Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Tak Bersyarat

Rate this book
Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya.

Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing.

Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya.

"Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa?! Jawab Dr. Firash!" - Maira Sofea

"Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash

"Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!". Maira Sofea

Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang lain. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar.

"Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau ni?" - Syakira Farhana

Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan?

Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.

652 pages, Paperback

First published July 1, 2025

1 person is currently reading
22 people want to read

About the author

Msroses

4 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (53%)
4 stars
13 (43%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for N.S.Y.
103 reviews3 followers
August 5, 2025
Firash and Maira.. Doktor dan jururawat yang berkerja di tempat yang sama..

Pertemuan pertama yg jd menyebabkan mereka saling menyampah antara satu sama lain..

Namun takdir kata sebaliknya.. disebabkan kecuaian orang lain..mereka menjadi mangsa..

at first, x sokong jugak sbb ya la.. mcm sokong pulak bab rog*l ni.. tp bila d fikirkan balik.. bukan Firash nk pun.. cuma sbb pengaruh ubat yg org bagi dekat dia je..

Maira pulak tipikal pempuan yg jd mngsa r@pe.. sapa je nk kahwin dgn org yg tlah buat mcm tuh tp bila fikir bukan salah Firash 100% dia ambil jugak keputusan kahwin sbb risau kot mengandung.

and yes.. Maira pregnant.. mula la kisah hidup tarik tali dua ketul ni.. (nk tahu beli novel dan baca)..

Cuma kita memang tak boleh nk benci Firash.. sbb dia tak salah.. dia man up kot untuk bertanggungjwb. Memang greenflag hbs la.. stok² lelaki yg nk cari buat suami la Dr.Firash ni..

Overall.. kalau anda a bit trigger dgn r@pe, jgn kecam awal sngt.. sbb bukan dia rela.. tp dia di dorong pengaruh ubat..

Rekomanded utk light read.. plot dia tak berat.. cuma kdng² geram dgn Maira.. ko tuh bini kot.. patutnya pertahankan rmh tngga ko.. bukan mengalah nk bagi suami ko dekat org lain.. Alahai..

yg penting Firash memang terbaikk..
Profile Image for Cutie_pie28.
423 reviews11 followers
August 4, 2025
Maira seorang nurse, Firash seorang doktor.. mmg dri awal dorg nie mmg tk ngam.. smue di sbb kn ubat STAT yg Firash order tp tk bgtau kt nurse.. pastu die angin laaa ngn Maira sbb Maira yg ber tanggung jwb jage pt tu.. Maira tk nk kalah okayyy.. die lawan balik..

Terjadi nyee peristiwa hitam tu sbb kan Nurse Anis yg slh bgi ubat kt Firash.. adoiiii.. ko ni Anis cari pasal btul laaa 🤦🏻‍♀️

Lepas kejadian mmg Firash nk ber tanggung jwb kt Maira.. mule² Maira takot.. tp die turut kn jugk..

Suka baca part die pregnant tu.. bile Firash tahu mmg die jage sehabis baik.. turut kan shj ape yg Maira nak..

Syakira mmg suka ngn Firash smpai kn sanggup buat ape shj.. bile dpt tau Firash da kawin, mmg die cari smpai jumpe sape wife Firash tu..

Maira ni geram jugk ngn perangai die.. bile die tk puas hati, die diam jee.. patut ckp laaa kan.. Firash nie greenflag abis tau..


Profile Image for Mslvoe.
2,112 reviews204 followers
November 4, 2025
Bagai anjing dengan kucing... pantang jumpa mesti gaduh. There’s always something to argue about and both of them just can’t keep their mouths shut.

Disebabkan suatu incident Anis tersilap bagi ubat dekat Dr. Firash, everything went downhill. Semuanya berubah... Maira felt humiliated and Firash menyesal tak sudah

F suka part bila Firash told his parents the truth. Parents Firash listened calmly.. takda ribut² angin.. malah rasa proud bila Firash took responsibility. That scene melted my heart. Scene begini je tahu Firash ni datang dari keluarga baik².

Maira taknak kahwin tapi akak² yang tahu incident tu pujuk. Kalau mengandung camne, takan tak kahwin. Akhirnya Maira setuju.

