Jump to ratings and reviews
Rate this book

melayu & konservatisme

Rate this book
Karya ini ialah himpunan makalah yang memberikan makna dan aplikasi falsafah konservatif dalam isu agama, politik dan ekonomi. Acapkali falsafah ini diberikan naratif beku dan jumud kerana istilah “konservatif” itu sendiri telah disalahfahami sebagai suatu penolakan terhadap sebarang bentuk perubahan.

Penulis menolak pandangan sedemikian, malah menghujahkan falsafah konservatif ialah suatu falsafah yang sederhana, berada di titik pertengahan antara dua ekstrem, iaitu ekstrem kiri (falsafah liberalisme dan humanisme) dan ekstrem kanan (pemikiran jumud) melalui penatarkifan baharu bagi falsafah konservatisme sebagai suatu falsafah yang melihat keperluan memelihara dan mempertahankan suatu tradisi, adat dan budaya yang sudah terbukti baik dan berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan kestabilan politik di Malaysia.

243 pages, Paperback

Published July 1, 2025

3 people want to read

About the author

Mohd Jamizal Zainol

3 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (66%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for S.M.Y Kayseri.
300 reviews47 followers
September 27, 2025
Buku tulisan Tuan Jamizal ini merupakan sekuel kepada buku pertama beliau bertajuk Falsafah Politik Malaysia. Jika buku pertama fokusnya pada peletakan asas teoretikal kepada fahaman konservatisme seperti yang difahami oleh beliau, buku kedua ini pula membumikan idea-idea yang telah digariskan.

Tentunya rakan-rakan pembaca yang lebih arif dapat menyenaraikan lebih banyak permata-permata daripada buku penting ini, tetapi bagi saya terdapat dua gagasan idea utama yang terpenting yang diisharatkan dalam buku ini: budaya politik bertunjang dan juga pembentukan nilai bersama. Kedua-dua idea ini amatlah penting dalam membentuk iklim politik yang harmoni yang diamalkan oleh warga sesebuah negara, dan pada masa yang sama membentuk ketahanan yang mampan menolak fahaman anasir luar yang intrusif.

Kedua-dua gagasan ini dikupas dalam bahagian terakhir iaitu Ketatanegaraan. Penulis telah menegaskan bahawa kefahaman iklim politik sesebuah negara perlu difahami melalui sejarah negara itu sendiri, tanpa menggunakan kayu ukur universal yang akan memporak-porandakan asas yang telah terbina. Setiap bangsa dan negara terbina atas pengalaman sejarah yang khusus yang digerakkan melalui syarat-syarat tertentu: pandang alam, kebudayaan, keagamaan, nilai moral dan sebagainya.

Richard E. Nisbett dalam Geography of Thought telah membentangkan bagaimana kecenderungan nilai sosial sesuatu masyarakat itu ditentukan melalui interaksi erat antara dunia sekeliling dan bahasa. Daripada aspek epistemologi pula, Profesor Alparslan Agikgenc telah membawa satu tamsilan bagaimana pandang alam itu sudahpun bersifat mengehadkan; yakni seperti seorang artis yang memilih sebahagian aspek dunia untuk dilakar.

Maka sejauh mana fahaman politik itu relevan buat sesuatu negara adalah apabila ia ditafsirkan melalui pengalaman sejarah bangsa/negara tersebut, tidak kira dari arah kompas mana. Jika sesebuah fahaman luar dibawa masuk ke dalam negara tanpa mengambil kira konteks warga negara itu sendiri, timbullah permasalahan yang bukanlah suatu masalah sebelum ini (non-problems) dan penyelesaian yang bukanlah suatu penyelesaian (non-solutions). Contohnya, bangsa Melayu dan ketimuran mempunyai idea kekerajaannya yang tersendiri, tetapi diinterpretasi oleh bangsa Barat sebagai suatu institusi regresif dan menindas. Mereka yang “tertawan” akan menentang institusi-institusi yang telah lama menjadi paksi hanya berbekalkan sumber fahaman yang diternak dan tumbuh di tanah kebudayaan yang lain, yang belum tentu sesuai dengan budaya peribumi. Umpamanya adalah seperti pengenalan spesis arnab di Australia untuk tujuan buruan pada 1859 telah mencetuskan “Wabak Arnab” yang menggugat kestabilan ekologi dan kejatuhan industri pertanian dan penternakan.

