Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?
“Astalavista loozzer! With double o and double z.”
Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.
Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.
Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram. Do I deserve bimbo?- Elsuraya.
Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.
Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.
“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.
“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” - Puan Rosanna.
Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.
Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.
“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya. “Listen.” – Dani Ikram. “Truth... that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.
Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.
“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.” “Fantasi versus Realiti.”
1. What do you think about all day? 2. What occupies your mind most of the day? 3. What do you think about while praying? 4. What is distracting you while praying? 5. What is the first thing you think about when you wake up in the morning? 6. What is the last thing you think about when you sleep? 7. What keeps you awake at night? 8. What makes you cry? 9. What are you most afraid of losing? 10. What makes you most angry? 11. What causes you the most pain in your life?
Jawapan jujur Dani Ikram dalam buku cacatan dia buat Cik Pah mengalirkan air mata dalam tak sedar. Sakit fizikal dan sakit emosi yang dia alami serentak bukan calang2 tanpa iman yang kuat. Muka hensem habis herot macam alien penangan Bells Palsy. Dia beruntung disaat Allah uji dia dengan sakit itu Dani dikelilingi ahli keluarga yang supportive. Namun untuk dipadam api dendam yang membara di hati Elsuraya bukan mudah. Hanya masa yang diberi untuk mendewasakan orang yang dicintainya menerima takdir menjadi yatim piatu pada usia remaja.
Bukan dia lelaki yang tidak bertanggungjawab tapi kisah sebenar disebalik kematian ibu bapa Elsuraya tiada langsung dalam radar pengetahuan Dani. Insiden kemalangan ini turut menjadi teka teki sepanjang pembacaan. Buat Cik Pah berdebar2 nak tahu kisah disebaliknya. Yang tahu Azad adalah lelaki yang Elsuraya cukup benci dan dendamnya bertahun-tahun tak padam. Namun jika Azad tak bersalah tapi Dani yang patut dipersalahkan, adakah dendam akan terlerai dilautan kasih?
El : Jangan cepat sangat Dani : Jangan serius sangat El : Jangan yakin sangat Dani : Jangan jual mahal sangat El : I'm a bimbo. Remember? Dani : I love bimbo
If you dont want to be forgotten as soon as you are dead, either write things that are worth reading or do things that are worth writing - Benjamin Franklin
I don't need a girlfriend. That was before. I need a girlfriend. This is now. I found one. I drew my heart next to her name.
Itu sebab lambang love dilukis di pelan Elsuraya buat si gadis hangin satu badan. Stage 1 yang berkelajuan 300km/jam
Ya tayyiba Ya tayyiba terngiang-ngiang ditelinga. Alhamdulillah. Rasa bertuah pernah menjejakkan kaki ke tanah haram dan insya Allah akan mengunjungnya kembali. Sebuah kisah penuh falsafah hidup untuk direnung dan diulang baca :)
If we are capable to love unconditionally, we are able to live happily and with grateful.
JJCM RA buat bertambah lah list makanan yang Cik Pah nak cuba, punah program diet atkins ku, cheat day tak habis-habis. Kata Mai, Cik Pah boleh pusing keliling apartment 8 kali. Kata Cik Pah, kipas angin saja yang berpusing okey. ;P
Buku kedua yang buat saya sayang nak habiskan baca tahun ni. And kudos untuk diri sendiri sebab tak selak belakang sebelum baca. :P
20-01-2015
Bertahun-tahun Elsuraya menyimpan dendam terhadap Azad yang kononnya jadi penyebab kematian kedua orang tuanya.
Kata Azad, "Su, if only you knew. You will laugh little and weep much."
Sebenarnya Azad bukanlah lelaki yang sepatutnya didendami Elsuraya, sebaliknya Dani Ikram (Dani) , lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Biarpun perkenalan mereka bermula dengan kisah Bimbo - Mr. Douchebag, Elsuraya senang berhubungan dengan Dani. Namun bila kebenaran terbentang di depan mata, mampukah Elsuraya mempertahankan rasa dalam hatinya atau tunduk kepada dendam yang dipendam sekian lama?
Komen saya:
1. Mula-mula saya memang rasa perwatakan Elsuraya ni agak kebudakan. Ialah, mana tidaknya. Simpan dendam bertahun-tahun bila jumpa Azad dia cuma mampu calarkan kereta kesayangan Azad je? Like seriously??? Haha. Tapi sebenarnya kalau kita mampu selami apa yang nak disampaikan, dendam kesumat tak bawa kita ke mana pun. Bila kebenaran terbukti, Elsuraya cuba sebaik mungkin untuk memaafkan dan melupakan. Biar pun kesabaran teruji sewaktu pemergian ayah mertuanya, Elsuraya masih mampu dan setia berdiri di sisi suami. Tabik!
