Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.
Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.
3.5* untuk naskah ini. Yeah! Naskah ini sebenarnya hanya biasa-biasa sahaja kalau tidak diletakkan lawak sempoi yang buat aku tergelak sendiri. Selebihnya, aku hanya mampu cakap owh hanya ending naskah ini dengan kaver lawa yang paling menang!
Hasrul Rizwan hanya akan diingati dengan novel Murtad. Tiada lagi karya-karya daripada dia yang boleh menyamai aras yang diletakkan oleh dirinya sendiri. Sama seperti Nami yang hanya akan diingati dengan novel Awek Chuck Taylor. Jalan cerita yang terlalu semak dengan analogi yang tidak kelakar, bibit percintaan yang sangatlah fake dan beberapa perkara yang malas hendak disebutkan. Perlukan dua minggu untuk menghabiskan buku ini, sangat membebankan. Cuba lagi.
Permulaan cerita yg agak perlahan sampai saya pun tertanya-tanya apa arah tuju cerita ni ya. Bila munculnya watak Si Tamin,barulah nampak apa kah kisahnya disini okay dan bila Salina pula muncul saya tertanya-tanya lagi apa pulak kali ni. Untuk penamat dan sedikit "twist" yg diberi oleh penulis membuat saya lega dan tak lah rasa serba salah.
Hamba sudah melihat empat bintang tetapi permulaan yang perlahan (menghampiri bosan) dan beberapa isu peribadi hamba dengan buku ini telah membuat satu bintang lagi gagal untuk hamba cari-beri.
Ini kisah yang berbeza dari Hasrul Rizwan dan sudah pernah hamba katakan, hamba menyukai variasi cerita dalam buku-buku tulisannya. Kali ini penulis membawa kisah tentang seorang lelaki bernama Jasuli dengan minatnya kepada dunia perfileman, kisah cintanya, dua rancangan rompakan dan satu urusan balas dendam yang perlu selesai.
Buku ini bermula dengan lambat sekali meski perjalanan secara berjalan kaki itu dihiburkan dengan beberapa humor santai dan adegan-adegan vulgar. Cerita hanya mula bergerak dengan tempo lebih rancak selepas Jasuli membantu Tamin, si peniaga DVD cetak rompak melarikan diri dari penguatkuasa. Dan, ya, ada beberapa waktu, gerabak cerita menjadi lambat semula tetapi tidaklah sampai perlu berjalan kaki lagi.
Namun, twist ceritanya sangat menarik. Sesuatu yang hamba tidak sangka, fikirkan dan tentu itu mengejutkan sekali. Hamba kira ini rasuah yang berjaya melobi hati hamba untuk menyukai buku ini dan menutup sebelah mata pada kekurangannya.
Jahanam dimulakan dengan prolog yang buat kita tertanya-tanya - tentang siapa gadis berbaju polkadot dan apa yang berlaku setahun yang lepas. Mengisahkan tentang Jasuli, seorang pekerja kilang yang dipelawa kawannya untuk merompak kedai emas demi mengubah nasib hidup mereka. Satu advencer yang menarik tapi agak mendatar bagi saya. Suka dinamik dan kepelbagaian bagaimana Jasuli mula berkawan/berkenalan dengan watak-watak di dalam buku - perkenalan dengan Rokiah merupakan adegan yang paling lucu sekali. Perkenalan dengan Salina walaupun ada sisi manisnya, saya ada berasa sikit terganggu.
Kudos untuk plot twist yang memang tak dijangka langsung sebab (rasanya) tak ada klu sepanjang jalan penceritaan. Walaupun agak serabut sikit tapi tetap buat saya rasa macam wow.
Bukan karya terbaik Hasrul Rizwan bagi saya tapi ia tetap ada kekuatan tersendiri.
