Jump to ratings and reviews
Rate this book

No. 23.

Rate this book
kematian yang tiba-tiba
kehilangan yang dipersoalkan


20 tahun kemudian...

Mereka muncul kembali.
Mencari sejarah yang putus.
Tapi bukan mudah.
Kerana ramai sudah tertipu.
Berhati-hati.
Jangan sampai kau yang terkena.
Kelak, dirimu mangsa seterusnya.


Akmal Firdaus, Si Inspektor Sahab beraura kersani mempunyai satu keganjilan di mana dia akan diserang sakit kepala apabila akan ada kes yang berlaku di bawah seliaannya. Semasa dia mengendalikan kes pembunuhan di Teratak Nur Karmila, sakit kepalanya datang bersama imbasan-imbasan aneh.

Pertemuannya dengan April Nur Karmila pula dimulai dengan persengketaan. Tanpa disedari, ada rasa yang berputik dalam hati masing-masing. Namun, penyiasatan Akmal tentang Teratak Nur Karmila tidak semena-mena membawanya menelusuri sejarah hidup April.

Segala macam peristiwa berlaku dan semuanya bersangkut-paut dengan Teratak Nur Karmila, menjadikan kes Teratak Nur Karmila semakin misteri. Sehinggalah, satu demi satu pembongkaran dibuat... yang akhirnya memberi kejutan besar buat Akmal Firdaus.

segalanya bermula di rumah bernombor 23 itu...


Selepas Bougainvillea, PACKY SIDIQUE kembali dengan No. 23. Satu karya yang digarap dengan unsur saspens dan dramatik yang pastinya akan membuatkan pembaca berdebar-debar setiap kali menyelak halaman baharu!

764 pages, Paperback

First published January 1, 2015

4 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Packy Sidique

4 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
38 (56%)
4 stars
21 (31%)
3 stars
6 (8%)
2 stars
2 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
February 13, 2019
Ni merupakan first time aku bace novel daripada penulis Packy Sidique

5 bintang? Sebab aku sangat meminati criminal/investigation ni. Dahulu masa sekolah menengah aku selalu baca siri hadi & siri salma. Entahla minat sangat kalau bab2 camni. Tambahan pulak novel ni, gaya bahasanya & penceritaannya mudah dihadam.

Plot twist? Terlalu banyak. Kadangkala kita tak sangka pun siapa sebenarnya dia ni. Tapi serius, ia membuatkan aku taknak stop membaca. N finally 2 hari dah habis. Misi mencari novel bougainvillea pulak lepasni. Tak silap genrenya lebih kurang sama.

Sangat2 puas hati. Tak rugi pon baca n beli novel ni. Serius. Kalau sesiapa yang minat tema criminal - penyiasatan, sangat disyorkan untuk membaca.
Profile Image for Sakinah.
17 reviews2 followers
December 17, 2014
Saya dapatkan naskhah ni di PB1M. JS buat promosi pracetak. Suka dengan buku packy sidique ni lepas baca Bougainvillea. No. 23 penuh dengan suspens dan membuatkan saya banyak berfikir untuk cari jawapan sapa pembunuhnya. Saya tak boleh nak letak buku ni selagi tak habis (baca semasa demam).
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
April 16, 2017
Setelah Bougainvillea, aku memang ternanti-nantikan karya penulis ini. Ternyata novel No. 23 ini tidak mengecewakan.