Still, she couldn’t bring herself to accept Firash completely. The trauma haunted her... setiap malam Maira meracau.. and Firash la yang dok pujuk Maira... comfort her

F dah agak jalan cerita mesti Maira mengandung.. of course la Firash tak tahu. Maira kan dok minta cerai. Bila Firash dapat tahu, he became the sweetest husband ever. Apa yang Maira mengidam, Firash made sure she got it. Best kan? Time preggy memang kita extra manja minta macam².

And that annoying doctor Syakira kan.. tak suka la dia. Such a toxic character. Dia doktor kot tapi psycho giler. Dok fitnah je kerja dekat Maira dan Firash.

Tapi kan F rasa cam missing something? Apa terjadi kat dia?

Overall, it’s a light read. Cuma F cam geram dengan Maira. She kept everything bottled up and refused to tell to Firash.

Dalam marriage, communication is key! Jangan simpan dalam.
Profile Image for Khayrin Qistina.
15 reviews
December 6, 2025
As a person who had read the wattpad version of this story before,i really enjoyed reading it from start to finish 🥹 Dan untuk kali yang ke-2 membaca cerita tersebut di dalam versi buku,saya masih lagi suka baca cerita ini sama seperti sebelumnya 😁🥰 Sepanjang saya membaca cerita ini,saya selalu pasang lagu Cinta Tak Bersyarat oleh Element band dan beberapa lagi lagu yang lain untuk bayangkan setiap situasi dan babak yang berbeza berjalan di dalam cerita tersebut ^^ Be aware dengan trigger warning ⚠️ yang tersedia di awal cerita because of the r*g*l situation although it is happening because of kecuaian orang lain (pengaruh ubat) And of course,saya ada lagi satu benda nak complaint,apa yang terjadi dekat antagonist di dalam cerita itu? 😅 Saya rasa anggap sajalah yang perempuan jahat itu dah kena tangkap dengan polis or kita anggap sajalah yang perempuan jahat itu dah tiada hehe 🙂🙂‍↔️ Yang penting cerita ini memang best 😁👍🏻 Awalnya saya bagi rating cerita ini (versi asalnya di wattpad) sebanyak 9.5/10 💫 After then,rating ini berubah ke 10/10 💫 Saya akan baca cerita lain daripada kak Msroses which is Hanya Ingin Kau Tahu soon ( after i done finishing reading other 3 books on my TBR/to be read) 🥹😊 P.S:The male lead (Firash) di dalam cerita Cinta Tak Bersyarat ini sangatlah green flag 💚 And also i love every single character on that story except the antagonist dan kita juga ada rasa sakit hati sikit dengan perangai heroine di dalam cerita ini hahaha 🙂😅
Profile Image for Bay.
267 reviews4 followers
November 7, 2025
Pernah baca kat wattpad and this story kept making me smiling 😌😆

Dr Firash sangat la green ya. Tak give up langsung dengan perkahwinan dia dgn Maira. Maira pulak alahai laki dah jadi macam tu baru nak menyesal 😤
Profile Image for Nik Natia.
67 reviews3 followers
August 8, 2025
Sebabnya dah baca kat Wattpad, perlu miliki dalam bentuk fizikal..
Profile Image for Cik.
212 reviews5 followers
September 5, 2025
Tunggulah i rajin i karang review hehe
Profile Image for Ctriko.
282 reviews6 followers
November 14, 2025
Ini kisah Maira Sofea (Staff Nurse) dan Ahmad Firash (Medical Officer~MO) yang bekerja di hospital yang sama. Namun, mereka tidak boleh bertemu muka dan sentiasa bertikam lidah bila bertemu. Akibat kesilapan seorang nurse memberi ubat yang disangka ubat demam, Dr Firash telah hilang kewarasan sehingga meragut kesucian Maira. Peristiwa hitam yang berlaku antara mereka menyebabkan Dr Firash mengakui kesilapan diri dan sanggup bertanggung jawab menikahi Maira. Rupa-rupanya ubat yang telah dimakan adalah ubat perangsang pesakitnya. Macam-macam yang aku rasa sewaktu baca kisah ini tau. Ada sedih, gembira, kasihan, geram dan macam-macam lagi.

Setiap orang itu tidak sama ujiannya di dunia ni.

Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "~ Surah Al Baqarah ayat 216.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.