2. Dani Ikram memang bermulut 'longkang'. Kepantangannya adalah perempuan gedik yang mahu menempel di sisinya. Siapa sangka Elsuraya yang digelarnya Bimbo mampu meruntuhkan tembok hatinya yang selama ini kukuh berdiri? Lebih memeritkan bila ada sejarah pahit yang mungkin memisahkan mereka bila kebenaran terbongkar. Bila diuji dengan penyakit, Dani lebih banyak bermuhasabah diri untuk jadi insan lebih baik. Terkesan dengan kata-kata ni : orang yang baik, objektifnya nak jadi lagi beriman. Orang beriman, objektifnya nak masuk syurga. Ingat mudah? Ingat semua orang yang nampak baik tu beriman? *Dush!*
3. Kesian juga dengan Azad. Cuma tahap kesiannya tak sampai macam tahap kesian kat Tengku Akbar la.. Ahaks. Tapi nak puji dia juga sebab dia rela di'kambinghitam'kan atas kesalahan orang lain. Semangat setiakawan punya fasal, sanggup jadi kambing hitam. Fuh, mujur ketemu juga kebahagiaan sendiri. :)
4. Kali ni macam banyak pulak cameo watak-watak yang dikenali yang pastinya bakal mengubati kerinduan. ;)
5. Dah lama tak rasa perasaan macam ni bila membaca - rasa tenang dan tak rasa nak habiskan cepat-cepat. :) Terima kasih + tahniah buat penulis. Your writing skills really improved. Kudos! Kena bertabah tunggu sampai tahun depanla gamaknya utk next book. ;)
terlalu awal untuk review memandangkan ramai yang belum dapat. cuma yang boleh saya katakan...buku ni berjaya hentikan "kemarau" baca novel melayu saya (without skipping a page!) pencapaian besar tahun 2014. heh! oh... for me personally, this is her best work so far. congrats Rin.
Banyak benda yang selalu buat recently appear dlm bimbo.
♡ Cthnya atkin diet... woha!
♡ Kemudian baru terbaca pasal pangram tetiba ada jugak dalam bimbo. Ayat yg sama pulak tu. Kagum betul!
>the quick brown fox jumps over a lazy dog
♡Rupanya kebas2 muka tu nama dia bell's palsy. Selama ni tgk patient yang ada sakit saraf tu just ingat sakit saraf biasa... x tau istilah perubatan sebenarnya.
♡Rasa nak pergi mekah secepat mungkin after baca penceritaan ibadah umrah dani & el. Tapi... sbb takde mahram, kiv dulu.
♡ pentingnya pengurusan sewerage demi menyelamatkan ikan haruan! epic sungguh. ini serius lawak.
bagi saya, kisah bimbo adalah ringkas seringkas tajuk yang mempunyai 5 abjad. tapi penceritaan yang padat dengan isi membuatkan ceritanya penuh dengan keterujaan. once u flip, u nak flip lagi utk tahu ending.
bimbo akan ajar kita apa itu forgive and forget. bimbo juga akan memberi sedikit selingan apa itu saham bagi setiap tindakan yang diambil. sbg contoh apa yg dani alami menerusi penulisan jurnal harian beliau.
for lovely birds... before kahwin... fikirla: are we really capable of loving unconditionally? jawapan takde dalam bimbo tapi cara nak justify, mungkin boleh faham selepas baca bimbo.
last but not least... tagline si dani,
♡♡ you have to be cruel to be kind.
for me, the tagline ajar kita utk lebih baik bersikap jujur dan berterus terang walaupun pahit utk diterima. efek dia ada pada semua stakeholders apabila kita buat satu2 tindakan.
done my review. sorry for bahasa rojak. I do enjoy my reading. harap2 ramai yang dapatkan naskhah ni. byk input boleh dapat. kalau I tulis semua kat sini, nnt mcm x thrill pulak.
happy reading.
p/s: tahniah and thank you rin ahmad sebab tulis novel yang terbaik ini.
Secara keseluruhan kisah ini mmg sgt mendera emosi adakalanya rasa nak baca pelahan-lahan biar lambat abis dan ada masa tak dapat nak menahan diri dari menyelak terus ke muka surat akhir,tapi no point sbb kena selak balik ke bab sebelumnya.Rasa mcm menyusun kepingan2 puzzle je.
Kisah yg memberi rasa insaf dan rasanya diri sendiri pun perlu menjawab soalan-soalan yg ditulis di dalam diari Dani itu ermmm....