Sebenarnya nak bagi 4.49 bintang tapi tak dapat. Idea buku JAHANAM ini sangat best. Ceritanya saja macam agak pelik sikit semacam bukan style abam ni. Tapi bila sampai bab2 terakhir nescaya kau akan belek kepelikan-kepelikan itu kembali. Macam biasa, bila baca buku abam Hasrul mesti rasa macam kosa kata Bahasa Melayu kau tak cukup selama ini kerana dia mengeluarkan perkataan2 yang kita jarang guna dan Ayim belajar banyak benda melaluinya. Nampak sangat masa kelas BM tukang perhati je, ehh! Yes! Tajuk ini sesuai sangat dengan apa yang berlaku!!! Geram plak tetiba. Anyway, congrats abam! Oh... tipu kita ya. Nanti kita tuntut balik. Tanya si kembar ada ke tidak patut tak jawab! JAHANAM terbaikk!
kalau bukan sebab buku ni buku fixi, aku dah lama stop. dari awal sampai part Jasuli tinggalkan Salina di tren station, bagi aku agak membosankan. mendatar. yes, memang ada part aksi, part merompak di kedai emas, di bank, tapi bagi aku macam masih tak power. macam terlalu plain.
tapi disebabkan ni buku fixi, and hasrul rizwan pulak yang menulis, aku tertunggu-tunggu mana plot twist kat sini. nasib baik ada. kalau tak aku dah campak ke luar. haha
plot twist yang power. yang unpredictable. aku suka bab last. buat aku emotional. dah. nanti aku nak baca balik sebab aku tak puas hati tak dapat nak suka part mula-mula tu.
jangan tanya kenapa aku bagi lima bijik bintang. kalau ada 6 7 8 9 10 bintang pun aku bagi full gak.
~haha sendiri beli, sendiri baca, fedulik apa orang nak kata tak best. biaq pi laa. aku suka.
sesekali dihidangkan dengan ending yg buatkan kita selak balik page depan2 and ulang tang mana yg tak kena. bagus la utk otak yg selalu dihidangkan dengan cerita manis gula je. eheh. dah jumpa perkataan tamat, dah tutup masuk gobok. eheh.
boleh beli, boleh baca sendiri. dan rasalah kelainan tatkala bertemu dengan hantu tiga beradik. ahah. okbai
Kisah berlandaskan naskah balas dendam. Thrill dan saspen juga. Jalan cerita teratur, bahasa okay dan santai saja. Cinta dan sahabat, dua hal yang saling berkait. Tiga roh yang menemani, ini sedikit menyentuh hati saya. Dan sungguh saya bayangkan Salina macam Maya Karin.
Perjalanan Jahanam terlalu lama, ibarat sebuah lebuhraya utara-selatan. Terlalu banyak kali saya berhenti, melepaskan penat kadang-kadang rasa cemuih dengan perjalanan yang lambat dan sepi. Tetapi, di hujung-hujung perjalanan, kenderaan semakin bertambah, fokus pemanduan kembali terarah dan tiba di destinasi saya nampak pemandangan yang tak diduga. Rupa-rupanya, perjalanan panjang dan sepi itu membawa kepada sesuatu yang tak diduga.
lama sungguh aku amik masa untuk habiskan buku ni.sibuk dengan kerja lain.akhirnya habis jugak.sepatutnya aku nak bagi 2* tapi up sikit sebab aku agak suka watak Jasuli.haha..biased kan?lantaklah..sebab Jasuli orang utara sama cam aku.okay takde kaitan dengan review.
part awal macam menarik.ade kelakar sana sini sikit.lepastu hantu tiga beranak tu..tetibe aku ingat ni cerita mistik ke ape..then last baru tahu rahsia tragis di sebalik kematian mereka.so sad...
part rompakan dan so on agak slow.agaknya tu salah satu sebab aku stopkan pembacaan kejap.bila nak sampai ending lepas Jasuli tinggalkan Salina baru aku cam okay.then ending yang agak kompius pada mulanya sebab aku dah lupa awal cerita haha!sikit-sikit baru faham.boleh tahan genius jugak si Jasuli ni.well planned.tahniah Jasuli :)
p/s: aku suka The Nokharom..haha..ade jugak nama camtu.haishh...
