Jelmaan azab dari dunia yang tak berpenghujung, mengundang bayang-bayang yang tak pernah mati.
Kehilangan Luna, bagaikan bintang yang padam tanpa isyarat. Namanya pernah bergema di puncak malam, namun kini hilang ditelan kabus misteri.
Ada yang cuba menjejakinya, namun terbakar tanpa sempat pulang membawa cerita.
Yazid, seorang wartawan ditugaskan oleh syarikatnya untuk mencari berita mengenai Luna kerana hubungan baik antara dia dengan Luna serta pengurus Luna yang bernama Monica.
“Aku tak mahu mengesahkan Luna di mana tapi kalau engkau betul-betul nak tahu pasal Luna, ikut aku ke sana beberapa hari. Nanti engkau akan faham. Tapi ada syarat-syaratnya.” – Monica
Atas dasar persahabatan, Monica memberi syarat agar Yazid mengikutnya ke Sumatera untuk menemui Luna. Yazid setuju dan pergi ke sana bersama Monica. Setelah Yazid sampai ke Sumatera dia menemui lebih daripada apa yang dicari. Lalu terbongkar lebih banyak rahsia dan muslihat.
“Aku boleh bunuh kau. Tapi aku mahu kau terseksa hingga nyawa engkau pun merayu minta dicabut.” - Djamari
Apakah yang menyebabkan kehilangan Luna?
Kenapa Monica begitu beria-ia membantunya?
Dapatkah mereka keluar hidup-hidup atau menjadi satu lagi mangsa dalam pergolakan kesumat yang berlanjutan?
Dendam itu seperti asap hitam yang meresap ke dalam liang jiwa, membelit hati dengan bisikan syaitan, dan menanam duri di dasar nurani.
“Mereka mengajar kita kekejaman. Dan hari ini mereka akan menelan semua yang telah mereka berikan.”
Tameng Ghaib mengisahkan tentang keluarga Pak Rahmad yang ditinggam (disihir ilmu hitam) sehingga menyebabkan kematian satu persatu ahli keluarga mereka. Mereka disihir sehingga timbul lubang besar di leher dan kemudian mati. Tinggallah Rizal a.k.a Aiyub seorang lagi yang tersisa dari semua keluarga Pak Rahmad kerana dia belajar di Malaysia. Nak tahu kisah seterusnya? Silakan baca. Hehe🤭
My thoughts 💭 (my opinion)
Siapa yang suka tengok cerita seram Indo dekat Netflix yang ada santet² tu dipersilakan beli dan baca buku ni. This one is for you! Vibe buku ni memang sama dengan cerita seram Indo sekarang. Cerita ni tak seram sangat bagi aku tapi yang seram tu ialah bila manusia hatinya telah hitam dan dendam kesumat dengan kita macam² dia sanggup buat.
Ilmu hitam yang digunakan dalam cerita ni jarang didengar tapi agak ngeri jugalah bila penulis describe stage by stage keadaan seseorang bila terkena tinggam ni. Memang part leher berlubang tu euww ngeri dan tak sanggup nak bayangkan.😖 Saya ada terbaca review buku ni and ada yang cakap ada vibe racun sangga. Yes memang ada, dan ada vibe filem santet segoro pitu and etc filem² seram Indo yang ada dekat Netflix sekarang.
Plot twist buku ni aku rasa sebenarnya boleh tangkap dari awal tapi mungkin sebab aku ni slow 🦥 jadi terkejut jugalah yang si pija tu.. ok taknak spoil hehe.🤯 Ending buku yang paling last tu aku dah agak sebenarnya. Tapi aku happy lah untuk keluarga yazid. Happy ending don't worry.😄
Highly recommended for horror lovers! 👻 Perfect pick for your Spooktober read. 🎃 Thank you fp for this review copy!
Bertahun Aiyub menanggung derita tinggam selepas semua ahli keluarganya di kampung mati akibat sihir yg sama. Kerisauan memuncak apabila anaknya, Yazid juga seperti mengalami hal yg sama.
Kehilangan Luna menjadi tanda tanya semua warganet. Sepertinya sama yg pernah berlaku pada Kayla. Hilang tanpa jejak. Betul ke hilang berehat atau ada yg mengancam nyawa?
