Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mudahnya Menulis

Rate this book
"Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila.” (Al-Qalam:1)
Bidang penulisan biasanya dikaitkan dengan beberapa mitos yang menyebabkan kebanyakan kita rasa tidak termotivasi untuk menulis seperti perlunya ada bakat, boleh menulis dengan baik, cekap menguasai bahasa dan bukan mereka yang datang dari latar belakang bidang matematik dan sains.
Buku Mudahnya Menulis tulisan Dr. Umi Kalthum Ngah, seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia bidang sains dan kejuruteraan bisa mengubah persepsi itu. Menulis rupanya sangat mudah! Gaya penulisan beliau yang bersahaja dengan pelbagai tips dan perkongsian akan membuatkan kita tidak sabar memulakan kembara penulisan sendiri.
Bermula dengan persoalan bagaimana mendapat ilham untuk menulis, Dr. Umi Kalthum membawa pembaca memperbetulkan pemikiran mengenai salah tanggap bidang penulisan. Kemudian tujuan menulis, langkah-langkah menghasilkan penulisan, gaya penulisan, ciri-ciri karya hebat, persiapan psikologi jiwa dalam penulisan dan motivasi untuk terus menerus menulis.
Menulis sangat banyak manfaat antaranya “medan dakwah”, pahala berganda, satu terapi, perkongsian pengalaman dan banyak lagi. Ayuh mulakan titik pengembaraan kita dengan mendapatkan buku ini!

129 pages, Paperback

First published January 1, 2014

4 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Umi Kalthum Ngah

29 books3 followers
Profesor Madya Dr. Umi Kalthum Ngah bertugas sebagai ahli akademik di Universiti Sains Malaysia sejak tahun 1981. Kini beliau menyemai bakti di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Di samping tugas harian sebagai ahli akademik, beliau juga meluangkan masa menghasilkan buku dan bahan penulisan di akhbar harian, khususnya ruangan Jendela Hikmah dan Bicara Hati, Berita Harian. Malah menghasilkan bahan penulisan adalah cara beliau menangani tekanan dan kebuntuan, yang mana usaha ini dimulai ketika menyudahkan tesis doktor falsafah beliau dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia yang baru diterimanya.

Beliau tidak mendapat pendedahan formal dalam bidang penulisan tetapi berkat tunjuk ajar dan menghadiri kuliah berkala anjuran PTS dan bimbingan Puan Ainon Mohd, beliau berjaya menghasilkan beberapa buku yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa, buat tatapan remaja dan kanak-kanak.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (40%)
4 stars
21 (50%)
3 stars
2 (4%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
November 7, 2015
Naskhah ini saya baca dalam tren perjalanan dari Manchester ke Southampton (dibaca dalam VT ke London).

Sangat sesuai untuk penulis baru. Sebagai penulis yang sudah biasa menulis, ada sebahagian tips yang sudah pun saya amalkan. Ada juga beberapa teknik yang baru saya belajar contohnya Kawakita Jiro. Sesiapa yang nak mengajar teknik penulisan (atau nak mengendalikan bengkel), buku ini sangat terbaik untuk anda tambah input penyampaian. Dalam buku ini juga ada banyak contoh perbandingan penulisan yang bagus dan kurang bagus.
Profile Image for Lucyana.
24 reviews3 followers
April 1, 2024
Sebuah buku motivasi yang menarik dan sedikit sebanyak membantu saya untuk terus berkarya dalam dunia penulisan moden yang semakin mencabar hari ini.
Profile Image for Faarihin Talip.
36 reviews2 followers
January 23, 2018
Alhamdulillah. Berjaya juga saya habiskan bacaan buku ini. Semoga selepas ini, bersemangatlah untuk terus menulis. Saya kagum dengan Prof. Dr. Umi Kalthum. Biarpun berpendidikan dalam bidang kejuruteraan, beliau tetap mampu menghasilkan karya-karya berunsur fiksyen. Kalau dulu selalu fikir nak menulis ini mesti kena ambil dalam bidang sastera. Tetapi sebenarnya tak semestinya belajar dalam bidang lain tak boleh menjadi penulis. Yang penting bergantung kepada diri sendiri antara hendak dan tidak. Moga apa yang dikongsikan di dalam buku ini dapatlah semua pembaca memanfaatkan setiap ilmu yang ada. Moga tetap terus menulis.
Profile Image for Faraa Musa.
46 reviews38 followers
December 30, 2019
Semua orang boleh menulis, asalkan dia mahu! Lepas baca buku ini, termotivasi untuk menulis dan mempunyai buku sendiri. InshaAllah satu hari nanti!
Profile Image for siinurul.
7 reviews
January 20, 2026
Gaya penulisan dan bahasa yang ringkas, membumi dan sarat hikmah. Sesuai untuk pembaca umum. Tidak bersifat teknikal atau akademik. Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin menjadikan penulisan sebagai medium muhasabah, ekspresi diri, atau jalan dakwah.

