Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bella

Rate this book
Isabella Tan Sri Iskandar atau lebih mesra dipanggil Bella. Seorang gadis berusia pertengahan 20 an yang lahir dalam keluarga kaya. Bagi Bella kecantikan dan kemewahan adalah segala-galanya sehingga dia menjadi seorang gadis yang bongkak dan sombong. Bella mempunyai seorang teman lelaki bernama Danish.

Satu hari, Bella bertemu dengan rakan-rakan Danish. Seorang bernama Raf dan seorang lagi bernama Khalil. Dan buat pertama kalinya Bella merasakan harga dirinya seperti dipijak-pijak apabila Khalil tidak langsung memandang dia. Bagi Bella, dia mahu semua lelaki terpegun dan memuji kecantikan dirinya. Namun, berbeza dengan Khalil. Lelaki itu menjaga pandangan serta batas di antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

“Kawan you memang kurang ajarkan? Dia tak pandang I langsung.” - Bella

“Kan I dah cakap yang Khalil tu lain. Dia jaga pandanganlah tu.” - Danish

Kerana sakit hati Bella mula memasang rancangan untuk mengenakan Khalil. Namun, tidak disangka perbuatan itu membawa kepada sebuah tragedi hitam dalam hidupnya. Khalil meninggal dunia.

“Kau tunggu aku along. Aku akan balik dan tuntut keadilan atas kematian kau.” - Khareef

Satu-satunya adik lelaki Khalil pulang ke Malaysia dan ingin membalas dendam di atas kematian abangnya. Khareef mendekati Bella untuk membuat gadis itu jatuh cinta kepadanya dan seterusnya menghancurkan gadis itu.

“Tahniah Khareef. Awak dah menang. Awak dah berjaya sakitkan hati saya sangat-sangat. Terima kasih.” - Bella

Di antara dendam dan rasa cinta, Khareef mula terperangkap di dalam permainannya sendiri. Masihkah ada kesempatan dan ruang untuk mereka bahagia? Dan teguhkah mereka bila dugaan demi dugaan melanda?

300 pages, Paperback

Published March 1, 2025

1 person want to read

About the author

Nuriffa

35 books63 followers
Juga dikenali sebagai Afifah Yusof

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (100%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Mslvoe.
2,092 reviews203 followers
September 17, 2025
3.5 stars

Kisah seorang Bella yang sombong dan bongkak akhirnya repent bila dia accidentally mengakibatkan kematian seorang suami, abang dan anak pada family lain.

Niat nak prank tapi akhirnya berakhir dengan kematian.

Adik kepada mangsa tu kononnya nak balas dendam endup tersuka tersayang pada Bella yang dah berubah

Sedap jugak layan kisah Bella dan Khareef. Reef ni green flag... banyak dia bersabar dan jaga hati Bella.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.