Semuanya berkait dengan susunan cerita yg sangat kemas. Siapa sangka kalau orang paling dekat dgn kita boleh jadi seburuk2 musuh? Plot twist juga mengejutkan!
Cerita Tameng Ghaib saya spoil sikit agak kotor dan ngeri. Rasa seperti boleh hidu bau busuk yg diceritakan penulis. Sama2 rasa mual dan nak muntah!
Sedikit sebanyak penggunaan bahasa Minang jadikan cerita lebih menarik memandangkan asal cerita bermula dari Sumatera Barat. Yg lagi bestnya sebab cerita tak meleret, penulis terus bagi satu persatu gangguan buat pembaca.
Selesai juga membaca naskah ini pada saat berdepan dengan kesibukan kerja. Tidak ada apa yang mahu diulas. Buku ini bagi saya cukup rencahnya. Dari watak perwatakan, perkembangan plot dan latar cerita, semuanya diolah dengan baik oleh penulis. Dilarang membaca karya ini berseorangan dan pada malam hari. Risau ada yang memerhati. Tahniah buat Maria Kajiwa untuk karya Tameng Ghaib ini!
Tameng Ghaib menyajikan gabungan menarik antara misteri, supernatural dan konflik manusia yang digarap dengan cukup mendebarkan. Kisah bermula dengan kehilangan Luna, memaksa Yazid menyelami lapisan rahsia yang lebih dalam dari apa yang dijangkakan. Dengan latar Sumatera, suasana asing mencetuskan ketidakpastian, manakala watak Monica membawa elemen teka-teki dan konflik moral yang kuat.
Novel ini bukan sekadar seram; ia turut membawakan mesej agama dan peringatan — unsur yang dihargai oleh ramai pembaca.
Kesimpulannya, Tameng Ghaib adalah bacaan yang memikat bagi peminat genre misteri dan ghaib, terutama bagi mereka yang menghargai naratif dengan lapisan mesej. Saya mengesyorkan buku ini bagi pembaca yang suka merasa debar, tetapi ingin lebih dari sekadar hantu dan ketakutan.
Daripada muka surat pertama sampailah ke sudah, cerita ni dah cengkam dan paku Kirah dekat setiap aksaranya untuk merempit baca dan tak sampai berapa jam start enjin, tamat.
Kirah patut bagi a big applause dekat Kak Maria sebab cerita kali ni serius Kirah cakap, memang best sangat-sangat dan mendebarkan gila sampai kita tak senang duduk dibuatnya.
Ada dua timeline yang berbeza, masa kini dan beberapa dekad yang lepas.
Djamari, dia anak remaja yang pundaknya terpaksa menanggung satu demi satu kehilangan orang yang tersayang dalam masa terdekat. Daripada hidup senang, perniagaan keluarga jatuh merudum lalu muflis melanda, bapa dan ibunya pergi. Adik-adiknya terpaksa dilepaskan untuk kesenangan hidup mereka juga.
Tetapi pengkhianatan orang yang dipercayai membawa kepada dendam yang tak terbendung lagi, Djamari berjanji ... Seluruh keluarga itu akan dia habisi dengan termeterainya janji terlarang dia dengan tameng ghaibnya nanti.
Di kota raya, Yazid tertanya-tanya akan kehilangan bekas kekasihnya, Luna yang langsung menyepi daripada dunia seni. Justeru, bila pengurus wanita itu yang memegang rahsia mengenai kondisi Luna mengajaknya turun ke tanah Sumatera, Yazid turuti demi belas ihsan kepada si dia yang pernah singgah di hati.
Di sana, dendam lama, misteri kehilangan dan unsur mistik mula tersingkap rapi. Yang pasti, akan ada yang pergi. Nyawalah yang jadi galang ganti.
SERIUSSSS, Kirah sangat suka dengan buku ni. At first, Kirah memang tak letak any high expectation untuk Tameng Ghaib ni sebab sebelum ni Kirah letak harapan yang tinggi dekat Korban Tanah Rawa sebab saya suka apa-apa yang melibatkan buyaaa tapi sedikit kecewa. Bila buku ni sampai, dia macam memanggil-manggil kita suruh ambil dan baca dia.