Pendeknya, perlunya pendekatan budaya sejarah bertunjang dalam negara kita. Pembawaan politik perlu mengikut pandang alam masyarakat setempat, dan sebarang usaha untuk membawakan fahaman asing seperti “ikan bandaraya” perlu diperhalusi dan diselidik dengan teliti sekali.

Keduanya, penulis membawakan konsep nilai bersama apabila membicarakan visi-visi yang dibawa oleh sesebuah kerajaan. Visi yang dibawa akan menjadi sekadar sebuah utopia jika masyarakat tidak mampu meletakkan diri mereka seiring dengan visi tersebut. Umpama yang dibawa penulis adalah, rakyat boleh lihat terdapat kepentingan untuk membayar cukai, tetapi akan ada sesuatu yang membuatkan mereka patuh dan rasa selari dengan perintah, ataupun tidak.

Inilah kepentingan nilai bersama; apabila berlakunya resonans antara nilai yang dicita dibawa dengan kecenderungan rakyat, maka akan berlakulah pematuhan dan seterusnya sinergi yang dinamik. Nilai bersama itu tidak akan menjadi sekadar cogan kata, malahan suatu simbol yang hidup dan tumbuh organik, membentuk corak kebudayaan baru yang lebih maju- suatu etos.

Etos dan nilai bersama ini merupakan sesuatu yang telah lama diselidik pemikir daripada pelbagai jalur kajian. Daripada aspek psikologi analitik, Jung berpendapat bahawa pemimpin dan karyawan bangsa itu bukanlah sekadar “manusia” tetapi “Insan” yang mewakili pemikiran kolektif dan mampu menggerakkan masyarakat ke arah tujuan zaman. Goethe apabila melihat Napoleon memasuki bandar setelah memenangi Pertempuran Jena-Auerstadt, mengisytiharkan, “Lihatlah, Roh Sejagat di atas kuda itu!” (Ada yang mengatakan Hegel, bukan Goethe, yang menyebut ayat tersebut).

Tetapi bagaimanakah pemimpin, pemikir dan karyawan mampu untuk menghubungkan manusia dengan nilai bersama yang ingin dibawanya? Pertamanya, wujud satu daya yang saling berlawanan dalam mengarahkan masyarakat ke arah nilai yang sama; pemuafakatan (concord) dan pemisahan (separatisme). Sesuatu masyarakat akan bergerak ke arah pemisahan apabila daya individual > nilai kolektif, dan ke arah pemuafakatan apabila nilai kolektif > individual. Setiap masyarakat itu pula mempunyai tahap pemuafakatan sedia ada melalui darjah kemiripan daripada aspek biologi, bahasa, agama dan pengalaman sejarah.

Dan tahap pemuafakatan itu pula boleh diboleh-ubah melalui darjah kebersamaan pengalaman; yakni daripada pengalaman subjektif yang memencil (Erlebnis) kepada pengalaman impersonal yang dikongsi bersama (Erfahrung). Apabila masyarakat mempunyai lensa yang sama dalam menginterpretasi cabaran-cabaran mendatang, respon yang diberikan juga akan bersifat bersepadu. Saya mencadangkan tiga metod untuk membina Erfahrung: habituasi (habituation), penzahiran (exterioration) dan kesepadanan (congruity).

