Sebuah kumpulan puisi haram dan cerpen tersimpan. Puisi dan cerpen yang tidak menyenangkan. Ada unsur lucah, maki, carut dan bunuh diri. Ini cubaan meneroka sisi kotor diri, mencari ketul permata dalam timbunan lumpur.
Vulgar but witty. Itu kata pujianku terhadap karya kecil molek Ku Syafiq ini. Atau kalau dalam bahasa Melayu, kau boleh katakan bahawa ianya 'kesat yang halus' seolah-olah mengambarkan oksimoron, aku tahu. Cuma harga buku ini buat aku tersepit kerana berasa ia tidak sepadan dengan saiz buku. Tapi apa-apa pun, aku seronok membaca lenggok bahasanya, ideanya, kelicikannya mengatur aksara. Worth every penny!