Jump to ratings and reviews
Rate this book

Masharakat Melawan Mahasiswa

Rate this book
Orang yang tidak punya rasa tanggung dan jawab kepada masharakat; tidak lebih dari seekor kambing bebiri. Mereka ini dilatih di dalam ladang yang bernama universiti, oleh anjing yang bernama pensyarah, tidak lain adalah hanya untuk makan dan menggemuk. Di akhirnya, mereka akan menyerahkan lipatan lemak leher tenggorok mereka sebagai sebuah korban, balasan kepada pengembala mereka yang bernama kerajaan. Dan yang akan menghisap lelehan darah, menghirup lapisan lemak, menggigit dan menjilat daging sehingga ke tulangan itu ialah kaum pedagang. Mereka inilah tuan kepada pengambala, pemilik sebenar ladang, anjing dan bebiri itu sendiri.

– Zul Fikri Zamir

216 pages, Paperback

First published December 1, 2014

21 people are currently reading
136 people want to read

About the author

Zul Fikri Zamir

10 books128 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
46 (25%)
4 stars
85 (47%)
3 stars
43 (24%)
2 stars
5 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for Ahmad.
21 reviews8 followers
February 27, 2015
“Masharakat Melawan Mahasiswa” merupakan buku ketiga penulis, sekuel selepas Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang dan Pedagogi Bahasa Tertindas. Maka tidaklah hairan bilamana tema-tema dalam ketiga-tiga buku ini punya persamaan dan kelihatan berulang banyak kali.

Walaupun begitu, tajuknya mencerminkan pembaca untuk pertama kali bahawa penulis akan memberi penekanan khusus (baca: kritikan) pada mahasiswa – suatu golongan mutakhir ini disifatkan oleh penulis sebagai inteligensia terapung dengan mengambil semangat makalah yang ditulis oleh Karl Mannheim, akibat kegagalan untuk berfungsi sebagaimana yang sewajarnya.

I.
Pertama, tentang tajuk, tentulah ramai akan tertanya-tanya mengapa diejanya ‘masyarakat’ kepada ‘masharakat’?

Hemat saya, inilah semangat yang cuba ditonjolkan oleh penulis saban waktu. Penentangan penulis pada ketidakpedulian tersirat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Bahasa Melayu itu sendiri menjelaskan mengapa penulis memilih untuk bertentangan dengan ejaan yang terdapat dalam korpus tatabahasa dewan.

Atas semangat inilah, yang memanggil saya untuk membaca tulisan ini, walaupun banyak bahagian dalam buku ini sudah pun tersiar dalam beberapa portal atas talian. Jujurnya, ini juga merupakan kekecewaan terbesar saya terhadap buku ini.

Seperti mana saya mengkritik Masa Depan Masa Kita! yang ditulis oleh YB Nurul Izzah, yang turut menerbitkan buku hasil artikel-artikel lama kitar semula dari portal-portal atas talian, saya sedikit terkilan apabila buku terbaru Saudara Zul turut mengguna pakai kaedah yang sama.

Namun, itu tidaklah bermakna apa yang dibukukan itu tiada nilai, cuma kesan terbesar adalah kepuasan membaca itu terganggu apabila banyak sudah tulisan di dalamnya telah terbit sebelum ini.

Kerna, apabila saya membaca tajuk buku yang bakal diluncurkan itu, saya beranggapan bahawa buku ini adalah “sesuatu” yang lain dari sebelum-sebelum ini, yang di dalamnya ada gagasan-gagasan khusus dan tesis baru yang mendokong tajuk besar yang dipilih oleh penulis.

Walau bagaimanapun, keberanian penulis merencanakan kritikan tersusun terhadap golongan mahasiswa dan cerdik pandai universiti wajar diberi penghargaan. Bukan senang untuk berdepan dengan golongan cerdik pandai ini, tambah-tambah apabila inteleknya mereka berleluasa di Facebook.

Rencana pertama yang bertajuk ‘Masharakat Melawan Mahasiswa’ mempunyai ranah-ranah tesis yang cuba di rungkai oleh penulis, yang mendasari perbahasan sepanjang pembacaan buku ini. Tema-tema berkaitan fungsi golongan cerdik pandai universiti dan kritik terhadap inteligensia yang terasing dari tanah bumi, begitu terserlah.

Makanya, apabila penulis menyatakan angka-angka kasar berkenaan pimpinan mahasiswa yang sepatutnya tercetak dan bersedia untuk mendepani massa, dengan mengambil kira semua universiti punya persatuan mahasiswa masing-masing dengan sejumlah pimpinan yang dipilih melalui undi-undi saban tahun, tentulah persoalan ini begitu WAJIB sekali direnung dan dicari jawapannya. Saya menganggap pertanyaan inilah yang paling memberi kesan terhadap pembacaan buku kecil ini.

Untuk yang pernah atau sedang bergelar mahasiswa, melawat kembali persoalan ini adakah begitu kritikal. Nampaknya penulis tidak betah untuk mendepani serangan akibat soalan yang dilontarkan ini, kerana penulis dengan padu telah memberi alasan mengapa beliau tiada teragak untuk bertanyakan sedemikian.

“Orang yang tidak punya rasa tanggung dan jawab kepada masharakat; tidak lebih dari seekor kambing bebiri. Mereka ini dilatih di dalam kandang yang bernama universiti, oleh anjing yang bernama pensyarah, tidak lain adalah hanya untuk makan dan menggemuk. Di akhirnya, mereka akan menyerahkan lipatan leher tenggorok mereka sebagai sebuah korban, balasan kepada penggembala mereka yang bernama kerajaan. Dan yang akan menghisap lelehan darah, menghirup lapisan lemak, menggigit dan menjilat daging sehingga ke tulangan itu ialah kaum pedagang. Mereka inilah tuan kepada penggembala, pemilik sebenar ladang, anjing dan bebiri itu sendiri.”

Jawapan ini tuntas, yang akan menjawab mereka yang cuba menongkah apa yang diutarakan penulis lewat persoalan mengenai ke mana menghilangnya golongan cerdik pandai ini, yang sepi kudus terlarut dalam buaian individualistik, yang tiada asa menuruti semangat Hang Nadim.

Bahkan, jawapan ini juga cerminan pada ideologi penulis yang tidak mesra golongan kanan dan sosok kapitalisme. Dari sini, kita dapat melihat bagaimana penulis menyusun rencana-rencana seterusnya dengan memberi penumpuan kepada kebejatan sosial akibat sikap individualistik dan kesan ‘imperialisme’ kaum pedagang pada nasib anak bangsa.

Menarik juga apabila rencana pertama ini kerap kali mengulang pakai hujah José Ortega y Gasset, penulis The Revolt of the Masses, sebuah buku yang mengkritik borjuis-borjuis golongan berpendidikan tinggi yang tidak berfungsi, yang gemar menjadi golongan ‘bandwagon’ pada permasalahan masyarakat sekitar.

Rencana bertajuk 'Masharakat Tidak Perlukan Universiti' adalah begitu tepat pada sasaran. Ditulis pada penutup babak yang menghuraikan kritikan pada golongan mahasiswa, tentulah dengan membalas omongan golongan ‘so-called’ intelektual ini bahawa mereka pendokong utama citra dan harapan masyarakat terbanyak, menjadi timbal balik yang paling berkesan untuk menyedarkan mereka sebenar-benarnya cuma bermimpi di siang bolong.

II.
Saya kira, rencana pertama pada bahagian kedua yang menyentuh isu pendidikan, wajib direnung semula oleh golongan anak muda yang bakal atau telah pun punya anak, tentang pada bagaimana keadaan yang digambarkan penulis ini akan mencernakan satu pandangan alam terhadap generasi mendatang yang akhirnya, mereka inilah yang kita harapkan untuk terus membina ketamadunan manusia di tanah air ini.

Rencana penutup kepada babak kedua ini, cukup menusuk jiwa. Biarpun sudah dibaca sebelum ini dalam sebuah portal Internet, namun begitu garapan penulis dalam rencana ini tidak pernah jemu untuk mengetuk hati saya untuk berfikir dan merenung seketika. Bahkan saya tidak malu untuk mengaku bahawa setiap kali ulang baca, maka setiap kali itulah saya akan mengalir air mata.

Ada beberapa rencana dalam buku ini saya ulang baca, untuk terus memperingatkan diri sendiri tentang kurangnya bakti saya pada masyarakat dan terus berusaha untuk memperbaiki diri. Agar tidak terus menjadi sukarelawan berdaftar, tapi bak kata penulis, turun memakai selipar jepun dan berpijak di atas realiti dan mengkhutbahkan idea-idea untuk membetulkan kembali norma masyarakat dan nilai sosial.

Begitu juga pada babak ketiga, saya mahu memuji penulis kerana berjaya menggarap rencana-rencana yang cukup meruntun hati sanubari pembaca. Rencana-rencana ini mengingatkan saya pada sebuah artikel oleh Cheryl Ann Fernando yang tersiar dalam kolum The Malaysian Insider mengenai berapa lama lagi mahu kita menunggu sebuah perubahan berlaku.

Makanya, kita dapat menyimpul secara mudah di sini, hasil garapan-garapan bertenaga penulis Masharakat Melawan Mahasiswa, kepada keluhan Cheryl Ann mengenai sikap orang kita, pada keseluruhan ini ianya berkisar soal sikap. Soal kita sebagai manusia, soal kita berfungsi dan soal kita bersikap dalam masyarakat.

Hemat saya, kritik penulis pada golongan mahasiswa ini, adalah tepat pada waktunya dan kena pada sasarannya. Saya teringat status penulis mengenai mengapa dia sengaja menulis sebuah buku menujukan kritikan khusus pada golongan mahasiswa, bukan pada borjuis-borjuis kapitalis dan apparatchik penguasa.

Saya merasakan rencana-rencana dalam buku ini menjawab persoalan itu secara jelas. Jika kita (baca: orang muda) tiada cuba untuk mengubah dan berbuat sesuatu dari sekarang, mereka yang tua bangka di tampuk kuasa tidaklah akan menanggung akibat dari kebetahan kita, tetapi mangsanya adalah kita sendiri dan anak-anak kecil di masa hadapan.