Jarang Kirah boleh hook dengan sesuatu cerita tu di awal muka surat pertama tapi novel ni dari first page tu dah buat kita tertanya-tanya. Otak kita berselirat cuba nak cantumkan segala klu dan kaitan antara watak-wataknya. Plotnya sangat well-written, seolah-olah setiap scene tu macam satu layar skrin yang kita duduk di kerusi paling hadapan sebagai penonton. Tak tipu, MEMANG BEST SANGAT.
Kirah pun assume elemen seramnya melebihi elemen lain tapi tak juga. Ada plot pembunuhan, misteri kehilangan, dendam, sihir atau tinggam dan banyak lagi yang membuatkan kita tak boleh letak buku ni ke tepi selagi tak rungkai segala persoalan yang ada.
Tahniah kak, Kirah rasa Kirah perlu cari novel-novel akak yang lain jugalah nanti. Kita terpesona dengan lenggok bahasa dan jalan cerita yang tersusun baik macam ni. Bulan ni saya dah sampai limit pembelian novel, insya-Allah next time kita cuba grab novel akak yang lain.
HIGHLY RECOMMENDED GAIS! Plot twist dan segala macam benda dalam ni tak ilekkkk!
"Dendam bukan sesuatu yang indah — ia beban yang menjerat jiwa.”
Kisah Tameng Ghaib membawa pembaca menelusuri perjalanan Djamari, seorang lelaki yang kehilangan seluruh keluarganya akibat menjadi korban kerakusan manusia. Dalam kegelapan duka itu, dia bertemu Atok — seorang lelaki misteri yang mengajarnya cara membalas dendam. Atok tu sendiri ada agendanya.
Namun, dendam yang disemai menjadikan Djamari lebih hebat daripada gurunya sendiri, hingga dia terperangkap dalam dunia pembalasan yang tidak berkesudahan.
Apa yang dirancang tidak semudah disangka. Dendamnya menjalar hingga ke hujung nyawa, memaksa pewaris keturunannya menanggung sumpah dan meneruskan perjanjian yang belum tertunai.
Demi menamatkan ikatan itu, nyawa demi nyawa menjadi korban — perlahan, namun menyeksakan.
Maria Kajiwa sekali lagi menghadiahkan pembaca kisah sarat pengkhianatan dan tipu daya. Hampir setiap watak menyimpan rahsia dan agenda sendiri, membuatkan pembaca sering tertanya —
🤔 Kenapa perlu berkhianat? Apakah dendam benar-benar mampu memulihkan luka, atau hanya membuka luka baru?
Di celah kegelapan itu, muncul juga sisi kemanusiaan — persahabatan, kekeluargaan dan pengorbanan. Walau nyawa jadi taruhan, masih ada yang sanggup berdiri bersama demi kebenaran.
Namun, saat semua menyangka segalanya sudah berakhir, muncul satu lagi pengkhianatan paling tega — berpunca daripada cemburu dan keinginan menguasai warisan kuasa gelap itu sendiri.
Dan akhirnya, penulis meninggalkan satu persoalan tergantung. 🤔 Siapakah sebenarnya yang menghantar mesej kepada Fiffy dan Yazif?
✨ Kesimpulan: Tameng Ghaib bukan sekadar kisah seram atau dendam. Ia adalah cerminan tentang bagaimana pengkhianatan mampu membinasakan generasi, dan bagaimana manusia mudah terperangkap antara kegelapan dan keinsafan.
📖 Rekomendasi: Saya sangat menyarankan novel ini untuk dibaca dan dimiliki. Bukan sekadar kerana jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga pengajarannya yang mendalam tentang dendam, keinsafan dan erti sebuah pengkhianatan. Setiap helaian mengingatkan kita bahawa dalam hidup, tidak semua kemenangan itu benar-benar berbaloi ❤️
Bayangkan bila dendam orang lama tak pernah padam… ia boleh diwarisi hingga ke generasi seterusnya. Dan 'tameng' yang disangka melindungi, sebenarnya boleh jadi jerat yang menghancurkan.
