Jump to ratings and reviews
Rate this book

Masihkah Ada Kita?

Rate this book
1.Hadir sesi kaunseling di pejabat agama bersama.

2.Mengerjakan umrah bersama.

3.Tinggal bersama selama 45 hari.


Apa logiknya untuk I bersetuju dengan semua syarat-syarat you? —Mahira

I just want to redeem everything, Mahira. I know I have failed you before.—Ezariel

Pertemuan semula selepas bertahun-tahun Mahira menghilangkan diri, mengundang kemelut yang lebih rumit. Ezariel hanya akan melepaskan Mahira selepas tiga syarat itu dipenuhi?

Dalam keterpaksaan, Mahira memenuhinya. Hanya dengan satu matlamat; dia ingin bebas. Bebas daripada kekejaman Ezariel—pewaris empayar Archara—selain melindungi Bliss Media; simbol kehidupan baharu Mahira. Tak mungkin Mahira rela dihancurkan buat sekian kalinya!

Dengan peluang kedua ini, Ezariel perlu membuktikan bahawa dia lelaki yang berbeza. Dia mahu menebus dosa silamnya dan menyandang gelaran suami yang layak buat Mahira.

Selepas 45 hari, tempoh perjanjian tamat. Maka mereka berdepan dengan keputusan yang sukar. Masihkah ada ‘kita’ dalam hubungan yang rapuh itu?

Paperback

Published July 1, 2025

2 people are currently reading
52 people want to read

About the author

Emmiyya

10 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (21%)
4 stars
17 (30%)
3 stars
14 (25%)
2 stars
9 (16%)
1 star
4 (7%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
September 5, 2025
Lelah sangat nak boleh habiskan naskhah yang satu ini. Hampir DNF. Review saya AKAN mengandungi spoiler so read at your own risk. Surprisingly saya sangat suka kan penulisan penulis ini. Tetapi 😡 I hate the plot. Macam pelik kan hahaha. Gaya penulis ni macam Mia Azwari. Penulisan yang straight dan takde ayat puitis or anything pun so kalau korang sukakan bacaan santai boleh la pilih buku ni as your next TBR. Saya juga suka sangat the way author describe pekerjaan mereka. Detail tapi kita takkan rasa macam tengah baca wikipedia or google.

Okay sekarang saya nak ulas pasal storyline. Ye cliche tapi rasanya sebab pembacaan ni tahun 2025 so ada BEBERAPA part yang saya tak boleh terima. Ezariel dan Mahira dikahwinkan secara paksa oleh nenda Ezariel. So memang typical enemies to lovers punya plot. Ezariel ni benci kat Mahira sebab ni la. Tapi yang saya tak boleh nak hadamkan sebab author seolah olah cuba nak romanticising kan abusive behaviour. Ezariel bukan setakat benci marah kan isteri dia tau tapi siap PUKUL SAMPAI PENGSAN. Sampai Mahira tak sedarkan diri. Ezariel punya behaviour terlalu shitty la and I can say the grovelling is not enough to compensate his shitty behaviour. Bila Mahira dah tak tahan and nak tuntut fasakh, kau boleh pulak pergi saman nusyuz kat isteri kau ???? Saya macam ???? Apa yang aku baca ni ???? Even beberapa tahun kemudian masa dorang berjumpa semula tu pun Ezariel ni banyak memaksa Mahira. Sampai saya yang baca pun RIMAS ERHHHHH 🙄

DAH 2025 WEH. STOP ENABLING THESE KIND OF HEROES PLEASE LA LOCAL AUTHORS. Lepastu bila part hujung hujung tu bila Ezariel dah pujuk Mahira sampai isteri dia dah lembut hati and nak terima Ezariel balik boleh pulak kau give up separuh jalan. Sangat lah dayus perangai. Macam nak mainkan hati orang je. Lelaki lembik tak guna. Ada scene di hujung hujung novel di mana Ezariel ni cerita pasal masalah dia yang menyebabkan dia layan isteri dia teruk dan kenapa dia join lumba haram sampai kena tangkap tu, saya macam WTF ???? Tu je ke yang buat kau layan orang lain dengan teruk sampai dera isteri apa semua ??? Kau dah 26 tahun tau ?? Dah matured dan umur umur kubur dah boleh berfikir secara waras sepatutnya.

Oh satu lagi, Ezariel ni siap jadikan wife dia sebagai habuan kalau dia tak menang lumba haram. TU ISTERI KAU WEH ???? Macam tu je dia letak maruah isteri dia. Bukan bawah kaki dah ni tapi level bawah tanah. Ya Allah the amount of makian yang saya keluarkan bila baca buku ni haih memang sangat lah banyak. Secara logiknya, saya tak boleh terima happy ending untuk mereka sebab the pain yang Mahira went through sebagai isteri Ezariel sangat lah menyakitkan. Dia sampai trauma masa tersekat dalam lif dengan Ezariel masa pertemuan semula dorang.