Aku suka:-
1. Inspektor Sahab [ASP Akmal] yang perasan kacak dan si April yang garang. Kedua-duanya ada tarikan tersendiri. Berlawan cakap [gaduh] dengan loghat Penang-Kelantan memang comel tauuuu. Hiks.
2. Plot cerita yang saspens dan misteri. Ehhh, ni memang kesukaan aku sebenarnya. Jadi mungkin akan ada bias bila aku berikan rating haha.
3. Lawak spontan. Kali ni aku rasa ianya menjadi dengan sendirinya, tersengih-sengih baca. Begitu juga dengan cara si ASP Akmal yang tiba-tiba boleh boleh 'mengayat' si April. Cia..cia sangat haha.
4. Jalan cerita yang tak rushing. Aku suka bila penulis menyusunnya satu persatu, membuatkan kita yang membaca saling merasa debarannya. Dan bila di akhir cerita, haaa… masing-masing ternganga. Oh, dia rupanya!
5. Hubungan April-Ti’ah sangat manis. Membawa makna sahabat itu biar sampai ke syurga. Saling berpesan ke arah kebaikan dan si dia yang memberikan bahu kepada teman tika lelah dan putus asa.

Terima kasih untuk si cameo Hakimi. Dah nak kahwin ya. Tahniah! ;))

Sememangnya buku PS kali ini lebih well-prepared. Ada unsur debar, geram, kelakar, ada juga rasa sedih yang bertandang dan isinya tidak ditampal tazkirah, sebaliknya ia diadun dengan teliti. Secukup 'rasa'. Kudos!

Makanya untuk kesemua 'rasa' yang aku dapat usai menutup novel ini, aku dengan besar hati bagi 5 Ha. Yayyy!
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
December 24, 2014
A big WOW with 2 thumbs-up

Naskhah yang suspen penuh misteri, penuh tanda tanya besar yang perlukan jawapan berselang aksi/lawak spontan yang berjaya menggeletek hati tanpa sedar bibir sudah menguntum senyum.

Latar cerita yang dekat dihati (sekitar Usj) yang jadi laluan harian terutama USJ 9 dan lokasi Restoran Ubi Kayu yang jadi 'port' saya tapau breakfast hari-hari (kecuali Isnin sebab tutup) menjadikan naskhah ini tertambah menarik. Saya membaca sambil membayangkan saya berada di lokasi bersama mereka.

Watak ASP Akmal Firdaus mengingatkan saya pada IO Inspektor Najib (di balai polis USJ 8) yang saya jumpa ketika harus ke balai membuat kawat cam untuk kes ragut yang terjadi pada saya tahun lalu. Bagaikan dejavu (atau bagaikan si penulis sedang bercerita kisah saya!) seperti insiden April yang kena ragut di depan Restoran Ubi Kayu. 'ASP Akmal' yang begitu macho menanti saya di luar tandas, membelakangi pintu (tandas) dengan kedua belah tangan dalam saku seluar belakang dan kaki sedang menguis batu... betul-betul dejavu! Betul-betul beraura kersani... hahaha

Ditambah dengan plot cerita yang berunsur suspen, memang betul-betul membuatkan saya membaca tanpa ada keinginan untuk berhenti selagi belum tiba ke titik noktah.

Memang superb!

TBC

Profile Image for Sha Mohamed.
2,547 reviews1 follower
October 9, 2019
Membaca novel ini memberikan kepuasan berganda kepada Sha.. Memang tak sangka penulis berjaya menyembunyikan penjahat sehingga ke hujung cerita.. Sha cuba meneka sepanjang pembacaan namun tersasar.. Walaupun mulanya memang menyangka si dia tu lah penjahat tapi semakin Sha baca keraguan muncul pada watak yang lain.. Si dia terlalu pandai mempermainkan orang di sekelilingnya.. Tahniah buat penulis.. Memang berbaloi Sha beli fan jadikan koleksi..
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,588 reviews42 followers
November 14, 2019
Buku yang ini memang superb. Mujur ketebalan buku tidak berjaya melemahkan semangat saya untuk explore. Karya pertama oleh Packy Sidique dan namanya pun tak pernah saya dengar. Letak harap so-so, tapi tak nyesal.

Tema crime thriller, misteri dan watak utamanya saya suka. Penang mai Inspector Sahab dengsn aura kersani, pakai motor yang namanya Mat Top. Hubungan akrab dengan rakan sekerja, sempoi dan bernas. April-Thiah pun ngam.

