Kerana dendam yang belum padam, Tengku Rian Iskandar dan Tengku Lily terikat dalam kisah silam yang penuh debar dan luka. Iskandar adalah lelaki penuh pesona, berkerjaya, tampan dan petah berkata-kata.
Sejak pertama kali bertentang mata, lelaki itu tidak pernah berhenti memikat hati Lily. Apa saja sanggup dia lakukan demi mendapatkan cinta wanita itu. Siapa yang mampu menolak daya tarik seorang Rian Iskandar? Dan Lily akhirnya jatuh juga.
Mereka bertunang dan Lily percaya kebahagiaan itu milik mereka selamanya. Namun segalanya musnah sekelip mata. Iskandar berubah tanpa sebab, seperti gunting yang kejam memotong bunga yang baru mahu mekar. Dia pergi meninggalkan Lily terkapai-kapai dalam luka dan tanda tanya.
Sehinggalah satu peristiwa memisahkan mereka akhirnya. Dendam Iskandar terbalas!
Dua tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula dalam keadaan yang sangat berbeza. Lily hilang ingatan!
Bagi Iskandar, ini peluang kedua. Dia nekad untuk menebus segala kesalahan dan membina semula cinta yang pernah hancur biarpun ditentang hebat oleh keluarga Lily. Bagi Iskandar, Lily tetap wanita yang dicintainya walaupun dia adalah bunga terlarang.
Lily bukan mawar yang berduri sebaliknya Lily seperti bunga lili, terkenal dengan kelopaknya yang lembut dan bentuk yang elegan. Melambangkan kesucian, keanggunan dan kesedihan. Namun bunga itu juga punya racun. Semakin Iskandar mendekat, semakin dia terperangkap dalam racun kenangan dan perasaannya sendiri.
Bagaimana dengan dendam Iskandar?
Masih adakah luka yang belum sembuh atau adakah cinta mampu membuatkan dendam itu dilupakan?
The worst male lead and female lead ever. Iskandar tu tak buat apa pun untuk Lily tergila-gilakan dia. Setakat cakap manis. Real talk, kalau you ada happy family, sepatutnya tak payah la kebulur kasih sayang laki luar sampai macam tu sekali. Iskandar kalau buat salah bukan dia minta maaf pun tapi Lily ni tak habis2 cair la, maafkan la JUST BECAUSE HE COMES BACK SMILING. Bukan ada grand gesture pun, bare minimum pun tak. All his actions are lower than bare minimum. Likes SIKIT PUN TAK MARAH. APAHAL KAU NI. CAKAP DR KENAPA BODOH SANGAT, LILY.
Family pun terima ja anak kena macam tu sebab rasa bersalah. WHAT THE! Lepastu last sekali berbaik balik likes urghhh tak semua cerita perlu ada happy ending.
tak tahu la nak bagi berapa bintang sebenarnya dan tak tahu nak rasa apa. this is my first novel from cik bawang teringin nak baca sebab banyak good review pasal novel CB. but maybe, i chose the wrong book to be my first.
cerita ni unnecessarily long untuk aku. aku skim je banyak. tapi fast pace je? still aku rasa panjang betul.
at first, apa yang buat lily tergila gilakan sgt kat iskandar ni ek? modal mulut manis dgn “sayang” je ke? yela cinta tu buta tapi dah dengar dari mulut dia, dia nak kau sebab dendam je. back off la?
lepastu entah la, mungkin sebab susunan timeline kot, tak berapa kena. aku tak rasa sangat pun dendam dan kemarahan iskandar tu. and aku macam tak cukup rasakan sesal dia, his yearning for lily, rasa tersepit dengan mommy dia ke. aku tak dapat rasa emotion dalam watak-watak ni.
action dan reaction watak lain pun macam suam suam je. nenda jahat? tapi aku tak rasa langsung aura jahat dia. family lily marah dengan iskandar? tapi aku tak rasa pun kemarahan tu.
i think semuanya dah di-explain, tak ada yg tertinggal tapi masih rasa lack of something.
penulisan cik bawang memang aku setuju dengan semua orang. simple dan mudah dibaca. santai je.
For me, cerita pasal Iskandar & Lily pain jugak macam Fateh & Anis. Menyakitkan hati baca cerita yg ni. Anyway, Iskandar is 🚩 siap sedia je lah baca yang ni, macam nak ketuk Iskandar guna kayu besbol je. :)
---
Iskandar yang suka flirt, bermulut manis dengan Lily, tiba-tiba berubah selepas mereka bertunang. Slowly Iskandar cuba menyakiti perasaan Lily dari segi mental, membiarkan Lily terkapai-kapai dalam perasaan cinta terhadapnya.