TBC
P/S susah nak letak komen kalau buku yg best sgt tak reti nak luahkan apa yg dirasa padahal bykkkkk sgt idea dlm kepala ni
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Anyone can recommend novel which Rin Ahmad's novel should I read next? First time baca novel Rin Ahmad. Now I understand why she has many devoted followers. Walaupun jalan ceritanya agak sempoi, pengisiannya padat. Tak perlu tulis beribu-ribu muka surat, tapi pelbagai rasa semuanya ada. Boleh dikatakan, cukup serba-serbi. Apa yang boleh diperbaiki adalah penggunaan ayat-ayat Bahasa Inggeris yang agak mengelirukan. I had to read the same sentence two or three times to understand apa yang cuba disampaikan. Mungkin the choice of word tu kurang sesuai.
ok daku xtido lgsg mmg harus kerja esok mata sembab gila.. start 23pm the end 5.01am penangan BIMBO tak boleh berhenti baca selepas usd MB rasa ini karya yg terbaik RA ramai dah rate berbintang2 n riview yg woww.. tipu la kalo MB kata tak terganggu dgn penggunaan bahasa inggeris dlm BIMBO ni melambatkan cikit pembacaan MB hehehe tapi mmg best mcm2 MB jumpa dalam ni part apa yg dani alamai BP tu serius mmg tabik spring2 la kat RA
yes with double Y and double S kih kih kih ...terpengaruh sudah ayat Dani Ikram.... TAHNIAH buat Rin Ahmad....BEST BIMBO with double B and double T ;)...
Nak jadi orang baik mudah Nak jadi orang beriman bukan mudah
Ya inilah yang disampaikan dalam naskah BIMBO oleh penulis.
Dani Ikram dan Elsuraya kisah hidup mereka sentiasa berkait dengan kisah silam. Hanya dengan perkataan ''Astalavista lozzeer!With double o and double z''. Itu ayat yang takkan dilupakan oleh Elsuraya sampai bila-bila dan malangnya Azad yang menjadi mangsa.
Siapa sangka pertemuan pertama Dani Ikram dan Elsuraya dekat Tasik Titiwangsa hanya dengan perkataan Bimbo membawa mereka kepertemuan seterusnya. Dimana syarikat yang Elsuraya bekerja, membuat kerjasama dengan syarikat Dani Ikram bekerja. Disini la hubungan mereka semakin akrab bilamana Dani dah mula dengan fasa pertama jatuh cinta pandang pertama pada Elsuraya. Macam-macam ayat 'gula-gula' Dani guna untuk ikat Elsuraya ke fasa ke dua iaitu bertunang.
Tapi malangnya untuk ke fasa ketiga hubungan mereka menjadi macam ada yang tak kena bila rahsia terbongkar.
-apa yang terjadi? -siapa Azad? -siapa yang tuturkan kata yang mengguris hati Elsuraya? -adakah Dani si Mister Douchebag menjadi pilihan Elsuraya si Miss Bimbo atau Azad?
Memaafkan bukan mudah. Memaafkan perlukan kekuatan. Memaafkan adalah sebuah pencarian.
Miss Bimbo versus Mister Douchebag. Fantasi versus Realiti. bacalah kisah dalam buku ni...saya rekomen...
lagi satu watak cemeo yang ada cukup membuatkan kita ingat pada mereka. Sambungan watak Lidya dalam Untuk Semua Dosaku cukup puas hati. Tapi bila Lidya ceritakan balik tentang Durrah dan Darling..saya takkan lupa sampai sekarang tentang kejadian tu yang buat saya rasa sebak sangat.
terima kasih buat penulis untuk:- - bell pasly sbb baru tahu apa dia penyakit ni -tempat-tempat peranginan yang menarik sehingga buat saya rasa macam saya pun melancong sama..Suka cerita kat Brunei yg melaksanakan hukum hudud. -paling best bila cerita Mekkah dan Jeddah...seronoknya...doakan saya juga akan sampai sana suatu hari nanti -bagi motivasi, pada saya
Harap ada lagi karya Rin Ahmad dimasa hadapan. Selamat maju jaya buat penulis.
mula2 tau pasal BIMBO..apa tu bimbo?? bila dah baca baru ku tau..satu ayat yg kejam utk seorg perempuan..
tp dari ayat tersebutlah perkenalan Dani n Elsuraya bermula. mmg Dani bila dah suka..terus propose..x heran lah walaupun kat kedai mamak..disebabkan El yg mengatakan ada super someone yg nk masuk meminang..terus Dani terjah dulu rumah mak saudara El..tp x sngka rupanya super someone tu bff Dani si Azad..
dan bermulanya kisah antara Dani-Elsuraya-Azad dan rahsia yg terselindung..
