Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hanya Ingin Kau Tahu

Rate this book
Haris Wafi—lelaki yang tidak pernah tahu erti setia. Baginya, wanita hanya alat hiburan, bukan insan untuk dilindungi. Tapi satu peristiwa memaksa dia ‘membayar’ sesuatu yang tak ternilai … dengan sebuah perkahwinan.

Nur Nisrina—mawar putih yang dijaga rapi dengan didikan agama. Dia tidak pernah meminta apa-apa, cuma ingin

menjaga maruah dan takdirnya … meskipun terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang tidak pernah menginginkannya.

Namun, siapa sangka dalam perkahwinan tanpa cinta ini, tersimpan rahsia yang mampu menghancurkan segalanya? Pampasan apa yang membuatkan lelaki seperti Haris sanggup berkahwin?

Dalam pada Haris cuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.

“Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya …” - Nur Nisrina

“But you are my white rose …” - Haris Wafi

504 pages, Paperback

First published July 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Msroses

4 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (42%)
4 stars
37 (43%)
3 stars
10 (11%)
2 stars
2 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for This girl just want to go to Oasis concert..
179 reviews21 followers
September 7, 2025
Terima kasih untuk buddie read saya yang recommend buku ini dan bagi saya pinjam buku ini.

When she said, buku ni pasal orang kaya x orang kurang berkemampuan saya terus, okay gimme the book I want to read it.

This recent year, kurang nampak orang tulis dinamik orang kaya x orang miskin ni, sebab ini tema zaman awal 2010-an, tapi kadang-kala rindu jugak nak baca dinamik ni balik haha. Dan suprisingly, buku ni best!

Okay, kalau dulu tema kaya x miskin ni heronya selalunya ego tinggi melangit, lepastu jenis berkasar dengan isteri tapi untuk Hanya Ingin Kau Tahu, dari awal sampai habis our hero which is Haris ni memang jenis berlembut dengan isteri sendiri. Tak pernah persoalkan latar belakang Nisrina.

Haris, ada karismanya tersendiri and honestly saya rasa dia ni lebih kepada garang hahaha. Lepastu berjumpa pula dengan Nisrina, memang perfect match in heaven. Nisrina ni lembut, delicate and very polos girl. Nak kata Nisrina ni damsel in distress macam ada sikitlah tapi saya rasa dia gadis yang boleh survive sendiri with her own kelembutan tu.

Suka interaksi Nisrina dan Haris, both need each other untuk menghadapi masalah dunia. Tapi masa mula-mula saya geram juga dengan Haris ni, bro what are you doing? What have you done brother? Seriously?

And if ever someone questions Nisrina's decision, come here and let me tell you, there's people yang hatinya sangat suci dan Allah bagi kekuatan untuk memaafkan seseorang. To gain Allah's forgiveness is to forgive others too. Hard, tahu susah tapi I would advise our Muslim friends to learn betul-betul Allah's name.

Buku ini memang bagi saya fokus kepada erti kemaafan, dan pesan-pesan agama dalam buku ini sangatlah baik untuk dijadikan pedoman.

Cuma, ada satu part saya kurang selesa, bila watak dalam cerita ni asyik bercakap pasal status orang kampung. Saya macam, what is wrong with being orang kampung? Tapi bila fikir balik, takpelah ekk, buku ni pun bercerita pasal orang kaya x orang miskin jadi saya just brush it off.

Pertama kali baca buku Msroses and saya suka gaya penulisan penulis, rasa macam nak baca buku penulis yang lain pula hehe.

⭐⭐⭐⭐

Tak ada orang yang lebih layak untuk jadi suami dan pelindung Nis selain abang...
Profile Image for chelsannereads.
258 reviews6 followers
December 11, 2025
Rating: 4.5⭐
Trope: Marriage as Compensation/Bad Boy × Good Girl/Redemption Arc/Protective Male Lead/Hurt/Comfor/Innocent Heroine/Secret Past / Hidden Reason/Broken Man Learning to Love/Trust Issue & Emotional Walls/“I don’t deserve you” energy/etc...

My thoughts 💭 (my opinion)

First time baca karya penulis and I'm in love terus! Patutlah kawan booksta asyik msroses sana, msroses sini... Karya dan penulisannya not bad rupanya. 🤩 Mulai sekarang saya akan mula book hunting for msroses punya buku hehehehe 🙈 ok jom kupas sikit pasal buku ni!

About this book, it is basically about FL yang innocent dan baik hati terpaksa berkahwin dengan ML yang bad boy sebab diperangkap pada mulanya... Tapi lama kelamaan cinta mula berputik. Saya harus akui plot cerita ni klise tapi bila diolah oleh penulis dengan baik sekali karya ni jadi sedap dibaca.😻

Sedar tak sedar saya manage untuk baca 65% buku ni dalam satu hari which is a big deal to me sebab buku ni tebal tau... And I never done that before, which means again, this book memang hooked me up! Penceritaan dari mula sampai akhir membuatkan saya melekat terus untuk baca.

Apa yang saya suka tentang ML character? Walaupun pada mulanya dia masih belum fully berubah ke arah kebaikan tapi dia still layan FL dengan baik walaupun caranya sedikit dingin dan kasar. ML juga tak pernah naik tangan dekat FL. At first I thought ML ni memang dari kecil sampai besar perangai memang jahilliah yang suka bermaksiat semua tu.

Rupanya ML ada masalah mental health iaitu PTSD 🥲😭 how I wish I could hug him, walaupun I've never been in his place tapi the way author elaborate his past and his feelings sampai sangat! Betullah orang cakap, mulut ni is a very powerful! Dia boleh buat orang offended to the point he's still terngiang² suara mama dia cakap yang ML ni tak patut lahir. 😭 Kalau saya pun akan ingat sampai bila² tau apa yang dicakap tu. 😞

FL character pula? She is the definition of an angel ✨ FL ni nak describe baik dia tu sampai tak tahu nak describe macam mana... Perwatakan FL ni seorang yang baik, lemah lembut, taat pada ibu bapa & ajaran agama. The angst in this book? Ya Allah sampai sangat! 😭 Tahu² je hidung dah merah, pipi dah basah. 🥲

Overall, karya ni digarap dengan baik bagi saya. Apa lesson yang saya dapat melalui karya ni? We live in this world to be tested, but no matter what happens, trust Allah’s plan because He is the best planner. Through every hardship, there will be ease and strength. Highly Recommended ✨
Profile Image for N.S.Y.
111 reviews4 followers
August 5, 2025
Haris Wafi yg membawa nama yg baik.. tapi perangai.. Nazubillah.. out!

Nur Nisrina nama secantik peribadinya..

Make it simple.. Nis yg terima baik buruk Haris tanpa persoalan..

Haris yg berubah utk jd yg lagi bagi utk Nis ..

Walaupun perkhwinan mereka ni di rancang oleh Haris sbb sbgai pampasan.. tp dia syg dan lindungi Nis lebih dari nyawa dia..

that make Haris one of colorful flag hero.. Tak mampu nk benci Haris sbb yg menyebabkan dia jd macam tuh bukan pilihan dia.. tp mak ayah dia yang bentuk dia jd mcm tuh..

Sedih jadi Haris sblm ni jmpa dgn Nis. tp bila dah masuk mood sweet 2 ketul ni.. Meor pun sakit kepala nk hadap..

tuan harimau bila berubah jd kucing parsi. hati² 🤭

rekomended utk light read.. xyah nk sakit kepala pikir plot. dia direct je bagi apa yg patut.. ending pun puas hati.. gituhhh..

plus... thanks for ink loaf utk cover yg lawa and there no almost typo and small error yg buat sakit hati..serius Ink Loaf, and bukti di novel ini kemasan yg tersusun.. terbaikk..
Profile Image for twiggies.
107 reviews8 followers
August 18, 2025
buku ni cliche. a bad boy x good girl trope, tsundere mmc x naive fmc, ceo x orang kampung. but somehow, i enjoyed reading it. maybe sebab aku memang okay je dengan cerita cliche as long as the writing is sedap.

arranged marriage? more like marriage that HE arranged. basically Haris rasa dia ‘bertanggungjawab’ atas apa yang jadi dekat keluarga Nisrina malam tu. aku sempat questioning jugaklah kenapa tuan harimau ni tiba tiba sangat prihatin & nak jaga Nisrina sedangkan dia tak ada connection apa-apa pun dengan family tu. plus, dia ni digambarkan as someone yang 'benci' perempuan. but once everything is revealed, aku rasa macam bolehlah.

personally, it’s predictable sebab boleh agak apa yang bakal berlaku. tapi author pandai selit sikit ‘secret’ tentang backstory Haris yang buat aku curious nak tahu apa sebenarnya jadi sampai boleh lahir ‘harimau’ dingin dalam diri dia. it’s pure cruel for a kid to go through that.

talking about the characters. Nisrina, nama secantik tuannya. she’s undeniably strong tapi sebab karakter yang terlalu polos, her naivety at times can be a little hard to digest. aku annoyed sikitlah kadang baca scene dia ni. i was hoping for some character growth in her, but still, i try to see things from her pov & understand where she’s coming from.

Haris Wafi, instead of baran he's more to garang. cuma dia garang tak bertempatlah asyik nak membidas je kerja. tapi garang dia tu verbally, bukan sampai tahap mentally abusive. dan ada scenes yang tunjuk laki ni sebenarnya tsundere. kata lain, tapi buat lain eee just give me any tsundere fictional man, and i’d definitely fall head over heels for him. cuma awal awal tu dia red flag yang jenis tak ada pegangan agama & tukar pasangan hari hari.

plot berkembang dari satu masalah ke masalah lain, setiap konflik disusun dengan baik dan tak rasa terlalu cramped in one scene. adalah few part yang aku rasa boleh dikembangkan lagi esp certain closures yang i wish were explored more.
Profile Image for Mslvoe.
2,336 reviews247 followers
November 8, 2025
Korang, kisah ni maybe cliche but F totally loved it! Tapi yang buat F ter-fall in love bukan Haris tapi bff dia si Meor. He’s such a sweetheart okay! The way he talks, so gentle and caring... totally opposite of Haris yang cold and distant macam freezer.

Maybe rasa guilty yang Haris bawa buat dia rasa responsible nak protect Nisrina lepas kejadian accident tu. Poor Nisrina... rumah kena jual oleh pak ngah, lepas tu dijadikan maid oleh mak ngah. And the worst part, their son actually had bad intentions towards her. Bila hampir kena rogol, Nisrina decided to run away and that’s when she met the hero.

The hero @ Haris has been looking for her for two whole months! Masa family pak ngah datang marah² kat penthouse, Haris terus buat keputusan nak jadikan Nisrina isterinya. Time ni F pelik, camne family pak ngah boleh naik ke atas? Nanti korang baca.. ada je jawapan after tu.

Walaupun Haris nampak dingin, deep down he really cares. Whatever Nisrina wants, he tries to fulfill it. Bila Jazlan tried to rape her, nasib baik Haris sampai on time. Sejak dari hari tu.. Haris never leaves her side.. dia bawa je Nisrina ke office.

F totally adore the sweet moments between Haris and Nisrina. Their chemistry feels so warm. Reading this story feels so smooth and relaxing... a perfect comfort read after a long day.
Profile Image for zairaidah.
433 reviews44 followers
November 18, 2025
Ini kisah seekor harimau jadian bertukar jadi kucing parsi. In a good way.


Lepas ni awak memang akan jadi saya punya favourite author.

🥰🥰🥰🥰
Profile Image for Khayrin Qistina.
16 reviews
December 24, 2025
Setelah 8 hari membaca cerita ini,saya akhirnya sudah sampai ke garisan penamatnya! 🥹😁 Ok first of all,cerita ini ialah cerita ke-4 yang ditulis oleh kak Msroses tapi cerita itu menjadi my second read from the author after reading her first story yang dia tulis dekat wattpad dan yang ke-3 menjadi buku fizikal which is Cinta Tak Bersyarat 😄 The first 8 chapters di dalam versi buku masih lagi sama dengan versi asalnya di wattpad tapi seperti biasa ada scene yang ditambah,dibuang dan dibaiki sama seperti ceritanya yang lain ^^ Sama seperti Cinta Tak Bersyarat,saya pasanglah playlist song yang tersedia untuk cerita Hanya Ingin Kau Tahu seperti lagu Hanya Ingin Kau Tahu oleh Repvblik band,Rahasia Hati oleh Element band dan banyak lagi untuk bayangkan setiap situasi dan babak yang berbeza berjalan di dalam cerita ini ☺️ Saya berasa sakit hati dengan setiap watak jahat dan pedengki yang ada di dalam cerita ini 🥶🥶😤😤 Mujurlah ada watak jahat yang dapat terima pembalasannya puas hati saya hehe ^^ Saya berharap kak Msroses akan buat spin off story untuk si Meor dan Natasha sebabnya kita nak tengok how their chemistry akan berjalan setelah si Haris Wafi dan Nisrina dah berbahagia dengan anak mereka hehe 🥹🥹 Also be aware that this story ada trigger warning ⚠️ jadi anda semua kenalah baca cerita ini betul-betul ya ^^ Saya bagi rating cerita ini sebanyak 10/10 💫 Vibes islamik yang ada dan disampaikan di dalam cerita ini memang terbaik 👍🏻
Profile Image for Fatin Azira.
97 reviews2 followers
November 9, 2025
I THINK INKLOAF DID A REALLY GOOD JOB AT CHOOSING AND PUBLISHING THIS ONE. Saya sangaaaaaaat suka stail penulisan, cerita dan pengajaran yang dibawa dalam novel ni. Taksangka yang saya akan suka sangat dengan karya dari MsRoses ni sehinggakan saya habiskan dalam masa beberapa jam je. It’s good sebab dahlama tak baca novel dengan trope cliche macam ni tapi dia punya slow-burn tu hanya Allah yang tahu. Backstory yang menarik, penutup yang menarik. Love this!
Profile Image for Bookworm93.
28 reviews1 follower
September 20, 2025
Karya yg ni bg saya slow pace sikit. Bagi saya la. Saya lebih prefer CTB lg.
Overall jalan cerita baik.. 4 ⭐⭐⭐⭐
Profile Image for jj.
69 reviews2 followers
August 12, 2025
Dari permulaan cerita lagi dah mainkan emosi dan dah disuap dengan konflik yang saya sendiri tak boleh hadam sebab semuanya berlaku cepat sangat. Tapi bila dah baca sampai habis, baru saya faham kenapa ia ‘cepat’ iykyk 🙃

Sejujurnya saya ada love-hate relationship dengan Haris. Sebabnya dia ego, susah nak dapat tangkap apa yang ada dalam kepala dia. Mulut dia kalau buka, sakit hati terus. But i love his protective side, action speaks louder than words 🫴🏼🫴🏼

Watak Nisrina ni memang terlalu baik, masih wujud ke orang macam dia ni? Baik dia tu sampai saya rasa dia terlalu lurus untuk ikut je apa yang orang cakap. Saya yang geram 🤦🏻‍♀️ Tapi! development watak dia okay dan tak keterlaluan which means dia still dengan personaliti dia tapi jadi lagi matang & fikiran yang lebih berkembang.

For me personally saya rasa cerita ni a bit slow dekat bahagian tengah, mungkin sebab ada flashback scene. Tapi part ni lah yang paling banyak main emosi sebenarnya, dapat tahu kenapa Haris boleh jadi macam tu. Actually diorang berdua broken disebabkan kisah silam, tapi saya tak sangka Haris’s pov akan buat saya 10x lagi sebak Betapa hancurnya diri dia sebagai seorang manusia💔

Tak tipu ya bila Haris cakap nak jadi pelindung untuk Nisrina, like literally 60% of this story Haris ‘jaga’ Nisrina. Dia cold tapi at the same time dia ambil berat sangat dengan Nis, sanggup dengar Nis yapp pepanjang pasal agama, keluarga dia dulu & kampung dia. I’m so melting dengan Haris yang soft 🫶🏼🥹

Overall, it’s a light reading but with heavy emotions for me. Life lesson dalam ni real top tier 🙌🏼
Profile Image for Cutie_pie28.
553 reviews12 followers
August 27, 2025
Haris seorang yg ego.. menyampah baca karakter die.. rasa nk hempuk jee.. die jenis yg tk penah kisah org lain… tp when it comes tu Nisrina, die berubah.. trus nk jdi protector Nisrina.. mungkin sbb perasaan bersalah menghantui die..

Nisrina ni sorg yg lembut, polos.. nk kate lembik tak.. die brani jugk lawan kalo pd die rase situasi tu perlu die lawan.. tp org tua die hormat sgt.. even mak ngah die yg buat jahat kt die pun die tk brani sbb kn rase hormat tu..

Lepas kawin, Haris tatang Nisrina sampai kn Nisrina tk bole kate tak pun.. ape yg berlaku selepas dorg kawin, mmg emosi kt sini pasang surut yee..

Tk hairan laa perangai Haris tu mcm gitu.. sbb die kurang kasih syg keluarga.. dan Meor sentiasa ade blakang die utk support Haris nie..

Actually cerita nie cliche.. tapiii best di baca.. bile part sweet² dorg tu, sampai kn Meor pun tk bole hadapp yee.. trus rasa nak kawin yee
Profile Image for kay ♡.
332 reviews3 followers
April 11, 2026
I would describe this as your classic cliché billionaire and poor. What I'm glad in this book adalah takde watak ketiga yang selalu ada di setiap kahwin paksa punya novel iaitu si Penyondol. Cuma ada watak lain yang gila s*ks tapi jangan risau mula-mula je ada.

Selain billionaire x poor trope, salah satu trope utama buku ni jugak ialah forced marriage, reformed playboy, innocent heroine, and grumpy sunshine. Yeap semua ada dalam ni.
Profile Image for Nenas.
6 reviews3 followers
August 17, 2025
Hanya Ingin Kau Tahu – msroses
⭐ 4/5 !!

Tk expect yg I akan suka buku ni sampai tahap macam ni 😭 main baca je, tak tahu pun buku ni pasal apa. Sekali baca punya baca nohh best ye nyahh 😭

Haris Wafi aka Tuan Harimau grr. awal2 tu red flag terang benderang nokk. Mulut dia tajam, tanya sikit kena sembur, silap sikit kena sembur😭 ayat dia pedas2 semua penat sis gelak 😭 HAHAHA. BUTTT… bila dia start lembut dekat Nisrina, protective dia tu bukan beshe2 weh🥹 Dia bukan sweet talker, tapi dia action speaks louder than words punya type. Dia dengar semua benda Nis cakap walaupun dia buat muka blur. Protective king frfr. (Hey haris, saya nk kena dukung juga)

Nisrina ya Allah perempuan ni baik sangat ya 😭 Baik tahap kalau dunia ni ada clone dia, confirm semua orang happy. tpi Nis jgnla lurus sgt ya 😩 Still, i suka character growth dia. Tetap dengan diri dia yang asal tpi lagi matang & boleh handle hidup sendiri.

Part yang paling buat i tk move on is chemistry diorang. Kau bayang… dua orang yang asyik gaduh2 manjah, tapi dalam masa yang sama saling jaga. Tak weh comel gila please 😭 sorang character nya mcmni, sorang lagi mcmni. Haih comelje.

Penulis selitkan nasihat agama dengan smooth gila, tk rasa macam tengah kena lecture. Like ada scene Nis bercerita pasal agama kat Haris, and Haris dengar… then slowly dia berubah. From a man yang jauh gila dari Tuhan, sampai boleh jadi pelindung yang betul2 jaga Nis bukan saja dari orang, tapi dari dosa. THAT’S CHARACTER DEVELOPMENT YA🙌🏻

Oh, and side couple Meor dengan Natasha. hellooo?? Kenapa tak bagi full cerita diorang?!! Chemistry diorang saya dpt rasa ya!! Meor ni translator personal Haris, plus dia lah reason banyak scene jadi kelakar. Honestly, spin-off diorang confirm laku hehe.

Cerita ni awalnya fast-paced, pastu tengah2 dia slow sikit sebab ada flashback. Tapi actually kat situlah emosi main kuat. Dapat tahu kisah silam Haris, trauma dia, and why dia jadi keras macam tu. Part tu i baca sambil pegang kepala sebab sebak. Huaaa kesiannya my Haris rimau 🥹 kesian juga dkt Nisrina. LAH NK PELUK LA DEDUA 🫂
-
And!! bila masuk bab “selepas 4 bulan” ha, prepare tisu sebab i nangis bengkak mata. Bukan Nis je rindu, i pun rindu 😭 Sumpah ya buku ni i tk expect sesedih itu. Tapi dh bahagia tu bahagia betolll, kito sengih sampai nk baling buku HAHAHA
-
Overall — buku ni kelakar ✔️ sweet ✔️ pedih ✔️ ada life lesson ✔️. Kalau korang nak cerita yang buat u oll gelak sampai senyum sorang2, pastu tetibe nangis senyap malam2… HIKT is that book.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
107 reviews
August 23, 2025
📖 Review Novel: Hanya Ingin Kau Tahu
Penulis: @msroses__
Penerbit : @ink.loaf
Rating: ⭐️⭐️⭐️⭐️.9/5

“Saya tawakal. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Lagipun saya tak tahu siapa lagi yang saya boleh percaya dalam keadaan macam ni.”

Nur Nisrina, gadis kampung polos yang kehilangan kedua-dua orang tuanya sekelip mata. Rumah pusaka keluarga pula dijual oleh ibu saudaranya yang tamak haloba—sampai kita pun terfikir, mak ngah dia tu yang setan, atau syaitan tu yang setan sebenarnya? 😩

Belum reda luka dihati, Nisrina pula didera dan hampir diperkosa abang sepupunya. Memang geram weh!!!

Di sinilah muncul Haris Wafi—pelindung setia. Pertemuan pertama mereka berlaku ketika tragedi kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa Nisrina.

“Kau boleh percayakan aku.”

Sejak itu, Haris menjadi benteng pelindung Nisrina, malah sanggup melakukan sesuatu supaya mereka dikahwinkan.

Nisrina ni hati dia kental betul. Bayangkan, setiap malam dia salam tangan Haris walaupun Haris tu garang macam harimau! 😆

Saya suka bila penulis selitkan nilai-nilai murni yang evergreen, rasa kena sangat dengan jalan cerita:

1. Solat sebagai kewajipan hamba.
2. Tawakkal kepada Allah.
3. Memaafkan kesalahan orang lain—moga Allah ampunkan kita juga.

Semua ni tak rasa dipaksa, malah mengalir natural dalam naratif.

💌 Haris & Nisrina

Kisah perkahwinan mereka sweet, walau ada klisé. Tapi klisé macam ni kan kita memang suka? Hehe 😆

Haris = protector sejati. Dia sentiasa jadi orang pertama yang risau bila Nisrina ada masalah. Tapi, Haris sendiri takut untuk menyayangi—merasa dirinya pendosa yang tak layak dicintai. Kenapa? Itu korang kena baca sendiri.

Ada dialog yang buat hati cair, ada bab yang buat mata berair. Muka surat 293, memang… boom. Menangis weh 😭

🌹 Kesimpulan

Novel ni buat saya termenung lepas habis baca. Rasa macam, “Eh, wujud ke orang macam ni?” 🥹 Saya habiskan dalam 2 hari… eh silap, sebenarnya 4 jam je. Hehe.

Kalau korang jenis suka novel yang main tarik-tolak perasaan, ada luka tapi tetap ada manis—this one’s for you ✨

#BookReview #ReviewNovel #HanyaInginKauTahu #NovelMelayu #IGBookstagram #BookTokMalaysia #RomantikIslamik #CintaHalal
#Inkloaf #Bookstagram
Profile Image for rjuniex.
47 reviews1 follower
December 21, 2025
3.2/⭐️

bad boy x good girl, slow burn

-Dalam kamus hidup Haris tak pernah terlintas yang dia akan berkahwin kerana baginya dia tidak layak untuk bahagia. Tapi akibat satu insiden dia bertemu dengan Nisrina dan mereka bersatu disebabkan maruah dan takdir.

-Buku ni bagi vibe novel dulu2 which kau kahwin dengan dia sebab nak lindungi dia je treat her kasar/ garang tapi lama lama jatuh sayang. And kinda predictable.

- Haris; Mulut je laser, ego, dingin, tapi bila part protective action speak louder. I rasa every part Meor nak translate bahasa harimau ke bahasa manusia itu is kinda cute Oh everyone gelarkan dia Tuan Harimau. Bila dia janji untuk lindungi Nis dia betul2 kotakan janji tul And after 4 months his character become better

Nisrina; hm memula tu rasa comelnya ya allah polos lurus sungguh dia ni lama2 aku rasa nak duku kepala dia. Kenapa la senang sangat percaya cakap orang

-both of them ada kisah silam masing2. Jadi cerita ni bermain dengan emosi dan terdapat nasihat yang diselitkan

personally, I think cerita ni pada permulaan semuanya berlaku terlalu cepat lepas satu satu musibah yang terjadi dekat Nas sebelum bertemu dengan Haris before cerita ni jadi slow (idk mungkin sebab Nis banyak duduk rumah Haris tak bagi dia buat apa2 jadi mati kutu) Lastly I want more about Meor
Profile Image for Safa Safwan.
107 reviews24 followers
August 3, 2026
Predictable flow tapi ada juga elemen curiosity yang buat saya teruja nak tahu what's next. Watak heroin agak tak realistik sebab naif sangat. Mungkin sebab saya bias dengan watak heroin yang ada maskuliniti (kental tapi soft heart, tegas tapi romantik). Aaa, cenggitu. Kalau betul pun masih wujud di dunia nyata watak Nisrina ni,bagi saya dalam fiksyen, perlu didik pembaca untuk tidak terjerumus ke dalam victim mindset/ selalu blur. Mungkin boleh cipta beberapa konflik yang tunjuk dia mampu cari solusi bagaimana untuk keluar dari pemikiran yang sebegitu. A good try from author. Teruskan menulis! 🙌🏻
5 reviews1 follower
October 26, 2025
Jalan cerita yang cliche antara Haris dan Nisrina (lelaki kaya yang selamatkan perempuan kampung). Cerita cliche tp saya enjoyed baca novel ni actually + suka character Haris yang ego tapi ambik berat terhadap Nisrina. If awak sukakan cerita yang santai (ada je conflict tapi tak berat) boleh try baca.

Novel yang saya akan simpan & reread (maybe).

Profile Image for Lydia Mohd Nasir.
44 reviews4 followers
August 13, 2026
Bukan cerita cinta yang cliche. Penceritaan dan gaya bahasa yang gramatis. Alur cerita bersambung dengan baik. Awalan cerita ada hook yang baik. Penyampaian mesej peluang kedua jelas melalui watak Haris. Walaupun sesetengah babak dan dialog uncensored. Perlu kepada label bacaan matang. Persoalannya, adakah Haris berhak ke atas peluang kedua?
6 reviews
February 8, 2026
Overall ok. Everything is predictable.
But I have a problem with the FL. Why so naive..why so polos. Like speed dial for emergency calling pun tak reti. I expect some strength from her beside her good background in religion. I was hoping of her charming side to be expressed. Tp tak....
Displaying 1 - 19 of 19 reviews