Pada mula cerita, ianya agak mendatar. Tetapi ini Hasrul Rizwan, aku memberi expectation yang tinggi terhadap karyanya, lagi pula ini Fixi, pulp fiction.
Aku terus membaca dengan sabar. Plot twist kukira pada pertengahan buku. Tetapi agak lambat.
3 ekor hantu dan bom. Aku mengkaitakan novel ini dengan sebuah buku yang aku baca, "tidak berguna seseorang penulis meletakkan sesuatu perkara pada novelnya, tetapi tidak digunakan". Jadi aku menunggu apa kaitan cerita ini dengan 3 ekor hantu dan bom tersebut. Briliant!! Hasrul Rizwan tidak mengecewakan pembaca.
Kontra buku ini hanya pada klimaksnya, terlalu lambat, dan terlalu singkat.
mungkin ini adalah karya HR yang saya suka secara personal. Bagi saya, Jahanam melepasi Murtad. its kinda love-hate relationship for me and the book, ada cliché but you just can't miss it. mengikuti semua buku2 HR, saya tau details sekecil-kecil seperti small piece of puzzle, miss it you gonna miss the whole picture. Hasil yang kemas, dan cantik. Kelakar bila penulis meletakkan nama Muthalib Uthman sebagai seorang gay. LOL
Tertarik dengan 3 ekor hantu. lepas tu agak slow untuk hadam (sistem hadaman problem kot masa tu, kurang green tea). Tapi di pertengahan semuanya bermula. Persoalan... debaran... kepelikan... cemas... semua adalah. Tapi bila ending, what?? memang sesuai dengan tajuknya JAHANAM. hahaha. tahniah lah sbb berjaya memanipulasi ku. (sesuai utk exercise otak).
Novel Jahanam by Hasrul Rizwan adalah novel ke 3 beliau selepas Murtad dan Tuhan. Aku sempat baca Murtad dulu masa mula-mula buku tu publish back in 2012. Latar belakang mungkin masih sama iaitu di utara, namun gaya penulisannya ada kelainan sedikit. Penulisan kali ni bagi aku lebih beremosi. So aku bagi 4 bintang and well done!
Permulaan cerita dah macam cerita hantu. But actually its not yaa, trust me. Haha. Mengisahkan tentang Jasuli, seorang pekerja kilang yang hidupnya biasa2 saja, bertemu dengan seorang gadis yang bernama Rokiah. Mereka bercinta namun semua menjadi angan-angan saat Rokiah memutuskan hubungan mereka dan mengahwini lelaki lain. Rokiah memang gadis berkelas atasan dan tidak setaraf dengan Jasuli. Padahal Jasuli sanggup rompak kedai emas dengan kawannya, Tamin dan Bustamam demi nak ada duit punya pasal! Tapi ni idea gila Tamin untuk buat kerja merompak. Setelah berjaya untuk kali pertama, Tamin mencadangkan untuk merompak bank pula. Dari situ la pertemuan Jasuli dan Salina bermula. Aku suka kisah dorang dalam train hihi. Dan korang akan suka action scene dalam novel ni. Kena kejar polis, kena tembak, and banyak lagi. Paling suka pasal The Nokhorom. Haha korang baca sendiri la.
And ending dia rupanya ada puzzle yang kita kena faham tentang apa yang terjadi. Memang nak pembaca berfikir eh? For me, ending dia memang emosi. Rupanya ada something about Jasuli yang kita tak tahu throughout reading this novel! Bila masuk epilog, dah jadi happy balik (sebab ada Salina woot woot!). Nice story HR :)
*Apa maksud quote "Le monde est fait pour aboutir a un beau livre" by Stephane Mellarme tu?
