Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kaisar Special Chapter

Rate this book
" I WILL Never BecoMe A KAISAR WiTHOUT MIKAYLA. INI MURTAMAD."" - HAYDEN FAYYAD

SECRET CHAPTER MENGISAHKAN PERJALANAN HAYDEN DAN MIKAYLA SELEPAS BERAKHIRNYA KAISAR DI ACT 29.

PERNIKAHAN MEREKA, SEPERTI YANG DIJANGEA, TIDAK MUDAH UNTUK MENDAPAT REStu KELUARGA FAYYAD. TERUTAMA KERANA MIKAYLA BUkAN DARI KeLaS SoSIaL yang SETARAF.

HAYDEN KINI BERADA DALAM DILEMA: ADAKAH DIA HARUS MEMILIH KELUARGANYA ATAU ISTERI YANG DICINTAINYA? PADA MASA YANG SAMA, MUSUH TERSEMBUNYI MASIH BERKELIARAN DI DALAM ISTANA FAYYAD.

APaKAH HayDen SudaH beRSEDIa mEnJAdi PEWARIS TAKHTA? APAKAH NASIB MIKAYLA? DAN DAPATKAH MEREKA MEMBONGKAR IDENTITI TIKUS' YANG SEBENAr?

177 pages, Paperback

Published January 1, 2025

10 people are currently reading
76 people want to read

About the author

Jiwa

6 books97 followers
Mustaqim Jiwa, atau lebih dikenali dengan nama pena JIWA, ialah penulis bestseller kelahiran Singapura yang menulis merentas pelbagai genre. Di bawah nama pena Serban Putih, beliau menghasilkan karya-karya spiritual, di samping menulis puisi dan buku kata-kata penyembuh jiwa (self-healing).

Beliau merupakan anak kepada Ahmad Md Tahir, seorang penyair Singapura, dan Azihan Mahmud. Latar keluarga yang dekat dengan dunia sastera menjadikan Jiwa tidak asing dalam dunia penulisan sejak kecil.

Selain menulis, Jiwa juga pernah mempelajari bidang perfileman (cinematography), yang memperkenalkannya kepada dunia visual dan menjadikannya jatuh cinta pada seni filem dan storytelling. Minatnya terhadap sinema memperkaya naratif dan gaya penceritaannya, menjadikan karya-karyanya bukan sahaja bersifat puitis tetapi juga visual dan sinematik.

Kini, Jiwa berperanan sebagai Creative Director di Nukilan Biruni Publication, di mana beliau terlibat dalam pembangunan karya kreatif untuk buku-buku terkenal seperti Tulisan (Daiyan Trisha), Azzamine, dan Rumah Untuk Alie.

Pada tahun 2017, beliau dipilih sebagai wakil MASTERA Singapura dalam bidang puisi ke Bogor, di bawah bimbingan penyair Indonesia tersohor, Joko Pinurbo. Buku puisinya, Teruntuk Langit yang Bercanda, telah menerima Anugerah Buku Sastera MABOPA 2023.

Pada tahun 2025, beliau buat pertama kali menerbitkan novel sulungnya berjudul KAISAR—sebuah karya fantasi romansa yang mengisahkan dua sosok dari dua dunia yang berbeza. KAISAR mendapat sambutan luar biasa dan segera menjadi antara novel terlaris, menandakan kejayaan besar dalam debut sasteranya di dunia fiksyen naratif.

Di pesta buku, Jiwa sering menyediakan ruang curhat dengan menaip mesej positif menggunakan mesin taip klasik, membalas setiap curhat yang dikongsikan pembaca dengan kata-kata yang menyentuh hati.

Bagi Jiwa, kata-kata yang sederhana—asal sahaja jujur dan tulus—sudah cukup untuk mewakili perasaan pembaca dan mewujudkan makna yang mendalam.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
43 (43%)
4 stars
20 (20%)
3 stars
24 (24%)
2 stars
8 (8%)
1 star
4 (4%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,078 reviews200 followers
August 27, 2025
The illustrations in the book are actually gorgeous... memang menambah aesthetic walaupun jalan cerita biasa² je.