Karya JS yang ni berbaloi sangat untuk anda baca. Penulis ini smart person. Lebih saya salute, Jemari Seni banyak melahirkan novelist berbakat dan buku fiksyen berkualiti. Saya sangat grateful dengan adanya buku-buku terbitan JS, namun sedih kerana nampaknya lebih rela stop, dari terpaksa teruskan operasi tapi dengan terbitan buku-buku tidak baik. Adakah anda tahu berapa banyak tajuk baru kisah kehidupan dengan gaya Bahasa dan lenggok kisah yang tidak patuh syariah diternak dek publishers tiada kesedaran? Pasti untung sebab bukunya laku. Ceritanya biasa dan ada unsur menggoda. Yang lebih menyedihkan, mereka sekarang bijak mix and match, nada lucah - gatal, dengan watak ala-ala warak. Sungguh menyedihkan. Tahu mengapa? Dan mengapa publisher seperti JS terpaksa menyerah? Mengapa?
Profile Image for Azizah.
397 reviews6 followers
November 28, 2015
Akhirnya terungkai segala persoalan selama 20 tahun yang cuba ditutup oleh perancangnya.

Ada kisah lucu yang secara spontan dilontarkan penulis, ada debar yang kadang-kala buat KakChik tak senang duduk, ada geram yang tak terluah pada pelaku yang kejam itu. Apatah lagi penamat riwayatnya sungguh mudah buat KakChik hangin satu badan. Rasa tak berbaloi kematiannya yang senang dengan segala kejahatan dan pembunuhan kejam yang dilakukannya.
Profile Image for Ririn Aziz.
801 reviews108 followers
July 12, 2022
4.5 bintang

Nak habiskan 300 muka surat pertama tu ambik masa bertahun-tahun. Permulaan yang agak perlahan mungkin sebab worldbuilding yang agak kompleks.

Tapiiii...lepas jer tahap tu, lajuu jer pembacaan rasa macam tak nak berhenti. Saya mampu meneka beberapa watak, tapi penulis tetap berjaya membina plot twist yang mengelirukan dan memberi kejutan yang tak terjangka. Tahniah! Susah nak jumpa penulisan yang begini sebenarnya.👍👍

Cumanya, sebagai anak kelate, walaupun kebanyakan perincian hampir tepat, tapi bab bahasakan diri aku-kau tu kurang tepat sikit ya. Aku-mung tu biasanya hanya digunakan bila persahabatan dah terlalu rapat. Kitorang lebih selesa guna saya-awak dengan orang yang baru kenal. Nak lebih sopan, ambo-demo.
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
May 27, 2016
Akhirnya, habis jugak baca karya daripada sis Packy Sidique. Beli buku ni kat Pesta Buku Negeri Pahang. Baca review orang lain, terus tertarik nak jadikan koleksi sebab tak rugi pun beli. Sungguh! Bagi saya la.

Terjawab sudah siapa punya angkara semua pembunuhan tu terjadi. Mula-mula, saya teka orang lain yang jadi dalang semua-semua tu, 3/4 nak habis baca, benti kejap sebab tak sabar terus belek muka surat belakang... ok, dah tau dalang sebenar. Sambung balik baca muka surat yang benti tu.

Saya suka doa yang dibacakan di muka surat 457 dan 582.

Novel ni diselitkan unsur-unsur agama, jadi takde la bacaan kosong saja.
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
December 13, 2016
buku terakhir 2016 ,

dah lama dalam simpanan baru tergerak nak membacanya
kisah misteri yang menimpa si penghuni Teratak Karmila ,macam macam jenayah berlaku melibatkannya , berbelit belit juga cerita ni , ramai sungguh watak watak yang agak menimbulkan kekeliruan juga di situ
dah agak si Datuk Khairel ni la mastermindnya ,cuma yang tak sangka tu si hero inspektor shahab pun berkait rapat juga dengan keluarga ini .
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
June 17, 2017
A big wow.. Kagum dengan keupayaan penulis mengolah cerita. Really unexpected ending.