rasa sedih sgt bila Dani kena Belly Presly..nama penyakit mcm comel..tp boleh ubah muka mcm alien..dah lah time tu rahsia tu dah terbocor..dgn nk hadapi kemarahan El lg..tp rasanya kalau xde penyakit ni..Dani dah berjaya dah pujuk El...tp terpaksa Dani berdiam diri selama setahun..
setrusnya baca lah sendiri..tp mmg kesian2 kat dlm watak cte ni..kejap kesian kat El..lps tu kesian kat Dani..lps tu kesian kat El balik..haha..
wohaa start Bimbo from 630pm until 1230am semata mata penangan kerana penangan karya baru Rin Ahmad ni ..hasilnya memang langsung tak mengecewakan .
kisah mengenai Elsuraya anak yatim piatu setelah kematian ibubapanya akibat kemalangan . astalavista loozer! with double o and double z ! kerana kata kata itula bertahun tahun kot Elsuraya mendendami Azad diatas kesalahan org lain yakni si Dani .
Dah gugel douchebag. kejamnya .Do I deserve that? - Dani Ikram Do I deserve bimbo? - Elsuraya
hahaha permulaan perkenalan dimulai dgn masing2 ade nama gelaran :p sinis beb lama lama perasan cinta berputik sampai si Dani ishh tak romantik langsung kot hadiahkan washlet kat El . tetapi kerana kelainan Dani itula yang membuatkan hati El tertarik sehingga dia menolak Azad yang pada mulanya dipersalahkan atas kemalangan yg menimpa keluarganya . kata Azad - Su , if only you knew . You will laugh little and weep much .(if you choose Dani). .
babak2 yg menggamit perasaan saya : - waktu di Korea ketika rahsia Dani terbongkar , tatkala mereka berdua bermain game Truth or Dare . sewel, ,naughty and lastly sedih gila kot bila El tahu perkara sebenar waktu ni - waktu di Brunei hehe so sweet main teka teka sambil buang pakaian erk hahaha utk yg berkahwin saja yea . - paling sedih saat kembali ke KL after honeymoon , mereka dapat berita sedih bapa Dani heart attack , dan Dani menyalahkan El sbb lmbt dpt taw berita ni siap Dani jerit kuat kt El dan kata you're such a bimbo . sentap mak oii .
walaupun begitu dun worry happy ending yea :) puas hati sgt .
so far i baca buku RA, ni paling angst tak expect takdirnya bersimpul mcm tu😔
Elsuraya yang composed berdikari simpan dendam dengan Azad sebab baginya Azad penyebab parents dia mati. Bertahun dia tunggu Azad sebab nak 'bunuh' Azad pulak. Bertemu dengan Dani si douchebag yang bimbokan dia waktu first meet. Dan rupanya Dani kawan baik Azad. El tersekat bila Aunty Asmat, ibu Azad nak bermenantukan dia. Dani bila dah tahu El ada 'super someone' dia takkan mengalah. Tapi takdir El dan Dani bukan semudah yang disangka.
i bukan jenis suka instant love tapi RA knows what she didddd Dani and Elsuraya what a couple!!! sumpah nak laki mcm Dani aaaaa his effort bayangkan jenis tak suka perempuan tapi Elsuraya punya penangan fuhh tergolek golek member dibuatnya🤣 Imagine dah sediakan house and perabot semua edition khas dari japan untuk diorang when they were not even in relationship yet. everytime baca buku RA hits like a home and scene kanwin diorang sumpah cantik gila weh😭😭 macam my dream wedding eiii even cerita ni i baca after 10 tahun terbit tapi vibe classic kaya dia mmg rasa fresh, vibe Jeddah, Brunei, Seoul semua tu pon mmg lurveee
you know RA writing yang akan selitkan knowledge and sharing yang sememangnya selalu buat i amaze. kalini dikongsi pula mengenai Bell's Palsy, kesian Dani'((
apapon i love this bookk, def i love Dani and Elsuraya!
Elsuraya memilih untuk berdendam dan juga memilih untuk tidak memaafkan yang pastinya tak akan menguntungkan sesiapa. Bertahun lamanya malah ianya memakan diri sendiri. Dendam kepada orang yang salah. Jatuh cinta pada orang yang salah. Takdir seolah-olah telah menentukan jodoh Elsuraya dan Dani.
Ternyata bukan salah sesiapa tetapi Elsuraya memilih untuk sandarkan kesalahan itu ke atas orang lain. Yang betulnya dia susah nak terima takdir dan keraskan hati untuk memberi kemaafan. Dani yang yakin dengan pilihan hati sesekali tak akan lepaskan Elsuraya. Masa yang menjadikan seseorang itu matang. Bell’s Pallsy yang menjadi penyumbang keyakinan Dani untuk meneruskan hidup dan juga rahsia untuk Elsuraya simpan sebagai bekalan keyakinan untuk suami.
