Jump to ratings and reviews
Rate this book

P/S I Love You

Rate this book
Aryana seorang gadis Palapes yangmencabar dirinya berhadapan dengan ketakutan. Takdir menemukan dia dengan si mulut celupar Zaidi sehingga mereka menjadi sepasang kekasih. Namun ada rindu yang tidak terungkap, ingatannya tidak pernah surut terhadap jurulatih yang sentiasa ada saat dia memerlukan.

“Lain kali kalau jadi budak manja jangan masuk PALAPES”Aryana tersindir. “Busuk!” Aryana melepaskan geram. “Nilah bau lelaki, bau kemachoan, bau maskulinisme. Kau akan gila bau ni nanti Aryana.” Zaidi tersenyum segaris.
Pang! Aryana menghayunkan pelempangnya mengenai bahagian telinga lelaki itu. Serta-merta topi yang dipakainya terjatuh! Aryana gugup... gagap... gabra dan gelabah. Gabungan 4G dalam tubuhnya serta merta menyebabkan dia bermandikan peluh sendiri. “Tangan awak memang lajukan.” Lelaki itu membetulkan kembali topinya. Dia melepaskan lengan Aryana. “Tuan!” Lelaki itu mendengus, Aryana terpaku. “Pergi tukar baju tak senonoh awak tu.” Kapten Faruq

TET! Sms di baca... Abang masuk hutan dua bulan, take care.
Reply : Lamanya!.. Balik nanti belanja abang, Cat hutang abang.
Reply: Bilanya orang berhutang. Hutang kasih sayang, hutang rindu.
Reply: Ciskek ngengada! Tak kiralah kek ke, roti ke... balik nanti abang nak manja-manja dengan Cat.
Reply: Hahaaa...
Reply: Jangan lupa balik.

Sniper Dunia ketenteraan menemukan Aryana dengan lelaki angkuh dan penuh keakuan Zaidi, sipenggoda aka penembak tepat komando Sniper dan seorang penerjun sehebat Kapten Faruq. Siapakah yang memenangi hati gadis kacak ini? Temuinya dalam P/s I Love You

545 pages, Paperback

First published December 1, 2014

8 people are currently reading
113 people want to read

About the author

Hayati Ahmad

19 books21 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (29%)
4 stars
44 (38%)
3 stars
23 (20%)
2 stars
10 (8%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
April 6, 2015
Demi Cinta Yang Berbisik.
Buku ni memang BEST.
Kisah yang jarang orang tulis
Bagaikan terasa aku pula yang berlatih bersama mereka
Bagaikan terasa aku yang jadi sniper
Bagaikan terasa aku yang dok dalam hutan.
Bagaikan aku yang sedang berperang.
Bagaikan aku yang jadi penerjun.
Bagaikan aku yang kena culik.

tapi kurang puas hati sikit sebab bab last tu macam cepat nak siapkan huhu. Patut boleh panjangkan lagi.

Tahniah buat penulis untuk naskah ini. Pertama kalI baca tulisan penulis ni. Kena cari juga bukunya yang lain.
Buat hati aku ni berdebar sungguh mana yang Ariana pilih...phewwwww mencabar minda sungguh.
Siapa Kapten Faruq. Siapa Saifullah. Siapa Abang Sniper.
Ariana menjadi perhatian 3 lelaki.
Zaidi, Kapten Faruq, Abang Sniper. Tapi hanya satu sahaja cinta yang berbisik di telinga dan hati Ariana. Nak tahu siapa?.
Kena baca buku ini.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
April 19, 2015
Book #34 - 2015

Tentera - the epitome of musculinity.

Seratus bintang actually!!!

I cannot say semua pembaca akan pasti menyukainya.it's a 50/50. Ada yang akan sangat menyukainya dan ada yang tidak akan menyukainya sama sekali.

I'm the former!

Omaigeerrd!! Dulu saya memang bercita-cita ingin memasuki tentera.tapi sebab saya seorang perempuan, the only girl pulak tu. Jadi tak jadi lah.

Basically when I read this, Saya berasa seolah-olah saya yang sedang ikut berlatih, saya yang pergi terjang,bertumbuk, bertembak, berparasailing dan segala ber-ber! Action packed.

Betul.buku ini akan mengingatkan kamu pada I love you stupid. Memang ada jugak "abang pedas" di sini. But ohmaigaddd!! Aku tidak menyangkanya sama sekaliiiiii!!! (Nb: page 348!!!)