Watak Mahira saya suka sebab dia strong. Dia lawan balik. Walaupun akhirnya dia termakan pujukan dan rayuan lelaki tak guna tu 🫤

Trust me lah. Kalau dalam real life memang takkan ada perempuan yang nak terima lelaki macam ni balik. Kalau ada pun hm entah lah. Sakit kot.

Overall sorry author. Saya tak gemar naskhah ini. But I LOOOOOVVVVEEEE penulisan kamu. Teruskan berkarya. Saya akan support.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for rainynayy.
2 reviews1 follower
January 8, 2026
rating: 3/10

Plot idea dan penulisan memang menarik dan mudah dibaca. But instead of jadi kisah redemption, kisah ini macam normalisekan hubungan toxic. Author gagal uruskan trauma. Buatkan Mahira yang sepatutnya jadi pusat kekuatan cerita dikorbankan untuk jadikan Ezariel nampak baik.

Semua kawan dan circle Mahira seakan mendesak Mahira untuk tak teruskan penceraian. Ya, Mahira tak beritahu sebab apa dia nak bercerai. Fine, itu hak dia, bukan semua trauma boleh diceritakan. But sepatutnya as kawan, tengok body language, nada suara dan kebencian dia terhadap Ezariel pun dah boleh nampak yang Mahira betul-betul benci lelaki tu. Mesti ada sesuatu yang Ezariel lakukan sampai Mahira bencikan dia.

Menyampah betul bila semua orang suruh Mahira accept Ezariel semula hanya kerana dia dah berubah. So what kalau Ezariel dah berubah sekali pun? Apa yang dia buat pada Mahira tak akan pernah terpadam. Trauma dah tersemat dalam diri Mahira. Orang tak tahu cerita senang je cakap.

Semua orang dijadikan alat naratif untuk tolak Mahira supaya move on dan terima balik Ezariel. Padahal kawan patutnya akan lindungi Mahira, bukan tolak dia balik pada trauma. They literally gaslight Mahira supaya dia ragu pada perasaan sendiri.

Semakin I baca, I rasa Mahira nampak semakin lemah. Dia mula sebagai wanita yang berani untuk lepas dari cengkaman Ezariel tapi bila penulis nak “pulihkan hubungan” mereka, Mahira bukan lagi watak yang berkehendak untuk tegakkan hak dia tapi alat untuk validate perubahan Ezariel.

Author trying so hard untuk Mahira terima Ezariel and keep trying to say Ezariel dah berusaha untuk berubah which is fine tapi cara author sampaikan tu buatkan I tak selesa.

Author terlalu sibuk nak buat Ezariel layak dimaafkan. Sampaikan watak Mahira yang supposedly trauma dengan masa lalu jadi tak ada pendirian. Bila Ezariel cakap lembut sikit je, terus Mahira blushing. Like?? The reaction supposed to be Mahira wary dengan sikap Ezariel yang berubah. Then slowly terbuka hati untuk memaafkan bila nampak effort Ezariel.

Bukan mudah untuk percaya bila someone tu dah berubah lebih-lebih lagi pada orang yang mempunyai trauma. Even masa pertama kali Mahira berdepan dengan Ezariel selepas dia muncul balik pun dia rasa takut setiap kali tengok Ezariel. Nampak macam author memperlekehkan trauma Mahira.

Redemption arc Ezariel terlalu surface-level. Penulis lebih banyak “beritahu” Ezariel dah berubah daripada “tunjukkan” yang Ezariel berubah.

Again. Ezariel keep cengkam rahang Mahira. Then, isn’t Mahira supposed to be triggered because of her trauma? Unless ada sesuatu yang buat dia overcome rasa takut tu but in this case none at all. Tiba-tiba semuanya hilang. That’s not romance. That’s conditioning semula trauma to make it seem romantic.

One more thing, Mahira tak suka bila Ezariel bagi arahan dan bertegas dengan dia. But now suddenly dia okay bila Ezariel bertegas dan dia menurut tanpa melawan? Ezariel pun sama. Bukan ke dia patut berlembut dengan Mahira untuk buat wanita tu lower her guard. Dah kenapa dia asyik bertegas dan seakan memaksa Mahira?

“Dahulu, Ezariel hanyalah pemuda yang nakal. Kini, dia seorang suami yang penyayang. Which is freaking hot.”

What even is this dialogue? Hanya kerana dia dah solat dan jadi penyayang kau rasa dia hot? Seriously? That’s so insensitive. Honestly it’s disgusting.

After knowing the cause of Ezariel rage, I came to the conclusion that he is a peice of shit. Mereka kahwin bukan atas kerelaan but kenapa Mahira pula yang perlu jadi mangsa? Kenapa Mahira yang perlu memahami dan maafkan Ezariel? Kenapa author buat Mahira yang berasa kesal sebab tak acknowledged masalah Ezariel? What about penderitaan Mahira? So what kalau dia tahu Ezariel berkasar sebab dia tertekan? That doesn’t justify any of his wrongdoing.

