Jump to ratings and reviews
Rate this book

Layakkah Aku?

Rate this book
26 tahun Farra Hani hidup dalam kebencian ibu kandungnya. Dia bukan sahaja dibenci oleh ibu kandungnya, malah dia juga dibenci oleh Mikail Amsyar. Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Sedar dirinya dibenci, Farra Hani cuba menahan diri daripada terbuai dengan layanan mesra Mikail Amsyar yang tidak tahu identiti sebenarnya.

“We have another date then.” – Mikail Amsyar

“Errr, it is not a date. It is a normal dinner.” – Farra Hani

“Tapi bagi I, it is a date. So, see you tomorrow, sayang.” – Mikail Amsyar

Semakin dia cuba larikan diri, semakin dekat lelaki itu dengannya. Puas berlari, Farra Hani memutuskan untuk menerima lelaki itu selagi identitinya tidak diketahui. Di Cameron Highlands, Mikail Amsyar melamar Farra Hani untuk menjadi suri dalam hatinya dan di Cameron Highlands juga identiti Farra Hani terbongkar.

“Eh, perempuan! Kau sedar tak selama ni aku benci kau? Boleh pula kau tayang wajah tak bersalah kau kepada aku. Kau boleh selamba aje dengar aku cerita pasal perasaan benci aku kepada perempuan yang dah hancurkan hidup adik aku masa kat Cameron. Dasar perempuan tak tahu malu. Tak ada maruah. Aku benci tengok kau. Aku benci tengok lakonan kau. Aku benci tengok kepura-puraan kau!” – Mikail Amsyar

Dalam kebencian, akhirnya Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan jua. Farra Hani tuduh Mikail Amsyar memerangkapnya. Mikail Amsyar pula menuduh Farra Hani. Mereka saling tuduh-menuduh. Kalau bukan mereka, siapa pula yang memerangkap mereka?

Setelah memastikan sesuatu, Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Farra Hani reda dengan pernikahannya. Meskipun dia rasa bersalah kerana mengheret Mikail Amsyar dalam masalahnya, dia bersyukur kerana dia diperangkap dengan Mikail Amsyar. Bukan lelaki lain. Dia ikhlas menjadi isteri Mikail Amsyar.

Namun, ikhlaskah Mikail Amsyar untuk menerima Farra Hani sebagai isterinya? Bisakah dia memaafkan Farra Hani setelah apa yang gadis itu lakukan kepada keluarganya? Layakkah Farra Hani untuk memiliki cintanya

983 pages, Paperback

First published January 1, 2015

12 people are currently reading
175 people want to read

About the author

Azura Rasiddin

12 books98 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
54 (35%)
4 stars
40 (26%)
3 stars
43 (28%)
2 stars
8 (5%)
1 star
6 (3%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
April 25, 2015
cerita yang so-so sahaja. one thing I don't understand, hmm...macam mana nak cakap yek? Kenapa penulis tends to make rogol/dirogol/merogol cuma sekadar satu perbuatan?

Contohnya: Ibu Farah hani dirogol oleh abang iparnya. Selepas Farah tahu tentang kebenaran itu, normalnya, dia akan rasa malu dengan semua orang dan akan cuba sedaya upaya untuk lupakan or tutup buku lama. Ini, selepas tahu, hampir kepada setiap orang yang dia kenali dia announce "aku anak haram hasil rogol oleh ayah/pak long kepada ibuku". Hmm...kalau untuk meraih simpatilah, sorrylah tak rasa pula.

Dan dah macam soap opera pula tiba2 mak dia tukar keputusan ujian DNA tu. Adoiyai...paling kasihan pada ayah dia lah. Sampai ke saat2 terakhir still tak tahu Farah itu anak kandungnya.
Profile Image for zairaidah.
413 reviews40 followers
March 28, 2023
e-book

Panjangnye cerita. Try baca laju2 sebab tak sabar nak tahu apa jadi next. Skip mana yang tak perlu.

