Jump to ratings and reviews
Rate this book

Renjana

Rate this book
Pertemuan tanpa sengaja Zafran dan Dilara dengan beberapa sahabat yang bermuka-muka di Pulau Suna'a menimbulkan misteri yang tidak dapat dirungkai. Tiada siapa tahu dalang atau angkara, mereka disatukan kerana dendam dan luka lama.

Dua zaman yang terpisah bertembung menjadi satu, mengungkap derita dan kengerian mistik – lalu membawa kepada petaka.

Indra Mahesa memendam renjana beratus tahun lamanya pada Puteri Candra Melati. Tok Ketari yang tamak kuasa punya helahnya. Dan 'kawan' akan tergamak untuk mengorbankan nyawa sesama mereka demi menyelamatkan diri sendiri.

280 pages, Paperback

First published August 30, 2025

2 people are currently reading
15 people want to read

About the author

Qiydenneskala

3 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (19%)
4 stars
9 (34%)
3 stars
10 (38%)
2 stars
1 (3%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for chelsannereads.
178 reviews3 followers
September 27, 2025
Rating: 4.5/5🌟
Trope: Jin/ bunian/ 2 zaman dan waktu yang berbeza/ bunian suka pada manusia/ keganasan(gore)/ pengkhianatan/ etc...

KORANG SANGGUP KE NAK HADAP BILA ADA JIN/BUNIAN YANG SUKA DENGAN KORANG DAN TAKNAK LEPASKAN KAU?

Karya ini mengisahkan tentang Zafran dan Dilara yang dipertemukan dengan beberapa sahabat yang bermuka² di Pulau Suna'a. Disitu mereka diuji dengan pelbagai perkara mistik yang berlaku. Tok Ketari yang menginginkan ilmu kebal sanggup menyeru Mehendra iaitu Jin/bunian, untuk ikat perjanjian dengan Jin tersebut dimana sebagai habuan Mahendra akan dapat bersama dengan wanita yang persis rupawannya seperti kekasihnya yang lalu tetapi di zaman yang berbeza.

My thoughts 💭 (my opinion not yours)

Finished this book in one day. Lepas habis aku rasa macam... Lah itu je ke? Nak lagi tak puas! Aku sangat suka dengan buku ni!😭 Idea dan plot yang penulis buat memang aku suka!🙈 Tak cliche and I love this storyline so much!

Aku suka adegan romantis antara Zafran dan Dilara dalam buku ni. Walaupun tak banyak tapi cukup untuk buat aku tahu yang dorang saling mencintai. Watak kawan² dorang pula memang dibuat sebagai kawan² yang fake dan talam dua muka! Semua tak boleh percaya dan toxic. Semua penuh dengan hasad dengki. Semua nak iri hati! Memang ngamlah ending dorang semua macam tu.

Buku ni menceritakan tentang 2 zaman dan 2 waktu yang berbeza, senang cerita lebih kurang macam time travel lah katakan. Setiap bab dia akan selang-selikan kedua² zaman dan waktu tersebut. Aku suka cerita macam ni. Tambahan lagi setiap bab pendek je. I love books with short chapter! Cerita ni juga mengisahkan tentang permusuhan antara 3 kerajaan besar iaitu kerajaan Maryai, Suna'a dan Nayan. Kerajaan ni ada waktu zaman² majapahit gitu.

Scene yang paling aku tak boleh lupa bila nak masuk bab ending dah. Aku tak sangka yang buku ni ada gore juga ya. Tapi gore dia tak keterlaluan, masih boleh diterima bagi aku. Ending buku ni agak menyayat hati, sebab aku suka couple ni, Zafran dengan Dilara. Tapi why penulis, why??😭 Kenapa buat saya macam ni?😭

Ending buku ni tergantung, sebab masih banyak tanda tanya bagi aku. Apa jadi dengan kawan² dorang yang terlepas tu? Dan yang paling penting sekali... Apa jadi dengan Dilara lepas tu? Actually masih ada beberapa plot holes yang menjadi tanda tanya. So I'm guessing maybe akan ada buku kedua.

Highly Recommended for those yang sukakan buku yang ada time travel, about bunian/Jin and etc...