F dah cakap F tak suka cliffhanger tup² nak dekat ending ternampak ayat "Kaisar ii - Kudeta"

Ermm baik special chapter ni dimasukkan dalam Kaisar i. Why asingkan? F rasa F dah letih habiskan duit untuk buku² cliffhanger.

Boleh tak penulis stop buat cliffhanger?

Dear author, not every ending needs a cliffhanger. Sometimes readers deserve to breathe too 😅

Kali ini mengisahkan Hayden dan Mikayla berkahwin tanpa permission from his parents. Bila dia bawa pulang Mikayla untuk dijadikan Kaisarah, keluarga Hayden against this marriage.

So Hayden gunakan rampasan kuasa untuk mencari tikus. Dah dapat tangkap nanti Hayden return his power kat ayah dia.

Korang tunggulah Kaisar ii. cerita belum habis lagi. ada lagi musuh tak puas hati selain dari vendetta.

Ada 1 scene tu F cam 🙄🙄🙄 diaorang baru kahwin, Mikayla ajak Hayden solat sama². Lepas solat Mikayla nak salam Hayden, Hayden tolak alasan ada wudhu + dia tak pernah rapat dengan mana² perempuan.

Dia berikrar nak jadi suami yang baik, so dia ajak Mikayla ajar dia mengaji sampai Mikayla tertidur.

Dari buku 1st sampai special chapter... she’s the one who made the first move. Alahaii
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
Read
August 30, 2025
Level stress baca buku ni lagi tinggi daripada Kaisar. Geram yang tak berkesudahan hahaha, serius bagi peluang dekat diri sendiri untuk baca buku penulis lagi sebab mana tahu ada penambah-baikan dengan penulisan.

Tapi saya cuma mampu tersenyum macam meme budak lelaki rambut perang tu. Senyum kambing sebab erghhh, kenapalah??? Serius rasa penulis perlu banyakkan lagi baca novel, tengok cara orang tulis novel fiksyen.

Perenggan, tatabahasa, imbuhan, penggunaan kata kerja/sifat semuanya tak kena. Editor tolonglah, semak juga.

Sayang lah, idea buku ni sebenarnya sangat bagus. Masa sampai chapter The Coronation tu saya amaze tau dengan usaha penulis dan team creative sebab buat kad jemputan. Honestly kalau character development, the tarbiah about our religion (since writer said this book is an Islamic romance) and the writing are nice, clean and neat saya sendiri akan review untuk hasut orang beli. Saya review free, tanpa charge lagi.

Most of the things I want to say, sama je macam review saya dekat Kaisar tu. Malas dah nak tulis pepanjang.

Haih, sayang betul lah. And saya akan stop di sini untuk siri ini.
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
September 3, 2025
Unfortunately, this novella did not resonate with me as strongly as the first book in the series, which I thoroughly enjoyed. It seemed to lack a certain depth, yet I remain eager to continue the series and discover what unfolds next.
Profile Image for chelsannereads.
180 reviews3 followers
November 10, 2025
Short Review

Rating: 2.90/5🌟

My thoughts 💭 (my opinion)

My thoughts rasanya sama dengan orang lain. Why lah kena separate kan secret chapter ni dengan buku first. Aku rasa boleh je compile kan jadi satu buku. Secret chapter ni tak banyak sangat pun. In fact penulis maybe boleh buat as an ebook free ke, something like that? That's just my opinion btw no hard feelings. 😉😬

Tapi aku nak puji again marketing dorang memang on top 🔝 aku suka invitation qr tu smart gila, siap ada lagu lagi hshshshs. Overall this was an okay read for me. Hope kalau buku kedua release nanti watak 'mafia' tu makin 'mafia' lah, sebab dorang tak nampak ganas pun aku rasa. 😬

Kesimpulannya, sorry kaisar wasn't for me I guess. 🤧 I hope dapat enjoy macam orang lain but cannot paksa hshshs. 😬
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
September 19, 2025
Ingat kn conclusion from previous book.. rasa nyee SC ni bole jee masuk kn skali dlm buku 1 tu.. nothing much sgt..

