What do you think?

Inilah Saya: K. Rajagobal
Ada yang memanggilnya "King Gobal" - gelaran yang diberikan oleh media tempatan. Namun bagi anak jati Setapak, Kuala Lumpur ini, itu hanyalah nama. Baginya, bola sepak bukan sekadar permainan. Bola sepak adalah kehidupan.
Di atas padang, beliau belajar erti kesetiaan, perjuangan, semangat kebangkitan dan keberanian untuk tidak tunduk walau diasak dari pelbagai sudut.
Daripada bola sepak, beliau belajar hidup. Tiada istilah kalah selagi wisel penamat belum ditiup.
INILAH SAYA membuka kisah seorang lelaki biasa yang menempuh jalan luar biasa. Ini bukan sekadar autobiografi. Ini inspirasi keberanian, jatuh bangun dan wibawa jurulatih yang telah menjulang nama Malaysia di pentas akhir AFF Suzuki Cup 2010.
"Perjuangan bukan milik mereka yang kuat sahaja, tetapi milik mereka yang tidak pernah mengalah."
- K. Rajagobal

464 pages, Paperback
Published January 1, 2025
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 1 of 1 review
July 28, 2026
Kisah Datuk S. Rajagobal dari kecil yang sememangnya telah bergelumang dengan permainan bola sepak di kawasan kediamannya, sehinggalah menjadi pemain yang beraksi bersama pemain legenda negara; Dato' Mokhtar Dahari atau dikenali sebagai Supermokh.
Kemudiannya terjun ke dunia kejurulatihan sehinggalah khidmat terakhir ( ketika komen ini ditulis) bersama pasukan Brunei Darussalam pada tahun 2022.
Membaca buku ini seolah-olah membawa kita melalui terowong masa menyaksikan perlawanan bola sepak semasa beliau menjadi pemain dan ketika beliau sebagai jurulatih. Jika selama ini saya pernah menonton beberapa perlawanan daripada perspektif sebagai peminat bola sepak, dalam buku ini diberikan perspektif daripada Datuk S. Rajagobal sebagai jurulatih.
Kisah yang paling menarik adalah ketika perlawanan menentang Indonesia ketika merebut kejohanan Piala Suzuki AFF 2010. Diceritakan pengalaman pasukan Malaysia yang terpaksa dibawa ke stadium perlawanan menggunakan 'barracuda' lantaran kebimbangan keselamatan akibat tindak-tanduk peminat bola sepak Indonesia yang agak menakutkan.
Di sebalik kejayaan Datuk S. Rajagobal mengemudi pasukan bola sepak, sebenarnya banyak juga kisah duka yang menghiris hatinya. Sesungguhnya wujud 'politik' dalam dunia bola sepak.
Seronok baca kisah hidup Datuk K. Rajagobal. Sebagai orang Malaysia, sedikit sebanyak kehadiran beliau sangat dirasai dalam mengubah landskap bola sepak negara.