Eh. Nak pergi cari buku lain dari penulis ni lah!!

I'm in love with your writing! Memang penuh humor!
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
March 8, 2017
Berdebar-debar bila membaca bahagian operasi dan latihan di hutan. Sememangnya semangat si perwira negara tidak perlu diragui. Biar putih tulang jangan putih mata. Saya suka membaca kisah-kisah sebegini. Sekurang-kurangnya membuatkan kita sedar pengorbanan mereka mempertahankan negara.

Saya membayangkan Cat si kucing manja bergerak tangkas di dalam hutan; si Rambo yang seperti singa menerkam mangsa; si Sniper penembak tepat dengan binokular infra rednya..; juga detik cemas puan Siah ketika melahirkan anaknya. Sangat mendebarkan!!

Ketika membaca kisah Aryana-Faruq Saifullah ini, feelnya seakan sama ketika saya membaca kisah Iris-Firman Ebrahim. Sakitnya menyimpan perasaan dalam diam. Tak suka! Mujurlah ada jodoh juga mereka berdua..
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
March 12, 2019
[BOOK 20]

P/S I Love You by Hayati Ahmad.
.

Ni buku pertama penulis yang kubaca. Antara buku yang memang dah lama plan nak baca. Walaupun ada yang kata, buku ni ada sikit persamaan dengan I Love You Stupid, bagi aku, tema yang diketengahkan je yang sama. Berlatarkan ketenteraan. Otherwise, tak sama pun.
.

Aku suka bila penulis create watak Aryana sebagai doktor tentera. Sebab dulu, masa belajar, ku pernah ke Hospital Angkatan Tentera Terendak untuk certain postings. So, kadang-kadang tu, kitorang terserempak dan terjoin class/ ward round ngan student UPNM. Kalau dorang buat salah, contohnya, tak attend new case, dorang kena round padang dan kena denda ngan teruk. Hahaha.. Kalau kitorang, setakat lari pusing kolam ikan yang kecil tu pun, dah rasa semput. Dulu, curious giler nak tahu kehidupan dorang. Dan ku memang salute la ngan student perempuan dorang. Sebagaimana aku kagum ngan watak Aryana ni.
.

Dan aku suka bila part latihan ketenteraan dorang tu diketengahkan. Haihh. Aku yang baca pun rasa terseksa. Cumanya, mungkin lagi best kalau part medical tu pun diceritakan dengan lebih detail. Ada je part Aryana jadi doktor sukarelawan kat perkampungan orang Asli. Tapi sikit sangat.
.

Aku suka baca part Aryana masih belajar. Tengah struggle nak pass latihan. Dalam duk bergaduh ngan Zaidi, eh, akhirnya couple. Tapi pada masa yang sama, Aryana duk terkenangkan Kapten Faruq. Lepas habis belajar, Aryana ke perkampungan orang asli. Di sana, dia terjumpa Saifullah. Ada jugak cabaran untuk Aryana kat sana. Dan lepas tu, Aryana kembali ke kem, berjumpa ngan Sniper pulak. Hurm, ramai nih lelaki yang sukakan Aryana.
.

So, jujurnya, ku sangat suka cerita ni. Tapi, untuk katakan yang naskhah ni perfect, masih belum ke tahap itu. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Lagipun, ni antara buku awal penulis. Ku rasa yang penulis nak masukkan banyak sangat subplot, sampaikan tak smooth penceritaannya. Dan semoga penulis dapat improve lagi gaya olahannya. Kadang-kadang, ku kena repeat 2,3 kali dialog tu, untuk pastikan siapa yang bercakap. Dan ku curious, apa sebenarnya yang jadi sepanjang 2 tahun tu, sehingga Faruq memencilkan diri? Dan akhirnya apa jadi kat Zaidi? Dan mungkin lagi best kalau part Aryana 'diserang' makhluk halus tu diceritakan dengan lebih detail? Ye la, curious nak tahu, ada kena mengena ngan kepercayaan orang asli ke?
.

And i love part dorang bertempur di akhir cerita. Sangat mendebarkan, tapi endingnya macam antiklimaks sikit. Hahhaa
.