Die cite mcm mane Hayden dan Mikayla bole jdi Kaisar dan Kaisarah..

Tk tau laa nk ckp ape.. cliffhanger.. tetibe dgr ade Kaisar 2.. adoiii.. cukup laa kot sampai sini..
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
October 8, 2025
My thoughts?


1. Aku stress kenapa secret chapter ni tak include dalam book 1 je. Aku mati2 ingatkan Secret Chapter ni kira ending la. Rupanya tidak. Nanti ada Kaisar II. Aku syak penulis tak sempat kejar dateline untuk launching. Sebab tu launch buku in parts haha


2. Secret chapter ni basically sambungan dari book 1. Apa jadi lepas Hayden dan Mikayla kahwin. Mikayla ikut Hayden ke Obsidia. Macam mana diorang nak earn respect dari Fayyad family. Yelah Hayden kahwin dengan entah sape2 dari kampung. Ingat senang ke nak terima. 


3. Aku suka scene diorang kahwin express tu. Sangat lawak ye 🤣 innocent sangat si Hayden pergi ikut sebijik2 ayat yang keluat dari mulut Mikayla masa dia tak tahu nak doa apa lepas akad tu haha


4. Scene kudeta tu caught me off guard jugak la. I wasn't expecting that at all 🤣


5. There's still no chemistry between Hayden  and Mikayla. I still can't feel it. It makes me a lil bit disappointed since I love the storyline so much. Hope it's getting better in book 2! 


6. So siapa agaknya yang jumpa Damien last2 tu? Which family? 🤔


Personal rating :
3.7 / 5
Profile Image for Aisyah Aziz.
49 reviews1 follower
September 19, 2025
FL: Mikayla
ML: Hayden

Alaaaa first question? Kenapa secret chapter ni tak letak je kat buku Kaisar pertama tu? Macam tak berbaloi sc dengan harganya tau. Okaylah. Memang puji pasal jemputan wedding online yang cantik.

Tapi... macam? Just that? Tu je ke yang nak disampaikan dalam buku ni? Pastu ending ada kesinambungannya lagi. Hah! Kalau kesinambungan pasal Wolfs - watak antagonis, logik juga buat buku lain.

Hmmm. Rasanya review saya macam yang lain punya review. Biasa dan hampa.
Profile Image for Eiline.
42 reviews
December 19, 2025
Not bad. You can predict the ending. The facts that, bila saya baca. I can guess what will happen next. Ada kot plot twist, tapi you can predict (tak ingat sebab dah lama habis baca).

Tapi buku dia nipis je, boleh habis dlm sehari or dua.
Profile Image for Izzah.
14 reviews
December 16, 2025
Okay I gave this book 3.5/3.6 maybe. Saya rasa buku ni okay sikit berbanding yg first. Cuma gaya bahasa kena reread balik tapi okay la dari first yang banyak betul typonya~ btw, aku sajalah tengok dekat popular buku Kaisar 1 tu sebab dia kan tak berplastik, kenapa Kaisar masih tak ubah ya penulisan atau typo? Ingat ada buat semakan lagi untuk typo ke apa.

Disini aku tak nak cerita pasal, kenapa SC ni tak letak kat Kaisar blablabla macam other review. Aku nak cerita pasal storyline je dan pendapat aku tentang buku ni.