Sedih sangat baca apa yang ditanggung Farra Hani. Banyak pendam perasaan. Lagi2 dengan ibunya yang sangat bencikan dia sejak dari lahir. Terjatuh cinta dengan Am. Terkahwin dalam keadaan yang memalukan. Tiga kali terpaksa berhadapan dengan kematian di depan mata. Trauma kot.

Cumanya mangsa rogol dalam kisah ni macam kurang. Tapi bahagian Farra Hani dan Am saya sangat suka.
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
November 5, 2015
First time baca karya Azura Rasiddin. Apa yang boleh dikupas, novel ini sangat complicated. So, baca kasi habis & jgn skip-skip. Haha!

Suka dengan Farra Hani. Seorg wanita yg tabah, dibenci oleh ibu kandung sendiri,, bahkan ibu mertua pun tak suka dia. Suami sendiri benci dia. Seorg yg perahsia. Suka simpan perasaan sendiri.

Mikhail Amsyar? Hmm... sweet maybe? Kejam tu... hmm... tak sangat. Haha!

Tak perlu tunggu sampai habis bab, saya dah boleh agak siapa yang bunuh papa Hani. And kenapa mama Hani bencikan dia. Bila apa yang saya fikir tu betul. Saya tak dapat terima the ending will be like... Hmmm... kenapa cenggini pula???

Overall, keep it Azura Rasiddin. :) u did a great job! :D
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
October 8, 2021

Aku dalam proses mengumpul karya-karya Azura Rasiddin, dan aku kira bernasib baik kerana penulis telah menerbitkan semula Layakkah Aku walaupun melalui versi ebook. Tapi sudah cukup untuk pembaca seperti aku yang mahu melengkapkan naskhah-naskhah Azura Rasiddin. Bermula dengan Teman Lelaki Upahan & Pelangi Untuk Ara, kedua-dua novel ni membuatkan aku terus 'terikat' dengan gaya penyampaian penulis.

Untuk Layakkah Aku pula, aku boleh katakan yang aku dapat jangkakan apa yang berlaku tapi dalam masa yang sama aku masih lagi seronok untuk menerokainya. Mengambil masa selama tiga hari untuk menghabiskan Layakkah Aku, ternyata ada perkara yang aku suka dan ada juga perkara yang aku tak gemar dengan naskhah ini.

Tema yang dibawa oleh penulis adalah tentang kesungguhan seorang anak menagih kasih sayang seorang ibu dan secara tak langsung, penulis membawa pembaca menyelusuri kisah Farra Hani melalui persoalan-persoalan kenapa dia dibenci oleh ibunya? Kenapa dia masih disisi keluarganya walaupun ternyata, dia sudah boleh membuat keputusan sendiri untuk kebaikan dirinya. Kenapa dia boleh rapat dengan Airil berbanding Farhan, abang kandungnya... Terkapai-kapai mengenali diri sendiri,

Aku suka dengan tema dan konflik yang dibawa oleh penulis, dan disebabkan konflik yang mampat itu membuatkan cerita tentang Farra Hani ini sebuah cerita yang mampu membuatkan aku menangis dan menangis. Lama juga aku tak menangis bila baca novel ni. Apa yang Farra Hani rasa. Hidup dalam keadaan banyak perkara yang tak dirungkai membuatkan dia terbata-bata dalam menerima kehadiran Mikael Amsyar. Walaupun begitu, aku suka dengan perwatakan Farra Hani yang di terjemahkan dengan seorang yang cuba bangkit dalam apa keadaan sekalipun, cuba membenarkan dia untuk merasa apa yang dia rasa sepatutnya, sebelum move on.