Kesian jugak tengok Lily merayu dekat Iskandar, kenapa buat dia macam ni? Kenapa layan dia macam ni? Sebab dia takut sangat Iskandar dah tak cintakan dia disebabkan perubahan perangai dia.
Well, Iskandar ni memang cintakan Lily, tapi disebabkan ego & dendam, dia terpaksa ketepikan perasaan dia sampai mendera mental Lily yang dah terlampau cintakan dia. Sampai lah terjadi sesuatu dekat Lily.
Cerita ni ada current timeline & flashback diorang berdua (masa Lily mula kenal dia, bertunang, dll, tak mau spoil lebih).
Tak puas hati betul dengan balasan yang diterima oleh makcik Rosila dgn anak perempuan dia yang nama Rulli, kot. Tapi at the same time kesian jugak si Rulli tu, terjadi salah paham & diberi harapan palsu disebabkan ulah Iskandar, sampai dia buat perkara macam tu, sampaikan Rose hilang kawalan.
2 tahun Iskandar grovelling sebab apa yang terjadi, sampailah dia bertemu semula dengan Lily yang dah hilang ingatan. Dia memang menyesal dengan layanan dia terhadap Lily selama ni. Tapi jangan risau, dia tak flirt dengan mana-mana perempuan lain sebab dalam hati dia memang ada nama Tengku Lily Elaina je. Tahap grovelling si Iskandar maybe... umm... ⭐⭐⭐⭐ 3.8 or maybe 4/5 kot? Haha...
Maybe okay kut? Tapi in real life, kalau orang lain yang kena, maybe diorang takkan senang-senang nak memaafkan lelaki macam ni. Muahaha.
She deserves someone better actually. Tapi kalau dah author tulis ending macam ni, nak buat macam mana lah kan? 😅
---
Haaa... tu je lah nak taip. Nak tahu pain tahap mana cerita pasal Iskandar & Lily ni, korang baca & judge la sendiri. Tak mau kutuk or puji lebih sangat. Satgi fans dia mai serang dikatanya review toxic, nak jatuhkan author. Maleh lah aku.
Benci sangat dengan Iskandar, disebabkan dia nak balas dendam, Lily yang tak bersalah pun terkena. Haizz... this kind of guy is a big NO for me walaupun ada part grovelling. Patutnya Lily cari orang baru je kalau camtu. :(
Penceritaan author cik bawang never disappoint me. Tapi, banyak2 buku cik bawang, Iskandar la hero yang palinggggggg aku tak suka.
Mula-mula Iskandar ni typical lelaki yang nak mengorat Lily. Lepas dapat Lily, perangai sebenar keluar. Like really la Iskandar, sebab dendam terus kau nak hukum Lily yang tak bersalah sikit pun..?????😤😤😤😤😤😤😤😤😤
Kesian Lily tau. Dah la lupa ingatan pastu Iskandar nak rapat balik, nak suruh Lily teringat-ingat. Like ishhhhhh, geram betul tau dgn Iskandar. Lily ni macam mak ayah dia la, baik sangat tau. Dah la kaya, humble pulak tu. Rasa nak peluk kuat2 Lily ni.
Aku rasa lagi better Lily end up dengan someone yang lebih menghargai dia. Kadang-kadang perlukan sad ending agar semua dapat balasan yang setimpal 😌 especially Iskandar 😤
Ini kisah tentang benci dan dendam seorang anak yang diragut segala kebahagiaannya selepas kematian ayah dan adik dalam kemalangan, manakala ibunya pula mengalami tekanan mental setelah kehilangan anak dalam kandungan. Oleh itu, Iskandar berazam untuk mendekati dan pura-pura mencintai Lily dengan niat untuk membalas segala penderitaannya terhadap keluarga Farel.
Lily ditinggalkan oleh Iskandar setelah bernikah. Namun, cinta tulus dan suci Lily terhadap Iskandar telah berjaya merubah segala perasaan benci dan dendam kesumat yang telah lama bersarang di hati Iskandar walaupun banyak hati yang rasa bagai dirobek-robek dan merasai segala penderitaannya.
Novel ni merupakan novel pertama yg saya baca dari Cik Bawang. Gaya tulisan dan bahasa mmg sedap. Love sebab leka baca kalau dah mula! Baru tau ada novel lain tentang keluarga Lily so, nanti saya grab satu satu dan baca ye.
Lily, bunga terlarang buat Iskandar. Antara benci dan cinta yg hadir, mana satu perlu diutamakan? Dendam yg bertahun disimpan atau cinta yg juga dah lama terpatri dalam hati, berat untuk dipikul sehala. Lagak seperti hero yg hadir memberi cinta namun lama lama mendera jiwa si bunga.
