Sumpah saya dah beli lama buku Mesin Cahaya Masa. Rasanya tahun 2016. Tapi baru sekarang saya membacanya. Tapi mungkin itu ketentuan Tuhan bagi membolehkan saya bertemu waktu yang tepat. Di tahun ini, serasa saya, saya dan Wani Ardy di garis umur yang sama. Walaupun secara teknikal umur kami berbeza banyak tahun tapi umur Wani terhenti didalam buku ini, dan umur saya pula menginjak dewasa ke umur dia menulis buku ini. Jadi perjalanan Wani sebagai kekasih, ibu, anak, kakak dan pembimbing boleh saya relate dalam kehidupan.
Saya suku buku ini. Seperti saya menyukai Langit Vanilla.
Tiada yang terlalu extravaganza, melankolika atau aneh-aneh. Sesederhana manusia biasa. Sesederhana Wani dalam menjalani hidupnya.
Banyak muka surat yang lompong, maka pembacaan sangat melaju. Mungkin tidak adil untuk membandingkan karya Langit Vanilla (LV) dengan karya Mesin Cahaya Masa (MCM). Kedua-duanya memiliki emosi yang berbeza. Entah mengapa, rasa sedikit kecewa dengan karya kali ini. Saya sendiri pun bukanlah seorang peminat tegar puisi, dan saya lebih selesa memilih cerpen (dalam kerangka penulisan kreatif). Mungkin kerana terbiasa dengan bacaan non-fiksi, menjadikan saya agak rigid untuk menerima proses perubahan gaya penulisan Wani untuk MCM. Nak komen puisi pun tak reti. Apa yang pasti, saya kurang puas hati dengan MCM. Walaubagaimanapun MCM menampakkan kematangan Wani berbanding LV, maklumlah bunyi lebih keibuan dalam MCM. Jika dibandingkan dengan LV, Wani tampak lebih segar dan remaja, mungkin itulah faktor yang kukuh mengapa LV mendapat tempat yang utuh di hati saya, lebih dekat rasanya.
Juga, ada beberapa catatan peribadi beliau yang saya rasakan kurang baik berbanding LV. MCM tetap berisi walaupun ringkas. Kali ini, Wani juga lebih banyak pembawaan dalam bahasa Inggeris. Ini antara sebab mengapa saya kurang menggemari MCM. Maaf saya katakan, saya kurang setuju dengan konsep buku puisi yang dicampur adukkan bahasanya, seakan bahasa rojak. Penggunaan bahasa yang pelbagai itu tak mengapa jika sedikit, dan ada kehalusan dalam mempelbagaikan bahasa. Oh saya faham, mungkin Wani atau pihak penerbit sendiri mahukan sebuah buku puisi bersifat kontemporari, yang mampu menarik golongan yang pelbagai, jadi atas asbab itu buku ini sengaja ditulis sedemikian rupa. Pun begitu, saya tetap sedikit rimas dengan cara penulisan sebegini, apatah lagi ini sebuah buku puisi, keistimewaanya makin memudar di mata saya.
Akhir kalam, saya tetap setia menantikan karya anda wahai penulis. Terima kasih atas naskhah yang ditulis demi sebuah perkongsian ini.
Kita selalu membayangkan sebuah mesin cahaya masa sebagai satu pintu untuk menyelinap ke waktu lalu dan mengubah kejadian. Tidak bagi Wani Ardy. Wani Ardy menjenguk ke dalam pintu, melihat segala kenangan dan ingatan dari waktu lalu sebagai suatu peringatan yang memberikannya kekuatan untuk berjalan hari ini.
"ada satu perkara yang paling menghiriskan: Kenangan." - Berlalulah, Mantan Kekasihku
Seperti baris kata-kata itu, kenangan adalah hal yang sangat intim dan suasana intim ini dibawa oleh Wani Ardy dalam buku Mesin Cahaya Masa.
Saya tinggalkan buku ini dengan sebuah renungan; "Apakah hal pertama yang kita tuntut dari seorang penyair jika bukan cebisan dirinya sendiri?"
kalau tanya aku ada beza atau tidak antara Langit Vanila dan Mesin Cahaya Masa, jawapannya ada!
Langit Vanila penuh dengan suara tentang kejatuhan dan bagaimana seorang perempuan menyuarakan kebangkitannya setelah jatuh dalam nada puisi.
Mesin Cahaya Masa adalah suara dari sisi seorang bonda. Kebanyakan penulisan Wani Ardy kali ini ringkas tetapi hakikatnya isi-isi di dalamnya sangat matang.