Semua ni berpunca bila keluarga Ezariel dilanda masalah di Denmark. Mak Ezariel tak nak minta pertolongan Nenda. Technically, Ezariel dah besar kut. Boleh je berfikir untuk cari jalan lain. Lagi satu, pasal business keluarga. Kalau Ezariel tak nak ambil alih, cakaplah elok-elok dengan Nenda. Yang kau stress memberontak dah kenapa? Emo tak tentu hala.

Dan bila Ezariel ceritakan sebab dia berkasar, Mahira pula yang perlu terima segalanya. Mahira adalah mangsa keadaan. Dia tak patut rasa bersalah atau kesal sebab bukan dia yang salah. Tapi author buat Mahira perlu faham dan maafkan Ezariel. It’s uncomfortable how trauma Mahira diketepikan.

Also, it’s sad that author jadikan Daniel antagonist. Lagi pelik bila situasi tu jadi turning point untuk trigger cemburu Ezariel.

Kenapa author decided untuk letak scene cemburu? It’s unnecessary. Tak sweet. Annoying. Benda boleh settle dengan berkomunikasi tapi masing-masing buat kerja sendiri. Suddenly, Mahira pula yang kena pujuk Ezariel bila Ezariel putuskan tak nak teruskan hubungan. Mahira yang kena berusaha pujuk Ezariel supaya menjadi lelaki yang bersungguh-sungguh menyayangi dia when it’s supposed to be Ezariel role untuk tambat hati Mahira? Kenapa Mahira yang perlu kejar kasih sayang Ezariel? Siapa yang sepatutnya earn love dalam hubungan ni? Normally abuser yang patut grovel bukan victim yang kena pujuk.

Overall, execution plot lemah. Naratif seakan memaksa Mahira dan Ezariel untuk kembali bersama. Banyak scene yang nampak dipaksa dan mereka tiada langsung dynamic and chemistry between each other. Lebih banyak toxic vibes daripada sweet moments. Not for me.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
November 11, 2025
Permulaan cerita ni honestly menarik... kita nampak Mahira as a strong woman, fighting for her freedom after being left hanging by her husband for four years. That part was good, empowering even. But then… ermmm, everything just went downhill. Alahai... frust betul F

F noticed the author focuses a lot on telling how much Ezariel has changed instead of showing it. Dari start diaorang first encounter, he’s still dominant even gripping Mahira’s jaw at one point. Tang mana berubahnya? Still ego.. Takkan Mahira tak trigger balik dengan trauma lama dia?

Part Ezariel ceritakan reason dia bersikap kasar.. Ya Allah, F felt like slapping him and Mahira boleh duduk atas Ezaril.. trying to comfort him. Mahira boleh terima alasan tu.. aarrrggghhhh.. oh my! I guess the power of “true love".

So getting beaten and turned into a racing trophy is forgivable because he’s sorry now.

Character Mahira ni lemah... macam she’s comfortable being a punching bag last time. Yes, Ezariel changed but that doesn’t erase the fact that he once abused her. Some things just don’t deserve forgiveness.

Honestly, it feels like the author placed a wife’s dignity right under the husband’s feet. I’m sorry but does the author really think it’s okay for a woman to forgive her abuser just because he’s “a better man now”?

Satu lagi F nak comment pasal Daniel, the calm and supportive guy boleh turns into an antagonist? Untuk apa? Panjangkan cerita konon Ezariel cemburu dan rasa Mahira deserve better. Memang betul pun but too late la Mahira dah suka kat you.. ermmm

Menyampah pulak F, Mahira sibuk² pujuk Ezariel. "Nurin, i love him". yeah right!

The writing style is good, I’ll admit that.. very smooth and engaging. But why romanticize a man who’s abusive? Why normalize toxic relationships in the name of redemption?

So what if your husband beats you up, you just forgive him once he changes? That’s not love, that’s trauma dressed as loyalty.

Kalau ikut logic and self-respect, memang tak patut terima balik someone yang sanggup pukul isteri. Tapi kalau ikut hati yang still in love… ramai yang terperangkap dekat situ. Ermm Kadang orang fikir, “maybe he’s changed" atau “I’m not perfect either" padahal the damage isn’t just physical... it broke the trust and the sense of safety.

To me, love shouldn’t make you scared, traumatized or bruised. If he truly loves you, his hands would’ve never turned violent.
Profile Image for fi🧣.
58 reviews10 followers
September 5, 2025
updated rating — 2/5⭐️ this book don’t deserve 3 stars from me, sorry.

there are 3 personalities of a boy (i wouldnt say a man because a man would definitely not categorised in these 3 personalities) that i will never accept them back in my life if i ever experience it.