Moga penulis terus berkarya dan melawan. Saya menanti tulisan Saudara Zul seumpama Pedagogi Bahasa Tertindas, dan moga dengan itu kekecewaan awal saya terhadap buku ini sedikit terubat.

III.
Cuma yang terakhirnya, mengapa Darth Vader yang menghulur skrol? Saya tidak faham kerana saya bukanlah peminat Star Wars dan langsung tidak pernah menonton mana-mana sekuel filemnya.

Jadinya, signifikan Darth Vader, hingga sekarang tiada ketemu jawapan.
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
September 20, 2025
Buku ini ialah singgungan seputar pendidikan—sistem, guru/pensyarah, mahasiswa, jurang kelas dan lain-lain. Idea daripada Ali Shariati dan Syed Hussein Alatas banyak dipetik dan dihuraikan semula dalam konteks perbincangan yang penulis apungkan. Kini, setelah 10 tahun buku ini diterbitkan, masih banyak hal-hal relevan, bahkan lebih malang, ada yang masih jua tidak berubah.

Pada bahagian awal buku, penulis banyak menempelak golongan mahasiswa yang tidak memberi manfaat kepada masharakat. Walaupun masih ada beberapa hal yang perlu diperhalusi, namun kritikan ini masih perlu diterima dengan hati yang terbuka. Dan, sehingga kini kita masih perlu akui bahawa jurang antara mahasiswa dan masharakat masih jua wujud. Sebagai seorang 'mahasiswa'—kelompok yang paling akrab dengan 'intelektual' dan 'cendekiawan', seharusnya kelompok ini yang menjadi orang tengah dalam menyatukan. Dukacitanya, hal yang sebaliknya pula berlaku. Justeru, buku ini perlu dibaca oleh kelompok mahasiswa sebagai peringat mesra berkenaan tujuan dan peranan mereka dalam masharakat.
Profile Image for Hisyam Suhaimi.
21 reviews
February 4, 2019

Perasaan melawan yang tertanam dalam fikiran penulis oleh kerana gagalnya sistem pendidikan dan sistem sosial kita, mencetuskan idea bagi penulis untuk menghasilkan buku Masharakat Melawan Mahasiswa. Membaca buku ini akan menerbitkan perasaan yang resah dan ingin sahaja keluar berjuang membetulkan balik keadaan yang rosak setelah hampir 61 tahun kita merdeka. Pastinya, idea-idea di dalam buku Masharakat Melawan Mahasiswa ini tidak akan terhenti disini sahaja. Kritkan-kritikan pedas terhadap golongan intelektual khususnya mahasiswa bakal mencetuskan suatu yang baru jika, mahasisiwa itu sendiri bersedia untuk membaca buku ini.
Persoalan pertama sebelum kita pergi pada bahagian yang pertama, adakah Hak Keistimewaan Orang Melayu memandulkan fikiran orang Melayu sendiri? Soalan ini mungkin menimbulkan berbagai –bagai pendapat dan mungkin akan menimbulkan ketidaksenangan orang Melayu sendiri. Tetapi, itulah persoalan yang bermain di fikiran ketika membuat ‘ulang-baca’ buku ini. Apapun, mentaliti suka bergantung harus dibuang jauh oleh masyarakat, sepertimana anjuran pendeta Za’ba di dalam bukunnya berjudul “Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri”.
Bahagian pertama, memetik kata guru penulis, “sejarah membuktikan – kerja melawan anak muda – selalunya sia-sia”. Penulis membicarakan peranan mahasiswa yang didominasi oleh golongan anak muda seharusnya bergerak keluar dari pagar universiti, memandu masyarakat keluar dari kesusahan hidup seterusnya meningkatkan kualiti hidup. Segala teori yang dipelajari dan jurnal-jurnal berimpak tinggi perlulah digunakan malah, diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Malulah anak muda yang duit belajarnya dibiayai oleh duit cukai masyarakat dibazirkan begitu sahaja, apabila tiada yang mahu mengotorkan tangan mereka demi kesejahteraan masyarakat. Apa anak muda ini lupa? Pada bahagian ini juga terselit kritikan terhadap pemimpin mahasiswa (baca: pro aspirasi dan pro mahasiswa) yang sering sibuk dengan program tahunan hingga lupa memacu otak-otak mahasiswa lain untuk memikirkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Mereka hanya bermain pada isu-isu kebajikan pelajar yang saban tahun menjadi modal untuk mereka menjuarai pilihan raya kampus. Sepatutnya ideologi pembawaan mereka selangkah ke hadapan, tidak terhenti pada isu kebajikan pelajar sahaja, isu masyarakat sepatutnya juga menjadi tangunggjawab pemimpin-pemimpin ini dalam menangani ketidakseimbangan sosial yang semakin hari semakin membusuk. Diakhir bahagian ini penulis ada memesan, mahasiswa perlu dilatih dengan idea dan inovasi bukan dengan tradisi.
Permasalahan ‘ditindas ‘ menjadikan bahagian kedua ini dihurai sebanyak 74 mukasurat. Dan kita pasti istilah ‘tindas’ ini cukup sinonim dengan golongan yang paling lemah dalam sistem sosial. Apabila pendidikan dijadikan alat komoditi maka, golongan yang banyak wang sudah tentu mudah mendapat akses pendidikan berkualiti. Persoalannya, bagaimana pula dengan akses pendidikan golongan yang tidak punya banyak wang atau lebih mudah kita kata ‘yang ditindas’? Inilah masalah yang cuba diketengahkan oleh penulis. Walaupun kita tahu kerajaan banyak membantu golongan ini tetapi ia tidak cukup untuk memperbetulkan keadaan. Selain itu, ‘ditindas’ juga dikaitkan dengan murid yang lemah dalam pelajaran. Mereka yang cemerlang akan dipuji dan dirai tetapi, bagi mereka yang corot pula dibenci dan dijauhi. Itulah gambaran penulis tentang anak kelas hujung ini. Disini, penulis mengajak pembaca untuk menilai kembali Falsafah Pendidikan Negara – penulis beranggapan bahawa falsafah yang digunapakai ketika ini menjauhkan lagi jurang ‘yang cemerlang’ dengan ‘yang corot’. Hasilnya, mereka yang cemerlang menjadi invidualistik dan murid yang corot masih terkial-kial mencari erti hidup sebenar. Setelah dihurai panjang pada bahagian ini, diakhirnya penulis mempromosi ‘cinta’ dan ‘kemanusiaan’ dalam menambah baik Falsafah Pendidikan Negara.
Setelah dihurai mengenai pendidikan dan realiti, tiba pula penulis mengetengahkan kepentingan sastera dalam kehidupan. Di bahagian akhir buku, penulis membayangkan sastera sebagai satu senjata yang jitu dalam mengangkat kemanusiaan dalam norma kehidupan tertindas. Ia sebagai satu medan dalam membangkitkan masyarakat yang dibuai lena, tatkala golongan autoriti terus-menerus melayan nafsu mereka. Sudah banyak bukti-bukti yang dibawa oleh penulis bahawa sastera mampu mencetus revolusi cumanya, rakyat Malaysia masih bergelut dalam mencari identiti sendiri.
Seterusnya, kita tidak akan tahu sesuatu melainkan kita sendiri yang melihatnya, itulah salah satu saranan penulis yang menunjukkan kita seperlunya turun kelapangan, bantu mereka yang tertindas. Anak muda tidak seharusnya berdiam diri, mereka perlu progresif dalam melihat hal ini. Dan mereka adalah penggerak kepada kemajuan masyarakat. Jika kita impikan damai dan harmoni dalam kehidupan, tentunya anak muda ini perlu berada di barisan hadapan bekerjasama dalam menangani isu-isu setempat. Jadi, di mana mereka sekarang?