Novel ni memang seram habis. Ia mengisahkan tentang sihir tinggam iaitu ilmu hitam yang mampu buat mangsanya “lenyap tanpa jejak”. Ceritanya bermula pada Aiyub yang kehilangan seluruh keluarganya akibat ilmu ni dan kebimbangannya bertambah bila anaknya, Yazid, turut terjebak. Kehilangan Luna, penyanyi terkenal dan bekas kekasih Yazid, menjadi titik mula misteri yang membawa mereka sampai ke Sumatera.
Maria Kajiwa membina 'ketegangan' melalui plot yang mendalam. Penulis tunjukkan kemahiran luar biasa dalam menyusun naratif yang penuh dengan plot twist. Setiap lapisan cerita dikupas, membolehkan saya menyelami konflik yang bukan hanya fizikal, tetapi juga psikologi. Tema balas dendam generasi dan pewarisan saka ditulis kemas dengan elemen mistik Melayu macam santau serta ritual lama. Bahasa Minang yang diselit pun buat cerita ni rasa lebih asli dan unik.
Satu benda pasti: novel ni padat, tak meleret, dan memang buat kita rasa seram sampai terbawa-bawa. Serius, saya baca waktu malam terus susah tidur! 😂 Tapi sumpah, 'worth it'!
Penamatnya bukan tergantung, tetapi sebuah pengakhiran terbuka. Ini satu pilihan artistik yang berani, di mana penulis membiarkan pembaca membuat tafsiran sendiri. Kesan ceritanya terus menghantui minda dan meninggalkan pembaca dengan persoalan yang membuatkan pembaca berfikir.
; Psssttt... kalau korang suka seram + plot twist + aura mistik Melayu, novel ni memang wajib masuk list bacaan. Ada berani baca malam-malam? 👀
Back again with Maria Kajiwa… Queen of horror. Permulaan je setting masa dah ke zaman lama lepas tu dekat Indonesia pula tu. Macam ehh wow.. Menarik ni. Lepas tu bahasa minang digunakan dalam ni so ytjt kalau mereka ni dah start dengan mistik akan deep and dark. Mula-mula tu kena re-read banyak kali bab awal sebab otak macam tak register latar masa dengan latar tempat sebab macam flashback sekejap macam latar masa sekarang so sisturr pening haha.. Tapi bila dah masuk plot dia… rasa macam tengok cerita hantu. Generasi lain yang buat onar, generasi lain yang mendapat azab. Tapi bila hati tu dah hitam, kau nak rasionalkan fikiran dia pun ~ susah. Satu benda terfikir bila baca cerita ni, pandai pulak nak cari penganti sebab nak mati, time kau menuntut kau rasa ‘itu dunia kau yang punya’.. Hahaha nak kata tak fikir panjang, nak balas dendam tu panjang pulak kau fikir. Geram aihhh manusia macam ni.
“Dalam dunia ni kita tak perlu jadi jahat untuk orang lain buat jahat pada kita. Kalau kita buat baik, kita lebih dalam apa bidang sekalipun, boleh menimbulkan rasa iri hati juga,” ~ sentap mat dengan ayat ni.. Memang betul, orang nak buat dekat kau bukan tunggu kau jadi jahat, tapi kau baik pun dia akan sakit hati dengan kau. Betul la jaga hati sebab Hasad ni bila take over akan jadi lagi teruk.
Lagi satu, tak semestinya dari acuan yang sama kan terbentuknya hasil yang sama. Haaa gitulah kisahnya dalam Tameng Ghaib ni. Tak semestinya buruk keluarganya akan buruk juga perangai yang lain. Tapi kesian ‘dia’ tersepit dalam kegelapan yang gelap hingga nak bernafas sebagai manusia yang normal pun susah.
Nak tambah emosi.. Grab and read jela buku ni.. Cerita panjang pun tak guna melainkan rasa sendiri >_<
Berantai cerita ni. Lepas satu plot twist, datang lagi satu lagi plot twist. Memang twisted giler.
Buku ni memang seram tak tipu. Maria Kajiwa berjaya menubuhkan perasaan tidak sedap hati dalam diri pembaca. Saya baca memang meremang.
Plot buku ni menceritakan Yazid yang ingin menyiasat tentang keberadaan penyanyi terkenal yang bernama Luna, aka ex Yazid. Atas persetujuan Monica, dia dan Yazid pergi ke Sumatera untuk "berjumpa" dengan Luna.