Dalam banyak-banyak cerita penulis RA, yang ini paling pain sikit rasa sakit tu & agak roller coaster rasa emosi. I lurveeee the storyline, Elsuraya & Dani.
‘May one day I can say I love you soo muchh, with double o and double h.’ - Dani yang tengah hidap penyakit Bell’s Palsy (luah perasaan dalam diari) tanpa pengetahuan El.
‘I love you soo muchh husband, with double o and double h.’ - Elsuraya yang dapat tahu Dani hidap penyakit Bell’s Palsy tapi Dani tak tahu El tahu 🥲
Kerana BIMBO... ku merating atas dasar perbandingan dengan karya2 RA (USD, GET, Arluna)... dan USD masih diatas.
Aku hanya tertangkap dengan BIMBO pada separuh masa kedua. Ketika Dani disahkan mengidap Bell's Palsy serentak bila Elsuraya mengetahui penutur sebenar "..... with double oo dan double zz".
Juga ketika Elsuraya dilemparkan tuduhan sengaja menyembunyikan Wassap notifikasi bapa Dani yang ketika itu sedang tenat. Tuduhan yang menyebabkan Elsuraya dipinggirkan suami sendiri selama 2 bulan.
Cuma.... kali ini pemecahan pentas plot Brunei-Malaysia-Jeddah yang dijadikan Brunei-Jeddah-Malaysia agak 'terbabas'. (for me)... plot di Malaysia ketika seluruh keluarga menyalahkan Elsuraya kerana Dani tidak berkesempatan berjumpa dengan arwah ayahnya kali terakhir adalah kemuncak untuk BIMBO. Bak kata Dani... "El, kisah di Manjung dulu dan kisah hari ini. Kosong-kosong. We are even. We are evil in fact".
Dan ketika Azad bersemuka dengan Dani sejurus selepas itu "Sia-sia aku lepaskan Elsuraya kalau kau tak percayakan dia..... Betul aku cakap. Kalau Su pilih kau, she will definitely laugh little and weep much."
Itulah kemuncak kepada segala dendam Elsuraya kepada si double oo and double zz ditambah lagi bila mengetahui mertuanya lah yang melanggar kereta ibu-bapanya pada malam kejadian.
Sayang sekali...
CP;
I vote for Lisa-Azri over Dani-Elsuraya....muktamad.
Takda part yg saya tak suka. I devour every word written. Stayed up all night, on the eve of 2015. Worth every second spent. Susah dah nak jumpa buku that can beat BIMBO untuk 12 bulan akan datang.
The journey of Dani Ikram and Elsuraya is so beautiful.
The lil journal entries about Bell's Palsy were so heart-wrenching. Made me cried buckets. I learned something new, thanks to you.
Dani Ikram, you've beaten my Joe Jambul. Lol.
The characters are so amazingly written. Bacalah sepuluh kali pun (which I, did) tak puas.
You've always been my favourite writer, Ms. Rin. You'll remain to be so for years to come. Hehe. The best book from Rin Ahmad so far. Sorry, USD!
"We love ourselves even after we made so many mistakes. So, why do we hate others for one or two mistakes they have made?"
Thank you starting my new year with such a beautiful story.
I love BIMBO soo muchh, with double o and double h.
*I'm not good with reviews and it's very rare for me to give reviews. But as this book hits so many right notes (and being close to perfect), so it's worth a try.*
bahan bacaan yang amat dekat di hati. Dani yang terlajak sempoi, El yang terlebih beku. berbeza dengan lambakan novel dipasaran, kalo sesiapa Cari kisah anak pemilik syarikat yg harta ribu riban... kereta mewah berbondong- bondong... dalam Bimbo ni tak Ada ya. Naa...
kisah bagaimana cinta bertukar benci. marah bertukar rindu. kisah tentang orang kebanyakan...kisah yang mungkin sering Kali terjadi di kalangan kita. untung ml membaca bimbo Kali ni sebab... sama dengan musim haji.. bertambah pulak keinginan yg satu ITU turut mahu serta.
kurangnya bimbo PD Mata ml.... pendek. x puas rasanya menhayati erti memaafkan.. erti sabar... erti kejujuran dalam bimbo... skill flash back langsung x ganggu gugat perjalanan bimbo. rasanya ASD dulu terngadah sikit kot. tapi Kali INI tak... Dan ngan malunya ML mengaku ML suka pada Dani ...