- cheater
- kaki pukul/baran/kuat tengking/narsistik/suka gaslight
- pick me boy/kuat insecure/that “saya tahulah saya tak hensem macam dia…” kind of lines thaf i’ll receive by dating a boy like this

Raja Ezariel Ezhan is the second one. Kaki pukul, baran, kuat tengking. aku anti betul dengan laki jenis ceni😌

first and foremost. i tak faham apa yang buku ni ketengahkan sebenarnya. that abusive relationship shouldn’t be romanticise and normalise or something else? i tak dapat nak hadam banyak sangat benda pasal buku ni. for the first time in my life i tak berapa enjoy baca second chance love. dekat pertengahan cerita baru i dapat momentum membaca sebab start dari ezariel mula grovel baru i rasa jalan cerita start getting interesting. kalau tak memang i rasa semua watak dalam cerita ni bodoh hahaha😭

sumpah awal2 i rasa macam i tak boleh terima Ezariel kalau cerita ni happy ending but as time passed by, okayla i terpujuk jugak dengan sikap Ezariel yang try his best untuk jadi penenang dengan Mahira. some of his act of services and flirts do make me gush over him but tu pun sikit je. despite that, i don’t really see any wow factor in him. cerita ni patut ada scene grovel sampai melutut because the mistake Raja Ezariel Ezhan made wasn’t a simple one. Mahira patut jual lagi mahal and biar Ezariel tu melutut cium kaki hahaha💀 bila tahu backstory Ezariel, kenapa dia pukul Mahira tu pun… entahla this is my pov i don’t think it’s valid. takkan la sebab kau ada hutang sebab ayah kau dah meninggal, kau lempiaskan marah dekat Mahira just because you had so much on your plate?? IDK THAT FEELS WRONG TO ME. mahira pun lepas dapat tahu the reason behind ezariel pukul dia macam boleh terus sejuk hati macam tu. I WAS LIKE??? GIRL YOU’RE BETTER THAN THIS. please la😭😭😭 if someone told me he abused me just because he had too much on his plate, i’ll throw salt to him and say OKAY I pun boleh hit you with all my heart IF I HAVE TOO MUCH ON MY PLATE🙂

one thing about Emmiyya’s dialogues, ml’s flirtings semua tak cringe and i applaud her for that. buku ni banyak jugak scene kerja dan itu yang buat i bosan kot sebab i can barely feel any chemistry between the mcs. hujung2 nak dekat ending baru i can feel the spark. cuma tulah, cara diorang leraikan yang diorang masih nak bersama tu pun quite rushing bagi i. also, i rasa Ezariel sangat loser sebab tak berbincang dengan Mahira pasal Daniel. he as a husband should know better kalau Mahira tu deserve better dari awal la ko patut lepaskan dia tapai besi ha kan dah kena hahaha💀 instead of saying ‘you deserve better’ to Mahira dan simpan perasaan yang ko jealous dengan si Daniel tu YOU SHOULD SPEAK TO YOUR WIFE THAT YOU’RE UNCOMFORTABLE WITH DANIEL TEXTING YOUR WIFE!!!! ihhh aku la. time Mahira cakap nak open up pasal Daniel tu pon ko duk cakap ‘saya tak nak tahu’ APA YANG KAU TAKNAK TAHU KAU SEBENARNYA NAK TAHU KAN HALAHHHH��😭😭

characters inconsistency buat i geram. however, i see Mahira’s woman empowerment. dia tak berdiam diri masa Ezariel pukul dia dan try lawan dan ugut juga. i salute her for that. character development dia pun i nampak yang dia tak takut nak hadap Ezariel sekali lagi after 4 years of running away.

macam i cakap tadi, i macam tak boleh hadam apa yang cerita ni cuba tunjukkan sebenarnya. one of the reasons are sebab i sendiri tak boleh baca the characters. i can’t really dive into their essence. author buat i kenal watak tu macam sekadar nama dan apa function dia dalam cerita ni. itu saja. that makes no fun in reading haha sorry for being honest but yea.

writing Emmiyya also feels off to me here. this whole review is a me problem of course. maybe because i baca pun kejap2 and dah dekat tengah2 baru i dapat momentum membaca. i loved Zeanissa. i really do. Emmiyya is one of my auto-buy author sebab bagi i, writing Emmiyya in Zeanissa quite top for me. tapi MAK ni… i rasa writing dia agak lain. quite wattpad-ish. maybe sebab editor lain idk la. i’ll just conclude it with MAK just not for me. maybe i baca pada waktu yang salah sebab i lowkey tengah slump jugak hshs. Ezariel ni is one of the books im anticipated with this year so disappointing la that it didn’t reach my expectation.

ada scene dalam ebook yang i ingat pun dah bertukar dalam buku. i bet it’s because of the publisher’s style. Ezariel dalam versi ebook agak daring and sexy ya, tu yang buat i macam suka la jugak dengan Ezariel ni and tertunggu2 versi buku😂 tapi Ezariel versi buku… kok behave mas hahshsh

ending dia comel. apa la Ezariel gelabah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
October 15, 2025
Okay laa kite edit sket.. sbb mcm geram bile dgr ade org suke ngn cite nie… okay laa.. different people different opinions.. mungkin you suke laki mcm gini.. but not to me.. i’ve been through this kind of relationship.. and its not healthy yaa.. some more that guy is narcissistic..