1. Aku rasa cerita ni macam OVA tau, kalau tengok anime mesti tau apa itu OVA (Original Video Animation) sebab sini bukan fokus untuk original story. Cuma beza dengan OVA anime, ini cerita tentang marriage story Hayden dengan Mikayla. Selalunya OVA bukan focus main character.

2. Tergantung? Siapa tak minat cerita cliffhanger jangan baca buku ni. Tapi untuk Kaisar 1 tu aku rasa sesuai je ending dan tak terlalu cliffhanger, tapi untuk Kaisar SC memang betul2 Cliffhanger, penamat dia betul2 dekat villain tu. Kalau kornag baca Kaisar aku rasa kalau keluar Kaisar Kudenta/ atau yang kedua boleh je accept ending main story wothout baca SC ni. Kalau korang jenis pecinta novel JIWA dan baca juga buku ni, mungkin kena tunggullah Kaisar 2. Hahahah.

3. Untuk jalan cerita, aku rasa dia macam romance sikit (memanv romance kan😀) and ada je part yang aku senyum sorang2 tambah2 awal part. Tapi yang peliknya, seriouslah Hayden tak pernah tengok rambut Mikayla ni😂 aku lepas baca last2 tu macam; “eh sumpah la dua orang ni?”

4. Persoalan aku pasal tikus Vendetta tu terjawab disini. And aku ingatkah, orang lain yang akan jadi jahat. Nampak macam Damien tu je lagi jadi villain lagi (walaupun dah kena tangkap.). Cuma ada orang belakang Damien tu je kita tak tahu.

Akhir kata, aku agak hairan kenapa mostly yang baca kata baik masukkan SC ni dalam Kaisar. Every comment I read said the same things. Kalau ada orang komen macam ni, kenapa masih beli and komen benda sama? Just curious, sebab kitonya suka baca pendapat instead of baca repeater comment. Btw mohon jangan kecam🙏🏻 Saya faham sebab buku untuk SC ni pon boleh tahan mahal juga😌

Sekian🌸
Profile Image for Introvert Insane.
546 reviews7 followers
January 14, 2026
FULL REVIEW: https://www.youtube.com/watch?v=RZ4XA...

I don't favour the book but I am curious and I will see it through hoping for improvement. So, Hayden & Mikayla got married and must face the objection of their union upon their return to Obsidia.

Again, shoutout to the creative director or whomever in charge of the marketing and promo because the visuals are cohesive and good. The wedding invite and the "comments" from in-universe characters (somewhat) makes up for the lackluster writing.

The writing.... hmm... as bland and lacking in nuance as the original book. My gripe is the basic moral dilemma of this story which boils down to "city=bad, village=good", like this is such a one dimensional message.

I am however interested in the direction that the story is taking us because towards the end we are teased with characters that might be worth reading about.

All in all, I hope for the sake of my sanity the writing style will improve because I can't stand the "telling instead of showing" anymore.
Profile Image for Nurfa Reads & Writes.
33 reviews1 follower
December 26, 2025
Kaisar special chapter... I enjoyed it, really. Honestly Idk how or what to give review about this book sebab buku genre mafia ni, Kaisar is my first. I'm not a fan of novel mafia pun, tapi sebab Kaisar ni ada unsur islamik kan, so I macam berminat la nak baca. Thankfully, novel Kaisar yang pertama tu I got as a gift so tak ada duit keluar. Tapi yang special chapter ni, I pre-ordered waktu 2nd batch punya and in my opinion, I setuju dengan orang lain, special chapter ni should've just sekalikan dengan novel pertama kalau nak buat ending tergantung macam tu lagi.

My first expectation before mula baca special chapter ni adalah mengharapkan buku ni ada ending yang baik. I know about the Kaisar II: Kudeta tu long before I start baca yang special chapter ni pun. Tapi waktu I nampak Kaisar II Kudeta tu pun, I tak sangka dia adalah sambungan kepada cliffhanger yang author tulis dekat special chapter. I ingatkan ianya akan jadi novel yang macam, "kau nak baca, sila. taknak baca pun takpe" tapi now kitaorang kena baca sebab special chapter punya ending macam tu? Kinda nonsense.