P/s: semoga penulis diberikan kesembuhan daripada penyakitnya. Ku nak baca banyak lagi tulisan penulis ni.
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
April 21, 2015
The Soldier & Soldiet!!! Memang One man standing!!! Awesome CAT and The Ultimate RAMBO. I'm in love with both. Something yg I rasa tak menyesal membaca.
Full of actions and love is in the air. Tak sangka walau kemana pun kucing itu menghilang tetap akan meninggalkan jejak kepada tuan nya.
Profile Image for Aida.
71 reviews1 follower
February 13, 2016
Demi cinta yang berbisik
Takdir manakah yang engkau dustakan

Assalamualaikum..

Saya akan buat dua review mengenai “p/s I LOVE YOU” iaitu berkaitan dengan dua watak utamanya, Kapten Faruq Saifullah dan Lt. Aryana.

Tentang watak Kapten Faruq Saifullah yang merupakan hero ‘p/s I LOVE YOU’...

Kapten Faruq Saifullah adalah watak utama di mana dia merupakan seorang pegawai tentera Elite Airborne Infantry (Paratrooper) dan terlibat dalam pelbagai Operasi menyelamat. Dia telah dibesarkan oleh Datuk dan Neneknya dengan penuh disiplin di satu kawasan pendalaman setelah permergiaan kedua orang tuanya.

Kapten Faruq merupakan pegawai terlatih. Dia telah diajar dengan segala kemahiran mempertahankan diri. Kapten Faruq dilatih dengan baik sehingga menjadi seseorang yang mempunyai daya tahan yang tinggi serta tindak balas refleks yang sangat baik juga. Kalau tengok dalam cerita tu, memang nampak la betapa hebatnya si Kapten Faruq ni berlawan. Dia sangat-sangat tangkas.

Tentang watak Lt Aryana merupakan heroin ‘p/s I LOVE YOU’...

Lt Aryana adalah seorang gadis Palapes yang mencabar dirinya berhadapan dengan ketakutan. Selepas tamat pengajian di UPNM dia ditawarkan untuk menjalani latihan Elite Airborne Infantry (Paratrooper) mewakili Kor Kesihatan DiRaja dan disini Aryana dan Kapten Faruq bertemu kembali setelah 2 tahun mereka tidak bersua. Ada juga disebutkan dalam cerita tu, dalam latihan Lt Aryana ni jalan atas tanah, tapak kaki dia tak kedengaran dia dah biasa jalan senyap-senyap hingga Kapten Faruq mengelarkan dia ‘Cat’. J

Kapten Faruq dan Lt Aryana mereka bertemu semula di dalam satu operasi kehilangan sebuah helikopter tentera yang di laporkan terhempas di sempadan ruang udara Filipina dan Malaysia. Cinta mereka bertaut semula selepas operasi menyelamat ini.

TAPI! aku tak nak cerita pasal kisah cinta diorang kat sini.. kalo korang nak tau, korang kena beli dan baca la sendiri cite dia.. memang takkan rugi!.. sungguh!! aku tak tipu..!


Berapa bintang nak bagi?
~ *** (enjoy reading!).
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
October 15, 2015
syaa suka citer ni ..rasanya ramai yg blh rasa citer ni mcm sama ilus...mcm ya tp tak sbb? itu kena baca sendiri...

sebenarnya citer ni ada manisnya....hero n heroin yg malu2 dgn perasaan sendiri... mujur ada jodoh mereka...ending tu mcm nak ada sambungan aje!

242 reviews11 followers
November 23, 2016
Satu lagi buku yg menceritakan tentang pengorbanan askar. Kali ni mengenai para trooper pula. Lt. Aryana dan leftenan farouk.. Ps i love u betul buat saya lbh menghargai mereka yg mempertahankan negara dari serangan musuh.
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
February 11, 2015
banyak unsur kelakar dlm ni..best baca bila penulis ketengahkan taktik serang hendap,.unsur2 ketenteraan..rasa seram pun ada..bila aryana kene belasah dek kapten faruq..
29 reviews
December 31, 2018
1st part - sweet bila Tuan Faruq sentiasa datang jadi penyelamat Aryana..😍😍😍

2nd part - kelakar bila Aryana cuba nak sesuaikan diri hidup kat perkampungan OA tu dan beriya2 guna bahasa isyarat dengan Saifullah padahal orang tu faham je bahasa melayu..😂😂😂

3rd part- mendebarkan..banyak action scene menceritakan tugas mereka sebagai tentera..

