Ada pantang yang wajib diturut. Ada kata yang tak boleh disebut. Dan ada cerita yang sekali kau dengar... kau takkan tidur lena.
Kau pernah dengar tentang wanita yang kepalanya ditumbuhi tunas setiap empat tahun? Tentang seorang budak kecil yang rindu ibunya... hingga satu makhluk menelan ibunya, dan mengambil tempat di meja makan? Atau tentang pelajar istimewa yang melihat seekor kuda hitam muncul dari lombong terlarang, dan tak pernah kembali?
Fabel Seram Teragung bukan sekadar cerita. Ia naskhah yang menyimpan nafas dan bisikan. 25 kisah gelap yang merangkak keluar dari bayang-bayang, dan masuk perlahan ke dalam ruang fikiran yang paling sunyi.
Dan bila kau habis baca, jangan cuba lupa... sebab kisah-kisah ini takkan benarkan kau lupakan mereka.
Tell you what, karya Nil yang Bidan tu amat famous tau sebab ada ramai kawan cari and recommend. So aku pun fomo la nak baca tulisan Nil. Ada 25 cerpen dalam buku ni and here's my insight.
Cerita Unikorn, Kembali, Bulan Madu, Adiwira n Hilang menghidangkan penamat yang aku tak jangka langsung. Shocked!
Kisah Toyol, Tunas, Bas dan Maisarah lebih menyedihkan ;(
Ubah felt terrifying at first, but it was a blessing in disguise.
Cerita Ibu dan weeping willownya sangat indah. Hasna pun sama. Hehe.
Kim dalam 3-06 ni twisted. Geram aku! Cikgu Yahya dalam Waris tu pun buat aku nak marah jugak. Jangan jadi pembuli, buruk padahnya nanti. Hihi. Also, jangan jadi pencuri buah pauh.
"I don't tolerate a bunch of bubbling babbling band of babboons" - Tok Yie.
Kisah Pantang mencetus debaran sama-sama cemas sekali dengan Ammar 😱
Pok Mang buat airmata aku bertakung 🥺😭 Aisha pula menghiburkan sebab dia trick Tsa. Terapung ada kisah orang putih 😂 Salji mengajar kita buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali.
Kalau pergi mana mana hotel, then korang tak nampak housekeeping staff, hati hati la guys. Jeng jeng jeng...
Tahlil best, tapi Tahlil - Prolog: Isa fuhhh. Top notch! Kagum sangat dengan penerimaan penduduk Kampung Buluh Duri.
I think this book is living up to its title! Aku tak berani baca buku ni malam malam. Hihi
Ada ke kompilasi cerpen seram yang bagus? Ada!! Fabel Seram Teragung memang agung seram beliau! Saya punya suka dengan buku ni rasa macam tak puas!(walaupun ada yang buat saya takut) Nak baca lagi! Setiap cerpen seram dari penulis memang ‘chef kiss’ ! Ada plot twist yang akan buat hang terkesima, termenung dan meremang bulu roma beb!
Ada beberapa kisah dalam ni yang buat saya tutup buku bila ‘benda’ tu mai jenguk. Seram! Walaupun baca ada teman. Kebanyakan yang pakai pov satu memang terasa sampai ke jantung seram dia. Rasa macam hang yang kena tegur!
Tapi tak semua berkisah tentang hantu. Ada juga manusia yang bertopengkan syaitan, dendam, fantasi dan banyak lagi yang menarik. Antara yang paling saya suka ada part pocong mai menggelupur. Ada pula tu yang sembang dengan ‘bini’ yang pi jenguk anak menantu. Yang meruntun hati pun ada. Dalam seram ada pilu.
Walaupun 25 cerpen tu terasa sikit. Tapi saya dapat banyak cerita best! Setiapnya ada kelainan tersendiri. Saya teringat macam satu siri luar negara. Seram tak semestinya kena ada hantu. Cara kita nak faham cerita tu pun penting. Memang saya sarankan buku ni buat pembaca cerita seram. So korang kena tambah sekali buku ni dalam list PBAKL okay?