Karya penulis kali ni agak mendatar..tp diselang seli dgn lawak yg memang sempoi giler...mengali air mata aku ketawa...hahaha..mula2 aku pelik gak dr mana Tamin dpt smua surat2 tu..rupa2nya Jasuli punye kerja...eh...spoiler. hahaha..babak paling best aku suka ms kat bank tu..lg2 bila watak kembar tu datang..oh..i want more! cuma kali ni happy ending bg watak utama..aku pun suke gak..sbb he deserves that. Kesian Jasuli..huhu....
cukup adunan walau berawal dengan huru hara dan taktau mana hala tuju. lama betul nak dapat rentak sampai saya hampir putus asa dan membentak" apa kau membebel ni saiton". saya sentiasa kagum dgn saudara Hasrul rizwan ni kerana beliau mampu membebel membebel membebel sampai sudah tapi boleh buat orang terus mmbaca dan saya sentiasa wonder dia sebenarnya mula menulis dengan idea atau ikut rentak jari sahaja?
Buku yang memang mengejutkan.. Penceritaan yang smooth tapi bila sampai ending tak sangka ada plot twist yang menarik.. Cuma bahasanya membuatkan ianya tak sesuai dibaca remaja..
Kalau kau dah pernah baca penulisan penulis beberapa kali sebelum ni, tidak boleh tidak untuk kau kata watak yg dicipta terasa hidup dan real. Eh betul ke aku guna tidak boleh tidak tu? Ah, biarlah. Macam aku kata tadi, wataknya terasa sangat hidup. Walaupun muncul sekejap, tapi kau boleh hayati karakter watak tu. Tak macam kebanyakan penulis yang cuma mempunyai watak2 yang satu dimensi, punya suara yg sama je, hasrul ni pandai buat suara watak yg lain2. Kira kalau aku baca part jasuli, suaranya lain, tamin suaranya lain. Begitulah. Plot tak payah cakaplah. Hasrul kot. Awkwardnya aku address penulis sebagai hasrul. Tapi permulaan yg semacam slow bagi aku, cuma bila part (spoiler alert. Kot. Macam spoiler je. Entahlah) jasuli bawak lari sapa nama perempuan tu, haa salina, momentum bacaan aku mula naik mendadak. Comel je aku tengok dua orang tu. Heh. Dan ending dia. *bangun sambil tepuk tangan dengan gemuruh* Semua benda disimpulkan dengan sangat baik di penghujungnya.
Macam dalam BDJ, ada cameo jugak. Cuma kali ni diorang pakai kasut. Heh. Ops lupa nak cakap spoiler. Biarlah.
Anyhow, congrats pada penulis dan tahniah kerana kau dah masuk dalam senarai penulis-wajib-beli-buku-dia di samping RAM dan nadia khan. Dan KNB of course. Dan adalah beberapa nama lagi yang aku tak ingat sekarang. Kalau ingat aku cakap.
Slow paced yang pada akhirnya para pembaca akan diserang dengan kejutan (tak tahu perkataan sesuai) yang bertubi-tubi . Susah nak dapat fiksyen yang tak menggunakan unsur ghaib atau paranormal atau mistik untuk menyenggamakan minda (mind-fucking) dan membuat pembaca teruja .
Ada lah juga beberapa plot yang tidak dijelaskan kenapa sama ada penulis sengaja nak buat pembaca mencipta andaian sendiri atau ada sambungan nya (manalah tahu kan) . Cuma ada rasa kurang selesa dengan perkataan yang diulang semula pada bahagian lain (contoh: tercangak) dan beberapa perkataan lain yang saya dah lupa :p
Ini hanyalah sekadar apa yang saya rasa .
Btw , teringin nak tahu cons cerita dalam buku ni . So para pen-review boleh lah ya bagitau disamping memuji sahaja :p
Lagi best dari Tuhan tapi tak boleh lawan Murtad sebab aku mula mula bosan masa cerita Jasuli dengan Rokiah - sampai dia dah merompak bank tu baru best.
Buku ni penuh benda benda tak logik yang aku tak kisah hey peduli apa dengan logik nama pun fiksyen kan cuma aku tak puas hati dua benda je, akhil dengan adam memang ada dalam perancangan Jasuli ke? Atau diorang secara tak sengaja ada kat bank tu?