Tambahan – Universiti adalah salah satu tempat yang dapat menyuburkan wacana-wacana intelektual dalam kalangan anak muda yang bergelar mahasiswa. Segala permasalahan masyarakat sepatutnya dibincangkan di dalam wacana ini seterusnya, merumuskan segala solusi untuk diaplikasikan terhadap masyarakat. Tiada guna fungsi sesebuah universiti sekiranya mahasiswa hanya pergi kuliah, makan, tidur dan menyiapkan tugasan tanpa memikirkan solusi kepada masalah masyarakat.

Rekomendasi buku – buku ini tidak sesuai bagi mereka yang tidak bersedia menjadi salah seorang mahasiswa.
Profile Image for Tidak Selain Buku.
7 reviews4 followers
March 24, 2015
Penentangan sang penulis dalam buku ketiganya ini, bukan bersifat penentangan peribadi yang semborono, syok sendiri - tetapi, penentangan yang dicoret adalah tentang sikap ketidakpedulian sesetengah kumpulan dalam masyarakat yang diberi gelar dan sanjungan tertentu: mahasiswa dan arjuna penguasa. Mahasiswa cukup lena dengan pujian yang melambung pada mereka, mendabik dada seolah-olah mendapat gelar sebegitu.

Ini mengingatkan kita pada kecaman José Ortega y Gassetdalam buku monumentalnya, The Revolt of the Massesbahawa manusia ini (yang disifatkan sebagai manusia lambak) gemar sekali mendakwa bahawa segala kemajuan teknologi dan kecemerlangan masa kini adalah usaha mereka, penat lelah mereka, sedang mereka ini lupa akan jasa orang terdahulu, mereka bodoh tentang sejarah, mereka tidak mengerta soal nilai dan peradaban, mereka senyum dalam dunia khayalan mereka sendiri.

Itulah mahasiswa masa kini, sepertimana yang digambarkan oleh Ortega, sang penulis juga menggambarkan secara tersirat mahasiswa kini persis begitu. Jadi, bagaimana untuk mengubati penyakit begini? Jawab penulis, tiada lain adalah dengan golongan itu sendiri sedar akan kedudukan mereka.

Mereka perlu diketuk kembali agar tersedar dari mimpi indah mereka, tentang bagaimana sikap mereka waktu kini akan menjadi penentu nasib masa depan anak bangsa, tentang pilihan-pilihan mereka waktu sekarang menjadi titik ukur kepada kemandirian cita-cita perubahan negara sekaliannya. Ia tidak susah, bahkan penulis sendiri membuktikan bahawa, perubahan boleh direncana, bukan menanti disuap.