Aku baca tanpa tengok nama penulis pun sebenarnya. Nampak ramai sangat kawan-kawan share buku ni dekat IG, lepas tu ternampak pula ada di Cereka, jadi terus baca. Sampai habis cerita ketiga baru aku tengok balik siapa penulisnya — rupanya Nil. Ini buku kedua Nil yang aku baca selepas Bidan. Dulu pun aku mula baca Bidan dekat Cereka juga, sebab terlalu best sampai akhirnya beli versi fizikal.
Fabel Seram Teragung ni pun memang best. Semua rasa ada — kejap menangis, lepas tu seram, tiba-tiba tergelak, kemudian terus masuk mood sedih-seram pula. Dan yang paling aku suka, pada setiap ending memang akan ada plot twist yang tak dijangka.
Kalau Bidan fokus pada satu kisah, kali ini satu buku dipenuhi banyak cerita dengan pelbagai plot twist. Puas hati betul baca. Bahagia rasa jiwa.
Terbaiklah Nil. Harap-harap rajinlah keluar buku lagi sebab semua cerita dalam ni memang amazing. 🌟🌟🌟🌟🌟
setiap cerpen yang ditulis berbeza-beza jalan cerita. tak ada yang sama. jalan cerita pun fast paced. kan ada certain cerpen, selalu cerita tergantung lah atau macam eh tiber je cani plot dia. tapi this one tak ye. lengkap even as cerpen pun lengkap. chef kiss 😘😘😘😘😘
50% seram but another 50% more kepada menyayat hati. huhu benciklah ingat semua kisah seram je aisehh
ok saya suka. korang tak suka takpelah. minat lain-lain ceh hahahaha tapi trylah. kalau bukan peminat buku hantu atau seram pun, this one should be fine for u guys. seram seram manjah. 2/5 je tahap keseramannya hehe
Naskhah ini merupakan himpunan pelbagai kisah seram yang sangat menarik. Ada kisah jin dan manusia, ada kisah manusia yang lebih 'hantu' daripada hantu itu sendiri. Ada kisah ibu yang kesedihan hingga melihat sosok yang tidak sepatutnya. Dan pelbagai lagi.
Banyak kisah dalam naskah ini yang SH suka. Bukan hanya kerana ia sebuah kisah seram, namun juga kerana penulis pandai memasukkan elemen perasaan dalam setiap cerita. Bukan hanya seram dan berdebar semata - mata. Ada kasih sayang keluarga, ada perasaan rindu, ada amarah yang membuak, ada rasa kasihan, ada penyesalan yang tidak berpenghujung dan pelbagai lagi.
Walaupun setiap kisah sangatlah singkat namun penuh. Walaupun, sememangnya kependekan itu membuatkan SH geram sebab tidak puas. Puas sebab cerita menarik tetapi tahu-tahu sudah habis.
Membaca naskhah ini yang membuat SH seram bukanlah kewujudan dan penampilan makhluk tidak kasat mata. Namun, sikap manusia itu sendiri lebih menakutkan. Ada ibu yang mengabaikan anaknya. Ada orang tua yang mengambil kesempatan dan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kepada insan yang seharusnya dilindungi. Ada keluarga yang hanya berdiam melihat orang lain dituduh hanya kononnya ingin menutup malu. Dan pelbagai lagi perangai manusia yang membuatkan SH rasa hendak benamkan sahaja mereka ini. Geram betul rasanya. Ada pelbagai perkara yang boleh dijadikan teladan seusai membaca naskhah ini.
Pada mulanya, semasa saya membuat pilihan untuk buku terbitan Cereka, tajuk buku ni yg paling buat saya tertarik. Seram Teragung? Wow! Maka ekspektasi saya terhadap buku ni memang tinggi!