I know hidup ni seronok kan bila dapat duit, dapat sambutan, dapat sokongan dari semua. But please, jangan gilakan sangat. Berpada-pada sikit ye. No need banyak sangat buku dalam short span.
Profile Image for Aira Zira.
107 reviews2 followers
November 12, 2025
Rate : 3.5⭐️

Kesinambungan dari buku Kaisar. Membawa Mikayla masuk ke dalam keluarga Fayyad selepas akad dilafaz. Mengambil langkah berisiko untuk menjerat si ‘tikus’ yg bersembunyi di dalam takhta. Turut memberi pembaca menikmati hidup Kaisar yg elit dan elegan.

Semasa ‘Secret Chapter’ dilancarkan, saya bayangkan scene yg lebih wow dan memukau. Memandangkan pada awalnya dia dikeluarkan secara ‘limited’. Tapi, nampaknya buku ni lebih sesuai di judulkan sebagai ‘Special Chapter’. Kerana ini bab tambahan dari buku pertama. Malah telah menjadi lambakan di kebanyakkan kedai buku.

‘Secret’ itu lebih sesuai kalau dimasukkan scene2 yg dirahsiakan atau tersorok dari buku Kaisar. Agar plotnya lebih mengagumkan. Namun, buku ini masih menarik untuk dibaca. Saya sekali lagi puji dgn penulisan yg sedap dan selesa. Sesuai dgn anugerah sastera yg pernah penulis miliki.

Ilustrasi memang paling tiptop! Cuma hype-nya terlalu kepada gaya hidup yg elit berbanding mafia yg digeruni. Semoga buku kedua lebih ganas dan penuh aksi. Persoalan saya, adakah Mikayla masih teguh pendirian tentang kecantikan hanya untuk suaminya?😅
Sekian dahulu. Happy reading!
Profile Image for Iffah Nabilah Ab Rahman.
45 reviews
September 7, 2025
Just like my review in Kaisar, the writing here is still dry. It has no soul. The premise of the story has so much potential, but it felt underwhelming due to the stiff writing style. There are also many mistake in the editing such as wrong character name. The editing also seriously need to improve. Hence, 1 star.

Additional star given to the graphic team. im actually impress with the graphic in this book and the effort to increase readers engagement by using digital product (e.g: the phone wallpaper, the coronation invitation card which you can access from your phone).
1 review
December 14, 2025
KAISAR IS MY FIRST EXPERIENCE OF MAFIA GENRE!

Baca kaisar first tak puas so belilah secret chapter, habis secret chapter dalam masa 2 jam je itu pun TAK PUASSSS I NEED MORE!!!

untuk kaisar season 2 saya harap banyak lagi sweet scene Hayden dan Mikayla! Nak tengok bandar obsidia jadi bandar yang mula menerima ajaran Islam. Kalau boleh tolong jangan buat tipis sangat ya! Dan tolong kekalkan watak Hayden yang greenflag tu 😭

Tolonglah cepat sikit keluarkan kaisar 2 😭 I can't move on from them
Profile Image for Nur Shaqilah.
12 reviews
December 2, 2025
The continuous storyline from the first book. After reading the first book, I’m expecting more and here it is. It was amazing! Hayden and Mikayla is a such a great couple. I can’t wait for the next season~~
Profile Image for Violet.
11 reviews
September 9, 2025
Okay la, ade twist sikit, short dan tak sabar untuk continuation.
Profile Image for Kilah Jeon.
18 reviews
November 16, 2025
just the continuous of kaisar, you got the details on what happens to 'tikus', and the happy ending. and some more plot twist.
1 review
December 6, 2025
I luv it!!!! hopefully for kaisar s2 ade banyak lagi moment hayden x mikaylaaa!!🥰
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.