Jump to ratings and reviews
Rate this book

Helah Terakhir

Rate this book
Atas arahan Tuan Rezza Dalma, Naira Amara dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Dalma Group. Jawatan Naira sebagai Operator Khidmat Pelanggan pula diberikan kepada adiknya, Rafael Dalma. Persoalannya, kenapa?

Sejak itu, insiden demi insiden mula mengancam nyawa Rafael. Apakah semua itu kemalangan biasa atau satu helah terancang?

Hati Naira dihimpit rasa bersalah. Daripada simpati, kasih mula tumbuh. Tapi kisah cinta Rafael dan Naira tidak semudah itu. Ia boleh membunuh!

“Kalau aku cakap yang insiden kali ini bukan rancangan aku, Raf percaya tak?” – Rezza

“Trust is earned, not given. Dan kau, Rezza, adalah orang yang terakhir di dunia ni yang aku akan percaya.” – Rafael

Tanpa mereka sedar, ada mata jahat yang memerhati. Dan Tuan Rezza seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada mereka berdua.

“Perkara paling teruk mereka boleh buat pada saya pun hanyalah bunuh. Tapi kalau awak...” – Rafael

“Sebab saya tak mahu perkara paling buruk itu berlaku pada awaklah, saya kena ikut sekali.” – Naira

Namun apakah kaitan rahsia Tuan Rezza dengan semua yang telah berlaku pada Rafael dan Naira? Dan apabila helah terakhir itu terbongkar, mampukah mereka menghadapi kebenaran itu?

***

DEFIKAISM menukilkan dua perspektif silih berganti yang kemas, saling melengkapi dan
sentiasa memacu cerita masing-masing ke sebuah pengakhiran yang mendebarkan! – Pingu
Toha, Editor

446 pages, Paperback

First published August 1, 2025

2 people are currently reading
34 people want to read

About the author

Defikaism

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (37%)
4 stars
15 (42%)
3 stars
7 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
September 4, 2025
Masa Manes release buku ni, F rasa macam pernah nampak nama penulis tapi tak recall siapa. Sampai penulis sendiri comment, “saya yang beli buku jalanan Teme”. Ahhh, tak sangka rupanya dia seorang penulis!

F beli buku masa tengah huru-hara live Shopee tu. Manes baru masuk Shopee, terus grab. Order hari Isnin, Selasa dah sampai. Cepat giler kan? I suka 🥰 Plus, the smell of new books... oh heaven!

Okay, back to Helah Terakhir.

Buku ni start dengan monolog Naira dalam LRT, berangan kalau dia kaya. Realitinya, hidup Naira tak mewah. Dia berjimat cermat sampai beli bihun 3 bungkus untuk makan pagi, tengahari & malam. Dalam kesibukan tu, tiba² Naira dipanggil ke tingkat 50.

Tuan Rezza, CEO yang serious tapi soft-spoken, offer dia jadi COO setahun.. tukar tempat dengan adiknya, Rafael.

Cerita ni ditulis dari dua POV tau... Naira & Rafael.

Honestly, F sangka Rafael akan memberontak bila semua privileges dia kena rampas... kereta, credit card, life of luxury and penthouse. Tapi surprisingly, he took it calmly. Redha sebab dia pernah berjanji dengan Rezza selepas satu incident kat Macau.

Rafael dipaksa tinggal kat rumah flat persekitaran kotor dengan 6 orang Bangladesh. Sedangkan dia pembersih tahap OCD. Mujur dapat bilik single... takda kongsi²
Instead of complain, Rafael bersihkan bilik sendiri, even bilik air pun dia scrub. F impressed sebab dia tak tunjuk geli... just deal with it.

Awal² memang struggle, bangun lambat, tak reti naik bas/LRT. Ada suatu hari tu.. Rafael bangun awal semangat sampai over-shoot station & sesat. Terpaksa apply cuti 😂. Adoii kesian Rafael tapi kan dia tak give up pun.

Meanwhile, Naira stayed kat rumah Rafael & shocked bila tahu Rafael baca novel cinta & self-help books. Plus, rumah dia bersih giler. Slowly, friendship diorang berkembang. Rafael selamba je dengan Naira and I love their chemistry.

Pendek kata, they complete each other. Bila Naira susah, Rafael ada. Bila Rafael perlukan bantuan, Naira tolong... even belanja makan. Ada satu part Naira bagi Rafael RM100. F thought dia akan guna, rupanya Rafael simpan duit tu. Sweet gila 🥹. Siapa sangka cucu Tan Sri boleh down to earth macam tu.

Tapi hidup Rafael tak tenang. Dua kali cubaan bunuh. Naira marah, ingat Rezza mastermind tapi Rezza tegas bukan dia. Dia cuma nak Rafael berubah.

Ada satu scene rumah flat Rafael terbakar.. Rafael pecah masuk sebabkan buku nota yang ada notes rm100 dari Naira tu.