Lain kot feelnya masa 1st time baca PSILY ni(tanpa baca Wasilah Kasih) dengan baca PSILY kali kedua(selepas baca Wasilah Kasih)..ulang baca PSILY sebab tak ingat nama Latifah Hanim dan Umar Zahid ada disebut atau tak dalam PSILY.. Saya cuma ingat nama Taket, Zahra dan Maryam yang disebut dalam PSILY.. Patutlah nama Latifah Hanim dan Ustaz Zahid macam unfamiliar bagi saya yang dah pernah baca PSILY beberapa tahun lepas dan 1st time baca Wasilah Kasih tahun ni..rupa-rupanya..... 😭😭😭

Apa-apa pun, saya suka cerita ni..3.5* utk PSILY..asalnya nak bagi lebih lagi tapi banyak typo dalam ayat dan ada perkataan macam "pompuan","keter(kereta)","lebey(lebih)" digunakan banyak kali..walaupun perkataan tu digunakan dalam dialog perbualan antara watak tapi agak mengganggu pembacaan jugaklah..novel saya beli dan baca ni cetakan pertama, jadi mungkin juga untuk cetakan seterusnya penulis/penerbit dah ubah yang mana typo tu kan..mungkinnn..
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
May 22, 2021
Saya fikir novel genre cinta tapi rupanya action packed. I will give credit untuk cerita ketenteraan walaupun kisah uniform group is not my cup of tea. Kewiraan, tanggung jawab, jiwa kental dan hati waja untuk menjadi seorang tentera yang baik sangat terperinci penceritaannya.
Teruja saya seorang wanita seperti Aryana mahu menjadi tentera. Bila dia diherdik dan dipukul serta ditendang tanpa belas kasihan, saya sangat beremosi.
Terkilan saya kerana love story watak utama tak seiring dengan tajuk novel ini. Pencintaan Aryana dan Faruq terlalu singkat. Ada macam takde jer. Tak puas baca pasal dorang. Ending pun abrupt.
Iman dan Sniper boleh jatuh cinta pandang pertama pun kurang dipaparkan. Mendadak juga, kurang perisa. Banyak bab dan plot yang boleh dikembangkan lagi.
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
September 23, 2019
Sis memang suka sangat kisah perajurit2 ni. Novel ni mengingatkan sy pada I Love U Stupid karya Melur Jelita. Tak sama, tapi teringat2 kisah tu bila baca novel ni. Gaya bahasa penulis pun hampir sama. Cuma kalau ps I Love U ni kalau lebih diperincikan beberapa scene rasanya lebih umppp.. Sbb kadang2 rasa macam tergesa2 dan laju je, tiba2 eh dah habis babak ni, eh dah habis cerita?
1 review
July 25, 2015
Byk persamaan dgn novel I love you stupid!, my precious iris dan the unsung hero. Seolah2 penulis memasukkan semua scene dalam cerita itu dlm sebuah buku. Ada bbrapa perkara lain juga yang seakan sama (bg mereka yg sudah baca karya melur jelita pasti menyedari). ceritanya terlalu pendek. Saya baca pun rasa seperti terkejar2 seolah2 penulis tidak sabar utk menokhtahkan cerita. tapi oklah not bad lah. Cerita yang agak menarik.
Profile Image for Intan Safinaz.
17 reviews1 follower
August 11, 2015
dah lama nak buat review tapi bz yang amat...At last dapat jugak mereview
Perkataan pertama...best
Perkataan kedua..kelakar

Bila baca buku ni asik nak tergelak dengan insiden-insiden kelakar yang jadi pada Aryana. Dah orang asik tengok sebab baca dalam LRT hehehe..tapi kan jatuh cinta plak dengan hero Saifullah tu..ehehhe..sila baca kalau nak berkenalan dengan Saifullah.

Serius tak nyesal beli ...berbaloi baloi
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
December 28, 2014
suka gila cerita ni ..ade sikit2 persamaan dgn i luv u stupid tp cerita ni simple than ilus ...
tentang Aryana dgn Kapt Faruq ,masing2 saling mencintai tapi malu meluahkan mengatasi aduhaiiii .sweet je cerita ni .

₩ p/s : jatuh cinta dgn karakter Kapt Faruq .bagaikan hero penyelamat Aryana .♡♥
Profile Image for MissMissMiss3X Ariffin.
42 reviews24 followers
February 17, 2015
2.5

maafkan saye :(

saya baca buku ni. tapi jalan cerita dia mcm to fast. tak menangkap di hati. I dunnolah. Tapi I suka buku bodyguard tu. maybe harapan setinggi gunung kot.

Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.