Dua gagasan idea yang dibawa oleh Tuan Jamizal dalam tulisan ini merupakan sesuatu yang perlu diwacanakan dengan lebih rancak lagi, kerana seperti yang diperkatakan beliau, kita bukan sebuah masyarakat homogenus, di mana tahap pemuafakatan sedia ada sudahpun berada di tahap tinggi. Suatu teori yang mengkaji dinamik perhubungan antara masyarakat majmuk yang dibina melalui pemahaman bertunjangkan sejarah Malaysia dan juga Nusantara perlu diperkasakan lagi.

Kita perlu lebih ramai pemikir falsafah politik yang bertunjangkan faham pandang alam kita, dan tidak perlu lagi dengan demagog yang berajakan retorik. Gagasan konservatisme yang dibawa Tuan Jamizal merupakan sebuah paradigma yang bukan sekadar bersifat pertengahan (kadang-kala apa yang ditengah itu sama erti dengan memeluk tubuh; tiada idea hanya berdiam mengikut arus sahaja)- malahan suatu yang dibina daripada visi keadilan meletakkan pandang alam negara ini terkehadapan dan bukan dengan menggunakan idea asing secara pukal sahaja.

_________

This book by Tuan Jamizal is a sequel to his first work, Falsafah Politik Malaysia. If the first book focused on laying the theoretical foundations of conservatism as understood by the author, this second book grounds those outlined ideas in lived reality.

Surely, more knowledgeable readers can identify many more treasures from this important work, but for me there are two central ideas signaled in the book: rooted political culture and the formation of shared values. Both are crucial in shaping a harmonious political climate practiced by the citizens of a nation, and at the same time in building resilience to reject intrusive foreign ideologies.

These two ideas are unpacked in the final section, Ketatanegaraan (Constitutionalism). The author stresses that the political climate of a country must be understood through its own history, without resorting to universal yardsticks that will only destabilize what has already been built. Every nation is formed out of particular historical experiences, driven by specific conditions: worldview, culture, religion, moral values, and so forth.

Richard E. Nisbett in The Geography of Thought demonstrated how the social values of a society are shaped by the close interaction between its environment and its language. From the epistemological side, Professor Alparslan Agikgenc offered an analogy that a worldview is already limiting in nature; like an artist who selects only certain aspects of the world to sketch.

Thus, the relevance of a political philosophy for a nation depends on how it is interpreted through the historical experience of that nation or people, regardless of the direction of the compass from which it originates. If a foreign philosophy is imported into a country without regard for the context of its citizens, problems will arise that were never problems before (non-problems), along with solutions that are not truly solutions (non-solutions).

For example, the Malays and other Eastern peoples have their own conception of governance, but Western interpreters regarded it as a regressive and oppressive institution. Those who became “captives” of such a view opposed institutions long rooted at the axis of society, relying only on foreign doctrines nurtured in entirely different cultural soils, which are not necessarily suited to the indigenous context. An apt analogy is the introduction of rabbits into Australia for hunting in 1859, which unleashed the “Rabbit Plague” that destabilized the ecosystem and devastated the agricultural and pastoral industries.

In short, there is a need for a historically rooted cultural approach in our own country. Political practice must follow the worldview of the local society, and any attempt to import foreign ideologies must be carefully scrutinized and studied.

The second idea the author advances is the concept of shared values when discussing the visions set forth by a government. A vision will remain a mere utopia if the people cannot situate themselves in alignment with it. The author’s analogy: citizens may see the importance of paying taxes, but whether they actually comply and feel aligned with the directive depends on something deeper.

This is the importance of shared values: when resonance occurs between the values proposed and the inclinations of the people, then compliance, and eventually dynamic synergy, emerges. Shared values do not remain mere slogans, but become a living, organic symbol, forming a new cultural pattern: a genuine ethos.

This ethos and shared values have long been studied by thinkers across disciplines. From the perspective of analytical psychology, Jung argued that a nation’s leaders and creators are not merely “humans” but “Man”, embodying the collective psyche and able to move society toward the aims of their epoch. Goethe, when witnessing Napoleon entering the city after the Battle of Jena-Auerstedt, declared: “Behold, the World-Spirit on horseback!” (Some attribute the statement instead to Hegel.)