Okayy bole terima abuser jdi romantik.. tp bukan lelaki yg letak kn maruah kite kt titik paling bwh.. pastu ko nmpk tk insaf pun sbenar nyee.. still nk jdi dominan kt Mahira tu.. 😡


Ezariel dan Mahira kene kawin paksa dgn Nenda sbb kn Ezariel buat hal kene tgkp ngn polis.. family Bonda Iza ni terpaksa balik M’sia sbb husband die da tkde.. jdi ank² dorg mcm tk brape suke kt M’sia nie.. lgi pun Ezariel ade tanggung jwb yg lgi besar.. sbb tu die rebel sgt..

Ezariel ni dri awal kawin da redflag… ko tk puas hati ngn Nenda, ko lepas kn kt Mahira for what? Ape yg ko dpt..??

Tk bole terima die torture mental n physical Mahira..
Ape bodoh nye laki pegi letak kan WIFE ko utk lumba haram.. what kind of man are you??!

Lepas 4thun menghilang.. da jumpe balik.. ko tetap ber keras ngn Mahira.. pastu ayat tk bole blah ‘tidak akn pernah kalah lebih² lgi dgn Mahira’ ko nk tackle balik bini ko tp dlm hati ckp ayat mcm gini.. gile psycho Ezariel nie.. 😡

Di sbb kn tu jeeeee ko rebel mcm gini Ezariel?? and Mahira just accept alasan tu mcm gitu jee? Whatt??? 😥

Bile Mahira da bgi peluang, Ezariel pulakk main tarik tali.. aihh tk phm eh jantan mcm gini..

And sorry penulis.. sy rase antara Mahira dan Ezariel, sy tk jumpe spark between the two of them.. and that guy tkde shows remorse pun.. i dont feel anything

Yg sy suke kt sini, penulisan you.. and cerita ni fast paced..
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
August 22, 2025
idk man just ask yourself too, do you gonna forgive an abuser? i dont really get the message of this book

reality, abusers often repeat their behavior and a promise alone is not enough to guarantee your safety or well-being. real change requires long, consistent action and professional help. did ezariel seek help for his mental and anger management? no. did his character consistent till the end? no. its always the survivor’s right to decide whether to forgive, reconcile, or completely walk away. but towards the end i can feel the slight gaslight happened by saying that she deserves better like YASS SHE DID DESERVE BETTER so why did he guilt trip her out of sudden?? you should kneeling till the end bro😀

a journal saved him? im sorry but it just doesnt make sense. the core and root problem also just doesnt make sense. tolonglahhh he was 26/27 at that time, AN ADULT apa yang mudanyaaa?? stress, debt, or being forced into marriage do not justify abuse. he only expose his lack of emotional maturity. a manchild i can say such a manipulator for dressing up his violence. and if i need to talk about his character development, Ezariel’s pujuk + prove looks more like romanticized redemption than genuine character development. instead of making conditions for her, he should make commitments for himself first haha

in real life, forgiving an abuser and returning to them is rarely safe or healthy (based on my own surrounding haha) baca boleh sekadar fiction tapi jangan romanticized benda ni sekian
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
August 12, 2025
Nampak je perkataan tamat saya rasa nak selak semula muka surat pertama. Saya tak sangka saya akan sukaaaa dengan buku ni sebab i always ada doubt dengan sec chance rom, tapi olahan cerita ni sedap sangat.

Dari permulaan watak Mahira dah ditunjukkan betapa positif dan independent nya dia, berdiri atas kaki sendiri selama beberapa tahun. Bila masuk part ‘masa lalu’, no wonder dia sekuat itu. Apa yang Mahira buat memang valid semata-mata untuk bebas. Saya suka cara Mahira bangkit, tidak terlalu rushing dan dia ada personaliti yang tersendiri.

Untuk watak Ezariel, tak tahu kenapa tapi dari awal walaupun masa part dia 🚩 tu saya tak rasa nak benci dia sebab somehow rasa benda tu valid walaupun obviously salah. And yes, pov dia dah membuktikan betapa rumitnya kehidupan yang dia lalui. So i know they both struggles. ++ matured Ezariel is super hot 💋

Saya suka bila Mahira bagi vibe ‘aku nak benci kau tapi tak boleh sebab kau makin baik’. Bukan Mahira je ragu-ragu tapi saya pun rasa betul ke dia dah berubah. And yes Ezariel ni sendiri dalam diam dia cuba untuk buktikan tanggungjawab dia, bukan dekat Mahira je tapi orang lain juga. Walaupun asyik gaduh je tapi chemistry dan development hubungan diorang ni tak nampak kekok langsung.