Buku ni bukan pasal hantu atau makhluk ghaib semata² tau, tapi lebih daripada tu. Pastu, seram yg datang daripada manusia tu sendiri, bagi saya lagi seram daripada hantu! 🤣
Penulis juga ada selit isu berat seperti kesihatan mental, buli, diskriminasi OKU dan konflik keluarga secara halus dengan sangat baik.
Haa, buku ni ada 25 cerita! Penulis sangatlah kreatif! Ideanya semua jenis out of the box. Penulis juga bijak bagi 'suara' dan 'vibe' yg berbeza untuk setiap cerita, so takdelah bosan baca terlalu banyak cerita dalam satu buku kan..
Jika tanya saya pasal keseraman, antara cerpen yg betul² buat saya cuak ialah Ibu, Tunas, Pantang dan Part Time. Tunas dan Pantang tu tak payah cakaplah, seram sangat sehingga saya terbawa² dalam mimpi! 🥲
Manakala yg menjadi kegemaran saya pula ialah 3-06, Mistik Tok Yie, Pantang dan Hasna. Saya terkejut ya dengan plot twist dalam cerita 3-06! 🤣🤣 haih, tak sangka gitu ya.. hahaah wow!
Penangan buku ni bukan biasa². Kadang tu bila dah habis baca satu cerita, saya boleh termenung dan overthinking sorang² tau! 😔 Ada pula bila saya baca waktu malam, konfem² buat saya sukar nak tidur!! 😩 Haa, nampak tak betapa hebatnya idea dan penulisan penulis nii!
Oh haa, ada lagi tu cerita Toyol. Yup, Toyol lah cerita yg paling sedih dalam buku ni!! Nak tahu lebih? Bacalah sendiri 🙂
Jadinya, buku ni memang ubat paling mujarab kalau sesiapa yg tengah sangkut dalam reading slump. Wajib baca dan ada dekat rak!
Fabel Seram Teragung merupakan kumpulan cerpen karya Nil, di bawah terbitan Cereka (Amanz Media). Di antara buku yang sebelum ini diterbitkan hanya dalam bentuk e-pub di dalam Cereka Apps, kini dizahirkan sebagai sebuah buku fizikal.
25 buah cerita seram pelbagai isu. Bukan hanya menampilkan mistik, tetapi juga realiti penyakit atau keadaan kesihatan seseorang yang menariknya ke satu dunia lain. Pembacaan boleh terbentuk dari pelbagai perspektif mengikut keadaan semasa pembaca. Juga pengalaman dan pengetahuan pembaca. Malah, status pembaca juga boleh memberi impak kepada dirinya apabila menelusuri satu-satu cerpen di dalam Fabel Seram Teragung ini.
Walaupun judulnya seolah-olah mengandungi cerita-cerita seram yang andai dibaca mampu menghantui dan menghadirkan ketakutan pada jiwa, tetapi tidak. Pada saya, setiap cerpen yang dinukilkan oleh penulisnya, tidak memfokuskan kepada situasi seram atau watak mistik yang menyeramkan. Sebaliknya, penulis menaikkan isu semasa masyarakat masa kini yang mengubah pandangan kita terhadap situasi sosial yang semakin tenat.
Dari segi olahan dan bahasa penceritaan, karya ini sedap dibaca. Idea cerita, pembentukan plot, peralihan plot, kena dengan jiwa saya.
Membacanya, menghidupkan kesedihan paling dalam. Keinsafan terhadap kehidupan. Ujian watak-watak di dalam cerita ini amat menyentuh perasaan. Kesakitan mereka, kehilangan anugerah Tuhan terhadap kewarasan otak juga amat memedihkan.
Antara cerpen yang melekat di jiwa dan menyentuh naluri keibuan saya ialah cerpen berjudul, 'Toyol'. Naratifnya sedih. Walau ia bercerita tentang 'toyol', tetapi rasa kasihan itu wujud apabila 'toyol' itu mendatangan watak manusia bergelar ibu dan meminta perhatian serta kasih sayang.