Cerita yang penuh dengan unsur suspen, humor, sinis.. semuanya penulis adun dengan cantik...

Asyik berteka teki siapa dalang sebenar disebalik semua pembunuhan yang berlaku.

Tq cik penulis. Nak basuh kereta dan buka puasa pun tak tenang penangan No 23 ni :-)
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 13, 2015
Akhirnya, terungkai sudah satu misteri..!

Gigih aku baca kisah ni dari semalam lagi.. Selagi tak habis baca, selagi tu la tak senang nak buat kerja.. Tapi kena la stop jugak sekejap buat apa yang patut, kan.. hehhh...

Misteri si kentut juga sudah terungkai.. Akupun dok cari jugak siapa punya angkara... ahahaha...

Lagi satu, tang 'acuan Terengganu' tu.. Dari awal pembacaan, aku tertanya-tanya jugak apa benda la acuan Terengganu tu.. Rasa macam boleh agak tapi disebabkan nama Terengganu tu, tak berani la aku nak confident sangat.. Lama-lama tu dah boleh agak dah.. ahaha.. Lepas tu, masa Akmal bagitau Hakimi pasal ni, memang betul la apa yang aku teka tu.. hehehe...

Tak sangka orang itu punya angkara.. Betul la kata Akmal, kalau dibongkarkan segala-galanya, mungkin banyak lagi kes yang membabitkan orang tu.. Nak tau siapa punya kerja, kena la baca sendiri.. Baca sampai habis dan baca tanpa skip.. Dan jangan sesekali cengelat pi selak belakang sebelum tiba masanya.. hehh..

Pembahagian bab yang berselang-seli corak jalan cerita sedikit sebanyak menjadikan rasa tak sabar nak teruskan membaca.. Pertemuan Pa'an dengan mak Akmal tu buatkan air mata tiba-tiba je menitis.. Ada rasa sebak di situ.. Dan banyak lagi scene yang kelakar, tak sabar, yang manis dan sebagainya dalam naskhah ini..

Penggunaan loghat Penang dan loghat Kelantan tu pada aku sangat menarik.. Seronok tengok Akmal dengan April bergaduh dalam loghat masing-masing... hehe..

p/s: Overall, aku suka kisah ini.. Mujurlah hantu tu bukan hantu sebenar... ahahaha...
Profile Image for Nud-ah Numa.
1 review1 follower
January 21, 2015
tak boleh nak letak selagi tak habis.
tak senang duduk.
memang mencabar minda.
tak rugi beli.
beli sekadar nak cuba kerana ada promosi di pesta buku.
tak menyesal.
novel yang membuatkan kita berfikir, tertanya-tanya, dan suspens.
nak tahu, siapa siapa sebenarnya yang menjadi dalang.
dan kenapa.
novel yang membuat saya terpaksa gagahkan diri untuk membaca dan terus membaca dan membuat saya terpaksa menyelak dan menyelak helaian-helaian sebelumnya untuk flash back balik.
buat pembaca asyik imagine suatu keadaan atau keadaan fizikal wataknya.
dan kejutan demi kejutan menanti.
:) thumbs up!
tak keterlaluan nak kata, tak sabar nak tunggu buku seterusnya!
Profile Image for Anna Lee.
Author 30 books554 followers
January 8, 2016
Awesome! Jenuh bermain teka teki. Ada part tekaan betul, ada part, damn! Salah! Tahniah penulis. 'Acuan terengganu' sangat mengganggu jiwa saya ketika baca novel ni. Nasib baik ada jawapan. Kalau tak selamanya diselubungi misteri.. Hihi.
Profile Image for Rodhiah Rahman.
84 reviews21 followers
June 30, 2016
Awesome. Unputdownable. Unexpected. Spell-binding. Just simply wow. Sangat terasa heronya seorang Akmal. Dan Pa'an. Love the bond between them. Cukup serba-serbi. Tentang kekeluargaan, cinta dan misteri. Kudos to the writer. Highly recommended. I'm quite speechless sampai review pun tak reti buat ayat lengkap.
Profile Image for Fikrib.
26 reviews3 followers
February 8, 2015
No 23 ini merupakan novel kedua penulis,bergenrekan thriller misteri- sub police procedural.Bertemakan perpisahan keluarga ianya diadun mengikut acuan tersendiri dan ada pelbagai rasa yang cukup.Masih mengekalkan ciri-ciri sebuah villa,kali ini Teratak Nur KarmillaTNK).