I couldn’t describe how much i love this book, sebab apa yang saya suka semua ada dalam buku ni. Pain, Emosi, Sedih, Cemburu, Kasih sayang dan Cinta. Lebih-lebih lagi bila diketengahkan isu kekeluargaan juga, nampak keikhlasan setiap watak. My fav scene is bila both of them tolong Alyssa, masa tu tahu dah apa yang Ezariel nak sampaikan.

Overall i love it, such a beautiful ‘what if’ love story. It took me 7 hours untuk habiskan satu buku ni. Pace ceritanya laju + saya suka bila ada detail masa so that kita lagi senang nak faham jalan cerita.
Profile Image for Naz.
6 reviews1 follower
November 15, 2025
nak alternate timeline boleh ke? saya nak mahira berjaya minta penceraian dengan ezariel even lepas buat 3 syarat tu. tolong bagi sikit ezariel tu. bila dah trauma, mahira patut lari je dari ezariel tu. tak payah get back. daniel is a good guy tho. dia tak patut jadi antagonis. dalam cerita ni pun macam terpaksa jadi antagonis nak satukan main couple.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Antheryna.
13 reviews1 follower
October 27, 2025
Untuk kombo Ink Loaf kali ni, Hanya Ingin Kau Tahu much much much better dari Masihkah Ada Kita?. Haih, sangatlah lelah untuk habiskan naskhah ni. Pagenya sangatlah slow. Mmc dan fmc tak ada chemistry langsung. Aku expect tinggi ya sebelum baca novel ni. Aku suka penulisan penulis, tapi aku tak suka karya ni. Satu je nak cakap, lower your expectation.
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
August 9, 2025
Macam keliru, nak bg 3.5 ke nk bg 4. tapi baik 4 lagi kot. 😁

lama dah tak baca buku cinta. sebab malas nak layan cringe. hahaha.

buku ini mengisahkan tentang peluang kedua.
yang tak semua dapat
ada yang merayu, ada yang menagih untuk mendapatkan peluang ni.

walaupun rasa macam a bit irk sebab watak Riel ni buat saya istighfar banyak bila dia dera mental & fizikal Mahirah, saya rasa kalau dunia realiti, orang dah cakap Mahira ni bodoh sebab terima Riel kembali.

bila kita diasak dengan cerita2 dera dalam perkahwinan ni, terkadang saya terfikir, adakah ada ruang untuk bertaubat? masihkah ada ruang untuk berubah? apa perspektif orang sekeliling kalau nampak pasangan macam Riel & Mahirah ni yg berbaik semula selepas Riel berubah?

saya cuba memandang dari banyak POV, sebab saya tak mampu nak memandang dari sudut orang berkahwin ni. Mungkin pada akhirnya, segala keputusan yang dibuat oleh pasangan tu, adalah keputusan yang terbaik utk mereka pada waktu itu.

Bagi saya jalan cerita ni okay. Ceritanya taklah terlalu perlahan & tak laju sangat pun. tak banyak sangat konflik melainkan Riel & Mahirah suka gaduh hahaha.

Hati ni ada la rasa roller coaster, tergelak ada, sebak ada, marah ada, nk cubit Riel pun ada. Nasib baik la Daniel tu tak beriya sangat nk menyondol & nasib baiklah watak Rania tu cuma 1-2 page je. kita dah nk geram dah ada watak Rania tu. Rupanya sampai situ je. Alhamdulillah wakkk. hahaha

Cuma macam terkilan sikit sebab watak Bonda Iza & watak twins tu tak mewarnai langsung dalam cerita ni. Teringin juga nk tau penerimaan twins tu bila Mahirah jadi kakak dorang. Dorang takde langsung cerita ye. Ada si Alyssa tu. Baik lagi Alyssa tu jadi je adik Ezariel dr sepupu. Dan ye saya gembira sebab Alyssa bukan sepupu penyondol. Adik yang baik & banyak membantu dua ketul yang keras hati tu. Alyssa, saya fan awaakkkk hahahaha 🫶🏽
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zafrishasy.
24 reviews3 followers
November 26, 2025
Masihkah ada cinta?


📚Masihkah Ada Kita?
🖋️

-

4 tahun. Bukan waktu yang singkat buat Mahira. Sebuah ikatan mengikatnya dari terbang bebas. Melukis luka yang sukar untuk dipadam. Namun buat Ezariel, masih ada peluang untuk membetulkan segalanya.

-

Bahagian awal cerita, aku hampir campak buku ni ke dinding sebab baran dengan watak Ezariel. Menyakitkan hati sungguh. Tapi, saya hanyalah insan yang lemah, yang lemah bila dipanggil sayang🫣(lah tiberrr).

Kudos to penulis sebab berjaya tulis cerita ni dengan sangat baik dan sedap. Dari awal, penulis berjaya hook kita untuk tertanya-tanya kenapa Ezariel berubah menjadi sebegitu. Berjaya bawa kita menyelami perasaan masing-masing, dan juga journey of 45 days dia orang.

Ezariel. Awal-awal, dia memang 🚩🚩🚩, bikin baran dan rasa nak hempuk saja. Tapi, bila dia mula mengayat, slow-slow berubah, lah kita pula yang gigil lutut😋

Mahira. Ngl, I love her character so much. Walaupun awal-awal nak marah sebab dia masih stay, kita lurve bila dia buat that decision bila rasa maruah dia dipijak. And waktu dia decide to tolerate, saya sangat sukaaaa🫶🏻

Tapi, tak puas ya. I need Ezariel to confess firsttt. Biar dia meroyan lebih sikit bila Mahira buat tak layan je dengan dia. I need more of them especially lepas berbaikkk😭

All in all, I love this book so muchhhh. Suka second chance trope, the way penulisan dalam cerita ni yang sangat sedap and much moreee🫶🏻🤍
Profile Image for Nenas.
6 reviews2 followers
August 24, 2025
Ya Allah… another buku yg I don’t even know where to start ya 😭 girll, after everything Ezariel & Mahira went through, they deserve that ending. My ezarielmahira 😭🫶🏻

This book is… a roller coaster. One page aku geram nak hempuk mamat Ezariel ni, next page i sengih sorang2 sebab dia buat benda sweet HEHEHE 😝. Kak Emmiyya pandai betul erk main tarik emosi — benci → kesian → respect → sayang. Semua ada.

Mahira? Dang ma girll, QUEEN behaviour. Dari a broken, trapped wife to an independent, thriving woman. Dia tak bangkit overnight, but perlahan-lahan rebuild hidup dia. And her strength?? MY IDOLAA 🙏🏻. Ada part yg i tepuk tangan, macam “YES GIRL GO GIRLLL THAT’S MY MAHIRA 👏🏻”

Ezariel pulak… let’s be real, zaman dulu dia 🚩. Like… BIG 🚩. Selfish, ikut hati, and yeah naik tangan tu memang unforgivable. Tapi in this book, dia betul-betul fight untuk second chance dia. Not just with words, but consistent actions. Matured Ezariel? Hot. Period. 💋 Pastukan i suka time dia jeles BAHABAHHA YES BE JEALOUS PLEASE.

Yang bestnya, penulis tk skip proses. Ada counselling, ada awkward moments, ada struggle nk rebuild trust. So it feels real. Bukan jenis yg “magically forgiven in one chapter” gitu. Chemistry diorang pun ughhh, gaduh pun still nampak ada spark. Gaduh2 manjahh.

And boleh tk kita appreciate watak sampingan macam Nurin, Alyssa, Nenda… semua ni bawa warna lain pada cerita. Daniel tu je la haih. Maleh nk ckp banyak psl dia😑

Favourite part i? Bila Mahira nak benci tapi tak boleh sebab Ezariel keep proving himself. And ada that one scene tu i senyum macam orang gila ya. Ezariel ni pandai betul curi hati bini dia balik, step by step. Mencikk

mistakes, regret, healing, and choosing to fight for love you once broke, semua dlm buku ni sempurna. worth every page.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
30 reviews
October 29, 2025

✨ Book Review: Masihkah Ada Kita? ✨
✨Penulis : Emmiyya
✨Penerbit : InkLoaf Publication
✨Rating : 4/5 ⭐️

Dari muka surat pertama sampai ke perkataan TAMAT, satu je terlintas dalam kepala — patutlah ramai cakap cerita ni buat jiwa koyak tapi towards the ending, akan jadi not so bad! 😭

Awalnya saya skeptikal dengan tema “second chance”, tapi Emmiyya berjaya olah kisah Mahira dan Ezariel dengan cara yang sangat real dan emosional. Tak ada ‘magical forgiveness’, tak ada ‘instant redemption’. Semuanya dileraikan dengan perlahan-lahan, penuh luka, penyesalan dan keberanian untuk memperbaiki.

Mahira, perempuan yang dulu terkurung dalam perkahwinan penuh luka, akhirnya jadi simbol kekuatan dan kebangkitan. Dia tak bangkit overnight — tapi setiap langkah dia terasa sangat bermakna. I adore how she finally stands for herself. QUEEN behaviour. 👑 Padan muka Ezariel! 😝

Ezariel, on the other hand — let’s be honest, dulu dia 🚩besar. Tapi bila dia mula sedar dan cuba tebus kesilapan, saya tak boleh benci dia sepenuhnya. Sebab cara dia berubah tu bukan sekadar kata-kata, tapi tindakan kecil yang konsisten. Matured Ezariel? Hot. Period. 💋 The way he follows semua yang Rizal bagitahu how to tackle a woman kan! Hahaha HOT!!!
Dont act like you OWN HER! 🤫

Apa yang buat cerita ni special ialah penulis tak hanya fokus pada cinta semata, tapi juga kesembuhan luka lama, keikhlasan, dan proses memaafkan. Saya suka bila ada elemen kaunseling, awkward moments, dan struggle rebuild trust — semua tu buat cerita ni terasa hidup dan dekat dengan realiti. I mean, second chance and I believe everyone deserves it!

