What do you think?


Nekamesta: Kumpulan Cerpen
Kau dilahirkan sebagai seorang perempuan ke muka bumi ini. Kau tiada hak langsung untuk memilih jantina kau. Semuanya aturan Tuhan. Apabila kau keluar sedufah ibu kau berhempas-pulas meneran, meronta dan menjerit di atas katil, semua tersenyum gembira. Tetapi, selepas doktor yang menyambut kau memberitahu jenis jantina kau, senyuman yang tadi hanya hingga ke telinga, kini pudar. Bapa kau yang teruja menunggu dari tengah malam tadi keluar meninggalkan ruangan. Jururawat yang menggendong kau wajahnya sugul. Ibu kau kelihatan risau dan juga tidak gembira. Mengapa?
75 pages, Paperback
First published April 1, 2025
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
December 13, 2025
Sekumpulan cerpen yang membawa tema pelbagai. Penulis yang berbakat ini membawa pelbagai isu kehidupan dalam bentuk cerita pendek yang memberikan persepsi dan kesan tersendiri
September 6, 2026
sekumpulan cerpen yang menyentuh pelbagai topik yang menyoalkan nilai-nilai diriku terhadap sesebuah isu. Apa yang menarik dengan buku ini adalah sesetengah cerpen telah membawa konsep “when life imitates art”, dimana cerita yang seakan-akan dongeng atau berunsurkan science fiction sebenarnya memberi satu mesej yang penting apabila menghadapi realiti kehidupan sebenar. Sebahagian daripada cerpen ini juga mengingatkan saya kepada berbagai-bagai karya penulis buku atau pengarah filem yang saya suka, menjadikan saya lebih engaged untuk teruskan membaca buku ini.
January 2, 2026
Aku boleh katakan bahawa cerpen2 di dalam buku ini kebanyakannya bersifat feminisme. Banyak cerita yang wataknya ialah sahabat perempuan, anak dara, si isteri & sang ibu. (bab terakhir memang jelas-jelas bersifat feminis)
Akan tetapi, ceritanya rencam dan mempunyai moral yang penting untuk kemanusiaan. Antaranya ialah kritikan sosial, konflik masyarakat dan pergelutan diri. Semuanya bersangkut paut pada masalah ataupun isu semasa pada zaman kini.
Ada cerpen yang tergantung ceritanya tetapi meninggalkan kesan muhasabah pada diri. Kebanyakan cerpen juga disulam dengan ‘plot twist’ yang kreatif. Pada akhirnya, penulis ingin membuatkan para pembaca membuat renungan dan berfikir.
Akan tetapi, ceritanya rencam dan mempunyai moral yang penting untuk kemanusiaan. Antaranya ialah kritikan sosial, konflik masyarakat dan pergelutan diri. Semuanya bersangkut paut pada masalah ataupun isu semasa pada zaman kini.
Ada cerpen yang tergantung ceritanya tetapi meninggalkan kesan muhasabah pada diri. Kebanyakan cerpen juga disulam dengan ‘plot twist’ yang kreatif. Pada akhirnya, penulis ingin membuatkan para pembaca membuat renungan dan berfikir.
December 11, 2025
Ada 10 cerpen dalam Nekamesta. Bagi saya cerpen ni cara penyampaian ringkas tp out of the box. Menarik dan isu2 yang diangkat adalah isu panas yang terjadi dalam kehidupan kita. Kisah Israel, Kisah Pembahagian Harta selepas Suami Mati, Tidak bersyukur dengan kehidupan sendiri, Suka membazir, isu transgender dan lain2. Penulis sangat pandai olah dalam bentuk cerita yang simple dan ada nilai pengajaran kehidupan. Yang nak baca, boleh beli online. Buku ni terbitan The Biblio Press ✨
September 8, 2025
Tak ingat dah most cerpen pasal apa.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews






