Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suamimu Bukan Suamiku

Rate this book
Cukup. Bodoh itu cukuplah sekali. Dia berikan segalanya atas dasar kasihan dan perkongsian dalam perkahwinan. Tapi yang dia dapat, adalah pengkhianatan.

​Lelaki itu tak pernah rasa susah, sebab selama ini, yang jadi provider dalam perkahwinan mereka, adalah dia. Tapi sekali setianya diuji, maka jangan harap dia adalah orang yang sama lagi.

“Jangan salahkan saya kalau layanan saya kepada awak selepas ni tak akan jadi sama lagi. Dan ingat, kalau suatu hari nanti awak jatuh sakit, jangan cari isteri tua ni.” -NATRAH

Hati dah tawar. Perasaan pun dah semakin hilang. Yang tinggal mungkin hanyalah dendam.

“Abang nak, esok Ara pergi ke bank, Ara selesaikan semua bayaran yang tertunggak tu, dan bawa balik kereta abang. Itu aje yang abang minta.” - ILHAM

“Sekarang ni, abang bukan milik Ara seorang aje. Ara kan berkongsi suami. Jadi, Ara tak mahu setakat kongsi suami aje, apa salahnya kalau dia kongsi hutang-hutang abang tu sekali?” -NATRAH

Namun, ketika suaminya ditimpa musibah, dia diminta untuk berbakti meskipun hati suami bukan untuk dia lagi.

“Nah! Mak tolong hantarkan suami kamu. Kamu jagalah dia. Ini tanggungjawab kamu. Kunci kamu ke syurga.” -PUAN SAODAH

“Kau balik ni, kau beritahu mak kau, pergi cari duit. Suka hatilah dia nak cari duit macam mana. Kalau taska dia tu tak untung, mungkin dia dah boleh mula jual nasi lemak dekat tepi jalan, atau jual aje maruah dia tu!” -DHIRA

Dia tak pernah mengharapkan akan munculnya hero kedua. Tapi lelaki itu hadir sebagai pendengar ketika dia perlukan telinga.

“Lain kali jangan buat apa-apa sorang-sorang. Tolong libatkan abang.”- FIKRY

Mungkinkah ada bahagia lagi untuk dia, atau yang ditakdirkan hanyalah derita?

310 pages, ebook

Published July 1, 2025

2 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Rissa Ahdiya

44 books278 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (44%)
4 stars
5 (55%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
July 26, 2025
Baca kisah rumahtangga Natrah ni memang laju je habis. Drama dia macam rollercoaster tak ada brek, cepat giler F habis baca

Natrah ni dia yang jadi provider untuk family, tapi laki dia? Ermmm... Gaji masuk terus lesap untuk diri sendiri je. Selfish tak ingat dunia. Dah lah kahwin senyap² kat Siam, siap family lelaki tu bersubahat buat majlis belakang Natrah. Macam mana tak menyirap?

Tapi Natrah tenang je... Terjumpa kad kahwin, dia siap datang tengok majlis dengan anak dia sekali. Siap ucap tahniah lagi, chill je tak ada drama.

Balik rumah, si suami angin satu badan. Tapi Natrah just senyum. Dia cuma cakap, “After this, nothing will ever be the same.” Laki dia tak perasan lagi tu. Ingat Natrah akan taat la.

Start dari situ, Natrah slowly reclaim her life. Dia cut off semua perbelanjaan untuk mentua, kereta suami tak bayar, semua harta tukar nama dia. Katanya kalau dia mati nanti, biar suami tanggung semua hutang. Pandai kan? Suami dia terus gelupur sebab kalau bab hutang memang dia cepat kecut.

Lepas suami accident masa balik dari honeymoon... padan muka 😅 mentua suruh Natrah jaga. Tapi Natrah buat tak tahu je. Sehari je dia layan, lepas tu dia angkat kaki pergi kursus, angkut anak sekali. F dah pecah perut gelak.