Saya dapat rasakan elemen kelakar yang berjaya membuat saya gelak,selepas itu satu persatu pertanyaan akan timbul mengenai watak,siapa ni,siapa tu.Unsur percintaan yang sweet rasanya dan yang penting bukan meleret.Penulis juga menerapkan tazkirah agama ringkas dan mesejnya terkesan pada saya.

Yang pasti kalian tidak pasti dan akan berubah-ubah saspek siapakah Bos dalang sebenar yang cuba memadamkan semua hubungkait TNK 20 tahun yang lalu dan ianya akan diketahui pada penghujungnya.Saspen,twist dan peleraiannya akan menjawab segalanya mengenai orang yang pernah terlibat dengan TNK.

Sedikit kekurangan yang saya nampak ada perkara yang kebetulan-kebetulannya agak klise,mungkin pengaruh Bollywood kot namun tak mencacatkan cerita.Kesilapan ejaan/huruf minimun yang boleh diabaikan."sebiji Ponstan 500mg" ini mungkin kecil pada pembaca lain tetapi tidak pada saya.Akhir sekali saya tertanya-tanya dekat crime scene di Malaysia ada ke DOKTOR forensik.

Ok,saya sukakan novel ini dan puas hati membacanya dan meminati karya penulis ini.Menunggu karya beliau yang ke 3.Tahniah 4.5*
Profile Image for Su Zainudi.
182 reviews
August 5, 2025
Pusing punya pusing, rupa-rupanya circle tu jugak.

April menerima kejutan dari arwah papanya. Rupa-rupanya April Nur Karmila ada kena mengena dengan Teratak Nur Karmila. Dan secara kebetulan, satu siri pembunuhan telah berlaku di Teratak Nur Karmila. ASP Akmal terlibat dalam siasatan kes ini. Tapi dalam masa penyiasatan, pembunuhan jadi bersambung pula dan setiap kes akan terkait dengan Datuk Khairel, pemegang amanah bagi harta pusaka Datuk Karim. Di sini la terungkai segala rahsia yang tersimpan lebih 20 tahun lalu antara penghuni Teratak Nur Karmila.

Satu cerita yang menarik dan sejujurnya penulis berjaya distract saya dari watak yang disyaki. Mula-mula dah yakin itu la suspek tapi pertengahan macam tak yakin pula. Ada sikit rasa macam sedang baca sinetron dari negara seberang bilamana setiap positif movement mesti kantoi dengan pihak antagonis tetapi bila movement dari pihak antagonis, elok smooth je berjalan.