Thank you so much @bukufixi for this review copy!
Profile Image for Aira Zira.
105 reviews2 followers
November 30, 2025
Rate : 3.5⭐️

Idea yg menarik dari penulis dgn hadirnya kisah di antara manusia dan makhluk disebalik mata. Membawa kita kepada 2 garis masa, pada zaman yg agak kebelakang dan masa kini. Benarkah bunian itu wujud? Apa beza Suna’a dan Nayan. Semuanya ada dalam ni.

Percutian ke Teratak Narinai yg dikatakan klasik dan asli membawa pasangan Dilara dan Zafran tanpa sengaja bertemu dgn rakan-rakan mereka. Tidak sehaluan tapi perlu sebumbung. Seperti ada rasa ketidakpuasan hati apabila semuanya disatukan pada waktu yg sama. Alami perkara aneh dan mistik.

Misteri pulau semakin dilihat jelas. Ada yg tak nyata dapat dilihat mata kasar. Dilara seperti didamba sesuatu yg dah hidup lama di situ. Dendam atau cinta yg ingin dikejar. Semua berpunca dari kisah silam yg kelam.

Fast pace story. Cuma agak longgar pada jalan cerita. Matlamat dan tujuan mereka yg membenci pasangan itu agak samar2 untuk saya. But I like this book bila melibatkan perkara ghaib. Tak semuanya indah dimata itu benar kerana kebenarannya lebih pahit untuk dicerna.
Profile Image for Dhia Yana.
124 reviews
October 28, 2025
Woah best gila buku ni. Seram, misteri, action, cinta, dendam semua sekali dalam ni. Ngl the idea of bunian zaman dahulu kala is good. I'm enjoying this book and finish it in a day. Memang best and pengakhiran untuk kawan jenis makan kawan ni memang sesuai untuk dorang (ytjt). Okay cuma ada beberapa persoalan.
1. apa jadi dekat nayya?
2. orang² dekat pulau tu sebenarnya manusia or bunian?
3. apa jadi sebenarnya after puteri tu kena culik? mungkin boleh sambung buku kedua? hehehe
Lastly the ending???!!! Poor Dilara ಥ_ಥ. Tapi buku ni memang enjoyable ye. Lagi best sebab ada babak² dari zaman dahulukala tapi we need more of the Mahendra lore. Why the name change? What happened to the child??? Eh tertambah soalan pulak. SUMPAH RECOMMEND AND THANK YOU TO BUKU FIXI FOR GIVING ME THIS. I'M VERY GRATEFUL AND I REALLY LOVE THE BOOK.
Profile Image for Edi Rozaidi.
132 reviews
November 18, 2025
Selesai membaca RENJANA oleh @bukufixi.

Cerita tentang pahlawan hebat di masa lampau dan muncul pada masa kini.

Secara personal, agak teruja nak membaca. Tapi aku ada masalah apabila cara penulis terlalu menukar latar masa yang terlalu kerap dalam satu bab.

Ada dua garis masa. Masa lalu dan masa kini.
Ini apa yang aku rasa kurang ketika membaca novel RENJANA;

Penukaran garis masa terlalu kerap sehinggakan apabila baru nak tangkap perkembangan watak ditukar pula layar masanya.

Penukaran yang kerap sehingga tidak berapa faham apa konflik yang cuba disampaikan dan berteka-teki. Penerangan tentang latar belakang watak juga ambil masa terlalu panjang baru dapat difaham keseluruhan disebabkan banyak lompatan plot.

Pada akhirnya, banyak persoalan tak terjawab dan terpaksa teka sahaja. Rasa rugi betul sebab perlu ada penutup yang baik bagi setiap garis masa.

Kelebihan yang ada pada Dilara rasa macam tak berfungsi dengan baik, seperti kalau tiada pun tak mengapa.

Kelebihan; watak masa lalu Indera Mahsena memang menarik. Kelebihan, dan kekuatannya. Jika digarapkan lebih konflik politik peperangan berbanding pengulangan cinta ditolak mesti lagi letup.

Watak Indera sangat kuat, tapi ia tak diangkat sebagai seorang yang penting dan perkaitan masa lalu dan masa kini macam tak berapa kemas.

Kisah kumpulan di masa kini memang nampak lebih mudah difaham konfliknya cuma jika penerangan kenapa berlaku permusuhan diceritakan sekali gus dalam satu bab baru dapat rasa yang lebih.