penceritaan Dan pengajaran yg RA Cuba sampaikan, seiring. mmg x rasa macam... novellah sangat... tetiba pulak rasa macam nak jadi elsuraya.... hemmmmm...... rate:5
Hmmm... Nak review tak nak ye... Hmmm... Okey, start with a couple of setbacks. Dua je, memang tak banyak. The flashbacks which are a bit confusing, and a few grammar glitches (which most of the time i ignored because i love the storyline so much). The rest... I love it. Every bit of it. Dani's insecurity... Elsuraya's insecurity... Azad's gentleman's acceptance of what his family decides for him. And his friendship with Dani... And the one i love the most is how maybe, just maybe, Bell's palsy Dani yang mungkin menjadi kafarah dosa untuknya sebab mulut tu tak terjaga sebelum ni, main cakap ikut sedap je. That, for me, is deep. And of course, every place description is impeccable, thank you writer...
cerita pasal Bells Palsy sangat dekat di hati.. masih teringat bila ayah disahkan kena Bells Palsy.. cuma yang nasib baik, hanya mata yang effect. bahagian muka yang lain ok. sekarang pn, ayah masih pergi buat fisioterapi.
Selesai sudah pembacaan BIMBO...tajuk yg sgt2 buat saya rasa teruja utk memilikinya! dan ia mmg berbaloi!!
okey...rata2 yg membaca BIMBO memberikan berbintang2 dan itu buat sendiri faham apa 'isi' BIMBO ni! tajuk yg gambarkan apa dan bagaimana karekter BIMBO...dan didalam BIMBO kita tau jawapannya! saya pun baru tau apa itu BIMBO...huhu
Keseluruhan? RA tk prnah menghampakan! citer yg bagus dgn isu dan isi yg berbahasa mudah dan telus...bolehlah dptkannya utk rasai dan alami sendiri k! ^^
super ohsem. super dinanti. dan superb! mengenali maksud bimbo, douchebag dan bell's palsy dgn lebih mendalam.... apatah laie muncul kelibat2 mereka yg sangat dirindui. ahaks...
I've read Miss Amerikano before this book, so yeah i kinda know the vibes and what to expect from this author. Loving every piece of it! Dani and Elsuraya, what a couple.
Okey ini adalah novel ke 3 yang aku baca karya rin ahmad. Walaupon novel ini dh agak lama, tapi ianya masih boleh dihadam bagi aku.
"Astalavista Loozzer with double O double Z". Kata2 yang sering diingat oleh Elsuraya setelah kehilangan kedua orang tuanya akibat satu tragedi. Elsuraya berdendam kepada Azad yang disangka orang yang menyebabkan tragedi itu.
Perkenalan singkat antara El dengan Dani ketika Dani membimbokan El. Tidak ingin kalah El mendouchbagkan Dani. Pertemuan yang membuahkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.
Tanpa sedar, syarikat tempat mereka bekerja ada melakukan satu kontrak untuk sebuah projek. Dan di situ mereka perlu sentiasa bekerjasama. Dan bermula pada itulah bibit2 cinta telah bermula tanpa sedar ada satu rahsia menanti mereka.
Azad merupakan teman Dani. Manakala El hendak dijodohkan dengan Azad. El tersepit antara Azad dan Dani. Yang mana dia perlu pilih. Hatinya terang2 memilih Dani kerana dia lebih berdendam kepada Azad tanpa mengetahui hakikat sebenar.
Saat mengikat pertunangan, rahsia lama telah terbongkar. El kecewa. Dani diserang Bell's palsy. Tanpa mengetahui keadaan Dani, El mendiamkan diri. Dani menjauhkan diri hingga ke Jeddah. Setelah setahun Dani kembali untuk mengikat El menjadi isteri. Pabila rasa cinta mengatasi dendam, El terima Dani.
Cuma adalah sesetengah part yang aku rasa agak meleret. Mungkin bagi aku. Orang lain tidak. I dont know. Haha. But overall okey. Aku masih mampu terima novel ni compare to Arluna. Mungkin sebab kewujudan Arluna lebih lama daripada Bimbo.
Nak kata suka sangat, tak de lah sampai tahap tu. Nak kata tak suka, ada part yang boleh terima.
Penulis ada letakkan watak2 dari novel terdahulu (mungkin lebih dari satu) tapi dengan kapasiti yang limited dalam minda ni, tak boleh nak ingat sangat. Cuma kalau tak silap ada watak dari Gadis Edisi Terhad tapi kalau nak dicerita semula, memang dah lupa lah.
