Jump to ratings and reviews
Rate this book

Traverse: Isfahan Melihat Sebuah Kota Parsi

Rate this book
Traverse Esfahan merakamkan momen-momen penting penulis mengembara di bumi Esfahan, Iran. Tujuan utama penulis adalah mencari maklumat sejarah berkaitan Salman Al-Farisi. Sambil bekerja, penulis melihat keindahan alam semula jadi, budaya masyarakat dan seni bina Parsi. Penulis menggunakan medium campuran antaranya warna aklirik, air dan pen untuk menghasilkan ilustrasi dalam buku ini.

Paperback

Published January 1, 2025

1 person want to read

About the author

Nilam Tang

9 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books351 followers
November 3, 2025
Kebetulan sedang meneroka sisi puisi Parsi, maka buku Traverse Isfahan ini seperti sebuah perahu yang membawa pembaca di permukaan tasik budaya yang sedang diseberangi. Seketika kenangan mengenali pelajar Iran semasa belajar sarjana dahulu kembali menerjah ke fikiran.

Tiga hal yang benar-benar menyerap ke jantung dari pembacaan:

1. Ketika manusia tidak terlalu terseret oleh keinginan digital, hubungan manusiawi lebih erat dan bermakna. Ini terbukti melalui masa yang dihabiskan bersama dan keluasan peluang untuk saling meraikan kehidupan berkeluarga dan bersahabat dengan bersemuka. Mungkin kerana kembara ini berlaku pada 2012 dan Iran mengharamkan capaian bebas ke Internet, maka masyarakat Iran menghiburkan diri melalui cara lain yang lebih dekat dengan alam dan manusia.

2. Makam-makam ilmuwan dan ahli masyarakat yang penting menandakan sebuah budaya yang meraikan jasa manusia. Mungkin oleh sejarah yang amat panjang dan ketinggian peradaban Parsi dalam sejarah, semua ini kekal bekasnya hingga hari ini dan menjalar subur dalam akal budi rakyat jelata.

3. Kehalusan seni dan budaya makanan yang banyak disorot oleh pengarang menimbulkan keinginan untuk turut menjejak kaki ke Iran. Teringin pula makan dolmeh, atau mungkin boleh cuba resipinya dari Internet nanti.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.