"Awak tu dah kenapa tolak saya?" - ADWA NAILA "Laa pasaipa salah aku pulak? Hang tuu yang gila. Ada ka orang duduk tepi sawah dengan high heel tinggi serupa tanduk syaitan? Padan laa hang jatuh lagutu!" - ZAR UZAIR
Sewel. Itu satu kata yang mampu menggambarkan Zar Uzair di pandangan mata Adwa Naila. Laki-laki itu seratus peratus bukan lelaki yang boleh dibuat suami! Hidung tinggi, sombong, tindak tanduk nya seringkali menyakitkan hati. Bila bertemu ada sahaja lidah itu tajam berkata-kata.
Dia lelaki yang hanya tahu mendabik dada! Namun...
Zar Uzair ini juga laki-laki yang sekali berjanji sampai akhir nafas dia pegang kata-katanya. Takkan sesekali dia memungkiri sumpah mati yang diikrar di dalam jiwa.
Dan Adwa Naila adalah sumpah mati bagi dia. Sumpah yang ingin dia jaga hatta wanita itu milik Adam lain.
"Aku nak suap gula dekat hang Adwa. Walaupun aku tau hang takkan pernah sudi." - ZAR UZAIR
Menggapai cinta milik Adwa itu terlihat mustahil namun Zar percaya, setiap titian takdir yang dia lalui ketika ini adalah susunan kepingan gambar indah yang telah disusun sempurna oleh sang pencipta.
"Aku akan selalu ada... Dan takkan sesekali aku mungkir janji aku Adwa." - ZAR UZAIR
Masa PBAKL dulu F asyik dengar readers cakap karya ni best. Sorry F lambat baca... too many books dok jeling² minta perhatian 🙈
F really love the relationship between Adwa and Zar. Zar ni memang green forest certified! Sweet, caring and funny at the same time. He’s such a funny man, type yang buat kita senyum tanpa sedar.
Masa awal baca tu, F memang berharap sangat Adwa takkan kahwin dengan Zaf. Tapi kan… takdir always ada plot twist sendiri. Adwa kahwin dengan Zaf, her first love. Ingatkan bahagia, rupanya mimpi ngeri. Adwa dipukul dengan sangat teruk... teruk giler... apalah jahat sangat si Zaf ni.
Walaupun Zaf menyesal, luka tu dah terlalu dalam. And those last words Adwa cakap dekat Zaf… ouch. Menusuk terus ke hati.
F paling enjoy part Zar dan Adwa lepas diorang kahwin... ehhh no, lepas diorang lepas dari ancaman maut. From that point, cerita terus jadi sweet, ringan and kelakar. Zar ni memang nakal suka menyakat. Nenek Khadijah pun selalu geram dengan telatah dia. Dah besar panjang pun masih ada je benda pelik dia buat 😂
F banyak gelak. Nenek pun sama² kelakar... dapat lak cucu “hantu” 😅
Overall memang puas hati la karya ni. Ending, F sebak sikit la... airmata tu ada mengalir jugak. But yeah, expected bila tengok perjalanan hidup diorang sampai tua.
Zar suka kt Adwa… walau pun die tau Adwa ni bercinta ngn org lain.. Adwa pulak mmg cinta mati kt Zaf.. tp die tk tau Zaf tu mcm mne.. Dahlia tahu tp tk sampai hati nk bgtau..
Lepas kawin Zaf tunjuk belang sbenar die.. aishh tk phm laki mcm gini.. die actually nk jdi kn Adwa tu kambing hitam.. ye laa.. nk tutup slh die kan.. 😡
Adwa kawan baik ngn adik Zar - Dahlia.. Dahlia ni yg bgtau kt Zar psl Adwa nnt.. Zar yg tlg Adwa keluar dri toxic marriage tu..