Ada dua perkara yang membuatkan yuni geram, marah dan mungkin ada cemburunya. 1. Cemburu pada watak2 yang dapat tinggal di Bumi Haram dan buat umrah anytime they want. Ya Allah, beruntungnya. Semoga yuni dapat ke sana juga satu hari. InsyaAllah. Even just watak rekaan dan hanya diceritakan, tapi otak dah bayangkan betapa indahnya suasana di sana.
2. Don't worry, yang part ni takde cemburu pun. Just marah dan geram je. Kalau tak silap, antara komen yuni dalam novel Gadis Edisi Terhad, ada cakap part tunggang terbalik cerita. Memangnya penulis gemar buat sebegitu yek? Yuni dah dapat feel untuk menghayati part ayah Dani meninggal, tup tup mereka dah terbang ke Jeddah. Haik? Guna pintu Doraemon ke? Dah seronok dengar cerita kat Mekah, tiba2 patah balik ke kisah di KL. Dear author, congratulation. You did a good job to kill my mood! Nasib baik yuni ni jenis geram mana pun, still akan cuba sedaya upaya untuk habiskan. Kalau tak, memang dah tinggalkan aje. Tak silap lah KIV dulu buku ini even dah beli berbulan.
What can I say?a masterpiece from Rin Ahmad will never disappoint the readers...although entitled BIMBO,it is definitely way opposite...full of knowledge...it is one of the best among all her novels...you must get a copy of it today.definitely...
Mengisahkan Elsuraya yang berdendam dengan seorang lelaki sebab dia percaya lelaki tu punca kematian mak ayah dia. Dia sangka Azad yang bersalah, tapi sebenarnya Dani Ikram, lelaki yang dia cintai yang terlibat tanpa sengaja. Lagi rumit, Azad kawan baik Dani dan Azad pula simpan rahsia sebab tak nak lukakan dua-dua. Bila rahsia terbongkar, Elsuraya tersepit antara cinta dan dendam.
Elsuraya, seorang anak yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Tak mudah untuk menjadi sekuatnya, terpaksa berdikari dan mengharungi kehidupan di Kuala Lumpur sendirian. Tapi ada sisi perwatakan Elsuraya yang masih kekanak-kanakan and I faham, sebab dia kehilangan ibu bapa time usia remaja. Their lost membuatkan dia hilang arah dan dihimpit rasa bersalah atas kematian mereka.
I suka sangat cara penulis potray karakter Elsuraya yang memang bukan jenis mudah menyerah. Orang nak dekat pun rasa seram je, macam ada tembok besar susah sangat nak tembus! Tapi Dani Ikram… Oh my, kalau dia wujud dalam reality, confirm bad boy weh! Mulut laser, cakap tak fikir, especially bila dengan perempuan. Tapi imagine, lelaki yang keras macam tu boleh berubah 180 darjah bila jumpa Elsuraya? Goyang lutut dia, semua ego hilang! I pun goyang dengar part dia flirt!
Ayat flirt Dani dekat Elsuraya, semua Elsuraya tepis dengan cool je. Tapi Dani tak pernah give up! Sampai part sedih, I rasa macam… tak tahu nak cakap apa. Kesian sangat tengok Dani. Sebab walaupun dia tough, deep down, dia pun ada hati dan perasaan.
kesian jugak dekat Elsuraya, sebab her past keep chasing her and their relationship isn’t easy. Dia terpaksa hadap semua tu, dengan rasa bersalah dan dendam yang tak pernah hilang. For me, I rasa macam Elsuraya pun berjuang dengan perasaan dia sendiri. antara nak move on dan tak dapat lepaskan apa yang dah berlaku. It’s tough for both of them, sebenarnya.
Overall, I LOVE BUKU NI! Korang try la cari buku ni idk buku ni senang dapat ke tak since ni buku Rin Ahmad. Tak semua maaf mampu sembuhkan, kadang cuma penutup pada luka yang tetap berdarah dalam diam.
Setelah berhari hari selalu distracted dengan kerja rutin hakiki, finally dah habiss😭 Aku tak pernah baca mana mana karya RA and baca Bimbo ni pun without any expectations but surprisingly buku ni sedapp?? omgss i lovee this book!