Cerita ni sebenarnya ada banyak lapisan. Naira struggle dengan family... ayah yang ditanggung bukanlah sebaik disangka, mak yang disalah erti sebenarnya menanggung beban melampau. Rafael pulak jadi target sebab orang nak Rezza rasa kehilangan.

What I love... thriller vibes dia solid. Banyak plot twist unexpected sampai F ternganga. Ingat watak ni baik, sekali… ermm nope.

Romance? Minimal. So kalau you’re expecting lovey-dovey cringe scenes... none ya 😅🤪.

Heads-up, cerita ni ada trigger warnings: suicide, mental health issues, human trafficking & illegal organ trade.

Overall, Helah Terakhir bukan sekadar thriller biasa... ada suspense, ada emotional depth, ada social issues. Serious worth the read!

ps : F tergelak bila yang jahat semua pakai velfire black, yang baik pakai velfire putih.
Profile Image for Defikaism.
8 reviews5 followers
August 27, 2025
This book is NOT for everyone.

Itu yang saya ulang berkali-kali dalam kepala setiap kali fikiran tentang karya saya yang satu ini melintas.

Kini, 'anak' saya yang satu ini bukan lagi milik saya seorang. Dia akan menjadi tatapan umum. Dia akan disentuh, dibelek, dibeli, dibaca dan akhirnya, dinilai.

Saya tak akan lagi mampu melindunginya. Kini, Helah Terakhir bukan lagi sekadar cerita dalam kepala saya.

Terus terang, saya takut. Takut kalau dia disalah erti, takut kalau dia dihina, takut kalau semua usaha saya dipandang remeh.

Tapi, walau apa jua pandangan anda terhadap karya sulung saya ini selepas membacanya nanti, yang baik, mahupun yang buruk, semua saya akan belajar untuk terima dengan hati yang terbuka.

Kerana saya sedar sebagai penulis baru, penulisan saya sudah pastinya masih banyak kekurangan.

Tapi tak mengapa, saya rela. Sebab inilah karya pertama saya. Inilah diri saya. Saya serahkan kepada anda semua dalam versi yang paling jujur.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca Helah Terakhir. Baik yang membeli atau yang meminjam daripada kawan mahupun perpustakaan, jutaan terima kasih saya ucapkan.

Semoga cerita ini, meskipun tidak banyak, dapat membuatkan hati anda terhibur! 🫶🏻

p/s : saya rate cerita sendiri 5 stars sebab saya memang dah berikan yang terbaik, semampunya saya, semasa saya menulis cerita ini. 5 bintang itu adalah untuk diri saya, yang tak putus asa dan yang sudah bekerja keras menulis novel ini. 🙏🏻

ikhlas,
Defika
Profile Image for chelsannereads.
169 reviews2 followers
September 29, 2025
Rating: 3.9/5 🌟
Trope: stranger to lovers/ colleague to lovers/thriller/family problem/ mental health etc...

Please check the trigger warning first before you read!

Atas arahan Tuan Rezza Dalma, Naira Amara dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif operasi Dalma Group. Jawatan Naira sebagai operator khidmat pelanggan pula diberikan kepada adiknya, Rafael Dalma. Tapi kenapa? Sejak itu, insiden demi insiden mula mengancam nyawa Rafael. Apakah semua itu satu kemalangan biasa atau satu helah yang terancang?

My thoughts 💭 (my opinion not yours)

First impression for this book is the cover so cantik! Cover manes memang tak pernah tak cantik! Penulis menggunakan POV 1. Pada permulaan cerita aku rasa agak slow sikit, so lambat sikit dapat hype buku ni. Tapi bila nak ke tengah sikit cerita dia jadi menarik sikit sebab dah mula timbul konflik.

Watak yang aku suka specifically? Takde tbh, tapi I cannot lie that Tuan Rezza Dalma is kinda *bite my lips hawt.🔥 That man ada aura tersendiri. But Rafael and Naira juga ada cerita tersendiri. To be honest, I cried tau bila baca apa yang jadi dalam kisah hidup dorang. Even though aku tak pernah hadap apa yang dorang hadap. But I guess penulis berjaya sentuh jiwa aku untuk nangis baca kisah dorang. Paling sedih bila Rafael ajak Naira sama² untuk pergi terapi. Boleh nampak yang dorang sama² broken in the inside and perlukan sokongan.🥺

Plot twist dalam buku ni pula? I cannot lie that I didn't see it coming.😶‍🌫️ Lepas plot twist ada lagi plot twist. Penulis bagi plot twist bertubi² sampai aku rasa noob sikit sebab tak boleh nak teka siapa 'Dolus' tu sebenarnya.🤣 Tapi aku kesian juga dengan villain cerita ni.🥺 Writing style penulis aku tak boleh klik sikit mula² tu, tapi bila baca sampai bab akhir boleh ngam lah sikit dengan aku but not fully. Romance dalam buku ni tak berlebihan sangat, dia lebih kepada thriller and how to solve the mystery.