Ada pun yang aku kurang gemar, adalah peristiwa-peristiwa yang menjadi sebahagian konflik cerita dan juga cerita yang berulang kali melalui scene-scene Farra Hani menulis diari. Kesimpulannya, ia sebuah cerita yang complicated, ada mesej tertentu, penuh emosi tetapi sedikit meleret.
Profile Image for Squall.
43 reviews16 followers
December 27, 2014
penulis ni aku memula xbrp nk yakin sgt..sbb cite sblm ni mcm cinta sedingin mint tuh mcm sedikit boring..so takut gak nak beli.. tapi! tapi tapi tapi..oh kali ni mmg silap ar.. sbb aku rasa berbaloi aku beli n berbaloi aku guna masa terluang untuk baca novel ni!!!muahahaha!best gak novel ni!

fara hani.. dia terlalu berpegang teguh dgn ckp sorg penjahat yg dh selamatkan dia..aik?haha.. "jangan percayakan sesiapa. Kadang-kadang orang yang rapat dengan kita boleh jadi musuh kita." dia xpenah lupe ape yg lelaki bertahi lalat ni bgtaw kat dia.. tapi sengal jugak.. apsal dia xsuspek ahli keluarga n saudara mara dia? ke aku xperasan? hmmm.. hehe



sebagai pembaca..kita boleh agak siapa dalang sebenar dalam cite ni.. wlpn kita dh taw.. n kadang2 nk jerit kat hani spy suspek la orang tu weh!!tp cite ni membuatkan kite asyik dibuai emosi..eceh!hehe.. sakit ati, suka , gembira, touching, sweet, terbuai2..haha

so nak kate.. berbaloi untuk dibeli dan dibaca! tp cm biasalah.. pendapat masing2 eh.. kang ade gak yg balun aku nnt..hehehe..
Profile Image for Eqa Atieqah.
7 reviews1 follower
February 4, 2015
Layakkah aku mengecap bahagia? hamboih jiwang sungguh!

tapi layakkah aku karya ke empat yang dibaca selepas musuhku suamiku, teman serumah dan teman lelaki upahan. Kenai azura ni dari undergrade waktu belajaq dekat usm. bukak blog dia n baca all the story.

tau yang penulis mmg minat jaychou. tapi dalam layakkah aku ada lagu korea siap melancong honeymoon kat korea.

oke dah merepek2 kan. Bagi saya LAYAKKAH AKU lagi best dari TLU sebab gaya cerita dia lebih menarik. banyak pengajaran bukan pasai cinta ja. keluarga penting, hubungan kekeluargaan tu. dan yang paling penting macam mana kita nak kawal diri waktu kita remaja. Dosa dan pahala.

Perasaan hormat menghormati dan yg penting DUIT tak menjamin KEBAHAGIAAN. tengokla dalam cerita ni, farrah hani dan Farhan anak tan sri, Airil anak Dato, Mikail Amsyar pon anak Dato tapi nak capai kebahagiaan tu punya la payah. hehehe.. * novel ja kan emo terlebey :P

tapi kesian Farra hani lepaih satu satu ujian untuk dia. mula mula mak tak mengaku anak, ayah kena bunuh, suami tak mengaku isteri. aih.. sabaq sungguh la.

tpi satu ja tak siok. Farra sepatutnya bagitau Mikail Amsyar apa yang jadi. She have to trust her husband! sebab tu komunikasi penting. cewahh panjang nih.


