Jump to ratings and reviews
Rate this book

Masih di Hati

Rate this book
Tujuh tahun membawa haluan, Humairah dan Naqib ditakdirkan bertemu semula. Satu pejabat, satu unit dan perlu saling bekerjasama.

“Ni saya nak cakap dengan awak, ya? Antara awak dan saya, ada rahsia. Dan rahsia kita ni saya tak nak orang tahu. Jadi, tolong jangan cakap dengan sesiapa pun pasal hubungan kita sebelum ni. Kalau ada yang tahu, siap awak.” – Humairah

“Huuu… ugut eh. Awak ingat saya nak orang tahu pasal kita ke? Cuma... saya pelik. Kenapa dalam banyak-banyak syarikat surat khabar kat Malaysia ni, awak pilih untuk kerja kat sini? Entah-entah awak ni tak boleh nak lupakan saya agaknya sampai sanggup jadi stalker....” –Naqib

Ego masing-masing tinggi melangit. Tapi sampai bila mampu tipu diri sendiri? Andai cinta masih tersisa di hati.

“Beri saya masa ya, Naqib... fikiran saya tengah bercelaru.” – Humairah

“Saya tahu saya tak boleh paksa awak, tapi saya betul-betul harapkan peluang daripada awak.” –Naqib

Ini bukan kisah mereka semata. Tetapi juga tentang Sofea yang tak putus asa dan Inspektor Munir yang sentiasa mengharap. Jadi hujung cerita siapa jadi milik siapa? Jeng... jeng… jeng…. May the best man win!

***

Haryani membawa kita menjelajah dunia kewartawanan yang menarik, juga menyelami suka duka dan pahit getir kehidupan seorang wartawan. – Habib, Editor

389 pages, Paperback

First published August 1, 2025

37 people want to read

About the author

Haryani Kamilan

20 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (14%)
4 stars
16 (57%)
3 stars
8 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,112 reviews204 followers
September 6, 2025
second chance love

Fast-paced. Almost 3 hours+ F finished reading karya penulis.

Light reading... takda conflict yang buat kita beremosi

Humairah dan Naqib berkahwin di usia yang muda selepas SPM. Berkahwin sekejap je disebabkan ada conflict antara Humairah dan ibu mentuanya. Naqib yang penat baru balik dari kerja terus menceraikan Humairah.

Humairah bangkit dan berjaya capai cita²nya manakala Naqib kecundang. Hancur impian maknya nak tengok Naqib jadi jurutera.

Naqib jadi photographer dan Humaira pulak wartawan bahagian jenayah. Kerja pulak satu pejabat. Tak tentu arah Humairah bila bump into Naqib.

Kerja sebagai wartawan, serba sedikit kita disajikan dengan isu² pinjaman along, gosip scandal artis, accident dan lain².

Diaorang berdua ni masih lagi sayang tapi Naqib dah ada Sofea yang dok tergila² kat dia. Manakala Humairah diintai oleh pegawai polis yang jenis straight-forward... takda nak bercinta lama²

Overall best
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
August 26, 2025
Masih di Hati oleh Haryani Kamilan

Tujuh tahun membawa haluan, Humairah dan Naqib ditakdirkan bertemu semula. Satu pejabat, satu unit dan perlu saling bekerjasama. Humairah bekerja sebagai wartawan, manakala Naqib sebagai jurugambar.

Lama-kelamaan, kisah yang sudah lama ditutup mula dibuka semula. Namun, masing-masing punya ego dan alasan yang tersendiri.

Adakah mereka berjaya membuka lembar yang baharu atau terus menutup buku lama?
_____________________________

First thing first, kita memang suka gila storyline buku ni! 😍 Buku ni membawa kita masuk ke dalam dunia dan pekerjaan seorang wartawan dengan begitu mendalam. Skop pekerjaan wartawan dalam buku ni memang diceritakan dengan jelas, kita sendiri boleh nampak kerja wartawan bukan sahaja menyampaikan berita, namun tanggungjawab kepada negara. Penuh berisiko, penuh ancaman, namun tetap diteruskan.

Itulah Humaira. Kita salute gila dengan Humaira ni.🫡 Walau mula-mula dia pingsan sebab jadi wartawan jenayah, tapi lama-lama dia berani. Tidak gentir dengan sebarang ancaman. Tugasnya hanya satu, membawa keamanan.

Dalam pada yang sama, since buku ni pasal wartawan, banyak isu-isu yang disampaikan oleh penulis. Isu pasal pinjaman along, pasal skandal pelakon, dan banyak lagi la. Memang rasa realistik gila. 😍

Mula-mula, kita ingatkan hubungan Humaira dengan Naqib tu hanya sekadar teman, 7 tahun yang lalu. Bila dapat tahu kisah sebenar, tercengang kita! Unexpected betul. Tapi memang betullah, itu yang banyak terjadi sekarang.

