"Dah tak ada perempuan lain kau nak jadikan isteri? Ke kau memang tak pernah bercinta, yelah hari-hari menghadap lembu, mesti tak ada masa dengan diri sendiri." -Dahlia Danisha
"Baiklah, kau nak tahu sangat kan? Aku nak kahwin dengan kau sebab aku nak harta arwah Tok Ayah. Kalau aku nak jadi pewaris tunggal, aku kena tunaikan wasiat dia. Kita kena bersatu sebagai suami isteri!" - Umar Luqman
Tidak mempunyai pilihan, kedua-duanya bersatu juga sebagai suami dan isteri. Umar tersepit antara wasiat manakala Dahlia mahu membuktikan dirinya bukan anak manja kepada Tan Sri Ghazali.
Dahlia mengalami waktu yang sukar untuk menyesuaikan diri di kampung, bekerja di kandang lembu serta kebun sayur. Dahlia jauh daripada kemewahan yang dia rasakan sejak kecil.
"Umar! Kenapa buruk sangat rumah ni! Macam nak runtuh aku tengok! Aku tak nak tinggal di sini. Aku nak duduk dengan umi, abah." -Dahlia Danisha
"Ayah kau pesan kepada aku yang dia nak aku ajar kau berdikari. Jika kau buat masalah, bila-bila masa aku boleh mengadu kepada dia. Takkan hari pertama kau di kampung, kau dah nak buat perangai?" - Umar Luqman
Rumah tangga mereka dihentam bertalu-talu. Status Dahlia sebagai isteri kepada Umar tidak pernah direstui oleh nenek Umar, Puan Bainun kerana wanita itu mempunyai calon lain yang dikatakan lebih baik. Umar pula bukan penternak kampung yang biasa. Lelaki itu ada bisanya sendiri sehingga ramai musuh yang cuba untuk menjatuhkannya.
Mampukah Umar Dan Dahlia mempertahankan rumah tangga mereka? Dapatkah Umar merubah Dahlia yang tak boleh hidup tanpa kemewahan kepada seorang isteri lelaki kampung yang tidak memandang nilai mata wang. Dahlia pula, adakah ada cinta untuk Umar, yang dibenci sejak pertemuan pertama lagi. Bolehkah benci menjadi cinta?
Cerita tentang Umar dan Dahlia yang berkahwin atas wasiat atuk masing².
Umar ni bukan petani biasa ya. He’s a modern farmer with a degree and a head full of smart ideas. Meanwhile, Dahlia baru je balik dari Canada lepas habis study and she agreed to the marriage sebab ikut kehendak mak ayah dia.
Kagum dengan sikap.Umar dan Dahlia. Diaorang takde buat perangai, masing² elok je perangai.
Ayah Dahlia siap pesan kat Umar supaya ajar Dahlia jadi independent.
Yang F suka, Dahlia ni bukan jenis anak orang kaya yang sombong. She’s sweet and boleh adapt dengan life kampung. Siap makan je apa yang mak mentua masak, padahal tekak dia sebenarnya tekak western.
Tapi... F geram betul dengan watak Dewi! Tok Ma Umar pulak keras kepala nak jodohkan Umar dengan Dewi sebab terhutang budi. Padahal, Dewi tu luar nampak macam alim bertudung tapi perangai… hauk tahap maksima. Tok Ma tahu tapi sebab teringat budi, dia pejam mata.
Nanti korang baca scene Umar hilang kat laut, F tersengih². Orang punya risau pasal dia, dia dok tanya mana isteri dia 😅 berbulu je Hakim dengan perangai Umar.
Cerita ni ringan, santai, tapi best gila layan. Umar pun green flag habis. Lawak, baik and super thoughtful.
Maaf,tak menepati cita rasa seketul N. Menyampah dengan Puan Bainon (2 kali dia tampar Dahlia) Menyampah dengan Dewi.Si Umar ni nama je pandai muay thai tapi asyik kena pukul lah,kena tikam lah,kena perangkap lah,tak faham aku.Pastu hubungan Umar and Dahlia ni macam member2 je tak macam suami isteri pun,dah nak sampai ending baru lah nampak macam laki bini.
Ini apa yang aku rasa.Jangan nak kecam aku eh.Kau nak beli,beli.Tak payah terpengaruh dengan review aku.
Berkahwin atas wasiat keluarga.. Dahlia watak die strong lady yee.. bukan calang².. mulut mmg lepas tk pyh ckp laa.. tp keperibadian nye sy suke.. sbb seorang yg kental.. tk takot menyuara kn pendapat die.. 💪🏻
Umar seorang petani kampung yg bekerja dgn family die.. Sy suka juga watak Umar nie.. die pun sama naik ngn Dahlia..mmg sejenis lawan jugak bile Dahlia membebel mcm² ☺️
Lgi satu sy suke sbb vibes kampung.. Dahlia kene ikot Umar dan tinggal di kampung.. biasa kn diri dan kerja kt sane.. bgus nye Dahlia, die sahut aje cabaran tu.. die buat jee ape yg Umar suruh.. 👏🏻👏🏻
Umar ni ade org minat, tp Umar mmg simpan hati die utk bakal isteri.. mmg da tau dri awal die sudah ade jodoh.. ☺️
Kisah penyondol jugk ade terselit.. dgn nenek Umar tk brape minat ngn Dahlia.. tp bagus nye Dahlia, die tk ambil peduli..
Sy suka jugk family support from both family.... cume Tok Ma jee laa yg lmbt insaf.. hehe Mmg best laa cerita nie.. each chapter tk bosan baca..🥰
Karya penulis yg pertama. Saya suka gaya penulisan ni. Jalan cerita pon teratur. Cuma, editor boleh double check lg. Byk jgk spelling yg salah dan tertukar nama. Apa² pon good job 👍💯. Rekomen untuk bacaan santai