Apa pun, teknik penulis ini cuba sesuatu yang baru harus dipuji. Tidaklah aku langsung tak faham dan sampai aku malas nak habiskan novel ini. Apa-apa pun, harap penulis kembangkan peperangan konflik masa lalu di buku yang mendatang.

Rating 3.5/5
Profile Image for Izzah.
14 reviews
October 18, 2025
OMG, this story so GOODDD! Saya bagi 4.8/5⭐️!! Genre dia mistik+zaman melayu dulu, ada sikit gore and horrific part, tapi aku boleh diterima la. And I’m really love the concept especially zaman melayu dulu ni.

Sejujurnya, habis satu hari ja cerita ni. Bermula jam 12 tengah malam membaca. Ingat nak baca sebab nak bagi mengantuk diri bila baca hooked dalam plot dia, pukul lima pagi juga baru aku tidur😭 (itu pun sambung baca tengah hari pula)🤣 plot dia sangat BEST!!

First setiap bab, memang buat aku ternganga and urut dahi, tambah2 dah start arc mistik tuuu, 3-5 hari memang terasa turun naik dia. Lepastu, actually nak tahu juga apa geng2 tu buat dekat Zafran dan Dilara sampai benci macam tu, rasa macam aku perlu tahu flashback time diorang sekolah jugak! Tapi boleh nampak la character toxic every kawan Zafran and Dilara tu walaupun dah tua! Tengok kan dah tak sempat Taubat!🙏🏻🤣

Second, saya suka gaya penulisan dia. Gaya penulisan dia unik tau! Kalau korang baca dekat Tahun Ini, gaya penulisan dia more tu modern tau macam kita cakap seharian, senang faham. Bila part ke Tahun 1356, penulisan dia jadi baku. Saya pon terikut imagine gaya cakap diorang melayu dulu yang baku.

Third, ending dia bagi saya not so happy ending🫠 Tersangatlah Open Endinggg, nak cakap bittersweet ending pun tak juga. Ending dia macam sangat tak puas tau, macam nak lagi je ending😭 epilog pon jadi laaa. Lepastu, asal rasa macam tak cukup kawan je terseksa🗿aku rasa macam ramai kawan dia sampai aku confuse mula2 berapa ramai kawan si Zafran+Dilara tau. Author please kalau ada sequel ke, sambungan kedua ke please inform dalam bukuuuu🥹

Last but not least, I love Zafran and Dilara chemistry❤️ They are so sweet together, walaupun kawan2 tu macam toxic sikit dengan dua orang ni. And another part, dalam ni banyak tau persoalan yang tak terjawab. Banyak sangat, kalau list ni memang jatuh spoiler la. Better orang baca la baru faham😌

Overall, memang puas hati baca. Patutlah, kawan2 aku suggest walaupun buku ni baru je keluar😘 The plot is very satisfiying but not the ending la😛 Dalam buku ni still ada juga typo sikit2 tapi tak banyak pun, boleh kira dengan jari, huhuhu.

Sekian 🌸
Profile Image for Mohd Ashmunir.
174 reviews3 followers
November 16, 2025
Done… best cuma x dpt nak bagi 5 star sbb byk sgt watak yg disukai mati… benci…
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
November 8, 2025
[BOOK 46_2025]

Renjana by Qiydenneskala.
.

Pertama sekali, terima kasih kepada Fixi untuk peluang yang diberikan untuk aku memiliki buku ini.
.

Antara 3 buku yang diterbitkan (Renjana, Genial, Reset), aku sengaja memilih buku ni, disebabkan aku suka genrenya.
.

Kalau korang sukakan buku Mahadewi by Elvroseth, dan sukakan elemen mistik, korang wajib baca la buku ni.
.

Secara general, aku suka giler buku ni.
.

Dilara dan Zafran bercuti ke Pulau Suna'a. Sampai je di rumah penginapan tu, Dilara dah boleh rasa sesuatu yang buruk akan terjadi. Tapi tu la, 3 hari kemudian, barulah feri akan tiba untuk membawa mereka keluar dari pulau tersebut.
.

Dan di Pulau Suna'a tu juga la, mereka berdua berjumpa dengan bekas kawan-kawan mereka dulu. Macam unexpected la.
.

Dan di sana, adanya Anding, penjaga rumah tersebut, dan jugak Tok Ketari.
.