Kadang-kadang aku rasa aku menulis bukan sebab yakin — tapi sebab aku tengah cari sesuatu dalam diri sendiri. Ada hari aku tulis, tapi tak puas. Apa yang keluar tak sama macam yang aku fikirkan. Macam ada jurang antara bahasa hati dan bahasa kertas.

Ada beberapa petika yang membuatkan aku termenung panjang.

"Sekali-kali jangan menoktahkan kebolehan kita atau meletakkan sempadan bagi potensi diri kita masing-masing. Cuba dahulu, kemungkinan besar kita mempunyai kebolehan."

Aku suka buku ini. Memang berkali-kali baca setiap kali nak ambil semangat untuk menulis.
Profile Image for Aishah Nerina.
36 reviews
January 21, 2022
Bagi pemula seperti saya, membaca dan mengumpul buku-buku berkaitan penulisan adalah satu keperluan. Pada pendapat saya menulis bukanlah satu pekerjaan yang mudah dan boleh di anggap remeh. Ini kerana sesebuah penulisan mampu mempengaruhi pembaca, mendorong, memberi inspirasi dan memotivasi. Baik ia penulisan bersifat ilmiah, fiksyen dan bukan fiksyen. Masing-masing genre mempunyai sisi istimewa dan kelebihan bergantung kepada corak sebuah penulisan.

Mudahnya menulis karya Umi Kalthum Ngah ini, membantu saya memahami serba sedikit tentang dunia penulisan. Walaupun sebenarnya ini bukanlah karya pertama yang saya baca yang membincangkan kaedah dan kreativiti menulis yang perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang berkeinginan menjadi seorang penulis.

Timbulnya ilham penulis untuk menghasilkan naskhah ini adalah disebabkan pengalaman beliau ketika menghadiri dan mengendalikan bengkel-bengkel penulisan. Dapat pembaca fahami, bahawa beberapa kaedah yang dikongsikan dalam naskhah ini diserap langsung daripada perkongsian bengkel penulisan beliau yang lepas.

Dengan adanya naskhah ini di tangan mudah bagi saya mendalami dengan lebih detail ilmu-ilmu penulisan yang pastinya menjadi rujukan dari semasa ke semasa.

"Sekiranya kita mahu menjadi penulis, kita perlu menyelami hati kita sedalam-dalamnya. Kemudian, setelah diselami hati masing-masing, kita akan dapati bahawa jiwa kita akan lebih terbuka..." (halaman 8)

Bakat menulis boleh digilap dan dilatih melalui bimbingan dan latihan berterusan. Kerana itu pentingnya memiliki guru yang dapat mengasah dan memberi panduan secara langsung, di samping usaha diri membaca bagi meluaskan ilmu pengetahuan.

Perkara pertama yang harus dibetulkan adalah berkaitan niat, apa yang mendorong dan mengapa kita menulis. Kerana tujuan itu memfokuskan jalan yang akan ditempuh. Tahukah, menulis boleh dinilai ibadah dan mengalirkan pahala berterusan sekiranya mampu memberi manfaat kepada pembaca. Begitu juga jika yang terjadi sebaliknya, kerana itu sentiasalah berhati-hati dalam apapun penulisan yang dihasilkan.

Beberapa kaedah yang penulis kongsikan, di sini saya nukilkan tiga antaranya adalah ;

1. Menyediakan draf.

Proses mendraf ini adalah proses menjana idea dengan mengumpulkan hasil tulisan tanpa membuat sebarang pembetulan. Hanya tulis dan tulis.

2. 'Mengeram' karya dan kemudian edit.

Proses ini dipanggil 'cooling off period' di mana karya perlu di peram sebelum mulai proses mengedit yang perlu dilakukan berulang kali. Simpan seketika, dan kemudian edit secara bertahap. Ianya perlu dilakukan berulang kali, bagi meminimamkan sebarang kesalahan dalam menghasilkan penulisan karya.

3. Memperhalusi karya.

Dalam proses ketiga ini pula, penulis memerlukan kesabaran dan sikap lebih prihatin, dalam masa yang sama mendidik hati seorang penulis untuk lebih sensetif dan peka, kerana proses ini adalah yang terakhir di mana penulis perlu memperhalusi dan mengolah setiap karya hingga ke garis penamat.