Novel ni juga ada unsur² sains which is aku tak faham sangat sebab aku tak suka sains HAHAHAHAHA. Tapi aku amazed how penulis punya otak boleh fikir untuk cipta 'barang terlarang baru' dalam cerita ni. This one I salute you sis! Congratulations for your first baby btw. ✨

Ending buku ni happy ever after! Don't worry tak sad pun. 🙈 This book was an okey read for me.😊
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
November 12, 2025
Edit: Dengar kata nak adaptasi.Annoying betul semua novel nak buat jadi drama.Novel pun baru keluar tak sampai setahun.


Aduhh i tak reti la nak review story ni pastu i pun tak ingat sangat storyline dia haha.Tapi i harap one day ada story untuk Rezza Dalma sebab sumpah dia HOT GILA wehh.
Profile Image for Hamidah Effendi.
355 reviews3 followers
November 10, 2025
Helah Terakhir oleh Defikaism

Buku ni memang terbaik! Plot twist dia bertimpa-timpa sampai tak sempat nak bernafas 😅 Tapi… penulis, saya nak Rezza bukan Rafael please! 🥺🥺🥺 Rafael je? Sebab ini buku Defikaism — Bukan engkau yang tulis😂😂😂, jadi next boleh hasilkan kisah khas untuk Rezza pula nanti, kan?kan??😎

Cerita ini tentang dua watak utama yang bertukar posisi dan dunia selepas CEO, a.k.a Rezza, buat keputusan untuk ubah sikap adiknya, Rafael. Tapi sebenarnya, ada niat lain di sebalik keputusan itu.

So, ini bukan kisah klise sebab tu di kulit buku ada empat orang, bukan tiga — dan yang keempat tu pula samar-samar kelihatan. Kalau tengok sekali imbas, memang ingat tiga je!

Genre: Konspirasi, konflik keluarga, pemerdagangan manusia, isu kesihatan mental & slice of life.
Amaran: Ada bahagian sensitif, tapi jangan risau — semuanya berakhir dengan happy ending. 💫

Fokus utama cerita ni pada Rafael dan Naira dengan dua POV berbeza. Tapi awas, ada watak yang tak disangka-sangka rupanya gunting dalam lipatan! Jadi, korang jangan cepat menilai, termasuklah abang-abang Bangladesh dalam cerita ni 🤭

Watak Vilian Dolus pun menarik juga - rasa nak marah tapi kasihan. Ending tu, mind blowing🤐.

Tahniah Defikaism atas baby pertama ni — memang padu habis! Saya nak lagi karya awak lepas ni. Rezza please ya, sebab Rafael… dah ada orang ambil dulu 😆🥳
106 reviews2 followers
November 5, 2025
Bagi saya buku ini sarat dengan 𝘴𝘦𝘭𝘧-𝘭𝘰𝘷𝘦 & 𝘴𝘦𝘭𝘧-𝘢𝘤𝘤𝘦𝘱𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦. Ia bukan sahaja 𝘮𝘺𝘴𝘵𝘦𝘳𝘺 / 𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭𝘦𝘳 semata-mata tetapi ada juga drama kekeluargaan dan 𝘳𝘰𝘮𝘢𝘯𝘤𝘦. Pelbagai isu juga diketengahkan, seperti gangguan seksual, pemerdagangan manusia, penderaan mental & fizikal, pengabaian keluarga serta pedofilia.

Ia bermula dengan kisah Naira yang terbeban dengan hidup bersandarkan 𝘣𝘢𝘴𝘪𝘤 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘳𝘺 yang cukup makan dan Rafael yang seperti hilang identiti dan hala tuju kehidupan. Segalanya berubah apabila Naira menjadi 𝘊𝘌𝘖 syarikat manakala Rafael mengambil tempat Naira sebagai pegawai 𝘊𝘚. Ini bukan kisah klise seperti drama Akasia tetapi ia membawa satu penceritaan yang berat diselitkan sedikit adegan romantis dan humor untuk meringankan rasa 𝘵𝘦𝘯𝘴𝘦𝘥 pembaca.

Awal cerita bermula agak perlahan, kemudian bergerak pantas apabila sedikit demi sedikit rahsia serta kisah silam mula terbongkar. Semakin kebelakang, cerita semakin mendebarkan dan penuh konflik bersama terma saintifik. Tetapi penghujung cerita terlalu pantas untuk disimpulkan membuat saya rasa terkejar-kejar untuk mendalaminya. Namun masih memberikan impak pada saya.

1st 𝘗𝘖𝘝 membolehkan saya merasai tekanan watak sepenuhnya. Kita juga dapat lihat perkembangan watak yang positif dari kedua-dua watak utama. Tidaklah 𝘴𝘵𝘢𝘨𝘯𝘢𝘯𝘵 dari awal hingga akhir. Penulis turut menunjukkan cara yang sepatutnya untuk merawat kesihatan mental dan bagaimana untuk berdamai dengan takdir. Tidak semestinya memaafkan itu menerima, begitu juga sebaliknya. Dan bagaimana garisan moral itu sangat halus untuk dilangkau jika kita tidak dapat mengawal rasa amarah dan dendam.

