dato' johari iaitu ayah jannah memusnahkan keseluruhan hidupnya. amsyar menjadi kejam disebabkan dendam. setelah jannah tahu kisah sebenar dari ayahnya, dia terima. terima apa saja yang amsyar mahu lakukan ke atas dirinya selain mengambil alih syarikat. tapi, mampukah amsyar memusnahkan keseluruhan kehidupan jannah. mampukah jannah pula terus membenci amsyar. dendam, serupa api dalam sekam. membakar dalam diam. cuma, masih boleh dipadam dengan semarak air cinta yang mengalir deras... . 2) I'M NOT A MONSTER maya, dua tahun dia diam bersama ryu. diam dalam erti kata tinggal bersama ryu dan diam dia membisu. segalanya menggunakan isyarat untuk berkomunikasi dengan ryu. pertemuan, ryu menyelamatkannya sewaktu sedang bergaduh. ahli kongsi dalam dunia kegelapan di macau, kota yang kononnya kaya, rupanya kaya dengan pelbagai jenis kehidupan dan agenda. segalanya terbongkar bila ketuanya, zachary ho mengarahkan ryu mencari seseorang. rupanya seseorang itu may atau maya yang kononnya pekak dan bisu. dua tahun selesa dengan penampilan begitu, akhirnya maya terpaksa membongkar rahsia. rahsia yang membuatkan ryu berpaling tadah. bila cinta menular dalam keganasan, cinta juga mampu bertindak ganas membenarkan apa saja menjadi perisai hati... . 3) PRIYA PERSIS DIA boyfriend sempena hadiah harijadi. riyan untuk sofiyya. mereka menjadi semakin rapat setelah insiden memperkenalkan diri sebagai kekasih pada pemuja riyan. riyan tidak mahu lelaki songsang, dia lelaki sejati! mereka terus rapat, terus-terus tapi bila ayah riyan muncul, segalanya jadi huru-hara. rahsia mula didedahkan oleh qisya. kejam sofiyya jika terus menidakkan rasa hati. zaman kanak-kanak, tidak serius tapi ada yang mengenangya seumur hidup apatah lagi melibatkan perasaan... . KESELURUHAN, Novelis Sara Aisha memang bijak menghidupkan suasana di dalam ketiga-tiga kisahnya. membawa pembaca sama rasa situasi untuk semua. bila suasana hidup, emosi turut sama ditarik. sama rasa sedih, ngilu, pilu dan juga rasa cinta. cantik garapan, cantik perkisahan...sangat setuju bila ramai kata puan penulis adalah antara penulis hebat yang jangan dipandang sepi karya beliau.
Okay... utk buku pertama after years n years of taking a break from reading, buku ini tidak mengecewakan. Mix genre due to 3 stories in a book... And after years of not doing any book reviews, sel2 otak belum berhubung sepenuhnya. so i'll stop at that. Enjoyable read...
Tiga cerita dlm satu novel. Ketiga-tiganya berbeza tema/genre. Semua cerita best, membuat emosi berubah-ubah. Penulis berjaya menghidupkan suasana dlm semua kisah. Sbg pembaca, dpt rasa apa yg watak-watak rasai. Utk DBC dan INAM dah ada dlm versi novel, dua-dua aku dah baca. Dan aku tak sangka dapat jugak peluk CC, dulu tak berkesempatan utk beli. Nasib baik Cik SA reprint semula. Dikembangkan dan di olah dgn baik. Garapan yg sgt cantik. Dan utk PPD, ceritanya agak ringan dan aku harap versi novel akan menyusul sbb nipis sgt, tak puas baca. Good luck Cik SA utk PPD! 😂
1) Dendam Bersulam Cinta ~ Setelah dua tahun bercinta, Jannah dan Amsyar disatukan dlm satu ikatan pernikahan. Saat detik itu, kebahagiaan bertukar menjadi derita bila Amsyar mempunyai agenda tersendiri dgn mengahwini Jannah. Semuanya krn dendam mahu memusnahkan ayah Jannah, Dato' Johari. Bila kebenaran terbongkar, Jannah menerimanya krn tahu akan kesalahan yg telah dibuat oleh ayahnya. Dapatkah Amsyar memusnahkan hidup Jannah dan mampukah Jannah terus membenci Amsyar?