Sementara itu, plot memberi petunjuk terhadap mangsa yang terkena dengan sihir tinggam di mana setiap bahagian badan mereka dipenuhi dengan tompok hitam. Semua itu dihantar oleh Djamari yang ingin membalas dendam terhadap apa yang terjadi kepada dia suatu masa dahulu.
Persoalannya, apakah sebab Luna terkena sihir tinggam itu? Apakah kaitannya?
Segala persoalan dah terjawab dalam buku ni. Aku puas hati dengan penulisan dan alur cerita buatan Maria Kajiwa. Tip top👏🏻👏🏻👏🏻
Actually kisah ni berpaksikan pengkhianatan dan kesan akibat perbuatan itu, iaitu dendam yang tak berkesudahan, membarah menjadi api kesumat, lantaran rapuhnya benteng iman dalam diri, lantas jiwa menjadi hitam bertuhankan syaitan.
Idea yang sentiasa fresh dari MK, bagi aku ceritanya tak adalah seram mana, tetapi asbab gaya penceritaan yang tak dapat disangkal kewibawaannya, jadi plot cerita ni tetap menarik, lalu jari laju menyelak setiap helaian demi helaian muka surat. Ianya lebih kepada aksi gore dan memualkan. Pada akhirnya, setiap persoalan terjawab, dan hubungkait antara watak² terlerai dalam satu kisah yang amat sadis serta menyayat hati.
Tolak 1 ⭐ sebab kesalahan tatabahasa berulang yang agak mengganggu pandangan mata aku sepanjang pembacaan. Selain tu, plotnya ada yang boleh dijangka dan agak straightforward, menjadikan cerita sedikit mendatar.
Cerita bermula dengan kehilangan Luna, menyebabkan kekasihnya sanggup turun padang mencarinya bersama pengurus Luna, Mona. Tapi tanpa mereka sedar… ada mata yang memerhati, dan tangan yang merancang untuk menghancurkan.
😨 Apa yang ada dalam buku ni?
Ilmu santau, pewarisan saka, dan dendam orang lama yang belum selesai.
Bukan cerita hantu seram-seram macam melompat tu... tapi banyak adegan gore – darah, kematian, kerasukan 😬.
Konflik dua keluarga lama, dengan syaitan jadi batu api di tengah-tengah.
Kasihan Luna — mangsa keadaan, bukan pun bersalah.
🫤 Yang buat aku geram:
Ending open ending... adoiii… tak pasti selesai ke tak… ada sambungan ke tak… benci weh! 😅
Rasa tak puas — macam nak jerit: “Mana penutup yang betul ni??”
💡 Kenapa kita patut baca?
Kalau suka cerita thriller berunsur mistik Melayu, ini salah satu yang penuh "rasa lama".
Bawa pembaca selami kisah dendam generasi, pewarisan saka, dan konflik berlepas diri atau lawan.
Bukan kisah cinta biasa – tapi kisah perjuangan menyelamatkan jiwa, di tengah dunia yang penuh sihir dan iri hati.
Buka mata kita tentang bahaya mainan syaitan dan dendam manusia, bila tak ditangani – boleh waris sampai ke generasi berikutnya.
Jin jahat yang paling dibenci selepas jin jahat dalam Pengabdi Telaga Ungkar. Jahatnya memang nau’zubillah.
Tapi bila ditelusuri backstory villain, boleh faham kenapa dia berdendam. Kalau kena kat aku pun,, memang 7 keturunan jugak aku buru. Dua-dua sides ada salah silap masing-masing yang akhirnya cucu cicit menjadi mangsa.
Macam biasa, Kak MK suka buat ending yang meminta kita merayu nak buku no. 2. Haihhhh. Sambunglah kak!
Cerita novel ni berkisarkan dendam dan ilmu hitam. Bagi aku, jalan ceritanya okey walaupun agak drag. Ada plot twist tapi aku dah jangka awal-awal siapa watak jahat bila tiba di bahagian pertengahan cerita. Tapi, watak jahat tu aku faham kenapa dia jadi jahat. Jadi, aku tak sepenuhnya salahkan watak itu.
Moral of the story? Jangan buat jahat dengan orang, takut orang berdendam, habis keturunan yang tak bersalah terpalit sama.