Watak yang perlu dikeji dan dibenci bukanlah 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘨𝘰𝘯𝘪𝘴𝘵 yang sebenar tetapi si Ayah. Semoga Ayah di luar sana yang berperangai seperti Ayah ini reput dan hangus di neraka kelak. Apa yang dilalui mangsa-mangsa itu amatlah perit tidak terkata.

Cumanya dialog yang dilontarkan mengguna kata ganti diri dan nama itu agak kekok di mata saya. Contoh perbualan Rezza & Rafael (bukan dialog dalam novel):

“Rafael, aku tau Rafael tak suka bila aku buat macam ni,”

Bagi saya lebih baik:

“Rafael, aku tau kau tak suka bila aku buat macam ni,” atau “Rafael, Rezza tau Rafael tak suka bila Rezza buat macam ni,”

★★★★
Profile Image for Aira Zira.
96 reviews2 followers
September 9, 2025
Firstly saya ucapkan tahniah kepada penulis atas keluaran buku pertama beliau 👏🏻. Idea dalam buku ni lagi2 bab ubat tu saya pun pening kepala nak hadam. Sangat detail dan woww.. Jalan cerita best dan paling unexpected yg ‘Rafayel’ tu. Buka2 pintu nohh ramai rupanya haha..😂

Awal2 cerita mmg ringan, tak stress dgn perubahan hidup Naira dan Rafael. Dua manusia ni tiba2 ditukarkan takdir berubah posisi. Paling terkial-kial nak hidup mestilah Rafeal. Sampai 1 hari sesat guna public transport. Tapi yg saya suka si Rafael ni, sifat pembersih dia. Tak cakap banyak, tak susahkan orang, dia sendiri buat. Bagus budak ni.

Kalau orang lain mungkin dah bergaduh, tapi Naira dgn Rafael boleh jadi kawan. Naira sendiri selesa dgn Rafael. Lama2 Rafael pun dah terjebak dalam masalah keluarga Naira. Begitu juga si Naira. Semakin lama kenal , semakin banyak pula dugaan diorang ni. Macam2 ancaman terutamanya Rafael yg kena hadap. Siapa dalang semua ni?

Semakin kebelakang, cerita semakin saspen dan dark. Berdebar-debar nak tahu konflik apa sebenarnya yg berlaku. Lepas satu, satu buat Naira terduduk. Saya yg baca pun sampai berkerut-kerut dahi dok proses. Perit sgt apa yg dilalui tu. Memang tak terfikir dalangnya sbb berjaya disorok kemas oleh penulis.

Saya rasa berbaloi baca cerita ni yg punya kelainan dari biasa. Walau saya kurang masuk dgn 1st POV tapi saya tetap selesa membaca. Awalnya saja saya rasa sedikit perlahan tapi sebab Rafeal yg kalut dan geng serumahnya, cerita jadi menarik. Plot demi plot yg terancang memang 👍🏻👍🏻.
Profile Image for Awa Lailani.
2 reviews
August 29, 2025
Bismillah,
First of all, tahniah Defika untuk kelahiran buku pertama bawah Manes. Second, cepatlah tulis buku kedua.

Perkara yang saya paling suka dalam buku ni ialah Rafael. Dari awal cerita sampai akhir, sedikit pun saya tak ada rasa meluat pada Rafael walaupun sebenarnya penulis claim dia loser. Ah, bohong! Rafael bukan loser, dia cuma anak kucing yang tak cukup kasih sayang. Mujur ada Naira dan Soheil yang prihatin pada Rafael. Saya suka karakter Rafael yang sangat gentleman.

Cerita ni fast pace. Susunan plot juga baik. Cuma mungkin kalau ada certain bahagian yang boleh dipanjangkan sedikit dan ia akan jadi lagi perfecto. Penulisan Defika buat saya ketawa dan tersengih seperti orang gila. Defika dan lawak abah-abah beliau memang tak boleh dipisahkan. Ada juga part yang buat saya menangis. Terutama sekali monolog Rafael. Saya paling sedih bila Rafael kata mungkin dia akan mati sendirian. Sedih, sedih sangat. ahhhh.

Saya tak menjangkakan bahawa si dialah orang yang dicari-cari. Cis, penulis memang hebat memperdayakan saya (dan pembaca lain). Dan sungguh punca semua ni terjadi...iaitu XX, dialah syaitan yang sebenar bagi saya. Elok kena tapak je :) Cuma saya harap backstory si dia lebih panjang. Tapi saya sebagai penulis faham ada kekangan word limit tu. hihi.

Elemen romance dalam cerita ni bagi saya melengkapkan jalan cerita. Cukup seimbang antara thriller dan romance. Saya suka! Saya juga suka akan kematangan Naira dan Rafael dalam hubungan mereka.

Oh ya, watak Naira juga menjadikan cerita ni hidup! Selain Naira, saya suka karakter Lia yang sengal ubi. Kalau Rezza pula... hmmm... saya tak mahu ulas panjang, saya mahu buku tentang Rezza ditulis dengan segera. Noktah!!!
Profile Image for Yuz'ki Yuz'ki.
Author 15 books9 followers
December 26, 2025
Officially my fave book of 2025 because it dragged me out of a year-long reading slump!💖 And that's saying a lot since most books went to the DNF shelf before this🫣

Allow me to review it in English, it's easier for my inner fangirl to slip through this way😂👍

Helah Terakhir is the whole package. There's love that grows over time, family drama (the good and the bad), intrigue and mystery of danger lurking in the dark and also highlighted the darker side of the high society.

Each character is fleshed out with their own unique soul. Relatable and make you want to cheer for them. Yes, this includes the antagonist. There's enough character exposition throughout the story that made each of their actions believable.

✨️Naira (FL): Finally a FL who isn't a damsel in distress🤩 Needs money and isn't afraid to admit it. Frank and direct in what she wants and will do what needs to be done. But that doesn't mean she's unfeeling. Very humane and very likeable. We need more FL like her seriously.

✨️Rafael (ML): the cinnamon roll. Rich heir forced to live a temporary life of poverty but though he complains, he doesn't whine and instead adapt and learn from his situation. Also polite and not overbearing to those around him. Especially love the way he interacts with his foreign worker housemates.

✨️Rezza: The CEO. But finally one where you understand why he's in his position and not one of the copy-paste overbearing templates. Charismatic from the way he treats his subordinates as equal and patiently listens. Also, actually care for his baby brother Raf🥲

I can go on for days but might risk spoiling the story😂 Just know that there will be plot twists and it won't disappoint.

Definitely auto-buy from now on and looking forward to what Defika might have in store in the coming year!🙌🌸
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
December 19, 2025
Plot laju sehingga ke akhir. Jangan tertipu dengan blurb watak utama CEO. Cerita ini cukup rencah dimulakan dengan watak utama wanita yang marhaen sekadar meneruskan hidup terjebak dengan satu konspirasi.
Kekuatan cerita ini selain plot yang kemas ialah diperincikan POV tiga watak utama, Rezza, Rafael dan Naira. Pembaca akan tenggelam dalam memahami fikiran tiga-tiga watak utama ini. Good job, penulis, semoga boleh menulis karya kedua.
Profile Image for Nenas.
6 reviews3 followers
August 27, 2025
Pernah tak u oll terfikir “bestnya kalau boleh tukar hidup dengan CEO, terus jadi kaya raya, ada 2 juta dalam bank, semua benda boleh settle” 😭. Honestly, for people like saya yg masih goyang kaki dirumah, benda ni selalu masuk wishlist kan? HAHAHA 😝

Begitulah hidup Naira Amara (kecuali, dia tak goyang kaki mcm saya). Dia struggle kerja dgn gaji tak seberapa, kos hidup bandar makin menggila, and at the same time kena tanggung mak ayah kat kampung. Hidup dia memang nampak grey… sehinggalah tiba2 dia ditawarkan jawatan COO sebuah syarikat besar. Out of nowhere, macam mimpi. But then, persoalannya… kenapa dia? Why her??? 🤔

Masuklah watak Rafael Dalma. The definition of tall, dark & handsome(grr). Hidup dia complete dengan kemewahan, apa nak semua dapat. Spoiled brat lah katakan. Tapi bila freedom tu terlalu banyak, dia mula hanyut dengan benda yang shouldn’t even be in his life. Sebab tu lah Rezza Dalma a.k.a abang sulung yang cold + mysterious ambil keputusan untuk tukar hidup Rafael dengan Naira, totally switch. Of course la bukan random. Ada sesuatu yang mengikat mereka berdua. And ngl, bila I dpt tahu jawapannya pun i terkejut. EVERYTHING MASUK AKAL YAA.

Rezza Dalma ni pulak… mata biru, muka beku, vibe abang sulung protective tapi toxic attractive tu. Everytime dia muncul memang automatically spotlight jatuh kat dia. The way dia handle masalah, steady, cool, pur chef’s kiss 🤌🏻. (No wonder why akk Defika sayang Rezza) Honestly, karakter dia mysterious enough sampai buat I suspicious dkt dia sampai habis😭 Terlampau calm mamat ni 😭

Part best nye kann, buku ni bukan sekadar thriller kosong. Ada random unexpected things yang buat I gelak jugak 😭 siap ada dialog dengan orang Bangladesh, and I literally baca dengan slang sekali HAHAHA(dey soheil, i can marry u now ok). Plot twist dia pun banyak kali datang bertubi-tubi. Sampai wa rasa macam wa kena “serangan maklumat” non-stop. but in a good way lah hehe.