Oleh kerana itu, saya rasa saya nak kena cari novel penulis tajuk Bouganvilla la. sebelum lupa, satu cadangan untuk improvement, harap penulis kurangkan describe part atau scene yang tidak penting kerana ia hanya menambah ketebalan buku.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
March 4, 2020
dibaca pada tahun 2020 , sangat rare untuk mendapatkan naskah bergenre sebegini untuk novel melayu . tahniah untul PS . tabik spring untuk anda kerana berjaya menghasilkan novel ini . kagum dan semoga anda terus berkarya ya ..
Profile Image for Muhammad.
13 reviews
June 3, 2025
bismillah. buku ini, aku dah lama hadam cuma, buku ini hilang daripada pandangan ku. karya kak packy Sidique yang lagi satu juga mmg baik! ku kena cari balik buku berkenaan. sesiapa yang genre mystery, siasatan, this is for u. insya'allah taala, mmg tak hampakan.
Profile Image for santira.
36 reviews3 followers
October 15, 2017
penatnya baca buku setebal 764 muka surat ini, tapi puas hati. baca buku ini buat hati berdebar-debar saja, sebab nak tahu siapa sebenarnya pembunuh
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
122 reviews53 followers
May 16, 2015
Sumpah! No 23 memang awesome. Selepas bougainvilla, ternyata buah tangan packy sidique kali ini tetap tidak mengecewakan.

Cukup segala rasa. Saspen, kelakar, sedih, seram. Diadun dengan cukup teliti. Sebuah novel thriller-sub police procedural ditulis pula oleh seorang wanita ini sesuatu yang mengagumkan! Thumbs up!
Penulis melakar cerita dengan sangat teliti, sehingga kau takkan mampu skip. Sebab apa, bila engkau skip engkau akan terlepas point2 penting. Ibaratnya macam kau juga terlibat sekali menyelesaikan misteri ini.

Peleraian ditulis dengan baik. Dan kau akan turut sama pening memikirkan siapakah pembunuh sebenar. Jengjengjeng

Dan. Novel ini bukan semata2 mencari penyelesaian kepada sebuah misteri, tetapi sebuah perjalanan hamba menuju tuhannya. Dalam apa jua yg kita lakukan dlm hidup, kembalilah kepada tuhan. Hablumminallah. Itu adalah antara mesejnya.

Kerana sudah ramai yang tertipu.
Berhati-hati.

Ya, berhati-hati. Kalau tidak, kau juga akan tertipu seperti aku. Hehehehe

Dan kalau tiba2 rasa merinding tu, jangan pelik. Memang normal untuk kau merasa begitu.
Profile Image for Ukail Alwaysz.
8 reviews
February 24, 2015
Well deserved 5 stars from me. Walaupun bahasanya kadang2 akan membuatkan kau bosan.

Tapi sense of thriller itu aku memang respek!!!! For me myself, it has set a new whole level for thriller novel.

Nak mudah, perumpamaannya, kalau kau nak berak, better bawak skali buku ni. Nanti kau merana sebab berak pun nak cepat. Hahaha.

Well done packy.
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
March 5, 2015
Overall okay but for me bougainvillea is still the best...
Permulaan cerite agak bosan sket tp pertengahan cerita semakin menarik...
Cume part yg byk mengganggu sy utk fokus novel ni terlalu byk watak...
Ape2 pun novel ni masih tetap menarik untuk dibace...

To the writer keep it up...
Profile Image for Zuhaira.
47 reviews15 followers
August 13, 2015
Jalan cerita bagus. Ada plot.
tapi tak tau kenapa, bila baca tu tak berapa smooth.
asyik lompat and selak2 muka surat. patutlah boleh habis cepat.

tapi overall..saya suka !!!
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
June 30, 2016
tak boleh nak stop baca novel ni..alamatnya dah tak cukup tidur..huhu..masuf office dengam mood like zombiee.. LOL.. Suprising ending and the story flow is not confusing to me.. Good!
Profile Image for Eta My.
79 reviews1 follower
October 9, 2016
Tertarik ngn novel ni lepas baca review dr Writer Anna Lee.. gigih membaca and finally 2.58 am selesaiiii...Tahniah pada penulis buat saya teruja membacanya sampai xjd keje lain...hehehe
Profile Image for cik_ngoh.
34 reviews
December 8, 2016
Saya jarang baca buku genre macam ni. Buku ni penuh tanda tanya dan semuanya terjawab. Tahniah penulis!! Memang puas hati baca.
Displaying 1 - 30 of 30 reviews