Sebenarnya aku terpaksa jujur juga bahawa ketika ulasan ini ditaip, aku masih terngiang-ngiang puisi-puisi yang dilagukan pada acara #mesintempe tempoh hari. Puisi kegemaran, sudah tentu Pahlawan.
I guess poetry is just not my cup of tea. The writing is good. I like how some are full with advices and stuff. But I can't enjoy it as much as I want to.
Langit Vanilla memang akan sentiasa menjadi cinta pertama aku. Tapi yang ini, yang ini yang mendewasakan aku. Empat tahun sebelum tiga puluh. I'll be kind. I promise i'll be kind. And strong. Stronger. Dan pemaaf. Ya, pemaaf. Terima kasih, Wani Ardy. Awak selalu selamatkan saya.
Bukan lagi penulisan seorang gadis seperti langit vanilla tetapi penulisan seorang wanita. Tapi tidak adil jika kita mahu asyik membandingkan dengan buku pertama. Mesin cahaya masa membawa mesej yang lebih matang dan bersifat semasa. Pembacaan yang sangat bagus.
Daripada seorang Wani Ardy yang biasa dilihat di atas pentas puisi dan nyanyi, setelah Langit Vanilla yang lebih kepada perempuan-remaja-masalah-cerita, Mesin Masa membawa kepada rasa lebih wanita. Lebih matang dan lebih mendalam ceritera.
Bunda Ikhlas, terima kasih atas perkongsian nukilan pada dunia.
Mesin Cahaya Masa aku rasa lebih dekat aku berbanding Langit Vanilla. Catatan tentang Ikhlas, para pelajar dan tentang keluarga penulis berjaya mengusik emosi aku.Puisi- puisi yang menaikkan semangat apabila kadang kala kita terlupa bahawa Dia itu selalu dekat dengan kita buat aku ingin membaca buku ini berulang kali.
banyak sangat white space. saya tak kisah puisi pendek tapi jangan letak dalam satu muka surat je sebab nanti banyak sangat white space so mengganggu konsentrasi nak membaca puisi. tapi ada je puisi yang best. good job!
. Mesin Cahaya Masa Wani Ardy . Baca buku sastera ni bukan sekadar dapat ilmu baru macam baca buku kewangan. . Setiap kali baca satu muka, mesti akan termenung. Merenung dalam, isi tersirat. . Saya petik beberapa potongan... . "It's okay, Wani. Shit happens. You made a mistake. Deal with it. Take full responsibility. Admit it was your fault. Apologize and act. Be prepared for the consequences." . "Jangan biar saya atau sesiapa pun menetapkan definisi kejayaan bagi awak. Kejayaan bukan mesti gaji 5 angka, kejayaan bukan mesti belajar ke peringkat PhD, kejayaan bukan mesti bersuami satu beranak lima. Kejayaan ialah bila awak dapat capai impian peribadi awak dan awak bahagia dengan pencapaian itu (hatta impian awak menjadi tukang gunting rambut atau tukang susun buku di kedai sekalipun)." . #Letsاقرأ #syawalbookreview
Pendekatan yang agak berbeza daripada Langit Vanilla. Kewujudan Sebahagian karya yang berbahasa Inggeris membuatkan collection in mempunyai keunikannya sendiri. Walaupun agak sedikit kecewa dengan content yang sedikit, namun Wani Ardy mampu mengail pembaca dengan beberapa buah karya yang datangnya dari hati. Kali ini kita dapat melihat satu watak yang menawarkan sisi kehidupan Wani Ardy dengan tulisan yang meyelitkan nama IKLAS sebagai watak di dalam catatan yang mampu membuatkan pembaca mengalir airmata
Pembukaan koleksi Mesin Cahaya Masa juga tidak cukup kuat (pandangan peribadi) untuk megikat tangan dan mata buat menghabiskan bacaan koleksi puisi dan catatan. Walau bagaimanapun sekali lagi, Wani Menunjukkan kehebatnya di dalam menyusun metafora bagi meluahkan perasaanya. Seperti contohnya, Pahlawan dan Srikandi, unsur unsur alam etc.
Penutup buku ini cukup kuat bagi menjelaskan pengalaman yang kita lalui bukan dibuat untuk mengores luka kerana Pelan yang tertulis oleh Allah itu adalah yang terbaik buat Hambanya. Mesej yang disampaikan melalui tulisan catatan dan puisi agak menarik yang contentnya kadangkala sedikit iaitu cuma 4 baris.
3.5
This entire review has been hidden because of spoilers.