For debut novel, memang ada part yang boleh dikemaskan lagi. Tapi ideanya fresh, storyline solid, and plot twist memang blowing my mind in different ways.
.
Gurlll, chemistry Naira dengan Rafael?? Memang la tak banyak lovey dovey scene sebab it’s a thriller kan, tapi still cute NAMAPOS😭. Mula2 baca, I fikir yg perangai si rafael ni sombong berlagak apa semua, sekali lahhh he's just a cutie patootiee HAHAHA. A CUTE LOVER BOYYY AWW 😭💔💔. And DIA BACA NOVEL CINTAN CINTUN YA. Comel please 😔🫶🏻
.
I suka gila cara author selit rahsia demi rahsia. Macam setiap kebenaran yang terbongkar tu automatically unlock lagi satu kebenaran lain. Ohyeahh. walaupun at first pening, but trust me. Teruskan je baca.
.
Oh yaa, towards the end ada la rasa sikit rushing, especially masa villain muncul tu. Banyak benda jadi serentak, so agak overwhelming. Tapi I still boleh kata ending dia still bombastic 🔥.
.
Overall, Helah Terakhir is a book worth picking up. Defikaism, you nailed it 👏🏻😘
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
October 8, 2025
Buku ni mempunyai tema yang AGAK berat.

Genre : psychological thriller, romance, action, mystery
Trigger warning : sexual assault, human trafficking, suicide, physical and mental abuse, family neglect, & pedophilic behaviour.

Penulisannya dalam bentuk first person (macam fixi tapi lagi proper and neat. Kepada pembaca tegar fixi, buku ni ibarat light reading jer untuk korang. Senang nak hadam dia punya isi kandungan.

Buku ni cerita pasal Naira yang bertukar jawatan dengan Rafael aka adik kepada Rezza Dalma yang merupakan CEO syarikat yang Naira kerja. Naira terpilih sebab gaji dia yang paling rendah dekat syarikat tu (oof). Dan kononnya Rezza punya plan adalah untuk mengajar adiknya untuk berusaha sebab "not everything is free" dalam dunia ni.

Naira ada mak yang abusive, bapak dia lumpuh and dua abang dia dah lama larikan diri. Rafael pula takde ibu bapa, atuk dia dengan abang dia emotionally neglect dia dari kecil.

Aku suka betul dengan semua character development dalam buku ni. Tahniah kepada penulis sebab dia memang teliti dalam menulis setiap watak dalam buku ni. Terutama sekali dengan watak antagonis dalam buku ni.

Aku baru nak sweet² berangan dekat scene antara Naira & Rafael, sekali next scene aku kena tampar dengan ANGST. BANYAK KALI TAU HAHAHAHAHA 😭🫂

Scene sweet romantic antara Naira dan Rafael eeeeiiiii! Aku suka dynamic antara mereka berdua😍

Plot ni kejap naik kejap turun. Macam naik rollercoaster.

Aku boleh relate dengan Rafael. His character development paling mantap dalam buku ni. Second best character development bagi aku adalah Rezza.

Overall, the genre is very interesting, the plot writing is neat and proper and the execution is very impactful. Plot twist dia memang sakit bagi aku and buat aku marah dekat satu watak dalam buku ni.

Like awal² aku rasa kesian giler dekat watak tu, lepastu pap Plot twist, terus tak kasihan. And THEN ada lagi twist, terus aku rasa nak menyumpah seranah dekat watak tu. Like dia lagi KEJI dari watak utama antagonis. Aku highly recommend buku ni kepada pembaca yang nak try baca genre psychological thriller.

Now if you excuse me, aku nak lukis watak Ivan (orang kanan Rezza) sebab out of all characters, aku sangat tertarik dengan dia daripada Rezza HAHAHA.
Profile Image for Mini.
37 reviews3 followers
September 30, 2025
Review Time 📚⏰️

Helah Terakhir - @defikaism
Rating: 4/5 🌟

“𝘈 𝘯𝘦𝘸 𝘫𝘰𝘣 𝘪𝘴 𝘢 𝘣𝘭𝘦𝘴𝘴𝘪𝘯𝘨. 𝘉𝘶𝘵 𝘸𝘩𝘦𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘱𝘳𝘰𝘮𝘰𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘪𝘴 𝘢 𝘵𝘳𝘢𝘱, 𝘵𝘩𝘦 𝘰𝘯𝘭𝘺 𝘸𝘢𝘺 𝘰𝘶𝘵 𝘪𝘴 𝘥𝘦𝘢𝘵𝘩.”

Kisah bermula apabila Tuan Rezza Dalma membuat helah besar; Naira Amara dinaikkan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Operasi dan jawatan Operator Khidmat Pelanggan yang ditinggalkan itu diberikan kepada adiknya, Rafael Dalma. Pertukaran drastik ini serta-merta mencetuskan siri ancaman nyawa yang menimpa Rafael.

​Di sinilah timbulnya keraguan saya yang pertama. Sejujurnya, di awal penceritaan, saya sedikit keliru dengan watak Rafael. Namun, apabila cerita berkembang, saya mula melihat keperibadiannya yang unik. Rafael digambarkan sebagai seorang yang gentleman, tabah dan punya semangat yang tinggi. Watak dia terlalu ideal, sehinggakan membuat saya rasa sukar untuk mempercayai kewujudan lelaki sebaik itu di dunia nyata.. dia nampak 'too good to be true'. Ya, saya sedar ini novel rekaan, sentimen keraguan itu tetap ada, sedikit sebanyak.