Selain dari dunia wartawan, buku ni juga menceritakan pasal cinta yang semakin tumbuh dengan matang. It's about second chances. Bila masing-masing mula merenung kesalahan dulu, kesilapan dulu, barulah mereka sedar, yang cinta tidak harus terburu-buru. Cinta harus dibentuk perlahan-lahan, dengan penuh kepercayaan. Barulah kedua-dua boleh bersandar dan berpaut dengan teguh, tanpa halangan. That's the biggest lesson in this book. 💌

Relationship diorang? Geram aje kiterrrrr. Yang sorang degil. keras. ego—siapa lagi kalau bukan Humaira. Yang sorang lagi pula, masih dibelenggu oleh masa lalu. 🥹 Masing-masing main tarik tali. Padahal, masing-masing suka sama suka.

Overall, kita suka buku ni! Makin lama, relationship Humaira dengan Naqib ni comel ajeer. Rasa nak tumbuk dinding! Nampak la yang relay diorang tu makin matang. 💌🫶

(Actually kan, kita kesihan pulak dekat Tuan Munir sebab...ytjt. 😭)

Totally recommended! 4.5/5 ⭐
Profile Image for chelsannereads.
188 reviews4 followers
November 2, 2025
Rating: 4.2/5🌟
Trope: second chance romance/office romance/slowburn + emotional tension/ rival love/love triangle/ etc...

Lepas tujuh tahun berpisah, Humairah dan Naqib dipertemukan semula sebagai rakan sekerja. Ego tinggi, tapi hati masih belum benar-benar pulih. Dalam kekalutan emosi dan kehadiran orang ketiga, mereka belajar semula erti peluang kedua dan cinta yang tak pernah padam.

My thoughts 💭 (my opinion)

This story is cute, and it really symbolizes the true meaning of the second chance trope (in my opinion). Sebuah karya yang fresh dan fast pace. Aku suka writing penulis yang agak sempoi and tak heavy sangat. I also love sedikit sebanyak humor yang ada dalam buku ni, idk if it's just me, but I giggled at some part of this book which is very fun. 😆🔥

Aku suka watak mak ayah Humairah dalam cerita ni, sebab dorang sweet and caring gila dengan anak dorang🥺 siap bawa bekal untuk Humairah dekat tempat kerja sebab Humairah banyak kerja tak dapat balik awal... Very sweet of them. 🥺🤍 The konflik in this book light² je tak heavy sangat.

Basically dorang ni ada misunderstood waktu di awal perkahwinan dulu, yelah I totally understand sebab dulu dorang kahwin masa umur masih darah panas and masih belum cukup matang dalam alam perkahwinan ni. Jadi banyaklah ujian rumah tangga yang datang sampai berlaku penceraian. Tapi bila tuhan dah kata jodoh tu, lari lah bertahun² sekali pun tetap akan bersatu juga. 🙈

Heroin dan hero kalini dia less annoying aku suka. 🤭 Please make more romance like this, dia light tak heavy.. cute² gitu 🙈 Naqib lepas umur makin meningkat dan dah matang ni very protective and green flag. 🍏 Humairah pula makin berani! Thank you to the author sebab selitkan sedikit sebanyak awareness tentang kerjaya wartawan ni, sangat menarik!

Not to mention aku juga suka dengan character yang aku rasa jahat pada mulanya tapi dorang tak jahat sangat. At the end dorang terima takdir seadanya dan move dari kisah lalu. Kadang² we need this kind of character ye, bukan yang sampai kesudah tak reti nak move on and tunggu ditimpa musibah dulu baru nak menyesal.

Highly Recommended for those yang sukakan second chance trope dan perlukan bacaan yang light² korang boleh cuba baca buku ni. Semoga korang suka buku ni the way I loved this book! 💋
Profile Image for Cutie_pie28.
423 reviews11 followers
September 6, 2025
Humairah dan Naqib berpisah selama 7thun.. berjumpe di tmpt keje.. menimbul kan satu perasaan yg da lame ter pendam..

Kt sini di cerita kn ttg wartawan.. mcm mane dorg kerja.. ape yg dorg perlu buat.. best pulakk.. sbb tk tau bagaimana wartawan bekerja..

Naqib ni mule² jumpe ckp sinis jee… tp dlm hati mmg rindu ngn Humairah.. Humairah nie pulak jenis lantang jugk bile ber bicara..

Dulu terpisah pun sbb mak Naqib.. Humairah takot jugk laa kalo terjumpe balik mak Naqib tu..

Suke penulisan dlm buku nie.. cerita ringkas padat dgn isi..
tk boring.. 👏🏻
Profile Image for Bookworm93.
18 reviews1 follower
September 11, 2025
I give 3.5 ⭐⭐⭐

Buku ni takde conflict sangat. Byk cerita pasal kehidupan seorang wartawan. Perjalanan menuju kebahagiaan antara Maira dan Naqib pon smooth je (sikit je drama dari Sofea 😅)

Kesian Tuan Munir.. Harap Tuan Munir jumpa seseorg yg menyayangi tuan dgn selayaknya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zafrishasy.
25 reviews3 followers
November 26, 2025
Very light story.

Ngl, I wish for more painful konflik, but nopeee. This one is just some light reading for me. Kinda okay-okay for me.

The storyline was interesting. Pasal dunia kewartawanan, dan juga bahaya meminjam dari ah long. The writing was good, sedap dibaca.

The only thing I hate, was the fight between the MMC and FMC. I rasa the dialog sesikit childish, and agak sedikit cringe.
Profile Image for Nenas.
6 reviews2 followers
August 24, 2025
Masih Di Hati –4.5⭐/5

Buku ni kann, geram ada, sayang ada, marah pun ada. Semua bercampur sampai I had to put the book down few times just to breathe. LIKE WHY YOU BOTH (Naqib & Humairah) SO STUBBORN HA?!😩.

Naqib si jurukamera 📸 dengan Humairah si wartawan 📝 Their love story is literally love-hate situation. One moment I was like “aww sweetnyaa kome nii” then tiba2 that ONE chapter datang… BAM hati i koyak rabak 😮‍💨. Why Naqib whyyyy? 😔💔

Character development for Naqib & Humairah is something I truly love. Boleh nampak jelas beza mereka tujuh tahun lepas dgn sekarang. They’re more mature, less judgmental, and more rational in handling feelings & situations. Instead of cepat melatah or menghukum, mereka cuba faham dan belajar daripada kesilapan lama. That growth feels so real and natural. Like betul2 manusia yang evolve with time. And that’s what makes me root for them even more. Gitcheww speaking 🤭

Tapi the best part, Kak Haryani berjaya selitkan benda real dalam cerita ni. Tentang hutang, tentang dunia wartawan yang penuh risiko, tentang trust issues. Yuppp! Buku ni not just romance, it’s also about choices, consequences, and second chances. Tapi santai2 je baca hehe.

Naqib… I ada love-hate dengan dia. Sayang sebab he tried, geram sebab dia tak reti nak berterus terang. Humairah pulak… kuat tapi degil! Dia jaga hati orang lain sampai dia lupa nak jujur dengan diri sendiri. LIKE GIRL, BE REAL WITH YOURSELF 😭. Tapi at the same time, I get it. I rasa kita semua pernah ada moment macam tu kan?

Watak sampingan pun bukan main menyengat ya AHAHA. Taufiq dengan wisdom dia, Inspektor Munir aum typical husband. Honestly kalau ada spin-off, I NEED one for them pls Kak Haryani 🫡.

Overall, Masih Di Hati is a bittersweet story about love that never truly dies. Painful, but also so beautiful. To everyone yang suka second chance romance, this one is for you!! 🫶🏻.

And quoting myself, geram tu tanda sayang. So yes, Naqib & Humairah, I’m mad at both of you… but I also love you so much 🥲. Cuma tolong, BUANG EGO TU SHUH2.

Oh, ending? 😔💔 Hehehe. YANG TAHU JE TAHUU HEHE. Nk tahu kene beli 😗
Profile Image for Aira Zira.
117 reviews3 followers
November 7, 2025
Cerita yg matang dan aura yg positif dari orang sekeliling. Juga keberanian yg ada pada si Humairah. Kentalnya dia sebab berani dan teguh dgn artikel yg merisikokan diri demi kepentingan masyarakat. Siapa kita untuk menidakkan jodoh pertemuan. Bila mana Humairah, wartawan muda tanpa sengaja berada sama tempat kerja dengan ‘ex’, Naqib si jurufoto.

Sedikit geram dgn Naqib yg slow. Kalau betul dgn perasaan dia tu, tak perlu rasanya tunggu 7 tahun baru nak ‘terjumpa’. Itupun macam main tarik tali bila tahu si Inspektor pun taruh hati. Dgn Sofea pun tak bertegas. Eee aku lah kan si Naqib ni.🤦🏻‍♀️ Watak sampingan pula semua on point. Part diorang terima kenyataan tu rasa macam, positifnya!

