Tengku Yara Alyssa, seorang wanita yang dunianya dimamah rasa bersalah. Masa tidak mengubati luka tetapi masa mengajar Yara Alyssa untuk meneruskan hidup. Syed Fawwaz Mikhael, seorang anggota tentera elit Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang dingin dan tegas di mata semua orang. Jejaka yang menyimpan sebuah amanah untuk menjadi pelindung.
Takdir atau kebetulan? Hakikatnya, pertemuan mereka adalah sebuah kebetulan yang sudah ditakdirkan.
"Apa-apa jelah. Conclusion dia, kau ni serangga la kan? Okay, faham."
- FAWWAZ MIKHAEL
"Kalau saya serangga, awak tu neraka. Hael dan Hell, tak jauh beza bunyinya."
- YARA ALYSSA
Amanah yang dilaksanakan itu tanpa sengaja telah melahirkan rasa cinta dalam hati Fawwaz Mikhael. Rasa yang telah mendorong dia untuk menjaga gadis itu sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Tetapi bagi Yara Alyssa, lelaki itu seolah cerminan Yazdan Alias dalam figura yang lain. Persamaan kedua lelaki itu sering mengingatkan dia kepada arwah abang kandungnya.
“You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now, I'm in love. Do you want to be the cure for my falling in love?”
-FAWWAZ MIKHAEL
"Kenapa awak sanggup buat sampai macam ni untuk saya? Saya tak layak bahagia, Mikhael."
-YARA ALYSSA
Kenyataan, hatinya turut telah terpikat dengan jejaka tersebut. Namun dia berkeras untuk menidakkan rasa itu kerana bagi Yara Alyssa, dia tidak layak untuk hidup bahagia setelah apa yang terjadi sebelumnya. Mampukah Mikhael menarik keluar kupu-kupu kecilnya daripada sangkar kegelapan? Mampukah Mikhael mengajar Yara apa itu erti kebahagiaan sebenar?
Yara selalu rasa diri dia tak cukup layak, especially lepas abangnya, Yazdan passed away. Siapa sangka, Yara pilih untuk ceburi bidang veterinar.
Yara kena kerja dekat Pendang, Kedah. Papanya menyewa homestay kat sana and that’s where she met Maleeq and Mikhael, anak² Umi yang baik hati. Walaupun baru pertama kali jumpa, they treated Yara like family. Tapi Mikhael... he’s a little different. Dia sebenarnya dah kenal Yara dari zaman sekolah lagi.. remember scene tauhu bergedil? Tu Mikhael la. Mikhael also kawan arwah Yazdan cuma dia diam je.
Umi pula cepat rasa selesa dengan Yara sampai anggap dia macam anak perempuan sendiri. Rajinlah Yara lepak dengan Umi.
Dan dari situ, bermulalah kisah Yara dan Mikhael. Slowly, things unfold… especially bila Ayah Tengku tahu siapa sebenarnya Mikhael.
Ada juga sikit bab ‘penyondol’, tapi Yara chill je sebab Mikhael jenis cerita-semua-pada-isteri... tak ada sorok apa²
Eventhou Yara takut kucing, dalam cerita ni dia end up bela seekor bapak kucing bernama Noah
A bit draggy at times but overall still an enjoyable read
Yara seorang gadis yg manja.. sgt rapat ngn Daddy dan Abg Yaz.. mak meninggal ketika melahir kn die..
Satu ari, Yaz meninggal pd hari jdi Yara.. Yara sedih sgt.. sampai die bgtau daddy yg die tk patut hidup bahagia..
Yaz dan Mikhael kwn baik sbb masuk tentera.. mmg Hael janji ngn Yaz yg die akn jge Yara..
Mereka berjumpe masa Yara sewa homestay umi Mikhael kt Kedah.. dri situ mereka mula rapat.. sampai satu ari, daddy Yara mntk Mikhael nikah ngn Yara..
Sweet gile mase Mikhael melamar Yara.. ter gamam skejap laa Yara mase tu.. lepas die lamar, trus Mikhael balik Kedah jumpe umi dan Maleeq (adik Mikhael)..
Vol 1 cerita kn bgaimana dorg kenal dan kawin.. ade jugk bekas kekasih dtg nk ngorat Mikhael balik.. Yara bgus sket pn tk melatah..
Maleeq bekerja sbgai polis.. kerja dorg berdua nie mmg ramai musuh..