“Pintu ini hanya boleh dibuka dengan Kunci Kristal.”
Sebuah bilik rahsia di Rumah Agam Maharani menjadi sasaran makhluk-makhluk dari Kristaland.
Tiada siapa mampu membuka pintu ini melainkan pemilik Kunci Kristal sahaja.
Tengku Jalil dihantui trauma dan igauan ngeri sejak kehilangan abangnya. Dia perlu mencari Kunci Kristal untuk membuka pintu tersebut demi merungkai rahsia yang dipadamkan dari memorinya. Apakah benar abangnya sudah mati? Atau sebenarnya bersembunyi di alam lain?
Dia tidak tahu di mana Kunci Kristal. Yang dia tahu, jawapan yang mesti dicarinya ada di sebalik pintu rahsia tersebut.
Habis je baca Sayap Berlian, dengan rakusnya sis terus baca Kunci Kristal😅🤩
Cerita kali ini lebih penuh konflik, pembongkaran misteri identiti Kunci Keistal dan kejutan demi kejutan!
Pada awal cerita, Tengku Jalil masih trauma dan berduka akibat kehilangan abangnya. Dia menutup diri selama 3 tahun, seolah menghukum diri atas “kesalahan” sendiri, sedangkan kebenaran sebenar tersembunyi dalam memorinya yang hilang demi keselamatan dirinya.
Kehadiran Elena dalam hidup Tengku Jalil mengubah segalanya, walaupun Elena sendiri terperangkap dalam keluarga toksik dan berusaha melepaskan diri dari belenggu itu. Dengan kelicikan Tok Ku merancang kisah hidup mereka berdua; jalan penceritaan dan konflik nya berjaya diolah dengan baik. Aliran cerita smooth je, buat saya terus terikut dengan emosi watak-watak.
Namun, bahagia mereka diuji, apabila satu peristiwa besar menimpa Elena, (ouh ya, Elena ni ada 6th sense) yang memaksa Tengku Jalil kembali ke Kristaland. Kembalinya Tengku Jalil ke Kristaland, pendedahan isu sebenar -dendam lama, pertemuan dengan mereka yang 'pernah hadir' dalam memori, dan ancaman besar yang menggugat seluruh Kristaland di bawah pemerintahan Ratu Airlea.
Bagaimana dengan hubungan antara Tengku Jalil dan Ratu Airlea -apakah akan ada happy ending buat mereka berdua? Apa pun, sis suka bagaimana penulis menyimpulkan cinta dalam empat penjuru dengan matang... walaupun ada sedih sikit🤏🏼 tapi, tiada kisah cinta yang berlebihan, just nice.
Membaca Kunci Kristal ni buatkan emosi bercampur; ada detik kelakar, ada yang buat sebak, malah ada juga momen yang rasa geram. Watak Ilham & Kirana menghidupkan perjalanan Tengku Jalil, sementara Ollie & Alaric ni terlalu comel untuk dimarahi -kata Tengku Jalil🤣 Tapi, watak paling sis suka kali ni adalah Panglima Zirqan. Kali ni happy ending, tapi liat jugak eyh nyawa si mak lampir Scias tu😠
4.8/5⭐️ Kalau Sayap Berlian penuh dengan pengorbanan; Kunci Kristal pula mengajar kita tentang luka, cinta, dan keberanian untuk bangkit semula.
Membaca buku ini memberi pengalaman pembacaan yang pelbagai. Sedih, mendebarkan dan tersengih seorang. Cerita ni plotnya laju namun memberi kesan emosi yang pelbagai tanpa mencacatkan storyline Character developmentnya sangat baik tersusun dengan konsisten. Ada plot twist yang tak dijangka tapi penulis dah tanam breadcrumbs awal- awal. Kalau perasan memang akan perasan. Tahniah Nur untuk karya swaterbit yang begitu baik ini.