Then suami dia ceraikan Natrah through a message. Natrah chill je. No tears, no drama. Tapi yang baru tu pulak sibuk tanya pasal harta... ex dia terus jawab semua tu harta Natrah. Terkedu member 🤣

Fast forward, ex dia buat hal... sibuk pasal nafkah anak RM500 tu. Anak dia pun tak suka. Suatu hari anak dia record something and Natrah buat report polis. minta court jangan drkat dengan anak dia.

Meroyanlah bini baru ex dia. Bini baru tu tak tahu laki dia dah lepaskan tanggungjawab takyah bayar lagi.

Time ni la rahsia besar.. anginlah ex dia kat bini baru. Dia pun buat tak tahu kat bini baru dia. Gelak la lagi kan. Senang cerita 2 2 bodoh.. 2 2 tamak sangat.

Ex Natrah cuba contact balik alasan rindu kat anak.. Tapi too late, Natrah dah kahwin baru, dah berhijrah and finally living her best life.

Moral of the story? Jangan main-main dengan perempuan yang sabar lama sangat. Bila dia bangkit, terus kau tinggal sejarah.
Profile Image for chelsannereads.
169 reviews2 followers
August 8, 2025
Rating : 4.5/5 🌟
Trope : laki curang + heroin melawan tak lembik

My thoughts 💭 (my opinion not yours)

Honestly speaking walaupun pages 310 je but this ebook is worth it gila!!! Puas baca bila Natrah dah start melawan balik to fight for what's right 🔥 saya suka female lead mcm ni yg tak lemah dan biarkan jantan keparat macam si ilham ni pijak² kepala dorg😎 walaupun ceritanya pendek je and fast pace tapi best dan puas baca.. sebab Natrah dapat lelaki yang tulus mencintai dia di akhir bab dan ilham, ex madu Natrah and family ilham pula dapat balasan setimpal atas perbuatan dorg.. dari karya ni kita dapat belajar yang setiap perbuatan ada bayangnya jahat dibalas jahat, baik dibalas baik. Klise di telinga, tapi hakikatnya abadi.

Ebook ni recommended sangat² untuk siapa yang nak baca for light² walaupun baca blurb mcm berat kan.. tapi tak berat sangat boleh lah baca buat santai², walaupun ada rasa nak mencarut banyak² hahahah🙈
Profile Image for Cutie_pie28.
389 reviews8 followers
August 7, 2025
Best baca KRT (kisah rumah tangga) mcm gini.. sy suke.. bgus Natrah.. sy sokong 💯 ape die buat 👏🏻👏🏻👏🏻

Jgn cari pasal ngn isteri yg diam.. diam² die tu berisi..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
July 24, 2025
ambik kau, ilham. bila hidup dah senang, bini tanggung, mula lupa diri. pasang lagi sorang dan beranggapan diri tu mampu nak berkahwin dua. kalau mampu, kenapa nikah kat siam, ilham? siap sorok-sorok daripada natrah. apa yang takut sangat? taklah hebat mana.

siap keluarga dia buat majlis sambut menantu. hebat. natrah pun bagus. dia tak laju melenting. memang awalnya dia yang banyak tanggung keluarga dengan berfikiran berkahwin apasalahnya berkongsi. tapi tindakan dia tu yang buat suami jadi lepa. lupa diri. tak pasal-pasal dapat madu.

dan sebab itu, natrah mula atur kehidupan kembali. dan ya. puan penulis berjaya buat yang membaca ni puas hati dengan semua yang natrah buat. bukan sikit-sikit dan bukanlah suatu yang buruk. natrah hanya buat apa yang patut walaupun tindakan dia tu terlambat sedikit.

kalau dah karya puan penulis ini, tak perlu nak risau. graf emosi memang akan ada turun naik sepanjang pembacaan. akan sama merasai setiap apa yang watak rasa.

jadilah manusia yang bijak walaupun tak pandai mana belajar. bijak apa? bijak dalam atur kehidupan. doa banyak-banyak supaya tak jadi dungu hanya sebab menurut nafsu.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.