anyway syabas penulis.*clap3 .best cerita awak.tapi lain kali jangan buat tebal sangat. saya mengantuk hari ni sebab baca sampai pukul 2 smlm. huahuahua. :)
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,050 reviews378 followers
June 1, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM21. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Permulaan yang agak slow tapi slowly menjadi interesting di bahagian tengah cerita. Banyak-banyakkan lar bersabar to get to the good part. It has a nice balance between kisah cinta dan juga sedikit thriller. Bersemangat jugak nak tahu siapa dalang yang menghancurkan keluarga Farra.
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
February 1, 2015
superb! jalan ceritanya penuh dgn perasan ingin tahu.. ade time rase sweet sangat am & farra.. tapi sedih part mika berkorban utk insan tercinta...part mama farra disowned dia as anak.. nasib baik laa happy ending walaupun di akhirnya byk bab menyentuh jiwa raga..
well done azura.. karya ke 2 yg dibace selapas teman lelaki upahan..
Profile Image for Mohd Zuhri.
26 reviews6 followers
January 5, 2015
Asalamualaikum semua. Saya dah baca separuh novel Layakkah Aku?, ya, memang cerita ni mendebarkan. Nak tahu, jom baca review saya okey.
*****
26 tahun Fara Hanni hidup dalam kebencian ibu kandungnya. Dari dulu Puan Sri Faridah ni benci kepadanya, dari waktu dia lahir sampailah dewasa, kerja mencaci, mencerca, memukul sudah sebati dalam diri Fara Hanni. Dan Puan Sri Faridah tuduh Fara Hanni penyebab suaminya mati. Ramai yang menyangka kematian ayah Fara Hanni gara-gara kemalangan, sedangkan kematian itu kerana rancangan seseorang.
Disebabkan Fara Hani terlibat sekali dalam nahas kemalangan itu, tapi dia tidak mati cuma cedera! Orang yang merancang kematian ayahnya itu tidak mahu membunuhnya tetapi mahu bunuh ayahnya sahaja! Fara Hanni dikehendaki supaya merahsiakan perkara ini jika tak nak mati! Pesanan terakhir lelaki bertahi lalat hitam itu adalah jangan percayakan siapa-siapa, kadangkala orang yang rapat dengan kita boleh jadi musuh kita.
Setahun telah berlalu tapi masih belum memudarkan ingatan Fara Hanni terhadap peristiwa itu. Dia menyiasat Mikail Amsyar kerana hatinya tergerak menyatakan lelaki itu ada kena mengena dengan peristiwa setahun yang lepas. Andaiannya memikirkan melakukan semua ini gara-gara syarikat.
Mikail Amsyar membenci seorang gadis, sampaikan dia bersumpah jika dia jumpa dan tahu identiti gadis itu, dia akan memusnahkan hidup gadis itu sepertimana hidup adiknya, Mika musnah!
Mika dan Fara Hanni berkawan baik. Mika mula mencintai Fara Hanni. Mikail Amsyar memikir bahawa Fara Hanni punca adiknya sering mabuk dan balik lewat malam dan menjadi kurang ajar. Sedangkan dahulu adiknya baik sahaja dan tidak berlaku bebas. Mikail Amsyar tidak tahu gadis yang dibencinya itu siapa, sehingga terlampau kerap dia bertemu dengan Farra Hani dalam keadaan di mana-mana saja. Dia akhirnya berkawan dengan gadis itu dan mula jatuh cinta.
Apa yang berlaku selepas itu? Apa reaksi Mikail Amsyar bila tahu yang Fara Hannilah punca hidup adiknya hancur, dan bagaimana perasaan lelaki itu setelah apa yang Fara Hanni lakukan kepada keluarganya? Siapakah petualang yang terlibat dalam nahas kemalangan ayah Fara Hanni? Atas sebab apa Puan Sri Faridah membenci Fara Hanni selama 26 tahun?
***********
TAHNIAH!!!! Ini naskah paling kebabomm!! Terbaik dan best sangat! Novel ni bagiku lebih berat genrenya dan lagi mencabar dari Teman Lelaki Upahan. Sangat best! 10 bintang pun tak cukup nak rating buku ni, rasa nak bagi lebih. Sebuah cerita yang buat kita tertanya-tanya, mendebarkan, dan rasa tak sabar nak tahu kesudahan. Ini naskah paling bagus dari Azura Rasiddin. Saya suka sangat. Okey, terlebih over. Tak rugi beli malah rugi kalau x baca. Ok bye.
Macam-macam rasa saya ada bila baca. Betapa berat hidup Fara Hanni dengan liku-liku yang harus dihadapi.