2) I'm Not A Monster ~ Ryu telah menyelamatkan Maya, seorg gadis bisu dan menyembunyikannya. Ketuanya Zachary Ho, mengarahkan Ryu utk mencari seseorg dan org itu adalah May @ Maya yg kononnya prkak dan bisu. Akhirnya Maya membongkar rahsia, rahsia yg membuatkan Ryu berpaling tadah. Apakah rahsia itu sebenarnya?
3) Pria Persis Dia ~ Andrian dan Soffiya menjadi rapat selepas Soffiya berpura-pura menjadi kekasih Riyan utk membuatkan seorg gay menjauhi Riyan. Mereka terus rapat dan akhirnya bercinta. Kemunculan ayah Riyan membuatkan segalanya menjadi huru-hara. Soffiya meninggalkan Riyan tanpa memberi peluang dan ruang utk Riyan membuat penjelasan. Mampukah Riyan mendptkan kepercayaan Soffiya? Adakah Soffiya menidakkan hatinya setelah semuanya terbongkar?
3 cerita dalam 1 novel, semuanya berbeza tema & penceritaan. tahniah kak sara, saya suka!
1. dendam bersulam cinta 3.5* saya lelah sebenarnya dengan watak Jannah, seorang yang berkerjaya tapi membiarkan diri deseksa oleh suami sendiri, atas alasan dendam lama yang perlu dibayar. seakan tak logik, dipertengahan Jannah redha dengan kelakuan Amsyar atas alasan penderitaan Amsyar memang salah papanya. for me, lebih manis andai Jannah lebih dominan untuk melawan & menyedarkan Amsyar, bahaw dendam tak kan membawa apa2 kebaikkan. kematian papa Jannah dalam kemalangan menjadi titik tolak perubahan Amsyar, tapi rasa macam drastik sangant (well, mungkin saya mengharapkan balasan yang lebih untuk Amsyar.. heheheh). apa pun, quite interesting, tapi ending diorang baik erm.... saya ingat last2 Jannah kahwin dengan Syahril.. heheh
2. I'm Not A Monster! 4.5* interesting! pasal dunia kongsi gelap, walaupun ada ala2 movie gangster cina sikit, hero jahat jatuh cinta ngan orang tawanan/anak bos.. tapi ok sebenarnya. konflik yang tak meleret, kesukaran mengecapi bahagia untuk ryu & maya memang menarik untuk diselusuri.
3. Priya persis dia 5* mungkin sebab cerita ni pendek, light conflict, so i like it soo much! kesederhanaannya begitu memikat. tanpa konflik berat & sweet berlebihan, its just perfect!
Baca kisah 1 dah nangis macam hujan lebat. Apahal?! then keep reading. mungkin sebab mood tu xdapat nk move on, kisah 2&3 tak terkesan sangat. heh. Tak temui apa2 yang kurang. Mungkin sebab sy tak tinggal di Macau atau kenal/ tengok Indonesian citizen/ drama. hence tak dapat relate. kisah 2&3 terlalu pendek untuk saya fahami. Apa pun suka suka suka ini. cepat2 x dapatkan sebelum hbs di pasaran!
finally done ! 3cerita dalam 1. kagum dgn cik sa yg boleh menulis dlm pelbagai genre. semua cerita yg ada dalam mini cerpen ni ada kisah kebaikannya tersendiri. suka ketiga-tiga sbb ketiga-tiga cerita membuat emosi berubah-rubah. well done cik sa☺
I memang minat dgn Cik SA dan this mini novel memang tak menghampakan. All those genres memang menarik utk diketengahkan. Yang I paling suka ialah I'm Not A Monster dan Pria Persis Dia. How I wish dua cerita ini akan dijadikan novel. Please Cik SA... :)