Tok Ketari ni bomoh yang mengamalkan sihir dan ajaran sesat. Untuk kepentingan peribadinya, dia telah menyeru Indra Mahesa, jin yang telah memendam renjana (perasaan mendalam) pada Puteri Candra Melati.
.

Puteri Candra Melati pada zaman beratus tahun dahulu, memiliki wajah yang sama dengan Dilara, pada waktu sekarang. Makanya, Indra Mahesa cuba untuk mendapatkan Dilara.
.

Pelbagai gangguan yang mereka semua hadapi. Terutamanya Zafran dan Dilara. Mereka terpaksa berdepan dengan Indra Mahesa. Lepas tu, kena hadap kawan-kawan yang perangai puaka lagi.
.

Berjayakah mereka keluar dari pulau tersebut? Apakah puncanya Indra Mahesa begitu nekad mendapatkan Dilara?
.

Aku suka sangat genre sebegini. Kudos to the writer. Dan peralihan antara tahun sekarang dan tahun 1300+ pun, smooth je.
.

Cumanyaaaaa...ada la beberapa persoalan yang tidak terjawab. Sampaikan aku rasa, buku ni patutnya lebih tebal. haha.
.

Apa sebenarnya yang terjadi kepada Mahendra/ Indra Mahesa sehingga berdendam sehingga sekarang? Apa pengakhiran Puteri Candra Melati dan anaknya?
.

Apakah cerita pertumpahan darah adik beradik Nayan?
.

Siapakah yang menjerat mereka ke Pulau tersebut?
.

Dan apakah kejahatan yang kawan-kawan dorang lakukan sampaikan Zafran dan Dilara begitu membenci mereka?
.

Part tahun 1300+ tu, diceritakan ala-ala trailer je. Aku ingatkan hujung-hujung buku nanti, ada la penerangan lebih jelas. Tapi takde.
.

Dan endingnya agak unexpected la, tapi menarik.
.

Overall, aku sukaaa. Tapi lebih suka kalau semua persoalan tersebut terjawab.
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
November 23, 2025
Dah lama kita menyepi, sebenarnya behind the scene, memang Kirah ada je baca buku tapi review buku tu yang dah lama bersawang! Tapi kali ni saya datang dengan Renjana!

Renjana mengisahkan tentang sekelompok kawan (atau boleh dikatakan bekas kawan) yang tanpa mereka sendiri tahu, berkumpul di sebuah pulau terpencil yang akses kepada dataran membawa masa beberapa hari lamanya.

Dilara dan Zafran, antara watak utama dalam narasi ini. Mereka suami isteri, lovebirds yang kononnya nak healing di Teratak Narinai, tapi sudahnya mereka terpaksa menghadap musuh lama yang sampai kini membuahkan rengsa!

Di teratak itu ada anehnya. Internet langsung tak berfungsi, pekerjanya cuma satu, Anding! Dan lelaki itu kemunculannya cukup misteri. Sekejap di sana, tup-tup berdesup dia ke mari.

Tanpa mereka semua ketahui, ada dendam lama yang belum langsai antara puak 'ghaib' dan manusia dari zaman dulu kala sehingga menyeret Dilara, Zafran dan bekas rakan-rakannya ke dalam kancah mistik dan tragis.

Lelaki bermata hijau yang bertutur klasik, puteri diraja yang angkuh namun elok rupa parasnya ... Lalu apa kaitan mereka dengan Dilara dan yang lainnya?

Overall, bagi Kirah plot cerita Renjana agak menarik sebab ada pertembungan antara masa kini dan lampau (which is Kirah punya kesukaan terutamanya kalau ada penggunaan bahasa klasik. Saya suka!) Kirah punya excitement bila sampai ke beberapa bab terakhir pun makin meningkat terutama sekali bila ada kejadian 'kejar-mengejar' dan 🔪🔪🔪 berlangsung. Cukup mendebarkan hati saya dan Kirah be like lariiii lariiii!

Untuk penambahbaikan, mungkin penulis boleh improve daripada segi execution watak sebab dalam novel ni watak sangat ramai dan pada awalnya sedikit messy. Plot development-nya pun boleh kemaskan lagi supaya latar belakang setiap watak dan tempatnya lebih jelas dan tersusun.

Apa-apapun percubaan yang baik daripada penulis. Terima kasih Buku Fixi untuk Renjana!

