Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kecuali Cintamu

Rate this book
“Haera tak akan kahwin dengan lelaki yang Haera tak cinta.” ~ HAERA

“Perempuan dan cinta hanya akan menyusahkan hidup I. Period!” ~ KARL

Namun akhirnya Haera bersetuju juga untuk menjadi isteri Tengku Karl Hazri. Walaupun pada mulanya mereka sama-sama menolak. Semuanya kerana tawaran Karl yang tidak masuk akal.

“Kita kahwin dan you kejar cita-cita you sampai dapat. I akan support you.” ~ KARL

“You sebenarnya tak nak kahwin dengan I pun. Cuma you terpaksa ikut sebab you nak semua harta Tan Sri.” ~ HAERA

“Salah ke apa yang I buat? You pun tak ada apa-apa perasaan pada I, kan?” ~ KARL

Malangnya perjanjian antara mereka berdua akhirnya terbongkar juga. Haera telah dihalau dan tanpa sedar Karl telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Sikap baik dan ambil berat Karl membuatkan Haera terlanjur mencintai suaminya. Dia terlupa bicara angkuhnya dahulu telah memakan diri.

“I hanya akan jatuh cinta pada lelaki yang menyintai I lebih dari I cintakan dia. You’re not up to that par.” ~ HAERA

Saat Haera membuat keputusan untuk menyelamatkan perkahwinannya, sesuatu berlaku dan telah membuatkan Haera sedar yang dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Benarkah Haera hanya bertepuk sebelah tangan? Atau masihkan ada peluang untuk menyelamatkan perkahwinan mereka?

513 pages, Paperback

First published June 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Shiroe Sherry

13 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (21%)
4 stars
5 (35%)
3 stars
6 (42%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,389 reviews257 followers
July 17, 2025
Sorry penulis, F rasa cerita ni macam penulis rushing, maybe sebab kejar dateline? Tempo dia laju sangat, especially bila ada 4 kisah utama dalam satu buku... it’s a lot to digest and some parts feel like they didn’t get enough depth.

1. Kisah Tan Sri yang berpisah dengan isteri dan anak sulung tapi tak pernah ceraikan. Still bagi nafkah tiap bulan. At the end baru kita tahu sebab sebenar perpisahan tu. Honestly, I wish that was revealed earlier so we could emotionally connect sooner.


2. Haera & Karl dijodohkan sebab family arrangement. Buat perjanjian, end up jatuh cinta. Classic trope tapi sweet! Suka part Karl jealous dengan Faez. Payah sangat nak cakap I love you wife.


3. Dato’ Hamka & Haera... Haera dibawa balik lepas kematian bekas isteri Dato. Haera rasa tak disayangi, siap kena maki oleh mak tiri & adik tiri tanpa Dato tahu. Mujur Haera ni jenis melawan. Bila Haera kena halau baru Dato tahu perangai sebenarnya isteri dan anak tirinya Suria


4. Narsha & Aryan - Narsha yang dulu kekasih Karl, hilang macam tu je sebab Tan Sri, then stuck dalam unhappy marriage dengan Aryan yang insecure gila pasal Karl. This part ada potential tapi macam tak cukup masa nak betul² rasa struggle Narsha tu.


Boleh tak bagi Kaer his own story? He deserves happiness. Lepas mak dia passed away, kesian lak dia stay alone. F faham kenapa dia tak nak stay dengan Tan Sri... luka lama susah nak sembuh. Tapi Tan Sri dah cuba betulkan keadaan and Kaer masih terluka.

Maybe in the next book, can we see Kaer heal? Fall in love? Smile again? F doakan dia jumpa seseorang yang boleh rawat luka dia.

Reader pun ada angan² dia jugak 🤭😁
Profile Image for Cik.
228 reviews5 followers
July 17, 2025
Aku rasa kan penulis stress sebab pembaca asyik tanya bila kisah Karl and Haera ni nak keluar,maka keluarlah Kecuali Cintamu dengan ending yang agak rushing.
Aku baca semua novel and ebook2 Shiroe Sherry sebab penulisan dia kena dengan selera aku.Aku sangat2 nantikan kisah Karl and Haera ni tau.Bila dapat je novel ni,sekali hembus je aku baca sebab tak sabar sangat nak tahu kenapa Tengku Khuzairi "aniaya" ibu Karl.Bila dah sampai ending,BOOM.....barulah terjawab siapa yang aniaya siapa.Part ni sedih,kesian dengan nasib Kaer abang kepada Karl.Tapi tak puas dengan kisah cinta Karl and Haera,tahu2 dah habis.Dah lah dorang PJJ.


Nota untuk penulis Shiroe Sherry: Kalau nanti ada kisah tentang Kaer,tolonglah bagi happy ending untuk dia.
Profile Image for Cutie_pie28.
565 reviews12 followers
July 16, 2025
Arrange marriege.. agak cliche cite nie..

Karl yg hidup ngn ayh - Tengku Khuzairi.. di paksa kawin dgn Heara.. die masih ade ibu dan abg.. tp dorg dok tmpt lain.. masih suami isteri tp dorg dok asing..

Haera nie dulu tggl ngn mak die bila cerai ngn ayh.. lepas mak die meninggal dok laa ngn ayh balik.. tp mak tiri dan adik tk suke dan suke maki hamun die.. tp Haera jenis lawan balik.. record segala kata² mak tiri die..

Mula² Haera tk nk pun kawin ngn Karl.. tp sbb Karl buat perjanjian yg menguntung kn die, trus setuju..

Bila perjanjian dorg terbongkar kt family Haera, mmg mengamuk ayh Haera nie.. sampai halau die kua.. Karl tetap di sisi Haera.. sampai anta Haera kt Stanford.. sedia kn segala yg di perlukn Haera kt sane..

Lepas 2thun, Haera balik M’sia.. die mmg da suka n syg abis kt Karl nie.. Karl pun same.. tp die rase was² sbb ape yg pernah Haera kata kan dulu…

Nnt terbongkar jugk ape yg jdi kt family Karl.. kenapa ibu die terpaksa tggl kn umah tu dgn abg die Kaer.. sampai ke sudah laaa Kaer tu tk trime ayah die.. mmg patut pun.. huhu..
Displaying 1 - 3 of 3 reviews