Apabila diberi makan, dimandi dan diberi perhatian, 'toyol' itu, gembira. Watak ibu manusia itu pula yang tiada jujurnya. Memberi di awal kerana takut. Tetapi kemudian, meneruskan pemberian apabila 'toyol' menghulur wang. Ketika tiada wang, 'toyol' dibelasah dengan kejam. Yang akhirnya kita sebagai pembaca, insaf. Keinsafan yang muncul kerana mengetahui yang dibelasah itu bukan toyol sebenar. Si ibu itu 'sakit' rupanya. Dan, orang sakit... tidak sedar dengan tindakannya yang hampir membunuh darah daging sendiri. Ujian orang, bermacam-macam.
Cerpen lain yang turut menyentuh perasaan walaupun ia diceritakan penuh mistik dan seram adalah:
1) Unikorn (kisah remaja 'istimewa') 2) Bas (kisah persahabatan dan kasih adik kepada kakak) 3) Waris (kisah pembuli dan godaan syaitan terhadap jiwa pendendam) 4) Kawan (kisah bekas banduan yang difitnah) 5) Pauh (kisah budak nakal yang kenakalannya dibalas sewaktu dia besar) *cerita ini ada unsur lucu 6) Hilang (kisah kehilangan anak tetapi yang lebih pedih, hilangnya jiwa keibuan) 7) Tahlil (pengalaman seram budak yang hijabnya terbuka ketika mengikut ayahnya menghadiri kenduri tahlil orang meninggal. *0 Tahlil - Prolog: Isa (cerpen paling panjang, dan ia menarik. Kisah cabaran berdakwah di kampung pedalaman yang jauh daripada arus pemodenan. Masyarakatnya pula hidup dalam kejahilan).
Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan cerita seram, cerita ini mungkin sebuah cerita yang boleh dipertimbang sebagai bacaan permulaan.
#FabelSeramTeragung menyajikan cerita-cerita seram yang dikarang @nilnihil_ lalu menjadi sebuah antologi naskhah seram yang bagi saya wajib dibaca para penggemar kisah seram.
3️⃣ Perkara:
👻𝑨𝒏𝒕𝒐𝒍𝒐𝒈𝒊 25 𝒌𝒊𝒔𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒍𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒎𝒂. Walaupun buku ini mengutamakan tema seram dan horror sebagai teras, namun NIL bijak mengemudi pelbagai elemen. Contohnya kepiluan persahabatan dalam kisah Bas, kesihatan mental dalam kisah Toyol, sedikit santai dan kelakar dalam Mistik Tok Yie, keunikan kisah manusia bertunas di kepala di dalam cerita Tunas, rumah berhantu dalam 3-06 serta Pantang, kisah paling seram di dalam buku ini (bagi saya).
😱𝑴𝒆𝒏𝒄𝒆𝒎𝒂𝒔𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊𝒈𝒖𝒔 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒓𝒂𝒎𝒌𝒂𝒏. Saya menyukai tulisan NIL sejak membaca BIDAN dan saya berpendapat beliau mempunyai potensi yang luas dalam bidang penulisan. Jalan cerita yang penuh adegan, aksi, serta twist yang menarik menjadi kekuatan buku ini. 407 halaman yang langsung tak membosankan. Ada kisah yang boleh dijadikan teladan dan sempadan.
📖𝑩𝒖𝒌𝒖 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒃𝒂𝒏𝒈𝒖𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒍𝒖𝒎𝒑. Antologi cerita pendek merupakan salah satu pilihan yang tepat untuk kita bangun dari reading slump. Walaupun anda bukan peminat kisah seram, saya percaya buku ini setidaknya dapat menjadi salah satu naskhah yang membuatkan anda teringat-ingat. Kalau tak, takdelah saya cuak bila terjaga dari tidur pukul 4 pagi, teringat pula dialog cerita Pantang — “Nak, nak nak tengok kepala pecah tak?” 😩
✍🏻: @nilnihil_ 🖨️: @cerekaapp 📖: 407 ⭐: 4/5
Cukup rencah dan lazat dinikmati. Terima kasih @cerekaapp untuk pemberian buku ini. #parareads #parabaca #cerekaapp #NIL
Siapa peminat buku Bidan daripada penulis ni mesti tahu betapa bestnya jalan cerita dan olahannya. Kali ni pun tak kurang juga! Kesemua 25 buah cerita walaupun tak panjang mana, tapi tak ada satu pun yang tak best weh!
