What do you think?


Bandaraya Bougainvilla
Aku pernah pintal kabus
menjadi awan yang indah
untuk tatapan
aku pernah menghimpun titisan hujan
sebanyak mungkin supaya
aku dapat melihat pelangi
selepas usai hujan
dan bila malam
di bawah bulan penuh
terlihat wajahmu sayang
aku pernah mengait
benang air mata menjadi pakaian
yang membaluti tubuhku
siang dan malam.
menjadi awan yang indah
untuk tatapan
aku pernah menghimpun titisan hujan
sebanyak mungkin supaya
aku dapat melihat pelangi
selepas usai hujan
dan bila malam
di bawah bulan penuh
terlihat wajahmu sayang
aku pernah mengait
benang air mata menjadi pakaian
yang membaluti tubuhku
siang dan malam.
107 pages, Paperback
Published January 1, 2014
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
December 17, 2014
Embun memerhati dari kacamata seorang perempuan yang hatinya penuh rusuhan dari orang-orang yang ada di sekelilingnya. Bandaraya Bougainvilla mencemaskan saya, kerana jika suatu hari nanti penulisnya sudah menemui rahsia 'arsitektur' puisi, kita yang berkunjung ke rumah puisinya barangkali terlebih dahulu menangis di pintu masuk. Teruslah membina rumah yang separuh siap ini, kerjakan dengan kesungguhan.
July 15, 2021
Bot Berlayar
Macam mana kau lanyak-lanyak aku dulu.
Fikir.
Macam mana kau buang-buang aku dulu,
Fikir.
Macam itulah aku
hidup sekarang.
Berhenti berfikir dan belajar menerima takdir.
Macam mana kau lanyak-lanyak aku dulu.
Fikir.
Macam mana kau buang-buang aku dulu,
Fikir.
Macam itulah aku
hidup sekarang.
Berhenti berfikir dan belajar menerima takdir.
December 25, 2014
Mula-mula 2.5. Sampai tengah-tengah 3. Tiba-tiba muncul yang terakhir itu, yang tiba-tiba tertusuk di sanubariku, ok lah 3.5. Aku selalu percaya penyusunan puisi yang betul, yang mana datang dahulu dan yang mana datang kemudian, adalah satu strategi yang bagus bagi meninggalkan sesebuah buku puisi itu untuk tetap tinggal di hati.
November 9, 2015
Sebagai seorang pemula dalam seni puisi ni. aku xdak kata-kata yg mampu terukir di kertas ini. Penulis ni banyak mengetengahkan tema kesedihan luahan dalam kehidupan. Gaya bahasa pada buku ni ringan adakalanya rima ada terikat dan ada yg tidak terikat. Semoga dgn puisi ini bole jadi ilham kepada aku
December 17, 2014
Rasanya di Insta puisinya, kata-katanya lebih dekat dengan aku. Atau mungkin sahaja aku ini terlalu memilih.
January 4, 2015
Himpunan ini tidak berjaya menyambung kait kata-katanya dengan rasa-rasaku.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews







