Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mangkat

Rate this book
"Yang mahukan kekayaan, kebebasan, kebenaran, dan kekuasaan; di sini, impianmu akan menjadi kenyataan.... Atau berubah menjadi neraka yang kau tidak akan dapat lari darinya."
Sepucuk surat hitam tiba di tangan mereka, menawarkan sesuatu yang tidak mungkin dapat ditolak. Namun, tiada yang percuma di dunia ini.
Setiap langkah adalah ujian, setiap pintu diuji dengan jalan buntu, dan setiap keinginan ada harga yang perlu dibayar. Ia bukan sekadar sebuah menara, tetapi satu demi satu jerangkap yang menyaksikan kejatuhan ramai yang dahulunya diundang sebagai tamu, namun tersadung dek mengikut dambaan hawa nafsu.
Setiap tingkat yang perlu mereka lalui, memaksa mereka menghadapi ketakutan terbesar dalam hidup mereka sendiri.
Apakah mereka sanggup membayar harga yang diminta... atau akan terperangkap di dalamnya selama-lamanya?

433 pages, Paperback

First published May 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Aniq Muhai

4 books1 follower
Nama lain: Aniq Muhaimin

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (16%)
4 stars
6 (50%)
3 stars
4 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Yumi Teavee.
128 reviews1 follower
August 8, 2025
baca sinopsis, kita dapat agak yang genre ni berkait thriller and dark psychology and author pun ada mention genre ni dalam buku dia.
Pada saya, ni first time saya baca buku novel yang ditulis oleh Aniq Muhaimin. Sejujurnya,saya suka flow cerita cumanya saya rasa macam agak rushing jalan ceritanya. Setiap karakter memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan impian masing-masing. Ending dia macam umum but acceptable sebab character development daripada situ. I love the story but not as much this big but it's really honor to read aniq muhai's book
Profile Image for Hamidah Effendi.
766 reviews14 followers
September 21, 2026
Credit untuk idea storyline buku ni. Lima watak menerima surat jemputan ke Mangkat. Apa itu Mangkat? Sebuah tempat ujian yang kononnya mampu memakbulkan impian.

Bila manusia ditimpa kesusahan, memang mudah untuk terpedaya dengan peluang yang nampak macam jalan keluar.

Aku bagi 3/5 sebab dialog untuk bahagian tertentu, terutama ketika nak menyampaikan unsur dakwah, terasa agak skema dan kurang natural. Nashwa pula watak yang baik, tapi cara dia bercakap tentang kebaikan kadang-kadang nampak terlalu taksub. Permintaan dia pun terasa agak tinggi berbanding watak lain.

Tapi overall, jalan cerita memang menarik. Elemen misteri, pengembaraan dan Islamik diselitkan dalam cerita.

Dunia ni memang tak sempurna dan setiap orang ada ujian masing-masing. Jadi persoalannya, bila kita berada dalam keadaan tersepit, sanggupkah kita mencuba apa sahaja peluang yang muncul untuk mendapatkan jawapan atau mengubah keadaan hidup kita?
Displaying 1 - 2 of 2 reviews