Apa yang menarik tentang karya penulis Nil ni bukan terletak pada penampakan 'hantu' dalam kategori seram semata-mata. Tapi lebih daripada itu!
Kisah mistiknya membawa emosi, air mata, rasa sayu, syukur, gembira, takut.
Semuanya!
Antara top three cerita yang Kirah suka:
1. Kawan 2. Bulan Madu 3. Tahlil - Prolog: Isa
Pergh tapi kisah Kawan memang another level dia punya best tu. Sampai mengalir air mata jantanku 😭☝🏻
Perjuangan Sulaiman ke atas anak saudara dia cukup menyentuh hati. Dalam pada orang lain membenci seorang banduan seperti dia, seekor jin Islam bernama Abdul Wakeem datang untuk meminta pertolongan.
Pada mulanya Sulaiman yang tak mahu masuk campur, terdetik juga mahu menolong anak kecil yang tak berdosa, dianiaya keparat durjana. Sampai menitik jugalah air mata ni, bukan sekali dua Kirah nangis. Banyak kali dalam satu kisah pendek ini sahaja!
Ada banyak sangat kisah unik dalam ni yang berpotensi jadi 'bank manuskrip' kepada penulis. Kutlah nak pursue kembangkan mana-mana kisah jadi novel panjang 👀
Tak dinafikan lagi, penulis Nil memang berbakat besar dalam penulisan. Korang trylah baca weh, setiap kisah dalam ni mengandungi tema dan jalan cerita berbeza-beza. Sampai Kirah naik kagum, macam mana penulis boleh olah cerita yang sangat kreatif dan out of boxes. Bukan 1 tapi 25 sekali gus!
Highly recommended! Menantikan karya lain Nil pada masa akan datang!
Sisturr pilih ni sebab dia kata Seram Teragung, maknanya seram gila -lah kan?! Buku ni ada 25 tajuk dan kepanjangan setiap cerita tak sama and tak ada yang saling berkaitan. Jadi kalau nak acah-acah surprise pilih la yang mana suka dan baca… cuma yang dua tajuk belakang saya berkait tapi can stand alone.
Novel ni nak kata seram, tidak la seram mana. Keseramannya hanya lebih suam-suam kuku, tak ada yang kata boleh wow. Tapi… fabel yang ada dalam ni dah menganggu emosi sisturr. Bila baca tu overwhelming, sedih, terganggu.. Eh macam-macam lagilah. Sisturr nyer otak kena tipu ke ni sebab bila baca boleh kaitkan dengan kehidupan. Ada satu fabel tu, 3 kali ulang baca masih tak faham. Tak faham dari segi logik, konklusinya fabel ni buat sisturr teringat bacaann semasa degree, short stories jugak member tidur dengan mayat sebab telampau sayang (what a degree life i had~~ gosh dah la sem 1 =,=’’). Lepas tu ada satu fabel tu, berair mata, berkabus, ~~ pengakhiran jumpa hantu orang yang kau sayang comfirmlah suka + sedih. Haiyooo penulis ni kan, nak kena babap! Ada beberapa fabel tu boleh buat cerita thriller kalau dikembangkan, sangat menarik. Tapi yang cerita kedua hujung tu, sisturr suka (entahlah sebab apa?!) cuma rasa macam ia comel hahaha.