Rating: 3/5 bintang
Profile Image for Yumi Teavee.
92 reviews1 follower
October 20, 2025
OMG AUTHORRRR,SUMPAH BEST CITER NIII,Terima kasih juga kepada buku fixi kerana memberi peluang kepada saya untuk mereview buku yang menarik perhatian sejak terbitan pertama buku ini.

Renjana? Semua pernah dengar ke perkataan ni? Bagi saya,ni first time saya dengar perkataan ini. Menurut dewan bahasa dan pustaka, renjana bermaksud rasa berahi( cinta,rindu ,kasih) yang kuat. Dengan cover gambar seorang lelaki di hadapan buku ni. Tak lain tak bukan ni kisah Indera Mahesa.

Zafran ngan Dilara ni suami isteri diaorang pergi bercuti kat satu tempat and then diaorang terjumpa kawan sekolah lama yang duk bermuka muka depan diaorang.

Indera Mahesa seorang lelaki yang gagah perkasa suatu masa dulu yang digeruni berkahwin dengan Puteri Chandra Melati, diaorang ni beza puak.

There are two timeline, in 1326 and present. Walaupun ade dua timeline yang berbeza,tpi author pandai aturkan sebab tak nampak serabut pun plot tu,teratur je ceritanya . Kitanya pulak dapat bayangan macam mana cerita ni.

Ade vibe citer KKN tu, sebab hah yang tu korang kena baca kalau nak tahu relate dia kat mana.

Overall, best sangat! Tapi adakah cerita ini tergantung ataupun lebih kepada open ending? Hah,yang tu jawapannya ada pada author sendiri,hihi.
Profile Image for Hani~.
145 reviews3 followers
October 27, 2025
Premis dan tema Renjana memang buat saya tertarik nak baca. Sebagai peminat fiksyen dengan unsur fantasi & mistik, saya ada high expectation terhadap cerita ni.

Novel ni berlatar dua zaman berbeza iaitu masa kini dan kurun ke-14. Juga dua dunia iaitu dunia nyata dan dunia jin/bunian.

Saya paling suka ketika cerita tertumpu pada zaman Indra Mahesa (kurun ke-14). Kisah putera yang diculik, pertelingkahan antara tiga kerajaan, senjata rahsia yang berkuasa membatal kekebalan dll. Malah kalau seluruh cerita ni dibina dalam dunia dan zaman tersebut pun sudah cukup menarik bagi saya.

Namun, walaupun plotnya menarik tapi saya rasa ia perlukan sedikit ketelitian pada pembinaan watak terutama watak2 yang terperangkap di pulau. Mereka belum cukup menonjol untuk menunjukkan keunikan peribadi masing-masing. Kadang-kadang gaya pertuturan dan reaksi ketika berdepan konflik tak dapat dibezakan antara satu dengan yang lain. Hampir sama saja antara semua watak.

Dan endingnya! Banyak yang masih "belum selesai". Saya tak rasa itu open ending. Lebih kepada ending tergantung.

Secara keseluruhan, saya nampak idea besar yang cuba penulis teroka dan sampaikan. Cuma kalau olahannya lebih diperkemas lagi, saya percaya impaknya boleh jadi jauh lebih besar.
Profile Image for asyiqin faizal.
9 reviews
January 8, 2026
waktu awal2 baca sample kat playbooks macam tak berminat sangat, but once dah baca SUMPAH BEST!

Cerita terbahagi pada dua garis masa, masa silam dan masa kini. Mengisahkan sekumpulan rakan lama yang tiba2 berjumpa di Teratak Narinai gara2 masing2 memenangi tiket percutian ke Pulau Suna’a.

Ada elemen mistik, thriller dan sedikit gore di penghujung cerita memang ngeri yee cara kematian masing2. Sedikit dissapointed sbb tak tahu Nayya tu mati macam mana sebab mulut dia paling puaka sekali😏

Cuma macam cepat sangat habis and ade beberapa persoalan yang tak terjawab macam:
• apa jadi dengan Puteri Candra Melati yang hilang diculik?
• apakah peperangan antara Suna’a dan Nayan tercetus akhirnya?
• bagaimana kesudahan kaum Nayan dengan penemuan senjata kristal biru oleh Suna’a? adalah terhapus langsung bangsa mereka?
• apakah Indra akhirnya mengetahui tentang kandungan Melati?