Banyak letakkan kita dalam situasi kewartawanan yg dikendalikan Humairah. Dapat pula unit jenayah. Cerita jadi thrill sikit. Part flashback tu saya geleng kepala. Memang keputusan diorang tu terlalu mendadak dan macam tak percaya😅. Tapi okay la peluang kedua yg lebih matang.

So far okay. Saya suka semangat Humairah dalam kerja yg dia buat. Isu yg dibawa pun sgt sesuai buat kesedaran ramai. Love dgn penulisan yg senang nak go through. Tak terlalu sarat dan menarik!
Profile Image for Booku Puspita.
47 reviews
November 28, 2025
Berjumpa semula dengan Naqib selepas tujuh tahun menghilang memang bukan sesuatu yang Humairah jangka. Lagi haru, boleh pula mereka bekerja satu pejabat, satu unit! Humairah yang baru melapor diri sebagai wartawan jenayah langsung tak sangka senior di unit yang sama ialah lelaki yang pernah hilang tanpa khabar…Naqib, si jurugambar yang pernah jadi sejarah dalam hidupnya.

Humairah ni jenis gadis keras kepala, berani tak bertempat. Kadang-kadang perangai dia tu memang mengundang bala, tapi tu jugalah yang buat kita respect dia tahu risiko, tapi tetap maju sebab prinsip dia jelas. Dia cuma mahu menjadi wartawan yang terbaik & buktikan dekat Naqib bahawa dia boleh buat.

Naqib pula, mulut dia kadang-kadang tak ada filter. Disebabkan satu ayat yang terlepas tujuh tahun lepas, hidup dua-dua jadi berantakan. Bila masa berlalu dan mereka bertembung semula, rasa bersalah tu macam tak pernah hilang.

Yang buat kita lagi suka, selepas tujuh tahun lost contact, hubungan diorang tak sama macam dulu. Ada kematangan dan paling sweet bila Naqib yang start mengorat balik. Tak semua orang layak dapat peluang kedua, tapi untuk Naqib… seribu kali yes!

Selain kisah cinta, cerita ni buka mata kita tentang dunia wartawan jenayah. Kerja bukan sekadar pegang mikrofon dan kejar berita. Risiko dia besar…mental kena kebal, sebab bukan hanya diri sendiri yang terlibat. Kadang-kadang, keluarga pun boleh jadi taruhan kalau ada pihak yang tak puas hati.

Pendek kata, ini bukan sekadar kisah cinta lama berputik kembali. Ini tentang tanggungjawab, penyesalan, peluang kedua, dan dunia gelap di sebalik tajuk berita yang kita baca setiap hari.
Profile Image for Hamidah Effendi.
397 reviews4 followers
December 12, 2025
Masih di Hati – Haryani Kamilan

Novel ini membawa pembaca masuk ke dunia kewartawanan unit jenayah, dengan sentuhan aksi dan romantik yang ringan. Kisah percintaan yang pernah terputus kembali bertemu semula, namun konflik cinta antara hero dan heroin tidak berat—lebih kepada cabaran kecil dan salah faham manja.

Bahagian yang sedikit “heavy” cuma melibatkan kerja wartawan jenayah, selebihnya memang santai. Kisah usaha mencari dan mengejar cinta lama menjadi nadi utama penceritaan. Watak-watak lain yang menyimpan hati pada hero dan heroin pula cepat “give up” bila cinta dua insan ini kembali bertaut—jadi tak serabut atau penuh drama.

Heroin yang selalu bertindak melulu digandingkan dengan hero yang overprotective menjadikan hubungan mereka comel walaupun akhirnya aku kasihan juga dekat watak sampingan Inspektor Munir.

Secara keseluruhan, plotnya sederhana dan mudah diikuti. Sebuah bacaan relax dan chill—kategori light romance yang sesuai bila nak rehatkan kepala.
Profile Image for Liya71.
111 reviews14 followers
October 26, 2025
Baca secara fast reading sebab gaya bahasa tak kena pula dengan saya. Tapi jalan cerita kemas dan menarik.
Kisah kawin awal
Perkahwinan yang tidak direstui berakhir dengan perceraian.
Move on.
Jodoh pertemuan di tangan tuhan, dan mereka bertemu semula atas dasar pekerjaan.
:
:
Siapa lah kita yang mampu menolak takdir.

Profile Image for kay ♡.
308 reviews
October 19, 2025
4/5

inspektor munir need a justice. dear author, please write a book where he found love. sbb dia genuinly a good character, if ada buku personally for him i'll be delighted. im pretty sure other reader pun setuju.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.