Banyak benda yang buat aku rasa sakit gila dengan plot cerita buku ni. Dari first meet Elsuraya dan Dani semuanya smooth je i baca pun banyak giggles sebab Dani punya flirty and naughty sumpah mintak kena lempang sebab mamat ni hot namamps jdkshshs. Elsuraya and Dani punya banters sangatlah cute untuk definisi orang dewasa bercinta yang sangat matang. Diorang punya marriage life pun tak cringee eeii sukerr🫶🏻
Part yang rahsia sebenar terbongkar tuu aku punya emo teruk baca buku ni (ayu jela tahu aku merentan kat dia cemana haha) i was so desperate for them to get back together but— they canttt😭💔💔 the pain? the angst?? sheeshh sakit nokk all the flashbacks and the Bell’s Palsy diary— Dani punya pov sumpah sedehh ‘(((
I just love how Dani punya character development berkembang dengan sangat baik. Sepanjang dia not in relationship with Elsuraya, dia banyak muhasabah diri sendiri untuk berubah jadi lebih baik dan matang. Dikelilingi family yang selalu support masa low self-esteem Dani merudum gila. And the way Elsuraya and Dani found closure — facing their past with honest, heartfelt communication — what a beautiful ending🥹🤍
Another thing yang aku suka pasal buku ni, cara RA describe secara details setting tempat macam kat Seoul, Brunei, Jeddah— just nice. Rasa macam tengah ikut bercuti honemoon sekali hshs. Paling suka scene Elsuraya dan Dani buat umrah. Rasa membuak buaknya nak pergi sana🥹🤍
Honestly, first time checkout buku ni sebab ingatkan buku ni rom-com or light romance camtu sebab tajuk dia bimbo haha tapi guwe discamm sumpah tak expect buku ni sedih😔 Awal awal tu rasa macam slow sikit but still keep going sebab awal lagi nak rasa bosan. Lama lama plot dia mula rasa best dan dapat rentak dengan gaya penulisan RA yang pada mulanya a bit awkward for me tapi lama lama dah boleh adapt and im really enjoy it.
Tak pernah tak terkesan bila baca BIMBO. Tak pernah tak menitiskan air mata baca kesakitan Dani bermula saat diuji. MasyaAllah, menusuk di hati. Terima kasih RA kerana menjentik hati ini walau hanya dengan secebis ayat.
Garapan yang kemas, seperti biasa. Tak dapat disangkal. Keperitan El diolah dengan baik. Kesakitan Dani. Kekemasan watak antara El dan Dani. Saya suka. Minus part layanan Dani setelah membawa jauh El ke Jeddah. I hate that part. Punca segalanya bukan ke bermula dari arahan Dani; 'no handphone?'
Rereading this because according to RA, A NEW BOOK IS COMING!!
************************************
Review on April 17, 2015
Dah 5 bulan publish, dah 3 kali khatam, barulah dapat hidayah nak tulis review. Nampak tak betapa susahnya nak hadam isi Bimbo ni? Heh. Pada aku, keseluruhan kisah Bimbo ni boleh diringkaskan dalam satu ayat Quran.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kisah Elsuraya-Dani dimulakan dengan scene Dani mem'bimbo'kan El dan El men'douchebag'kan Dani. Siapa sangka, Dani si douchebag tu rupanya klien bagi projek yang diuruskan Elsuraya? Dan siapa sangka Dani nak jatuh cinta dengan seorang bimbo?
Tragedi hitam dalam hidup El menyebabkan dia berdendam. Berdendam dengan pembunuh mama dan papanya, Azad. Dendam punya pasal, El dengan selambanya mencalarkan kereta Azad. Tapi, benarkah Azad? Mamat geek yang cuba dijodohkan dengan El?
Bagi Elsuraya, Dani hanyalah sekadar sebuah fantasi cintanya. Siapa sangka, fantasi yang dicipta rupanya mampu menjelma menjadi realiti? Tapi sayang, realiti yang tercipta, pahit belaka. Pahit bila akhirnya kebenaran telah terbongkar.
Siapa Dani Ikram sebenarnya? Siapa pembunuh ibu bapa Elsuraya?
Fuh, tutup buku. It takes me three times to finally understand the content of this book. Phew! I feel so blessed. Bilamana setiap persoalan yang timbul, aku berjaya jawab. Walaupun sedikit lari dari konteks kisah cinta Dani-Elsuraya. Bilamana setiap pernyataan yang dibuat, berjaya aku hurai. I learnt a lot from this book. Thank you Kak Rin for this masterpiece. May Allah bless.
Last thought, what makes a bimbo a bimbo? Is it really a beauty without brain? Or, it is actually someone who has brain but tried so hard to change each flaws on her body to make her a beauty?
1. Fuh!! This is the best masterpiece that i've ever read from u sis 2. This is not just a love story between a man & a woman..it is more than that 3. About BP, i really do not know that this kind of thing really exists..tq for introducing it to me 4. While reading this book, i actually cried at chap 51..then happy just for a while & sad again 5. BRAVO to u sis..really really really love this story & before i forget i love this phrase "strong person will not walk away from the people who hurt them. They will forgive because forgiving is their way of taking care of themselves"