Penulis menghimpunkan nota-nota seputar gerakan-gerakan aktivisme beliau - pada hemat pembaca, ceroten-coretan tentang TFTN dan sebagainya itu bukanlah bertujuan untuk membesar diri dan sebagai lesen untuk mendapat kunci syurga, akan tetapi itulah peringatan kepada mahasiswa bahawa untuk menjadi manusia, untuk memaknai hakiat kehidupan, mereka perlu bersikap. Mereka harus bangun dan berbuat sesuatu. Mereka yang sepi membantu, pada penulis, tidak ubah seumpama kambing bebiri yang diternak.

Jadinya, persoalan timbul. Adakah buku ini menawarkan jawapan, kalau tidak pun solusi pada masalah yang disebut? Tidak, jika kita berkehendak pada jawapan yang berbentuk langsung. Namun, jawapannya ditulis oleh sang penulis seawal mukasurat yang pertama lagi secara tersirat: bahawa kita perlu sedar dan bersikap. Moga buku ini memercikkan sinar kesedaran kepada pembaca.

Disediakan oleh:
1- Ahmad Tajuddin Abdullah (Pelajar Master - Kejuruteraan Sel Fuel)
Profile Image for Muhammad Rushdi.
13 reviews13 followers
March 29, 2016
Buku ini aku sangat-sangat aku galakkan mahasiswa diluar sana untuk baca. Terima kasih kepada sahabat aku yang kenalkan buku ini. Perenggan di bawah aku rasa cukup untuk simpulkan isi buku ini :
Orang yang tidak punya rasa tanggung dan jawab kepada masharakat; tidak lebih dari seekor kambing bebiri. Mereka ini dilatih di dalam ladang yang bernama universiti, oleh anjing yang bernama pensyarah, tidak lain adalah hanya untuk makan dan menggemuk. Di akhirnya, mereka akan menyerahkan lipatan lemak leher tenggorok mereka sebagai sebuah korban, balasan kepada pengembala mereka yang bernama kerajaan. Dan yang akan menghisap lelehan darah, menghirup lapisan lemak, menggigit dan menjilat daging sehingga ke tulangan itu ialah kaum pedagang. Mereka inilah tuan kepada pengambala, pemilik sebenar ladang, anjing dan bebiri itu sendiri.

– Zul Fikri Zamir
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
December 15, 2015
Buku ini memberi inspirasi. Terutamanya kerana buku ini lebih memfokuskan kepada isu sistem pendidikan negara dan isu-isu berkenaan anak yatim, juga bahasa dan budaya kita.

Pastinya buku ini lebih serius, kritikal dan pedas dari buku penulis sebelum ini; sekolah bukan penjara universiti bukan kilang.

Saya galakkan semua membaca,terutama pada Bahagian 3, Sosial, Budaya & Kemanusiaan. Esei-eseinya yang menyentuh tentang peri pentingnya sastera dan nasib anak yatim begitu dekat dengan jiwa saya.
Profile Image for Anas.
142 reviews4 followers
January 11, 2015
Bagi sesiapa yang mahu sambungan untuk buku 'Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang', inilah bukunya

Kritik terhadap sistem pendidikan dan utamanya mahasiswa menjadi topik utama yang dikupaskan termasuklah cadangan penambahbaikan sistem IPG yang dilihat belum berkemampuan melahirkan guru-guru berkualiti.

Namun saya berpendapat masyarakat dan mahasiswa memerlukan antara satu sama lain tidak seperti saudara Zul Fikri Zamir katakan bahawa masyarakat tidak perlukan universiti.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
December 28, 2014
Mudah cg Zul buat duit. Esei dia yang dalam internet yang lama-lama tu, copy dalam ni.

Apa-apa pun, buku #SBPUBK juga yang top antara 3 buah buku dia
Profile Image for nur.
11 reviews
March 26, 2015
Isi yang agak sama dengan buku 'sekolah bukan penjara,universiti bukan kilang'
Profile Image for Fajar Davis.
132 reviews15 followers
April 27, 2019
Buku ini menyampaikan hujahan tentang pembaikan sistem pendidikan pada 3 aras. Legislatif, guru/pensyarah dan pelajar. Setiap hujahan tu menceritakan punca, kesan dan cara mengatasinya.

Isi yang diulangi:
- Bahasa Inggeris tidak patut dipentingkan lebih daripada Bahasa Kebangsaaan
- Anak yatim digunakan sebagai vending machine pahala, bukan dibela dengan ikhlas
- Kapitalisme punca wujudnya sistem pendidikan yang mengeluarkan pekerja robotik/senang dimanipulasi untuk memberi manfaat kepada "pemenang kapitalisme"
- Fokus di negara kita pada benda mengarut seperti hukum hudud, pengharaman semua benda, mendiamkan agama lain dan perihal artis adalah halangan kepada diskusi yang jauh lebih penting
- Sastera adalah sama penting dengan sains dan sistem di sekolah perlu dibetulkan supaya sastera tidak dipandang rendah/diketepikan
- Mahasiswa dan kaum mudalah yang bertanggungjawab membawa perubahan. Hold politicians responsible, bawa perbincangan yang penting dan berkesan ke alam social media, carilah cara baru dan kreatif untuk mengatasi masalah seperti gelandangan, kurang daya persaingan dan prestasi ekonomi yang rendah berbanding negara jiran. Dengan perubahan sikap, mahasiswa mampu mengubah hala tuju negara.

Sebenarnya saya rasa agak overwhelmed selepas membaca buku ini. Biasanya sayalah yang paling kritikal dan gung-ho pasal perubahan yang diperlukan di Malaysia ini. Buku ini mengalahkan saya. Terdapat banyak points of change dan hujahan serta tuduhan yang sukar ditelan.

Namun begitu, saya ambil banyak iktibar dari buku ini dan sudah berkongsi serba sedikit dengan rakan tentang perubahan sikap yang buku ini sarankan.
Profile Image for Rashidah.
18 reviews1 follower
April 13, 2018
Seperti biasa, ZF Zamir mempunyai kemahiran menyesuaikan penyampaian beliau dengan pembaca sederhana seperti aku.

Pun begitu, buku ini aku habiskan dengan beberapa jeda,tidak seperti Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang. Isinya lebih berat dan rujukan-rujukannya lebih padat.

Ada beberapa idea yang aku gemar daripada buku ini

1.Perlunya program bersifat kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan (penulis khususkan pada dasar pendidikan, oleh pelajar IPG)

2.Sikap para penguasa yang masih mengekalkan kuasa dengan menjadikan rakyat bergantung pada bantuan berbanding pendayaupayaan.

3.Sikap masyarakat dan pentadbir yang mempropagandakan benci Amerika tetapi bukan main meraikan kehadiran Obama.

4.Sikap masyarakat yang melakukan kebaikan untuk pahala sendiri bukan untuk penerima, maka datanglah baju terpakai dan barangan bermusim, seolah-olah mereka ni tong untuk penuhkan dengan barang yang tak lagi dikehendaki.

5.Pengkastaan sains dan sastera, sehingga sains dan sastera tak diisi oleh orang yang berminat, sebaliknya sekadar berteraskan keputusan peperiksaan.

Selebihnya ada lagi, tapi aku rasa lagi manis kalau aku seru kalian baca sendiri untuk menghormati karya penulis.

Aku mahu beri lima bintang, tetapi aku buang satu sebab aku tidak senang dengan perumpamaan anjing yang digunakan kepada orang. Aku percaya kritikan membina, tidak perlu ada elemen itu walaupun tanpa niat menghina. Penulis sangat bijak dan terperinci, antara penulis yang aku kagumi.
Profile Image for Akmal A..
172 reviews9 followers
March 16, 2015
"Masharakat Melawan Mahasiswa" sebuah lagi buku tentang ketidakpuasan hati penulis tentang keadaan semasa yang berlaku di Malaysia sekarang. Hampir setiap artikel berulang kali mengutuk tindakan bodoh mahasiswa yang hanya bersifat reaktif dan bukannya pro aktif terutamanya tentang tanggungjawab mahasiswa terhadap masyarakat. Apa yang lebih menyedihkan ialah, tatkala mahasiswa-mahasiswa di luar negara sebagai contoh di Chile berdemonstrasi mendesak kerajaan yang memerintah untuk membaiki mutu pendidikan negara, sila rujuk pautan : http://rt.com/news/182008-student-pro... di Malaysia, mahasiswanya sibuk menyusun donut dan membuat lagi acara-acara yang tidak mendatangkan untung kepada pembangunan masyarakat. Juga berulang-ulang kali penulis menmberi cadangan untuk menyemak kembali falsafah pendidikan negara sebagai satu langkah utama untuk mencorak masyarakat pada masa hadapan. Lima tahun lagi nak masuk tahun 2020, tetapi realitinya jauh lagi untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Disamping itu, penulis juga mencatatkan pengalamannya bersama anak-anak yatim melalui program "Teach for the Needs" tentang apakah sebenarnya yang sangat diperlukan oleh mereka.

Namun begitu, aku sedikit kecewa dengan buku kali ini, kerana apa yang mahu disampaikan lebih kurang sama dari dua buku yang ditulis penulis sebelum ini, 'Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang' & 'Pedagogi Bahasa Tertindas'. Aku juga kerap mengikut penulisan penulis di Projek Dialog & The Malaysian Insider dan buku Masharakat melawan Mahasiswa ini merupakan hasil kumpulan artikel yang ditulis di laman tersebut. Sudah pasti aku agak kecewa kerana apa yang aku harapkan ialah penulisan baru.

Namun begitu, aku setuju dengan penulis terutamanya dalam menggerakkan anak-anak yang lemah dalam akademik hasil dari sistem pendidikan yang menindas ini untuk mula berjinak-jinak dengan seni seperti persembahan teater. Kalau semua mahu menjadi doktor, arkitek, akauntan dan jurutera, siapa lagi yang mahu menggerakkan seni tempatan?
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
February 6, 2015
Masharakat melawan Mahasiswa merupakan himpunan esei-esei kritikan berserta cadangan solusi yang berkisar sekitar sosial terutamanya dalam membuka sudut pandang yang lebih luas dan rasional. Penulis menghidangkan pembaca dengan kebobrokan hari ini yang harus dilihat impaknya untuk hari ini dan jangka masa panjang terutama buat generasi kita. Setiap esei membicangkan perihal sudut fikir penulis yang melibatkan masyarakat dan mahasiswa terutamanya untuk sedar tentang peranan sosial yang menjadi tanggungjawab dan ia bukan lagi sebagai suatu amal untuk melepaskan diri semata-mata. Kehidupan di negara maju pastinya mempunyai sudut kehidupan yang harus dipandang dan tidak harus diketepikan.

Sesekali, sebagai pembaca, saya tertanya apa peranan saya sebagai seorang manusia dan seorang mahasiswa. Tidak cukup rasanya tanpa berbakti kepada masyarakat. Maka, dalam apa jua bentuk tanggungjawab selagi ia membawa maslahat kepada masyarakat terutama golongan yang kurang daripada apa yang saya miliki, saya harus melihat keadaan ini sebagai suatu proses tarbiah dan bergerak untuk melaksanakan tanggungjawab selagi mampu, terutama cinta dan kasih sayang. Penulis turut mengaitkan peranan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang merupakan wakil suara mahasiswa ini sepatutnya tidak terhad kepada pentadbiran melibatkan Hal Ehwal Pelajar dan aktiviti fakulti sahaja. Mahasiswa harus didedahkan kepada masyarakat dan lebih kritikal untuk membangunkan anak bangsa.

Penulis rata-ratanya menekankan konsep pendidikan yang menjadi tunjang utama kepada masharakat terutama kanak-kanak. Melibatkan tahap kanak-kanak yang masih muda di usia persekolahan, pendidikan seharusnya diberikan kepada semua dan sekaligus memastikan anak-anak ini dapat membaca, menulis dan sebagainya.
Profile Image for Erlena.
17 reviews
October 22, 2018
Kept asking myself, "what did I do during Uni days?" or "where was I?" 😅
Profile Image for Ammar Ibnu ziyadi.
38 reviews4 followers
December 30, 2015
Buku ini seperti sambungan buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang, yang mana ia menghimpunkan artikel-artikel berkaitan isu mahasiswa, pendidikan dan lain-lain. Secara peribadi saya lebih suka buku ini berbanding buku yang sebelumnya, mungkin disebabkan faktor masa yang mana isu-isu yang diketengahkan belum 'basi' pada saat buku ini ditatap. Bulan lepas pun baru khatam Mahasiswa Bangkit, jadi saya dapat membaca dua sudut pandang yang berbeza, seterusnya membuat penilaian.

Kekuatan buku ini terletak pada isu-isu pendidikan yang kita jarang sentuh. Membesar dalam generasi PPSMI, penulis memberi pencerahan tentang kesan buruk kebergantungan kita pada bahasa inggeris dan meningkatkan semangat untuk membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Isu mahasiswa pula lebih berkisar tentang kelesuan mahasiswa kini yang lebih mengejar anugerah dekan dan rekod donat semata, manakala isu-isu lain seperti pembelaan nasib gelandangan dalam negara kita yang kononnya sudah membangun dengan pesat.

Sekadar pandangan peribadi, baca buku ini bersama Mahasiswa Bangkit, buat penilaian, kemudian muhasabah diri apa yang telah anda buat sepanjang bergelar mahasiswa.
Profile Image for Ahmad Ibrahim.
36 reviews6 followers
September 6, 2015
Cikgu Zul Fikri sosok yang bosan dengan retorik pergerakan mahasiswa dan politik yang sarat retorika kosong, sibuk dengan hal picisan tetek bengek.

Dia tidak memilih untuk menjadi skeptik seperti kebiasaan orang yang putus asa dengan gerakan Islam, sebaliknya bangkit dengan inisiatif sendiri untuk membela anak-anak miskin, si yatim piatu dan anak-anak yang dilupakan masyarakat.

Dalam makalah kedua terakhirnya ' Adakah Tuhan Menentang Anak Yatim' , aku membaca dengan jujuran air mata, kerana sesungguhnya pengalaman hidup membuatkan aku memahami betapa busuknya budaya masyarakat kapitalis, yang tamak syurga tetapi nihil moral, betapa mereka menganggap anak-anak ini bisa diperlekeh sekian rupa.

Guru-guru yang punya jiwa, dan mahasiswa yang bosan dengan retorika semasa perlu membaca buku ini, dan menyahut cabaran beliau untuk melawan semula!
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
May 29, 2015
Walaupun saudara penulis tidak kenal akan daku, tetapi aku kenal dengan saudara Zul Fikri Zamir melalui karya SBPUBK. Padat dengan isu pendidikan yang sememangnya tidak aku nafi atau kita nafikan kerana ia sedang berlaku di Malaysia am khususnya. Kegagalan mahasiswa untuk berdiri sama tegak dan duduk sama rendah dengan masharakat menyebabkan ketidakadilan telah berlaku pada masharakat. Sedangkan mahasiswa perlukan masharakat bagi menyempurnakan aliran ilmu yang mereka punya untuk kemaslahatan ummat. Bukan hanya di kertas, tetapi ia perlu dialirkan di cabang-cabang sungai supaya masharakat dapat menikmati nikmat Tuhan ini bersama. Aku tinggal dengan luahan gadis pantai, Pramaoedya Avanta Toer " Kami memang orang miskin. Di mata orang kota kemiskinan itu kesalahan. Lupa mereka, lauk yang mereka makan itu kerja kami".
Profile Image for Nqbah Abdul Hamid.
13 reviews31 followers
June 3, 2015
"Universiti bukan lagi pusat ilmu untuk memanusiakan manusia. Pendidikan bahkan telah menjadi alat untuk menyah manusia. Manusia dididik di dalam universiti untuk menjadi mesin kerajaan dan sebagai aset pelaburan kaum pemodal."

Most of my thoughts on the system are written in this book. Despite the usage of complicated Malay Standard Language, like the part where the author mentioned 'Karl Mannheim and the political intelligentsia' and especially the Collective Conscious theory. And some other theories mentioned. Yet another thought provocking book by DubookPress
Profile Image for Lipp.
64 reviews
March 25, 2016
Buku kedua Zamir yang aku baca selepas Sekolah Bukan Penjara. Isi lebih kurang sama. Tapi buku ini lebih mudah dihadam daripada Sekolah Bukan Penjara. Mungkin kerana sudah biasa dengan gaya penulisan Zamir.

Buku ini menfokuskan pada mahasiswa yang perlu lebih masharakat. Perlu berusaha untuk mendekatkan jurang pendidikan negara. Isinya hampir serupa dengan buku pertama Zamir yang aku baca. Tetapi masih ada kelainannya yang membuatkan buku ini berbaloi untuk dimiliki dan dibaca serta dimanfaatkan.
Profile Image for Wan Faizuddin.
30 reviews4 followers
January 5, 2015
Kesinambungan buku "Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang." Mungkin ada sedikit unsur repititif dalam kedua-dua buku ini tapi buku Masharakat Melawan Mahasiswa adalah karya yang lebih tajam pada kritik sosial dengan penekanan terhadap IPG dan juga pendidikan anak yatim.

Buku yang datang dengan harapan menghasilkan lebih ramai pembaca yang melawan agar dikembalikan semula fungsi universiti dan pendidikan sebagai alat membebaskan masharakat dari segala bentuk penindasan.
Profile Image for Farhan Ibrahim.
22 reviews1 follower
April 5, 2016
Sebuah penulisan yang merungkai masalah keadilan sosial seperti kelemahan sistem pendidikan dalam melahirkan mahasiswa yang mampu menyumbang kepada masyarakat. Kritikan terhadap institut perguruan turut disisipkan dalam buku ini. ZFZ juga menekankan kepentingan sastera dan bahasa dalam membentuk masyarakat. Perlu dibaca oleh setiap mahasiswa. Paling terkesan bila ZFZ menekankan secara berulang kali tentang pentingnya ada 'cinta' dalam sistem pendidikan kita.
Profile Image for An Nasaie.
31 reviews27 followers
March 23, 2015
Sedikit kecewa kerana aku fikir ini tulisa-tulisan baru penulis tetapi tidak. Ia hanyalah himpunan tulisan penulis didalam beberapa portal web dan kebanyakkannya aku sudah menghadamnya. Ada dua tiga yang aku belum kunyah. Tetapi tidak menjadi isu bagi aku. Penulis mahu ideanya berkembang pesat. Ia sangat baik. Aku mengulang baca tulisannya seperti pertama kali membacanya.

Power!
Profile Image for muhammad izzuddin.
1 review
July 27, 2015
pendidikan bukan satu subject matter yg memerlukan buku2 terbaru,pengajar yg serba tahu,tapi suasana yg memacu.kau lihat suasana dunia,kau lihat manusia,siapa yg menunggang siapa? manusia kau tak dpt ubah,tapi suasana kau mampu.
"sustain greater surrounding for those children.so that they can change the tide"
Profile Image for Saharulnazri.
52 reviews3 followers
February 26, 2015
Penulis sekali lagi dapat menyuarakan kritikan kritikan rasional dalam bahasa mudah.Walaupun aku lebih gemar cara penyampaian dalam buku pedagogi bahasa tertindas, tetapi buku ini tetap punya kelebihan tersendiri. Apa yang dapat aku katakan tulisan kali ini lebih lantang dari dua buku sebelum ini.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
December 31, 2016
Teguran khusus untuk mahasiswa.Apa yang dicapai oleh mahasiswa tidak memberi kesan terhadap kehidupan masyarakat.Namun buku ini menyedarkan kita mahasiswa memerlukan masyarakat untuk menyuburkan apa yang yang dicapai di menara gading itu.
2 reviews10 followers
Read
May 12, 2016
Buku yang membina pemikiran bukan sahaja untuk mahasiswa bahkan untuk semua golongan. Belajar bukan semata-mata untuk kerja. Mahasiswa perlu kembali berkhidmat pada masyarakat.
Profile Image for Irfan Fahmi.
12 reviews2 followers
June 7, 2015
Lebih kritikal dan berat daripada edisi sekuel yang sebelum ini
Displaying 1 - 29 of 29 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.