But how can leaders, thinkers, and creators connect people with the shared values they aim to promote? First, there exists a dynamic tension that directs society toward such values: concord and separatism. A society tends toward separatism when individual drives outweigh collective values, and toward concord when collective values outweigh the individual. Each society has its own default level of concord, determined by degrees of similarity in biology, language, religion, and historical experience.

And this concord can itself be shaped by degrees of shared experience: from isolated, subjective experiences (Erlebnis) to impersonal, collective experiences (Erfahrung). When a society possesses a shared lens for interpreting its future challenges, the responses given will likewise be integrated. I propose three methods for building Erfahrung: habituation, exterioration, and congruity.

The two central ideas Tuan Jamizal puts forward in this work deserve much more vigorous discussion, for as he rightly points out, ours is not a homogeneous society where the baseline level of concord is already high. A theory that examines the dynamic relations within a plural society, grounded in an understanding rooted in Malaysian and broader Nusantaran history, needs to be strengthened further.

We need more political philosophers rooted in our own worldview, not mere demagogues enthroned by rhetoric. The conservative paradigm articulated by Tuan Jamizal is not simply a centrist stance (for sometimes what is called the center is merely passivity: no idea, only drifting with the current). Rather, it is a paradigm built upon a vision of justice, placing our national worldview at the forefront and not through wholesale borrowing of foreign concepts.
Profile Image for Noah نوح.
8 reviews
October 24, 2025
Alhamdulillah, I must say that this book is a timely and much-needed contribution to our local intellectual discourse.

Too often, “konservatif” is flattened into a pejorative equated either with rigidity, reactionary politics, or a rejection of change. Jamizal challenges this mischaracterisation by re-articulating conservatism as a philosophy of moderation: standing at the centre between liberal excess on the left and rigid dogmatism on the right. His framing resonates with our own historical experience in Malaysia, where tradition, adat, and religion have long provided stability and balance in navigating plural society.

What I especially value is his insistence that conserving is not about stagnation, but about recognising and safeguarding what has proven itself to be beneficial, i.e. a wisdom-guided approach to change. In an era where both liberal universalism and rigid literalism compete for dominance, Jamizal reminds us that the middle path, grounded in tested traditions, is neither weakness nor compromise, but strength.

While many of us are accustomed to reading Western articulations of conservatism, this work situates the philosophy firmly within the Malay-Islamic milieu, giving it a rootedness that is often absent in imported categories. For that, I deeply appreciate Jamizal’s effort, as it helps reclaim and dignify a word that has been misrepresented, and it offers Malaysians a framework of political moderation that is principled, not passive.

In short, Melayu & Konservatisme is an important step in re-centring our intellectual debates on balance, tradition, and continuity—qualities our politics today desperately needs.
Profile Image for Syed Fathi.
Author 18 books98 followers
September 16, 2025
Secara keseluruhannya saya merasakan gagasan yang dibawakan oleh Jamizal merupakan satu gagasan yang baik untuk Malaysia. Ia adalah satu perbahasan yang memberi kepentingan yang tinggi untuk mempunyai sebuah pandangan alam yang benar. Ini kerana pandangan alam ini yang akhirnya akan meresap kepada polisi dan pemerintahan. Saya juga sangat bersetuju dengan gagasan kesederhanaan yang dibawakan oleh Jamizal. Perlu kita bersifat terbuka, terutamanya dalam soal ekonomi, apa yang penting bukan ideologi tetapi apa yang baik dan memberi kebaikan kepada manusia kebanyakan. Disebabkan itulah sebenarnya saya sendiri menulis buku Lalang di Lautan Ideologi, untuk menanggapi bahawa kebenaran itu sentiasa lebih besar dari ideologi. Saya berfikiran bahawa Jamizal berjaya membawa satu wacana konservatisme Melayu yang baik, tidak ekstrem dan sederhana.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews