Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Bukan Ustaz: Sebuah Novel

Rate this book
Luth Mikail, seorang pemuda yang dibesarkan di dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam sejak dari kecil. Bapanya, seorang Imam yang disegani di tempat tinggal mereka yang juga pengetua sebuah madrasah.

Luth sepatutnya menggantikan ayahnya untuk menjadi pengetua di madrasah, namun dia sudah menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pengajian di universiti awam. Harapannya untuk mengejar cita-cita dan menimba pengalaman di tempat baru begitu membara, namun dia tidak pernah menyangka bahawa kehidupannya di alam universiti akan mengubah segala-galanya.

Iman yang selama ini teguh mula dijentik angin was-was. Dia mula diuji semenjak hari pertama dia memulakan pengajiannya di universiti awam tersebut.

"Dosa tetap dosa. Tiada beza siapa yang melakukannya. Tetapi mengapa apabila aku, ianya dinilai berbeza?"

Rasa tidak adil mula membelenggu jiwa Luth. Persoalan demi persoalan timbul, sehingga dia memberontak dalam diam.

Dalam kelelahan jiwa, dia melontarkan persoalan kepada Tuhan: "Kenapa aku diuji sebegini, ya Allah? Tidak cukupkah aku beramal denganMu sejak dari kecil sehingga sekarang?"

Novel Aku Bukan Ustaz mengangkat tema keteguhan iman, konflik dalaman, dan pencarian makna kehidupan seorang anak muda dalam menempuh ujian dunia. Kisah ini menyentuh realiti kehidupan, bahawa iman itu datang dan pergi, namun kasih sayang Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya yang ingin kembali. Ikuti perjalanan Luth Mikail dalam mencari jawapan kepada persoalan yang membelenggu hatinya-adakah kejatuhan ini sebuah hukuman atau peluang untuk kembali mendekatkan diri kepada-Nya?

Paperback

First published January 29, 2025

1 person want to read

About the author

Najmi Fetih

12 books46 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (57%)
4 stars
3 (42%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for meenie.
322 reviews3 followers
December 14, 2025
this is my second book from Najmi Fetih for this year and yes, if you guys are looking for buku 'fiction & agama', boleh try buku Najmi. tak berat sangat and enjoyable.

sarat dengan potongan ayat al-quran dan hadis untuk dijadikan pengajaran so tak terasa pun macam baca buku 100% agama thats what i like. tbh, buku ini banyak menjentik hati inilah. lebih-lebih lagi soal ujub, bila mana kita rasa amal kita lebih banyak dan baik dari orang lain. ha salah tu korang. tak baik.

cuma, mendekati pengakhiran cerita, saya rasa macam eh TIBER.
ha camtu. terlalu fokus kepada cinta instead of ibadah. apa yang jadi dalam masa 4 tahun Luth tinggalkan agama? saya faham semua org hadapi ujian Allah dengan cara berbeza tapi lebih baik kalau penulis highlight benda itu. apa yang jadi dengan Hana sampai dia extend one year pengajian? apa yang jadi dengan rumahtangga Jannah dan Jibril? dan yang paling saya emosi tentang Siti Hawa. macam tu je eh penulis mainkan saya haiya.

nevertheless, buku ini menarik. saya banyak tab ayat Al-Quran dan hadis yang insyallah berguna untuk kita <3
1 review
November 28, 2025
Sebenarnya, saya mengharapkan lebih daripada buku ni. Jalan cerita dia okay, nice je. Lepastu, dia ada selit banyak ayat-ayat Al-Quran, hadis dan kata-kata mutiara.
Tapi, saya tak faham kenapa tiba-tiba Luth down macam tu sekali sampai tinggal agama. And masa dia berubah tu kan, ada part yang dia sembahyang, ada part yang tak, so saya jadi confused. Dan part yang dia tinggal agama tu sangat sekejap, macam in about 50 m/s je. And then, dia terus skip 4 tahun tu, apa yang jadi selama 4 tahun tu? What happened? So yang selebihnya dia bertaubat, and dia insaf.
Cover buku ni macam tak sesuai, sebab tiada dalam jalan cerita.
Lagi satu, sejak bila Hana dan Luth ni mula mencintai? Sejak bila? Macam perasaan tu tiba-tiba je ada. Padahal masa Mawar kahwin tu, Luth tak kata pun yang dia suka Hana.
Saya macam tak dapat menjiwai buku ni. Sorry sangat2.
Sticky note saya dalam buku ni above 100, penuh sebab tanda ayat Quran, hadis dan kata mutiara yang bermanfaat.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.