Overall cerita sangat baik, timeline disusun dengan sangat kemas oleh penulis so tak pening langsung goodjob👍🏻👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for chu.ahmad.
4 reviews1 follower
January 4, 2026
4/10

Apabenda ni? Jalan cerita terabur. Watak ramai-ramai tak habis explain. Semua dalam ni macam tiber je. 2 perbezaan zaman dalam satu buku tak ditulis dengan cantik.

Tahun 1365, masa Melati kene kidnap, apa jadi? Last tahu dia mengandung kat dalam penjara. Lepastu??

Permaisuri, mak kepada Mahendra tu dia buat apa lepas dia tahu tu anak dia? Dia beria cari anak dia. Lepastu dh jumpa, terus takde sambungan... tergantung.

Anding ni kenapa sekejap geng dengan Tok Ketari, sekejap tak? Ambik satu side je boleh tak???

Dilara ada pendamping pun tak function.

Masuk chapter baru, member semua pun tetiba nak membunuh Dilara dengan Zafran. Huh???

Anding dengan Zafran tetiba putus kepala, siapa buat? Zafran dah mati, Anding memang penanggal... motif?

Banyak lagi nak taip tapi nanti jadi spoiler. But, yeah. Leta move on buku lain k. xoxo
Profile Image for Fatini.
11 reviews
October 22, 2025
First of all, terima kasih kepada Fixi untuk bukunya.

Renjana bermain dengan selang masa. Sekejap kau berada di zaman 1300, sekejap kau berada di zaman kini. Dua watak yang berkongsi wajah, cuma pada masa yang berbeza. Dendam kesumat si Indra Mahesa terhadap Puteri Melati, disimpan kemas. Untuk mendapatkan kuasa dan kekebalan, Tok Kenari sanggup menggunakan Indra Mahesa dan menjadikan Dilara sebagai umpan.

Awalnya, aku hanya ingat novel ini adalah thriller semata. Rupanya lebih kepada mistik, tapi tidaklah seram yang tak tidur malam tu. Amaran cetus: amalan khurafat. Jalan cerita menarik, dan pembaca juga mungkin akan ikut sakit hati dengan kawan-kawan Dilara dan Zafran. Kawan tikam belakang ingatkan di dunia nyata saja, tapi di dunia fiksyen juga wujud hahahaha.
Profile Image for lilysspace_.
6 reviews
January 3, 2026
Tak tahulah camne nak review.. tapi I suka buku ni.. walaupun kita dah boleh agak apa yg akan jadi.. ada dua alam buku ni.. satu alam manusia sekarang.. lagi satu alam bunian.. macam mana boleh ada kaitan diorang ni?? semuanya daripada sebuah percutian ke pulau Suna'a tu.. dan semuanya salah bomoh tu.. sekian review ringkas dan padat😉
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
September 7, 2025
3.5⭐

Phew habis juga habiskan buku ni.
Cerita 2 ruang waktu, 2 ruang dimensi.

Cerita yg saya kira tak terlalu berat.
Cuma bab akhir kelihatan terganggu. Ada benda tak habis. Pengakhiran Puteri Candra Melati. Kan ditawan oleh puak Nayan. Apa jadi dengan perang puak Nayan vs Sana'a? Ada sambungan ke cerita ni?

Paling tak puas hati takde watak Nayya & Rohan terus hilang. dorang ke mana? Ingatkan Nayya dapat la pengakhiran ngeri sebab mulut dia paling puaka dalam semua watak yang ada dalam tu. Kita baca sampai habis rasa cam arghhh marahnyaaa. hahahha

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan cerita ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for syaffffffff.
17 reviews
November 20, 2025
Apa ni!!! Apesal ending habis mcm tu je???? Akan ada buku kedua ke apa??!!!

Aaaaaa gue stressss. Hahahahaha punya semangat baca, 2 hari ja habisss, sekaliiii persoalan yang dari awal-awal cerita lagi nda terjawabbbb. Akuuu stresssss hahahahah

Banyak ehhh yang mau disoal sama penulis ni. Fuhhhh tenang-tenang 😌😂.

Anw, first thriller book of the year. Kita loveeeeee flow cerita ni. 200+ page je tapi tak rasa terburu-buru, tak rasa slow, just niceee. Tapi banyak gantunggggggg!!!!

Tw; ada gore ye. Kita yang tak pernah baca buku ada gore2 ni terkejuttt hahahah.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.