Keterampilan sebagai penulis adalah satu bentuk komunikasi antara pembaca dengan penulis, kerana itu penggunaan bahasa perlu diolah bersesuaian dengan pendekatan yang dapat memberi kefahaman yang jelas kepada pembaca.

Francois Rene De Chateaubriand ada menyebutkan,

"Seorang penulis asli itu bukan seseorang yang meniru orang lain tetapi adalah seseorang yang orang lain tidak mampu menirunya."

Yang terakhir, penulis mencadangkan agar membuat jadual untuk menulis, sebagai satu kaedah ataupun cara agar dapat mengurus dan membahagi waktu dengan sebaiknya.

Sebenarnya banyak lagi yang pembaca boleh 'gali' dalam naskhah ini, kerana itu milikilah sendiri dan temui bagaimana cara memotivasi diri untuk terus menulis dengan pelbagai tip dan kaedah yang dikongsikan oleh penulis. Naskhah yang cuma berharga rm15 ini boleh didapati di kedai buku berhampiran atau di aplikasi shoppe atau terus ke agen buku Iman Publications.

Selamat belajar dan selamat berkarya!
Profile Image for Aizuddin Khalid.
138 reviews5 followers
August 31, 2021
Buku ini teramatlah berguna bagi membuka mata dan mencerahkan minda untuk menulis. Ia mengandungi saranan-saranan dan kumpulan-kumpulan pengamatan dan pengalaman yang dapat memotivasikan kita untuk melepasi rintangan-rintangan awal untuk menulis. Buku ini juga terkandung nasihat-nasihat agar kita istiqamah dalam menulis.

Selain itu, buku ini juga mengandungi tips-tips menulis yang boleh digunakan sebagai rujukan mudah beserta idea-idea yang boleh dicambahkan oleh setiap individu yang ingin menulis.

Semoga dikurniakan pahala berterusan buat pengarang buku ini yang memberi dorongan buat para pembaca untuk turut serta menjadi penulis.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
178 reviews3 followers
October 22, 2019
Saya bukanlah seorang penulis, bahkan tak pernah menghantar cerpen, cerita atau sebarang penulisan ke media bercetak atau media elektronik. Bahkan dalam media sosial seperti facebook pun saya jarang sekali post ayat2 yang panjang. Tapi saya sedar saya suka menulis di twitter. Sebenarnya ia lebih kepada berkongsi ilmu. Dan saya juga menulis diari. Selepas saya membaca buku ini, saya terfikir, apa yang membuatkan saya tidak boleh menulis cerpen? Hihi. Terima kasih. Saya dapat belajar banyak perkara baru dan seronok sangat. :)
Profile Image for Worldfree Gurlz.
1 review
August 21, 2021
Lama dah aku tak habiskan buku. Mula2 masa tengok buku ni nipis agak skeptikal.

But it is a really good book actually. Aku harap ada versi yang lebih padat dan teknikal dikeluarkan. Point dia simple dan mudah. Nak lebih lagi, explore sendiri. Dah nama nak jadi penulis kan.haha.

Overall, recommended bagi yang mencari semangat untuk menulis
Profile Image for Jamal Ali.
82 reviews5 followers
July 29, 2016
Membaca tulisan Dr. Umi Kalthum Ngah ini membuat usaha menulis menjadi lebih senang. Penjelasan Kaedah Kawakita Jiro (KJ) yang lebih terperinci dalam buku ini, adalah maklumat baharu yang tidak boleh dipandang sebelah mata, oleh penulis baharu mahupun lama.
Profile Image for neeza  zainal.
164 reviews7 followers
September 22, 2017
Penulisan yang ringkas dan mudah difahami. Seronok membaca buku ini sebab ia membuatkan aktiviti menulis, seterusnya membukukan hasil tulisan, kelihatannya sangat mudah, tapi.. ya, ada tapi di situ.
February 1, 2019
Satu buku yang menerangkan tengang cara menulis yang betul.

Antara tips yang menarik dan buat saya tersedar untuk menjadi seorang penulis ialah MULA MENULIS.

Seorang penulis tidak akan menjadi seorang penulis sekiranya tidak mula untuk menulis.
Profile Image for Hakimi Mustafa.
17 reviews6 followers
April 23, 2019
Sesuai utk sesiapa yang berminat untuk menulis. Ada pelbagai teknik yang dikongsi
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.