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
April 20, 2015
Selepas baca novel teman lelaki upahan. keluar pylak karya terbaru dr penulis yg sama. jalan ceritanya ok. ada kelainan dn tak lari jugak ada yg klise dengan karya2 penulis2 lain. tu mmg tak boleh lari dah. Cumanya penulisan kali ni agak lemah sikit dari segi susunan cerita. banyak kisah atau tulisan yg diulang2. ni novel bukan drama yg kita boleh flashback scene. Pembaca novel semuanya dh kedepan. daya ingatan tak lemah lagi. tak perlu ulang tulis memori. sy bagi 5 star krn watak utama lelaki yg tegas dn pelindung.
286 reviews52 followers
June 24, 2015
best...menarik...sebuah kisah kekeluargaan yg penuh dendam hingga mengakibatkn kematian....
cumanya tebal..letih nk pegg....huhu
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
April 25, 2022
Permulaan cerita teruja saya baca mengenai kemalangan Tan Sri Mansur dan Farra Hani. Hani terselamat namun papanya meninggal dunia di tempat kejadian.
Ramai juga yang mati dibunuh oleh pak long Hani, Dato Mansur tanpa dapat dikesan Aidil dan Hani. Kesian dengan Mika tak dapat cinta Hani tapi sanggup berkorban untuk Hani.
Penceritaan yang baik dengan isi cerita dan plot yang cantik dengan watak utama Farra Hani merangkumi jalan cerita.
Banyak watak tapi tidak menjejas keseluruhan cerita kerana mereka ada peranan masing-masing.
Sesetengah bahagian ada juga meleret-leret dan berulang-ulang agak membosankan dan sedikit hambar.
Apabila Hani bercerita bagaimana mamanya, Puan Sri Faridah dirogol oleh Datuk Manaf, gaya Hani santai macam tiada emosi.
Begitu juga Azalea yang dirogol Herman, kawan baik Mikail Amsyar. Am boleh tenang saja bila tahu kejadian yang menimpa kekasihnya itu.
Pengakhiran cerita kalau ada bab Hani jumpa bapa tirinya di penjara dan abang Aidil kahwin dengan Erin pada saya mesti lagi best!
Profile Image for Wann.
35 reviews8 followers
February 5, 2015
pada mulanya saya agak ragu2 nk beli novel ni sebab sy blum pernah baca karya cik penulis ni wlwpon ni bkn novel pertamanya.
tapi jujur saya katakan selepas membacanya buat saya tak menyesal membelinya.
Kisah tentang farrah hani yang berusaha nk cri siapa pembunuh ayahnya. pencarian hani membawa kpd pertemuannya dgn mikhail amsyar (pertemuan pertama yg dirancang).
saya suka cara penulisan penulis dan cara penulis menjalinkan jalan ceritanya. watak2nya juga saya suka except mama kepada hani dan juga azalea. entah kenapa saya menyampah sangat dengan watak azalea yg tergedik2 tak tau malu langsung. tak sesuai dgn wataknya yg sy membawa imej muslimah / wanita baik2 yg menjadi idaman mikhail dan herman dahulu kala.
nampak sangat dia jenis yg hidung tak mancung pipi tersorong....hurm.
overall saya suka cara penulis menulis misteri dalam novel ni...walaupun ada part yg saya rasa mcm dipercepatkan. ke saya yg terlepas pandang...entahlah...
apa sekalipon novel ni sangat menarik ^^
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews85 followers
May 31, 2015
Novel Layakkah Aku? memang layak mendapat 4 bintang. Perjalanan cerita yang susah nak jumpa dalam kebanyakan novel sekarang yang lebih bersifat klise. Penulis berjaya dalam membuat kita tertanya2 siapa yang membuatkan hidup Farra makin berduri. Konklusinya, novel Layakkah Aku? merupakan naskhah yang berbaloi sejajar dengan wang yang saya keluarkan untuk membelinya. Hahaha...
Profile Image for Nurul Nazihah.
5 reviews
May 16, 2015
Habis juga menghabiskan buku ni dari 2 Mei hingga 14 Mei.Jalan cerita yang padat dan berat.Perlu menghadam satu persatu dan keseluruhannya tetap berpuas hati.Cuma tak nak Mika mati(minat Mika).Apapun TLU adalah yang terbaik dari penulis.
Profile Image for Kensai_toshin.
5 reviews
March 15, 2015
Buku ni berbaloi utk dibeli,dibaca dan dibuat koleksi peribadi.congrate cik penulis
Profile Image for Ramdi Musli.
1 review
Want to read
July 30, 2015
Belum baca
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.