Lagi satu watak salina. Lepas dia tembak boseng and the gang polis datang kan macamana dia boleh lepas? Takkan galeri tu takde cctv? Pada aku Mat Gorn macam dah malas nak terangkan lepas salina tembak semua tu dan nak habiskan cerita dengan senang.
Tapi aku kasi can lah lima bintang sebab ending dia memang jahanam aku tak terfikir langsung
This entire review has been hidden because of spoilers.
JAHANAM...ade sebab kenape cover die gambar popcorn dgn cincin.sebabkan cincin,idea merompak bank untuk nampak mereka ade alibi bermula dengan menonton wayang.hahaha.permulaan cerita agak hambar sampai macam bersambung jugak lah untuk dua hari,start daripada adegan kejar dengan polis tu sampai kepada idea nak merompak ni boleh maintain bukak buku ni sampai habis.bile sampai muke surat last,ternganga jugaklah.mule2 ingat yang tiga orang hantu yang pegang tangan tu macam Jasuli biase nampak dan die pun buat acah2 tak kisah.Alih2 baru tau sape sebenarnye dorang.sedih dan mendebarkan.yang penting, THE NOKHAROM senjata rahsia Jasuli.
Permulaan yang agak klise dengan gambaran cerita, "jom, kita rompak bank." kerna bagi saya, idea rompak bank hampir ke semua sama urutan dalam mana mana novel yang dituliskan. Perancang masa, berjaya atau sebaliknya, perculikan, cinta dan sebagainya lagi. Namun, setiap penulis punya gayanya tersendiri dan inilah Hasrul Rizwan, hampirkan kesemua bukunya yang saya baca mempunyai 'ending' yang membuatkan, kau seorang pembaca akan berpuas hati dengan sebuah senyuman di muka surat akhir cerita tersebut. Akhirnya, 'ending' juga yang menyelamatkan buku ini. Memang betul Jahanam haha
Bacaan santai yang menarik! Ada kelakor.. Penggunaan loghat Kedah tu yg buat aku terus baca dan baca. Susah aku nak habiskan novel dalam masa 2-3 hari. Maknanya novel ni termasuk dalam list novel2 terbest aku! Tapi ending dia tu.. Boleh tak? Memang patut tajuk Jahanam. Ha lagi satu aku mmg tak boleh blah dgn nama bom tu... The Nokhorom!
Bagi aku plot cerita ni bergerak lambat. Aku hampir putus asa nak habiskan tapi aku gagahkan jua sebab aku rasa tak adil aku tak habiskan.
Aku kena hargai usaha si penulis memerah tenaga dan idea nak menulis. Malangnya jalan cerita dalam novel ini kurang mengujakan aku dan ada antaranya tak masuk akal.
Baca novel Jahanam nih, plot dia tak seperti yang aku sangka dan bayangkan. Macam cerita L:The Death Note. Aku rasa jalan cerita slow sikit, bagi 4 bintang sebab memang follow karya Hasrul Rizwan nih dekat penerbit Fixi.
Best cerita ni. Kena paham betul2, sebab kalau tak paham.... memang nakharram. Hahaha... akhil yang kembar tu pun nak menyelit jugak. Cerita ni sebenarnya pasal dendam kesumat yang dibalas dengan begitu teliti. Kalau korang tak paham, baca sendiri la.
Hasrul Rizwan tidak pernah mengecewakan. Plot twist yang bagus. Buku ini macam sisi Hasrul Rizwan yang lain. Tak macam Murtad dan Bercakap Dengan Jun. Tahniah Hasrul and good luck for your other new books!
sebetulnya sy x berapa "pandai bca buku fixi ni tpi nk juga bca. kadang boring juga klu bca novel .
buku ni dah beli lama cuma menunggu masa yg sesuai tuk bca. sya mmg tak terpikir mcm mna pengakhiran crita ni. apa yg blh sy katakan "wow". mmg tk sangka