​Walaupun begitu, chemistry antara Naira dan Rafael tetap berkesan kerana ia dibina di atas simpulan rasa simpati dan sokongan di tengah bahaya. Hubungan mereka terletak di atas tanah helah dan misteri yang boleh membunuh.

​Dari sudut teknikal, novel ini jelas berkelas Psychological Thriller. Penceritaan sudut pandangan yang mendalam membolehkan saya merasai tekanan watak sepenuhnya. Dengan plot twist yang bertubi-tubi, ditambah pula dengan elemen sains dan perubatan yang diselitkan, novel ini berjaya memainkan minda saya.

Saya juga tersentuh dengan nasib antagonis. Ada bahagian yang membuatkan saya kasihan dan bersimpati dengan kisah silam mereka. Namun, di sini letaknya batas moral.. walaupun ada alasan, kita tidak boleh menegakkan benang yang basah. Perbuatan jahat tetap salah.

​Secara keseluruhan, novel ini penuh thriller dengan plot twist yang mendalam dan saya sangat berpuas hati. Tahniah saya ucapkan kepada Defikaism atas karya sulung yang berjaya ini! 🥳

Sekian.

#minimembaca #helahterakhir #defikaism #maneswordworks #reviewbuku #malaysiamembaca #bookstagrammalaysia #bookstagram
Profile Image for putriarisa._.
14 reviews1 follower
December 18, 2025
Fuh! Kita dah habis baca novel ni akhirnya. Bagi kita, memang untuk novel debut, mantap. Permulaan cerita yang agak straight forward kembali membawa ke plot yang kian berselirat. Unsur komedi dalam cerita ni bukan rasa ‘ringan’ kita baca. Beberapa bibit LRT pun buat kita ‘relate’ dengan keadaan Naira dan Rafael. Unsur thriller dalam cerita ni, ringan je tak heavy. Cuma terasa berat ada beberapa bahagian mungkin sebab banyak info dump.

Watak Rafael agak fishy dan scary tapi dia menyerlah lebih daripada Rafael. Kita nak spin-off Rafael, nak kisah cinta tragis. Kita nak tengok apa yang ada dalam kepala Rafael pula.
Profile Image for Bella Chu.
47 reviews2 followers
August 28, 2025
TW: drugs, rape, suicide, human trafficking, mental illness

Honest review. I had a good time reading this despite being busy. I'm addicted to keep reading this every day. Despite the heavy conflicts in this novel, the author has skillfully woven in plenty of humor and moral lessons, congrats Defika! Kadang² saya tersentuh, majority banyak tergelak, kadang² invested what's going on. Memang Helah Terakhir betul. The romance between Rafael and Naira sangat romcom ye, saya banyak highlights part kelaka dalam novel ni, saya nak simpan Rafael dalam pocket 😂
Profile Image for Ika.
Author 14 books53 followers
September 4, 2025
Funny, romantic tragedy with mystery elements that made you excited to keep flipping the pages and next thing you know its finished :)

Love most of the characters except man of the year in this story that should be crucified alive 💀

Profile Image for Bookworm93.
18 reviews1 follower
September 16, 2025
4 ⭐⭐⭐⭐

Sy jarang baca novel genre mcm ni. Tapi sy suka plot dia. Semua tersusun je. Cuma pening la sikit nak igt semua nama ubat tu kn bak kata Naira.. dia budak fesyen bukan sains 🤣

Overall good work writer. Hope to see you with new book soon. All the best.
2 reviews
December 15, 2025
excuse meeee?? this book is soooo goooooddd?I'm not good in giving review but this is a solid 5 from me
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
28 reviews
October 19, 2025
✨ Book Review: Helah Terakhir ✨
✍️ Penulis : Defikaism
🏢 Penerbit : Maneswordworks
⭐ Rating : 3.9 / 5

Bayangkan hidup yang korang impikan menjadi kenyataan, bertukar dalam sekelip mata—dari flat ke penthouse mewah 🏙️, atau dari hidup penuh privileges ke bilik kecil bersama 6 orang strangers 🏚️. Itulah perjalanan Naira & Rafael dalam Helah Terakhir.

Cerita bermula dengan Naira, gadis sederhana 👩‍🦱 yang hanya bergaji seperti kebanyakan penduduk Malaysia yang mempunyai kelayakan diploma. Hidupnya berubah bila Tuan Rezza—CEO Dalma Group 🕴🏻; yang serious but soft-spoken—tawarkan jawatan COO setahun, tapi syaratnya… tukar tempat dengan adiknya, Rafael.

🗨️ “Tuan Rezza nak saya gantikan adik tuan sebagai COO syarikat?” (Naira)

👉 Dari sinilah konflik bermula.

Yang menariknya, Rafael bukanlah watak tipikal “anak Tan Sri manja”. Walaupun OCD & terbiasa dengan life of luxury, dia cuba adapt: naik LRT 🚉, sesat sampai terpaksa apply cuti, scrub bilik air kotor tanpa komplen, dan slowly… belajar hidup macam orang biasa. Fikir dia akan rebel? Nope. Surprisingly, he grew throughout the story.