Rasa kelakar untuk diri sendiri ialah membahagikan fabel-fabel kepada 4 hari. So sehari average dalam 6 cerita. Kalau rasa macam nak escapism buku satu plot tu boleh rehat dengan fabel ni. Level seram sesuai untuk semua peringkat umur. Sisturr jamin jantung anda takkan berdetak dengan lebih laju cuma akan ada gangguan emosi sedikit.
i like the stories, its light but also heavy at the same time. some of the stories gives you heartwarming feelings, some are unsettling, most are mysterious. i like it because it based on the culture around Malay and Malaysian itself.
reading this, i actually hope Malaysian writers gain more eyes towards their writing. and many more improvement can be reach too. one thing for sure, the ideas are fresh and relateable in so many ways.
and thanks again for @cerekaapp for the sponsor of this book! because unknowingly, while reading this book, i also started to gain more interest on another Malay writer books and have been eyeing on certain titles from their apps 🫣
25 antologi pelbagai kisah tapi ada unsur seram. ada pendek dan ada kontot, yang baru nak feeling baca tapi dah tamat 😅 ada kisah yang aku baca tengah malam macam Pantang, terus stop baca sebab terasa seram. ada kisah yang aku kesiankan hantu Toyol, ada yang aku geram, bukan geram dengan hantu tapi manusia, Kawan. ada seperti kisah fantasi, kepala wanita tumbuh tunas pokok, Tunas
untuk yang nak rasa semua perasaan manusia, sila baca buku ni.
It's a 5⭐ read for me, walaupun ada beberapa cerita (2 cerita) yang saya kurang faham.
Ada 25 buah cerita dalam buku ini dan tak semua cerita seram tapi hampir kesemua cerita adalah snagat menarik. - kisah minyak attar tarik perhatian makhluk halus - kisah toyol yang tak lut dengan ayat Al-Quran - kisah mayat yang mintak untuk digali semula - kisah bas berhantu pada pukul 1.59 pagi, kalau naik kena turun dalam masa 17 minit 40 saat. - kisah Aisha yang mimpikan suami yang hilang selama 6 tahun masih lagi hidup
Ini karya ke-2 NIL yang saya baca dan saya suka kedua-duanya.
Semua cerpen dalam ni ditulis oleh seorang penulis saja? I ken say, saya kagum dengan bakat Nil. Fullstop. Antologi cerpen seram yang best saya baca this year. I mean dalam buku Fabel Seram Teragung ni ada banyak cerpen yang berpotensi untuk dipanjangkan lagi menjadi novel solo.
Antologi yang engaging. Setiap cerita tu hook reader's attention kecuali yang 3-06. Yang itu agak boring. Antologi ni gabungkan seram supernatural, seram psikologi dan seram thriller. A very good book, nak-nak lagi bila dia tak hipster-kan ejaan. I love it!
Kalau siapa yang pernah baca collection dari Rockey Press yang 6 saudara tu, lebih kurang la macam tulah. Nak kata seram macam tak tapi in a very weird way.
Bayangkan ada orang ajak kau kahwin tapi rupanya dipaksa menjadi korban keluarga pasangan 😱!
Inilah salah 1 cerita yang ada dalam buku Fabel Seram Teragung. Antara cerita yang saya rasa paling seram. Buku ini merupakan koleksi cerita pendek seram daripada Cereka App karya NIL. Bagi saya, cerita dalam setiap bab agak menarik cuma terlalu pendek dan tidak terlalu seram. Namun, ada beberapa kisah yang menarik perhatian saya seperti kisah pantang, bulan madu, waris & tahlil.
Buku ini banyak memberi pengajaran tersirat kepada masyarakat supaya menjauhi iblis dan jin agar kita tak terjebak dengan perkara buruk. Bukan itu juga, kita sebagai manusia ni selalulah berkelakuan baik sesama manusia supaya tiada yang berdendam hingga melibatkan perkara syirik. Sangat sesuai untuk bacaan remaja. Tahap keseraman : 7/10