Peluang kedua hanya datang sekali. Mendekati Lily yg lupa dirinya mungkin satu jalan yg lebih manis akan tercipta. Tapi, satu demi satu kebenaran menyakitkan Lily. Dia pernah bodoh kerana perhambakan diri pada cinta si lelaki. Diseksa jiwa dalam rumah agam yg dah lama mati dgn kenangan 20 tahun lalu. Lily lah penyeri dalam keluarga baru.
Keakraban Rose dan Lily sebagai BFF a.k.a Bunga Friends Forever memang menyentuh hati. Kelantangannya mengurus keluarga juga buat saya tepuk tangan. Jangan bagi orang pijak pijak kita! Tapi kalau dah namanya perempuan, asyik diuji hatinya boleh bengkak nanah juga. Kesian Lily. Layan airmata jugalah dgn keadaan dia sebenarnya.
Love this story tapi love lagi pada Lily yg kuat dan sentiasa ada cara untuk move on. She’s so strong! Buat Iskandar, rasa nak ganyang2 je muka dia. Terpaling tersakiti padahal kerja tinggal2 mommynya juga. Geram betul. Okay lah done geram so korang pula sambung ye!
Trope: Second chance, Forbidden love TUDM x Doctor
Personal rating: ♾️/5 ⭐️
Iskandar, hero Cik Bawang yang paling I sayang. Is ni sebatang kara — tak ada keluarga. Rasa nak masuk je dalam buku, nak peluk dia. Is buat macam tu dekat Lily bersebab. Iskandar dan Lily, both tersakiti. Dua-dua bod*h sebab cinta. Is bod*h sebab tak tahu untuk pilih antara dendam atau cinta. Lily bod*h sebab sayangkan manusia melebihi sayangnya kepada pencipta-Nya.
Is ni clingy juga rupanya. Comellah buat muka kesian. Dengan bibir terjuihnya. Hahahaha. Aaaa, banyak juga scene dalam ni yang I tendang angin.
Nama Iskandar ni hensem tau. Kena dengan karakter dia.
Pandai eh Cik Bawang, dia buat kita senyum mula-mula. Selak-selak dekat belakang, dia bagi pain sikit, tapi takdelah pain mana.
Overall — novel ni best. Cukup rencahnya. I tak kisah seredflag mana watak Iskandar, yang penting cara Cik Bawang ceritakan tu. Gaya penulisan dia I suka. Biarlah orang lain nak benci Is pun, I tetap geng Is.
Moral of the story: Sempurnakan cintamu pada Allah, sebelum engkau melabuhkan cintamu pada makhluk-Nya.
Cik Bawang, terima kasih untuk story yang indah ini. My best read untuk bulan ni. Lily, His Forbidden Love — karya terbaik dari Cik Bawang.
Awal2 cerita rasa macam aww sweetnya. Is dan Lily jumpa secara kebetulan. Tapi itu bagi Lily. Bagi Is, pertemuan mereka ni dah lama dirancang. Dendam. Punyalah sebab dendam Is ni tekad buat Lily fall in love dengan dia at one point sampai nak kahwin tapi dia blah macam tu je. Si Lily ni pun haihhhhh nak marah tapi haaa. Dia macam dibutakan sangat dengan cinta Is tu.
Untuk cerita Iskandar ni saya suka. I like the idea je sebenarnya. Nak2 masuk penceritaan pasal mommy dia, macam mana keluarga Is yang bahagia tiba2 boleh musnah. Semua angkara Tengku Linda😒. Keadaan mommy Rose pula comel bila dia anggap Lily tu kawan. BFF. Kesian dengan keadaan mommy Rose. Bak kata Dahlia tak tahu nak sedih ke gelak🫠.
Nasib last2 Lily ni bangkit lepas dia dapat ingatan dia semula. Lily ni sama badass dengan kakak ipar dia. Si Is ni pun dah insaf dan menyesal.
- This buku giving the same vibe as Mr Heartless cumanya masa buku MH I nangis (bias kut sebab Anis kan anak Faris 🤏🏻) tapi untuk LHFL I rasa I annoyed sikit dengan Lily because she suddenly jadi lemah disebabkan cinta (please don't be mad, mungkin I tak faham dia sebab I takde kat situation tu lagi?). - Iskandar ni masa belum dapat Lily mulut dia manis berbicara tapi bila dah dapat buat perangai playboy dia and I don't like Lily begging for his love. Semua ni berlaku sebab ego & dendam Iskandar terhadap keluarga Lily. - Bila baca kisah lalu Iskandar I pity him a lot, he just a little boy yang tersakiti lepas kehilangan orang tersayang. Tapi tak bermakna apa yang dia buat kat lily acceptable (nonono) - Also this book contain a lot of flashback atas asbab Lily yang kehilangan ingatan. Dekat hujung cerita I do kesian kat Lily