Pernahkah anda terfikir bagaimana rasanya bercuti dalam perut seekor cicak gergasi?
"Ragam dalam Perut Cicak" akan membawa anda semua ke dalam sebuah dunia aneh yang penuh dengan kelucuan, keganjilan, kegembiraan dan juga kesedihan. Jalinan pengalaman ini menjadi angin yang berhembus ke dalam otak yang hampir menyendat dan bersedialah untuk tertawa. terganggu, dan mungkin, tersedak oleh kebenaran di antara celah tawa dan renungan. Ia bukan sekadar buku--ini sebuah pengalaman aneh yang tidak pernah anda sangka wujud.
Joe Julaihi membawa ragam bercerita tidak konvensional dalam kumpulan cerpen/catatan terkumpul dalam perut cicak gergasi sambil sambil berefleski akan dunia bawah lantai. Dengan gaya magikal realisme tiap satu memicu momentum luar biasa.
Diawali dengan kritikan sosial akan masyarakat oha-oha, lelaki yang menjual masalah (ada pula tu kedai yang membeli), sampul merah, kucing yang pernah jadi manusia, sang nekrofilia yang mendesah bermaruah dan perihal kematian. Sudah tentu ia bukan bacaan yang menyenangkan sekiranya kamu pembaca yang tidak mahu berfikir.
Joe Julaihi membawa ingat akan penulis dan pencatat Jepun (yang sering saya anggap agak sinting) namun terus mencengkam tengkuk untuk dihabiskan bacaan – diulang semula mencari kepastian. Penulis yang menyintai kata-kata ini terus berkisah dalam 98 halaman beliau tidak lupa memberikan homage-homage akan pengaruh gaya penulisan, begitu juga urusan akan terma terma yang diguna pakai (memastikan bacaan kamu tidak tamat kosong begitu sahaja – ini adalah tugasan penulis & pencatat).
Dalam tiap lembaran penulis terus membelai bacaan, sesekali terasa bagaikan frasa sastera menawan dan ada ketikanya bercerita lansung dalam dialog ringkas. Beberapa kali POV ditukar namun tidak menggelirukan, malah ia memperkukuhkan lagi isi cerita. Bersediakan untuk tersenyum sumbing, tertawa, dihiris pilu malah terganggu akan fakta samada nyata atau fiksyen. Memilih untuk mencondongkan frasa frasa pilihan dan berada dalam editan yang begitu baik sekali.
Saya tidak mengatakan bahawa gaya sebegini sebagai baharu, namun karya solo Joe Julaihi ini adalah magnum opus yang saya percaya akan memangkin banyak lagi karya penulisan mendatang.
#ginareviewbuku #ragamdalamperutcicak Jika kamu sukakan sastera moden, kejutan dan rela menelan informasi SILA DAPATKAN NASKAH INI.
This book is quirky, funny, and occasionally a bit unsettling. Joe Julaihi skillfully blends humor, absurdity, and subtle moral messages. Each short story makes an impact and gets you thinking. "Ragam Dalam Perut Cicak" he created is fresh and unlike anything I’ve read before. Mesti baca!! Menarik!!