Si Zar ni terlebih green.. die ckp dgn loghat utara mmg laa sedapp di baca.. dengan perangai loklak dia tu.. haiii.. tk tahan baca part Zar nk akad nikah.. adoii.. ber dekah² tawa sambil baca.. random sgt perangai Zar nie.. dgn name anak begitu... 🤣
Terhibur laa baca dri awal hingga akhir.. part epilogue tu sedih tp expected laa kan… 🥹
Story ⭐⭐⭐⭐⭐ Plot ⭐⭐⭐⭐⭐ Writing ⭐⭐⭐⭐ Overall rating ⭐⭐⭐⭐ 4.5/5
Prepare for roller coaster emotions when reading this book.
The epilogue is a bit sad, but still it ends in a good way. Tak bosan, story & plot, semuanya best, terhibur sangat2 baca dari awal sampai habis.
A few typos in this book. Mungkin boleh fix sebelum pihak penerbit decide nak buat cetakan kedua.
Patutnya boleh habis baca dalam 2-3 hari, tapi disebabkan ada bermacam hobi nak buat, ditambah pulak dengan kerja yang stress, so memang delay hobi ni nak membaca novel.
---
Pasal si Zar Uzair? Absolutely GREEN FLAG habis! Terhibur dengan perangai & layanan dia dekat Adwa lagi2 masa dia suka bergurau dengan dia, lagi2 dengan loghat Penang dia tu. Lama2 dia mula sukakan dekat Adwa, walaupun dia tahu Adwa dah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Sebak baca bila dia datang majlis kahwin Adwa, dia masih meluahkan perasaan biarpun dia tahu Adwa pasti reject dia lagi, lagipun dia bakal jadi isteri orang lain. He feels heartbroken again, Zar berharap sangat yang Adwa batalkan perkahwinan, boleh dia bawak Adwa lari jauh2, tapi dia still boleh fikir dengan waras, dia tahu perbuatan tu salah. Last2 dia terpaksa terima takdir yang hati Adwa mungkin bukan dia gapai.
Adwa? Terlampau cintakan si Zafran sebab diorang dah bersama selama ber-tahun2 sampai cinta buta, terlalu percaya, terlalu sayangkan dia. Haaa... plot twist. Bila dah berkahwin dengan dia, si Zafran dah tunjukkan belang dia, perangai sebenar dia. Sampai Adwa disakiti secara mental & fizikal. Bila si Zar tahu pasal ni, dia nak jadi hero Adwa, walaupun dia terlampau tahu status Adwa sekarang, tapi dia tetap nak lindungi Adwa dari Zafran, dengan apa cara sekalipun.
Dah lah. Tak mo spoil banyak2 sini.
---
Tapi serius hampa takkan rugi baca cerita yang ni. Best sangat!
ZAR UZAIR yang terlampauuu GREEN FLAG / GREEN FOREST lagutu.
5 BINTANG DAH CUKUP MENERANGKAN BETAPA BEST NYAAAA BUKU NII 🤧💗💗🤲🏻
Mula baca this story dekat Wattpad and I swear to you, penulisan Tiha betul betul menembus ke hati. ZAR salah satu story that holds a special place in my heart. Jalan cerita, setiap watak yang disajikan, setiap plot ya allah can't describe anymore 🥹
Dengan slang loghat Utagha yang dimasukkan dalam buku ni betul2 lain dari yang lain. Zar betul2 green flagggg teruks and the only penyondol kita semua approve kan? hehe.
The way author portrayed the abuse sangat sakit ya.. Walaupun dah baca dekat Wattpad, gue mikir bila dah jadi Physical takkan nangis, eh nangis weh hahaha.
Cukup rencah, cukup rasa author bagi dalam buku ni. Congrats Tiha 💗💗💗
banyak sangat emosi semasa membaca. Hero, Zar memang hijau hutan rimba.Sentiasa ada untuk Adwa.
geram jugakla Adwa ni setia sangat dengan si Zaf tu. kita yang baca ni dah boleh hidu yg si Zaf tu tak okay. but nak buat macam mana, dah kahwin dah pun. tapi memang geram teruk kat si zaf tu.
Zar, lepas dapat tau yg si cinta hati tak bahagia dalam toxic marriage, dia pon apa lagi, terus jadi hero selamatkan Adwa. Even berjaya selamatkan, its so difficult for either one of them to move forward with their relationship after that.
but as usual, its a happy ending.
This entire review has been hidden because of spoilers.