Dan chemistry diorang? Aduh… gaduh pun ada spark! Kadang marah, kadang senyum sorang-sorang sebab sweet sangat 😭

Watak sampingan macam Nurin, Alyssa dan Nenda pun beri warna tersendiri dalam jalan cerita — masing-masing ada peranan kecil yang menyentuh hati. I mean look at nenda she loves Mahira and Nurin? Walaupun anak Dato’ masih menunjukkan dia sahabat yang baik ✨

Buku ni bukan sekadar tentang cinta yang patah dan diperbaiki — tapi tentang bagaimana dua manusia belajar menjadi versi terbaik untuk diri sendiri dan untuk satu sama lain.

Pain, regret, healing, and forgiveness — semua cukup lengkap.
Satu perjalanan emosi yang buat saya senyum, geram, menangis, tapi akhirnya… lega.

For me, I always wonder…
“what if” love story yang penuh luka, indah, dan membekas lama di hati dijadikan novel? I guess this is the book ☺️
P/S :
But still being an abuser is not a really a good choice for the ML cuma, disebabkan ML berubah, means people deserves a second chance kan?
Profile Image for Am.
8 reviews1 follower
August 15, 2025
Masihkah Ada Kita?

Cerita ini mengetengahkan konsep peluang kedua, di mana sangat menarik cara penulis olah kisah Mahirah dan Ezariel.

Mahirah, seorang wanita yang polos pada awalnya, bertukar menjadi seorang yang tegas dalam mempertahankan dirinya. Dia tahu dia kembali, untuk menuntut kebebasan. Cukuplah dia lemah dan turutkan sahaja keadaan hanya kerana dirinya yang percaya pada cinta.

Ezariel pula, seorang yang tenggelam dengan tekanan hidup waktu itu menyebabkan dia menyakiti Mahirah. Namun, dia sedar dia telah melakukan kesilapan besar apabila teguran Tuhan tu datang tanpa diduga. Semuanya untuk dia kembali ke jalan yang lurus. Tekadnya seorang Ezariel dalam menebus kesalahan lalu, menjadikan dia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kemaafan dan meraih cinta Mahirah.

It was a roller coaster of emotions. Sekejap marah, sekejap rasa simpati, sekejap rasa sedih, sekejap lagi rasa ya Rabbi sweetnya kan ! Hahaha. I like how author huraikan tentang 'steps' untuk baiki hubungan perkahwinan. This story is a good story, with a lot of lessons can be taken.

Love it !
Profile Image for Meya.
3 reviews2 followers
October 1, 2025
Masa mula-mula baca tu agak confusing, sebab the timeline yang kejap flashback kejap masa sekarang. Buat I pening. But I quite setuju dengan beberapa review yang cakap this kind of guy did not deserve sec chance at all.

Sebab..... Bila I tahu reasons Ezariel memberontak pun, I still rasa tak patut dia buat Mahira macamtu. As if Mahira yg paksa dia kahwin. Macam kennot brain sikit. Bukan sikit tapi banyak. Lepastu dahla memaksa Mahira terima dia balik. Huh geram!

Profile Image for Elurine.
84 reviews2 followers
November 8, 2025
Betullah macam review lain, betul ke lelaki kaki pukul ni boleh berubah? Sama macam lelaki baran lah, betul ke boleh berubah dalam masa yg singkat. Kalau betul boleh berubah, kira okay lah watak si Ezariel.

Rasa tak boleh terima pulak penulis buat cerita ml red flag macam ni. Tapi penulisan sedap, sehari boleh habis baca tapi tulah abuser kan, nak harap apa.

Yang mahira pun cepat betul berlembut hati. Tapi kalau ada lelaki mcm ni irl, agak agak ada ke yg sanggup bagi peluang kedua tu?
4 reviews1 follower
October 26, 2025
Cerita ni macam tak cukup masak dan plot cerita yang biasa. Ada certain bahagian yang membuat sy tertanya-tanya tp tergantung. Idk ini bukan buku yang saya akan reread.
6 reviews
November 16, 2025
Kali kedua baca karya penulis ni. Penulisan dia bagus, lancar. Tapi turn off dengan ML.😵‍💫 Sepatutnya dia tak layak dapat 2nd chance. Aku lagi suka kalau Mahira end up dengan another guy.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Chicken.
40 reviews1 follower
November 18, 2025
Looking at the reviews here about the ML behaviour and how the author romantised an abusive guy, unhealthy relationship, etc.

Okay, big no for me.

That's what I thought, not until I try to give a chance by reading the book.

---

I tried my best reading it until the end.

And yeah... Not really fond of this kind of relationship between FL and ML.

Wish that FL can just find a better man than the current ML.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.