Sementara itu, Naira dapat tahu sisi lain Rafael—suka baca novel cinta (imagine ya, siap ada tabbing 😆), kemas 🪷, and yes… gentleman 🤵🏻. Chemistry mereka berkembang perlahan, bukan cringe lovey-dovey, tapi real & wholesome. Sweet part? Naira hulur RM100 💸, Rafael simpan, bukan guna. 🥹

🗨️ “Sebab saat awak bagi saya duit itulah kali pertama saya rasa diambil berat dan dihargai.” (Rafael)

Plot twist demi plot twist 🔀 buat jantung saya semakin berdebar ❤️‍🔥. Dari cubaan bunuh, misteri Macau ✈️, flat terbakar 🔥, hinggalah rahsia keluarga yang tersembunyi—semua disulam dengan isu berat: mental health 🧠, suicide, human trafficking 🚫, sampai illegal organ trade.

Karakter yang paling saya suka adalah Tuan Rezza.
Kenapa?
“To know that my little brother has someone who cares about him puts my mind at ease”
Sebab dia sangatlah sayangkan Rafael sebenarnya. Saya dari awal ingatkan Tuan Rezza yang jahat 😌

Karakter that I hate the most?
Haihhh 🙂‍↔️ ayah si Naira.
Kenapa? Bacalah guysss hahahaha.

🎭 Apa yang buat Helah Terakhir special?
• Thriller vibes solid ⚡
• Unexpected twists (serius tak boleh teka dalang utama!) 😱
• Social issues dengan sentuhan realiti 👥

📚 Overall: This debut is okay to me.
Untuk penambah baikan:
1️⃣ Saya masih tertanya-tanya kenapa Rezza memilih Naira daripada semua kakitangan yang ada? 🤔
2️⃣ Ending nya adakah Naira masih kekal sebagai COO? 🏢
3️⃣ Pada permulaan cerita agak sedikit slow paced bagi saya dan hook cerita bermula pada pertengahan novel 🫣
4️⃣ Ada sesetengah dialog yang sedikit baku 💬
5️⃣ Mungkin terlalu banyak isu demi isu, saya sedikit keliru 👉🏻👈🏻

👀 Who I would suggest to read this?
Seseorang yang nak baca sesuatu yang berbeza. Yang nak thriller + sedikit romance 😬

P/S : Tuan Rezza & Lia sounds good kan? Maybe a story for them too cik penulis? He deserves a happy life too 🤪💞
Profile Image for yanielibrary.
51 reviews8 followers
December 2, 2025
Kisah bagaimana angan2 Naira akhirnya bertukar menjadi kenyataan apabila dia dilantik sebagai COO oleh Tuan Rezza. Dari hidup di rumah flat, kini dia melangkah ke penthouse. Pada masa yang sama, Rafael yang sejak kecil dimanjakan dengan kemewahan, dipaksa bertukar tempat dengan Naira. Insiden inilah yang mengubah hidup mereka 360°.

Permulaan ceritanya ringan, penuh coleteh Rafael yang terpaksa hadap hidup baru dengan gaji RM1,700. Bahagian ni saya suka sebab penulis berjaya menggambarkan betapa mencabarnya hidup di bandar dengan gaji sebesar itu. Tapi saya salute betul dengan Raf, dia cuba adapt dengan naik LRT, dan belajar hidup macam orang biasa. Not the typical MMC yang mudah annoyed.

Walaupun Naira dibebani pelbagai ujian dan datang dari keluarga yang broken, dia tetap sabar dan bersangka baik dengan takdir. Chemistry antara Naira dan Rafael pun terasa natural, dialog mereka smooth, dan tak nampak janggal langsung. Penulis cakap ni karya pertama, tapi kenapa saya rasa ada pengalaman je🤭

Execution dan penceritaan disusun dengan kemas, buat kita mudah faham dan tetap engaging. Lagi kita baca, lagi banyak konflik dan misteri timbul dan persoalan kenapa Tuan Rezza nak mereka bertukar posisi. Dekat sini saya dah mula suspicious dengan watak Rezza, tapi rupanya lain betul jadinya.

Memang bijak penulis ni. Dia bagi kita pening fikir siapa dalang di sebalik semua misteri tu. Tambah pula dengan terms sains, saya pun apa lagi, buat-buat faham jelah. Thumbs up to the author for adding those science elements. Penulis minat sains ke tu👀 Cuma satu jelah, saya rasa bahagian reveal villain tu agak cepat sangat berlalu. Saya sebenarnya nak korek lebih dalam tentang organisasi tu sebab macam2 persoalan muncul dalam kepala. Mungkin sebab fokus buku ni banyak pada moment2 sweet dua ekor merpati ni. Tapi saya approved, nasib depa dah kahwin hehe comel betul🤏🏻

Tahniah atas karya sulung, defikaism! Can’t wait for your next book 🤍saya boleh nampak penulis ada gaya dan kelebihan dalam menulis sebuah buku bergenre misteri👏🏻 harap dapat keluarkan lagi buku macam ni hehe🫶🏻
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.